Anda di halaman 1dari 3

Kuliah 14 : PROSES PELAKSANAAN KBSR Berfokuskan kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pnp dan penilaian.

PENDEKATAN BERSEPADU Satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. BIDANG DALAM KBSR Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembangan diri individu KOMPONEN KBSR Kemahiran asas Kerohanian Nilai dan sikap Kemahiran hidup Kesenian dan kesihatan kokurikulum Kemahiran berfikir Kemahiran berfikir adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. tumpuan diberi kepada aspek kemahiran berfikir dalam KBSR. Tujuan:- Membolehkan murid memahami, - menilai, -mengaplikasikan maklumat yang diterima agar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

Nilai Merentasi Kurikulum Nilai murni juga ditekankan secara langsung dan tidak langsung dalam kurikulum selain daripada Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam semua mata pelajaran, nilai-nilai murni harus diselitkan dalam pembelajaran. Pengukuhan nilai juga bergantung kepada teladan yang dilihat oleh murid-murid. Maka, staf akademik dan staf sokongan harus bertanggungjawab menjadi rol model yang baik dari segi pertuturan dan perlakuan. Sesorang guru bukan sahaja mesti memberi tumpuan kepada ilmu yang khusus pada mata pelajaran berkenaan, malah bertangungjawab juga untuk mengembangkan dan mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-muridnya.

Patriotsme Merentasi Kurikulum Guru bertanggungjawab - memupuk semangat patriotsme melalui semua mata pelajaran(kurikulum) - aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Kesan :- menghasilkan murid yang cintakan negara serta bangga menjadi warga Malaysia.

Sains Dan Teknologi Merentasi Kurikulum Perlu diserapkan melalui:- kandungan mata pelajaran - aktiviti - bahan atau prasarana mata pelajaran Kepentingan:satu usaha mengukuh dan memperkayakan lagi mata pelajaran lain yang diajar di sekolah.

Pengetahuan saintifik merupakan satu landasan untuk mengembangkan lagi kemahiran nagi mata pelajaran bahasa. Kemahiran saintifik pula menyumbang kepada proses berfikir dan sikap saintifik dapat meningkatkan lagi pembentukan murid yang mempunyai nilai positif. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan lagi minat dan literasi murid terhadap sains dan teknologi.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berpusatkan Murid Berfokuskan murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Aktiviti perlu dirancang oleh guru selaras dengan minat dan kecenderungan murid.

Penilaian Berterusan Bertujuan untuk mengenal pasti dan mengesan perkembangan dan kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Pemulihan dan Pengayaan Pemulihan dijalankan ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Pengayaan ialah pengukuhan kepada murid-murid yang telah menguasai suatu kemahiran agar dapat mengembangkan ciri-ciri seperti kreativiti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari dan sebagainya. Prinsip Mudah Alih Merujuk kepada dua aspek iaitu pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak terlalu terikat dengan sukatan pembelajaran. Guru boleh mengajarkan tajuk lain yang selaras dengan kebolehan, pengalaman dan persekitaran murid. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan merangsang pembelajaran Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana Dan Persekitaran Yang Merangsang Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai