Anda di halaman 1dari 5

Lakuan motor dalam lari berganti-ganti

Berat = berat pelari Daya = kekuatan otot yang digunakan Didalam sukan lari berganti-ganti, terdapat empat fasa yang utama iaitu fasa permulaan, fasa larian, fasa penukaran baton dan fasa penamat. Terdapat pelbagai lakuan motor yang terlibat didalam ke empat-empat fasa ini. Disini, saya akan menerangkan secara ringkas mengenai lakuan motor yang terlibat dalam setiap fasa. Fasa Permulaan Terdapat tiga jenis gaya dekam dalam memulakan larian. Gaya Peluru Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut. Daya pecutan yang dihasilkan melalui gaya ini adalah lemah dan gaya tujahan yang diperlukan untuk gaya ini adalah tinggi bagi membolehkan pelari memecut pada kelajuan yang maksimum.

Gaya Panjang(elongated) Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian. Gaya ini memberikan banyak keburukan berbanding kebaikan kepada atlit yang menggunakan gaya ini. Daya pecutan yang dihasilkan melalui gaya ini adalah sangat

rendah dan merupakan yang paling rendah berbanding gaya peluru dan gaya sederhana. Jarak antara dua kaki yang jauh memberikan daya tujahan yang lemah dan menyebabkan pecutan yang terhasil sangat rendah. Atlit adalah tidak disarankan menggunakan gaya ini untuk memulakan larian mereka.

Gaya Sederhana Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta. Jika jarak antara dua kaki adalah selesa dengan kedudukan atlit, maka, daya tujahan yang dihasilkan oleh atlit adalah tinggi dan menyebabkan daya pecutan yang terhasil tinggi dan menyebabkan pelari dapat memulakan larian dengan cemerlang.

Hukum Newton yang terlibat didalam fasa permulaan ini adalah hukum Newton 1 iaitu pegun. Ini adalah kerana, pada fasa permulaan ini, halaju adalah pada tahap yang paling rendah kepada tinggi. Kelajuan semakin meningkat selepas pelari memulakan larian. Pada fasa permulaan ini, pecutan juga berada pada tahap yang paling rendah kepada tinggi. Halaju dan pecutan pada pemulaan larian adalah 0 dan seterusnya akan meningkat apabila pelari mula berlari. Hukum tuas yang digunakan dalam fasa permulaan ini ialah hukum tuas pertama. Hukum tuas pertama digunakan kerana baton yang menjadi beban dalam gerakan ini. Otot-otot yang terdapat pada lengan pula berfungsi sebagai daya dan sendi pada siku pula bertindak sebagai fulkrum. Semasa memulakan larian, hukum tuas kedua digunakan. Otot-otot kaki bertindak sebagai daya yang menujah badan pelari yang bertindak sebagi beban untuk bergerak maju kedepan. Lutut pelari pula bertindak sebagai fulkrum. Kedudukan pelari yang merendahkan badan pada fasa permulaan ini menyebabkan kedudukan pelari lebih stabil kerana tarikan graviti yang rendah. Selain daripada kedudukan yang stabil, rintangan angin yang dihasilkan oleh pelari adalah rendah dan membolehkan pelari memecut untuk mendapatkan halaju dan pecutan yang lebih tinggi.

Fasa Larian Dalam fasa larian ini, pelari akan menggunakan momentum yang linear iaitu pergerakan badan dalam satu garisan lurus dan ia bergerak dalam kepantasan, jarak dan arah yang sama. Dengan itu, seseorang pelari pecut mestilah memperolehi putaran kaki yang baik. Dalam proses ini, pelari harus mengekalkan halaju mereka. Pelari akan menggunkan hukum tuas kedua dalam fasa ini. Berat badan menjadi beban kepada pelari manakala hujung kaki menjadi fulkrum kepada pelari dengan menggerakkan pelari ke hadapan. Otot kaki pula berfungsi sebagai daya yang membantu pelari dalam meningkatkan momentum, halaju dan kepantasan larian pelari. Bagi hukum Newton pula, hukum Newton kedua digunakan dalam fasa ini. Kadar perubahan mementum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas pelari itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. Dalam fasa ini, pelari akan menggunakan segala tenaga yang mereka ada untuk terus meningkatkan halaju, momentum dan kepantasan larian mereka. Mereka akan berusaha untuk sampai kepada rakan mereka sepantas yang boleh. Dalam masa yang sama, hukum Newton ketiga juga berlaku apabila terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contohnya, apabila seorang pelari berlari, tapak kakinya menolak tanah ke belakang dan tanah menolak tapak kaki pelri itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Semakin kuat daya yang dikenakan keatas tanah, makan daya tolakan tanah keatas tapak kaki pelari adalah sama dengan daya yang dikenakan keatas tanah.

Fasa Pertukaran Baton Pelari yang membawa baton Pelari yang membawa baton, akan mengekalkan momentum yang mereka ada apabila memasuki kawasan pertukaran baton. Halaju dan pecutan yang dimiliki oleh pelari pada sebelum ini, akan dikurangkan untuk memudahkan proses pertukaran baton. Dalam fasa penukaran baton ini, pelari akan menggunakan hukum Newton ketiga. Pelari akan mengurangkan daya tujahannya keatas tanah supaya ia memudahkan proses pertukaran baton. Apabila daya tujahan dikurangkan, makan kelajuan dapat dikurangkan. Hukum tuas pertama digunakan dalam fasa ini. Pelari yang membawa baton, akan menggunakan baton sebagai beban, otot-otot lengan sebagai daya dan menggunakan sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum untuk menjayakan proses pertukaran baton ini. Pada peringkat ini, pelari hanya menggunakan daya yang kecil untuk memberikan baton kepada pelari seterusnya. Pelari yang menerima baton Pelari yang membawa baton akan meningkatkan momentum mereka. Apabila pelari yang membawa baton memasuki zon pertukaran baton, pelari yang akan menerima baton ini akan mula berlari untuk mencipta momentum, halaju dan pecutan. Apabila pelari sudah menerima baton, pelari ini akan meningkatkan pecutan mereka. Apabila mereka meningkatkan daya pecutan , maka halaju pelari ini akan meningkat. Pada fasa ini, pelari ini menggunakan hukum Newton kedua kerana kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dan pada waktu yang sama, halaju dan pecutan pelari akan terus meningkat. Pada masa yang sama, hukum Newton ketiga juga berlaku. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, pelari akan mengenakan daya tujahan kepada tanah untuk meningkatkan daya pecutan mereka. Hukum tuas yang terlibat untuk fasa ini bagi penerima baton, adalah sama seperti pemberi baton iaitu hukum tuas pertama dan baton akan bertindak sebagai beban, otot-otot lengan sebagai daya dan menggunakan sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum untuk menjayakan proses pertukaran baton ini. Pada peringkat ini,

pelari hanya menggunakan daya yang kecil untuk memberikan baton kepada pelari seterusnya. Selain hukum tuas pertama, pelari yang menerima baton akan menggunakan hukum tuas kedua kerana mereka akan menggunakan daya untuk menggerakkan mereka untuk terus maju kedepan. Berat badan pelari akan menjadi beban kepada pelari. Untuk menghindarkan beban tersebut, otot-otot kaki akan menggerakkan kaki untuk menolah badan terus kedepan. Otot-otot kaki akan berfungsi sebagai daya dan fulkrum yang menjayakan proses ini adalah huung kaki. Apabila berlari, pelari akan menggunakan hujung kaki mereka untuk berlari dan bukannya menggunakan tumit.

Fasa penamat Pada fasa penamat ini, pelari perlu meneruskan larian mereka seperti biasa dan perlu meningkatkan pecutan dan halaju mereka. Mereka perlu mengekalkan momentum yang mereka ada tanpa perlu menghiraukan keadaan sekeliling. Pada fasa ini, halaju dan pecutan pelari akan terus meningkat. Hukum Newton pula, hukum Newton kedua digunakan dalam fasa ini. Kadar perubahan mementum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas pelari itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. Dalam fasa ini, pelari akan menggunakan segala tenaga yang mereka ada untuk terus meningkatkan halaju, momentum dan kepantasan larian mereka. Mereka akan berusaha untuk sampai garisan penamat sepantas mungkin. Dalam masa yang sama, hukum Newton ketiga juga berlaku apabila terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contohnya, apabila seorang pelari berlari, tapak kakinya menolak tanah ke belakang dan tanah menolak tapak kaki pelri itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Semakin kuat daya yang dikenakan keatas tanah, makan daya tolakan tanah keatas tapak kaki pelari adalah sama dengan daya yang dikenakan keatas tanah.

Anda mungkin juga menyukai