Anda di halaman 1dari 8

8.

0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat s a n g g u p melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkahl a k u terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup m e l a k s a n a k a n tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan b e r b a n d i n g melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukankebaikan.Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakandengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah daripadasegi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising danmengganggu pelajar lain belajar.Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan pelajar disebabakan berbagai-bagai masalah sebalaiknya pelajar sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan pelajar dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minatbagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.P a r a p e l a j a r m e n j a d i l e b i h t e k u n d a n p r o d u k t i f a p a b i l a m e r e k a m e m p u n y a i tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadualmereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatuperkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang13 undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masad a n t i d a k m e m b u a n g m a s a d e n g a n p e r k a r a - p e r k a r a y a n g t i d a k p e r l u dilakukan.Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan t i n g k a h l a k u bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampumelatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu,dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baikdalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka. 2.1 Teori / Model Pengurusan Tingkah laku Model Psikodinamik Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh: Masalah dalaman individu Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang

Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah: Model Psikopendidikan Teknik Kaunseling Expressive Media Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah:

Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak

Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.

Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah: Life-space Interview Reality Theraphy

Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan: Free Play Permainan Puppet Main Peranan Pergerakan Kreatif Terapi Seni Muzik Fotografi dan rakaman video

Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja. Antara Teknik yang boleh diguna ialah: Planned Ignoring Tension Reduction Through Humor Interest Boosting Hurdle Helping

Model Persekitaran Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah: Intervensi berpusatkan kanak-kanak

Intervensi berpusatkan persekitaran Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

Model Biofizikal Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari factor persekitaran dan baka. Antara teknik teknik yang boleh digunakan ialah: Kaunseling genetic Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung) Penjagaan selepas kelahiran Ujian perubatan Pemakanan dan diet Terapi Mega Vitamin Perubatan

Model Tingkah Laku Merupakan kaedah modifikasi iaitu pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negative kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. Berasaskan 3 elemen ABC Antecedent ------ Behavior -------Consequence 2.2 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah negatif Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan

masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: i. Tingkah laku Disruptif/mengganggu Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. ii. Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. iii. Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya. iv. Distruktif/merosakkan Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. v. Kebimbangan Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang . vi. Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. vii. Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. viii. Enggan ke sekolah Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. ix. Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas. Punca salah laku Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

persekitaran tekanan psikologikal ketakutan dan fobia peneguhan yang kurang sesuai kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad kesukaran tugasan aktiviti dan tahap rangsangan kesihatan dan perubatan jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain. Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang. Ketakutan dan fobia Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing. Peneguhan yang kurang sesuai Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya. Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanakkanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. Kesukaran tugasan Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan. Aktiviti dan tahap rangsangan Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut. Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is). 2.3 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelupusan dan peningkatan tingkah laku Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu. Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut; ganjaran (reinforcers) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki. prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal. fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid kejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri - Over Correction adalah satu teknik kejelakan. desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif

pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

2.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut. Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku; perlu diubah berdasarkan keutamaan membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour) mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation) tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai memilih tingkah laku yang

memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu; - Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? - Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? - Bila tingkah laku itu berlaku? Kekerapan tingkah itu berlaku. - Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku? - Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

Anda mungkin juga menyukai