Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek

utamauntuk dinilai dan ditafsirkan iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif merujukkepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yangditerima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnyamelibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapatmempamerkan kefahaman mereka terhadap isu yang diperkatakan tadi. Sebagaicontoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoalsemula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.Bahasa ekspresif pula merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasidan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain.Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaranbunyi yang betul, ucapan dan bahasa. Pengucapan atau pertuturan adalah merupakanpengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif. Misalnya, berdasarkan contohgambar yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki bercerita mengenai gambar tersebut.Antara ciri-ciri individu yang mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif,biasanya mereka lebih suka berdiam diri atau mengelakkan diri daripada sebarangperbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi respon yangsalah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami masalah ini jugaakan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabilamereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat.

Anda mungkin juga menyukai