Anda di halaman 1dari 4

Faktor-faktor berlakunya gejala sumbang mahram.

Pertama sekali, kita hendaklah mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala sumbang mahram dalam kalangan masyarakat sekarang.Antara factor yang meyebabkannya adalah kegagalan seseorang isteri memuaskan keperluan suami.Hubungan pasangan suami isteri tidak dapat dipenuhi akibatnya beban kerja atau masa, tempat kerja masing-masing tidak sama dan suami dan isteri terlalu focus dalam perkejaan mereka..Dalam hal ini, beban kerja akan menjadikan suami isteri tiada masa untuk fikir tentang hubungan mereka kemungkinan habis buat kerja mereka terlalu letih dan penat.Selain itu ,masa dan tempat mereka tidak sama seperti contohnya, suami bekerja di Hospital Kota Samarahan pada pukul 8.00 pagi dan balik dari kerja pada pukul 5.00 petang tetapi isteri bermula kerja pada pukul 5.00 petang sampai pukul 5.00 pagi di Hospital Bandar Kuching.Inilah mendorong suami menggunakan anak atau anak saudara untuk tujuan memuaskan nafsu.Isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbang mahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui oleh orang ramai supaya tidak menjatuhkan maruah keluarga. Di samping itu, sebahagian atau sebilangan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan ketetapan hati, kurang kuat hatinya, kekurangan ilmu pendidikan dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang sihat, sembuh, dan rasional maka atau sumbang mahram boleh berlaku pada sesseorang tersebut.Dalam konteks ini, kelemahan pegangan agama, sebagai ayah sanggup dan sampai hati untuk merogol anak kandung dan ada juga abang sanggup merosakkan' adik perempuannya. Keadaan iman yang lemah ini akan merosakkan akal fikiran mereka jikalau mereka sentiasa menonton filem-filem lucah, video klip yang mudah dimuat turun melalui telefon bimbit atau daripada rakan sebaya. Kejadian-kejadian seumpama ini akan membangkitkan sesuatu individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat iaitu anak anak saudara untuk memuaskan nafsu yang sedang gelisah.Pada zaman yang canggih ini, bahan lucah amat mudah dan senang diperoleh dari mana mana saja dan mereka yang lemah iman ini apabila sering menonton bahan-bahan

lucah ini akan mendorong untuk melakukan sumbang mahram.Tuhan kita telah menceritakan dan memberitahu kepada bahawa penganut agama masing-masing bahawa tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan hukuman, seksaan Tuhan yang sangat pedih seksanya di neraka. Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukan dan di antara kebenaran dan kebatilan. Seterusnya, faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes sumbang mahram ini. Dengan peningkatan kadar penceraian di dunia ini, semakin banyak kanak-kanak terdedah kepada risiko yang amat tinggi untuk mengalami kes sumbang mahram. Jikalau

seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penyeksaan dan penindasan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Bagi kes sumbang mahram yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Hal ini kerana si ibu akan keluar rumah bekerja untuk menyara keluarga jikalau si bapa tiada pekerjaan. Oleh yang demikian si ibu akan mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Akibat kesibukan di luar rumah bagi mencari rezeki dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata, ada kemungkinan besar akan kejadian sumbang mahram berlaku kerana mereka bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa nasihat oleh orang yang lebih dewasa atau orang tua. Di samping itu, kebanyakan perempuan suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat
semasa berada di rumah atau di pasar raya ,pusat beli belah dan sebagainya.

Pada zaman

dahulu, manusia menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar.walaubagaimanapun, pada zaman dunia yang moden kini tujuan demikian bertambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai berhiasan. Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk meneliti dan mengawasi pemakai pakaian yang menjolok mata itu. Jelaslah bahawanya, kaum lelaki tidak akan mampu untuk mengendalikan

dirinya ketika melihat pandangan seperti itu dan akhirnya berlaku kes sumbang mahram. Seterusnya, perkembangan pusat-pusat pelancongan di Negara Barat. Dalam hal ini menunjukan tidak ketatnya kewujudan pusat-pusat pelancongan untuk menarik pelancong asing tidak mengikut dan mengamalkan atau berlawanan dengan budaya di Negara Malaysia seperti contohnya, bergaulan bebas, saling berbalas kata-kata manis, berpeluk-peluk dan pendedahan aurat yang keterlaluan di tempat-tempat rekreasi dan perkhemahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi remaja

mencontohi dan bertindak.Akhirnya,golongan remaja akan mecuba dengan adik-adik mereka kerana golongan remaja tersebut hairan tentang sesuatu perkara tersebut dan nafsu keinginan mencubanya. Kita memang tidak dinafikan bahawa kemudahan mendapat alat pencegahan kehamilan, arak,pil-pil dan lain-lain akan menyebabkan kejadian kes sumbang mahram. Selain lesen perjudian dan lesen pusat hiburan, lesen arak juga diberikan begitu mudah kepada pengusaha-pengusaha.Oleh itu, terdapat banyak kedai-kedai runcit ada menjual arak-arak. Selain itu, khidmat penjualan kondom juga diadakan bukan sahaja di farmasi, kedai perubatan, dan hospital.Pihak kerajaan telah membuat satu temu bual dengan tauke tauke kedai ,bahawanya mendapati lebih kurang tujuh pelanggan remaja yang membeli arak setiap hari .Selain itu ,pihak berkuasa pun menjalankan soal selidik di hospital dan kedai perubatan bahawa terdapat 8 orang remaja per satu hari akan beli pil-pil dan kondom. Oleh itu, jangan hairanlah

masyarkat pada hari ini mudah telibat dalam kes maksiat dan kes sumbang mahram kerana kemudahan yang terbentang luas .