Anda di halaman 1dari 9

ISL MINGGU KE 6 Mencari bahan berkaitan perkembangan kognitif dan bahasa

Teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkemuka. Pengenalan Perkembangan Bahasa Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.

Kepentingan Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting kerana bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.

Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007) menyatakan bahawa bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari konsepkonsep abstrak. Selain itu, kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial. Teori Dalam Kemahiran Bahasa Perspektif Behavioris Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanakkanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.

Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata, Saya dahaga, nak minum. Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul. Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.

Perspektif Kognitif Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.

Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran. Orangorang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini memudahkan perkembangan bahasa berlaku.

Perspektif Nativis Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otat yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas

yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.

Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA Perkembangan bahasa akan perkembangan kanak-kanak iaitu: Peringkat pranatal Peringkat bayi Peringkat kanak-kanak Peringkat remaja. Peringkat pranatal Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya berkembang baik dan sudah berfungsi. Janin boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan menggerakkan kaki dan lengan. dibincangkan melalui beberapa peringkat

i. ii. iii. iv.

Peringkat bayi Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian. Tujuan

komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orangorang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama:Menangis,Cooing,Babbling dan membuat isyarat:

Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut. Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan.

Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses ini. Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat (papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu), anggota badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye). Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna. Contohnya bola mungkin membawa maksud itu bola atau saya nak bola.

Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50 perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan yang diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama. Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan. Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan (2 tahun). Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil vocabulary spurt.

Peringkat Remaja

Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat yang lebih kompleks. Setara dengan perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat. Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.

Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti antara pendahuluan idea-idea utama dan penutup. Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. Ini

juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.

Pengaruh biologi dan persekitaran terhadap perkembangan bahasa Pengaruh biologi Naom Chomsky (1957) menegaskan individu telah diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa. Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition Device) mekanisme penguasaan bahasa yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penggunaan bahasa yang digunakan di persekitaran. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut. Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.

Menurut kajian, kecederaan pada kawasan Broca dan kawasan Wernicke yang sama kedua-duanya terletak di hemisfera kiri otat boleh menyebabkan seseorang individu hilang keupayaan dalam berbahasa. Kawasan Broca adalah bahagian dalam otat yang mengawal pergerakan otot yang menghasilkan pertuturan. Manakala kawasan Wernicke adalah bahagian yang terlibat dalam memproses kefahaman berbahasa. Individu yang mengalami kecederaan di kawasan ini boleh bercakap tetapi percakapannya sukar difahami dan individu tersebut juga mempunyai kesukaran untuk memahami percakapan orang lain. (Santrock, 2007) Pengaruh persekitaran Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat ke atas kemahiran berbahasa. Sokongan serta pengaruh ibubapa dan guru penting dalam

perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara ibubapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibubapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanak-kanak.

Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley (Santrock, 2007) mendapati ibubapa dari golongan professional kurang bercakap dan kurang menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak. Dalam kajian lain, mendapati kanak-kanak yang mempunyai ibu yang kerap berkomunikasi dengan mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata daripada anakanak yang mempunyai ibu yang pendiam.

Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99) mendapati ibubapa yang membaca kepada anak-anak mereka tiga hingga empat kali minggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa yang baik

berbanding dengan ibubapa yang kurang berbuat demikian.

Perkembangan kognitif
Pakar psikologi Swiss terkenal yaitu Jean Piaget (1896-1980), mengatakan bahwa anak dapat membangun secara aktif dunia kognitif mereka sendiri. Piaget yakin bahwa anak-anak menyesuaikan pemikiran mereka untuk menguasai gagasangagasan baru, karena informasi tambahan akan menambah pemahaman mereka terhadap dunia. Dalam pandangan Piaget, terdapat dua proses yang mendasari perkembangan dunia individu, yaitu pengorganisasian dan penyesuaian. Untuk membuat dunia kita diterima oleh pikiran, kita melakukan pengorganisasian pengalaman-

pengalaman yang telah terjadi. Piaget yakin bahwa kita menyesuaikan diri dalam dua cara yaitu asimiliasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi ketika individu menggabungkan informasi baru ke dalam pengetahuan mereka yang sudah ada. Sedangkan akomodasi adalah terjadi ketika individu menyesuaikan diri dengan informasi baru. Seorang anak 7 tahun dihadapkan dengan palu dan paku untuk memasang gambar di dinding. Ia mengetahui dari pengamatan bahwa palu adalah obyek yang harus dipegang dan diayunkan untuk memukul paku. Dengan mengenal kedua benda ini, ia menyesuaikan pemikirannya dengan pemikiran yang sudah ada (asimilasi). Akan tetapi karena palu terlalu berat dan ia mengayunkannya dengan keras maka paku tersebut bengkok, sehingga ia kemudian mengatur tekanan pukulannya.

Penyesuaian kemampuan untuk sedikit mengubah konsep disebut akomodasi.

Piaget mengatakan bahwa kita melampui perkembangan melalui empat tahap dalam memahami dunia. Masing-masing tahap terkait dengan usia dan terdiri dari cara berpikir yang berbeda. Berikut adalah penjelasan lebih lanjut: Tahap sensorimotor (Sensorimotor stage), yang terjadi dari lahir hingga usia 2 tahun, merupakan tahap pertama piaget. Pada tahap ini, perkembangan mental ditandai oleh kemajuan dan yang besar dalam kemampuan (seperti bayi melihat untuk dan fisik.

mengorganisasikan mendengar)

mengkoordinasikan gerakan-gerakan

sensasi dan

melalui

tindakan-tindakan

Tahap praoperasional (preoperational stage), yang terjadi dari usia 2 hingga 7 tahun, merupakan tahap kedua piaget, pada tahap ini anak mulai melukiskan dunia dengan kata-kata dan gambar-gambar. Mulai muncul pemikiran egosentrisme, animisme, dan intuitif. Egosentrisme adalah suatu ketidakmampuan untuk membedakan antara perspektif seseorang dengan perspektif oranglain dengan kata lain anak melihat sesuatu hanya dari sisi dirinya. Animisme adalah keyakinan bahwa obyek yang tidak bergerak memiliki kualiatas semacam kehidupan dan dapat bertindak. Seperti sorang anak yang mengatakan, Pohon itu bergoyang-goyang mendorong daunnya dan daunnya jatuh. Sedangkan Intuitif adalah anak-anak mulai menggunakan penalaran primitif dan ingin mengetahui jawaban atas semua bentuk pertanyaan. Mereka mengatakan mengetahui sesuatu tetapi mengetahuinya tanpa menggunakan pemikiran rasional.

Tahap operasional konkrit (concrete operational stage), yang berlangsung dari usia 7 hingga 11 tahun, merupakan tahap ketiga piaget. Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logis menggantikan pemikiran intuitif sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam cotoh-contoh yang spesifik atau konkrit. Tahap operasional formal (formal operational stage), yang terlihat pada usia 11 hingga 15 tahun, merupakan tahap keempat dan terkahir dari piaget. Pada tahap ini, individu melampaui dunia nyata, pengalaman-pengalaman konkrit dan berpikir secara abstrak dan lebih logis.

Sebagai pemikiran yang abstrak, remaja mengembangkan gambaran keadaan yang ideal. Mereka dapat berpikir seperti apakah orangtua yang ideal dan

membandingkan orangtua mereka dengan standar ideal yang mereka miliki. Mereka mulai mempersiapkan kemungkinan-kemungkinan bagi masa depan dan terkagumkagum terhadap apa yang mereka lakukan. Perlu diingat, bahwa pada setiap tahap tidak bisa berpindah ke ketahap berikutnya bila tahap sebelumnya belum selesai dan setiap umur tidak bisa menjadi patokan utama seseorang berada pada tahap tertentu karena tergantung dari ciri perkembangan setiap individu yang bersangkutan. Bisa saja seorang anak akan mengalami tahap praoperasional lebih lama dari pada anak yang lainnya sehingga umur bukanlah patokan utama.

Anda mungkin juga menyukai