Anda di halaman 1dari 2

Kami telah bertolak dari Masjid Putrajaya pada jam 2.05 petang.

Perjalanan untuk ke Wetland mengambil masa selama 15-20 minit.Dan akhirnya pada jam 2.25,kami telah sampai ke Wetland.Kami menunggu tram di ruang menunggu selama 30 minit. Dan akhirnya.pada jam 3 petang,kami menaiki tram. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kumpulan pertama didahului oleh 9 orang pelajar wanita diiringi oleh para pensyarah,Puan Hamidah, Puan Asmah dan ____________.Pemandu bas iaitu Encik______ dan Encik____. juga turut menyertai kami menaiki tram.Tram pertama dipandu oleh Encik Fairuz selaku pemandu pelancong kami di Wetland.Manakala tram kedua yang dinaiki oleh kesemua pelajar lelaki dipandu oleh Encik Khairul. Pada jam 3.15 petang,destinasi pertama kami adalah Central Cell.atau Sel Wetland Utama.Di sini, Encik Fairuz dan Encik Khairul menerangkan bahawa Sel Wetland Utama adalah dicirikan sebagai kawasan air terbuka yang luas dan dipinggiri tumbuhan rawang. Terdapat beberapa pulau dibina di dalam kawasan air terbuka ini. Pulau-pulau ini berfungsi dalam mengawal air dan memastikan fungsi penurasan air yang lebih berkesan.Pulau-pulau ini juga sebagai tempat perlindungan untuk hidupan liar selain sebagai nilai estetika. Di sini juga terdapat beberapa ekor angsa iaitu Undan punggung merah,angsa mesir dan angsa hitam. Pada jam 3.30 petang.kami telah ke Pusat Penghayatan Alam dan Kronologi Pembinaan. Di sini ,banyak telah kami pelajari mengenai jenis-jenis habitat Wetland.Selain itu,kami juga dapat melihat serangga yang telah diawetkan. Di sini juga kami diperkenalkan dengan jenis-jenis spesies katak. Seterusnya pada jam 4 petang,kami telah ke Flamingo Viewer. Di sini,kami dapat melihat pelbagai gerakan flamingo. Di antara yang menarik perhatian kami,adalah apabila kami melihat gaya unik flamingo yang sedang tidur. Bukan itu sahaja.di sini juga terdapat spesies pokok dimana kayunya digunakan untuk membuat kertas. Maka kami telah dapat merasa dan melihat sendiri kayu tersebut.

Maka pada jam 4.15,kami telah ke Tapak Pengasingan Air. Di sinilah destinasi terakhir kami. Di sini.pelbagai jenis paya bakau buatan dapat dilihat dengan jelas sekali. Begitu juga dengan pelbagai jenis-jenis rumput yang sentiasa menjadi perhatian kami. Antaranya rumput Kercut,rumput Gedabong dan banyak lagi. Akhirnya, pada jam 4.30, sesi taklimat penutup yang diwakili oleh Encik Fairuz bagi pihak Wetland dan Encik Puninthan Subramaniam bagi pihak Institut Perguruan Raja Melewar. Penghargaan telah diberikan oleh Encik Fairuz kepada pihak IPG dengan memberikan sekalung cenderamata kepada Puan Hamidah Ismaun. Akhir sekali,kami mengambil sebuah gambar kenangan berasama-sama. Dan tepat jam 4.40 kami telah bertolak ke IPG. Alhamdulillah,pada jam 5.35 petang ,kami telah sampai ke Institut Perguruan Raja Melewar dengan selamatnya.

Anda mungkin juga menyukai