Anda di halaman 1dari 5

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SAHSIAH DAN KEWARGANEGARAAN 1.

0 PENGENALAN Kertas ini mengandungi maklumat berhubung dengan format peperiksaan bagi mata perlajaran Pendidikan Sahsiah Dan Kewarganegaraan untuk Aliran Kemahiran tingkatan 4/5. Maklumat dalam kertas ini disusun untuk memaklumkan kepada pelaksana kurikulum tentang bagaimana pencapaian calon dalam mata pelajaran tersebut dinilai. Maklumat yang sedemikian dapat membantu melahirkan persefahaman yang erat antara guru dan yang melaksanakan kurikulum ini serta penilai yang mengukur pencapaian murid. Persefahaman sedemikian sudah pasti akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan kurikulum ini dan meningkatkan kesahan pengukuran pencapaian.

2.0 MATLAMAT PENDIDIKAN SAHSIAH DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sahsiah dan kewarganegaraan untuk Aliran Kemahiran tingkatan 4/5 bermatlamat bagi memberi kesedaran tentang peranan, hak dan tanggungjawab murid untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan sahsiah yang baik dalam kehidupan seharian ke arah membentuk individu, keluarga, masyarakat dan warganegara yang saling menghormati, bersatu padu, patriotik, berdaya saing ke arah konsep 1 Malaysia yang sejahtera dan maju.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Pendidikan Sahsiah dan Kewarganegaraan. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, aplikasi dan penghayatan nilai yang diperolehi dalam mata pelajaran berkenaan seperti yang dihasratkan oleh kurikulum. 3.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan

instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, keseteraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. 3.3 Kebolehlaksanaan Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang mempastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 3.4 Keserasian dengan kehendak kurikulum Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang ingin dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN(OM) OM1 Mengenal pasti identiti dan potensi diri untuk menyumbang ke arah pembangunan negara. Mengembangkan potensi diri untuk menjadi individu yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan. Menerangkan kepentingan kepada keperluan hidup berkeluarga bagi melahirkan keluarga bahagia. Bertanggungjawab melestarikan alam sekitar. Mengenal pasti, menghargai kepelbagaian budaya Malaysia. dan berbangga dengan warisan

OM2 -

OM3 -

OM4 OM5 -

OM6 -

Mewujudkan rasa cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Memahami sistem pemerintahan negara. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang prihatin dan berupaya menangkis sebarang ancaman dalaman dan luaran demi kesejahteraan negara.

OM7 OM8 -

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN(OP) OP1 Pengetahuan dan kefahaman tentang : - diri (OM 1, 2) - keluarga (OM 3) - masyarakat (OM 8) - alam sekitar (OM 4) - warisan budaya Malaysia (OM 5) - negara (OM 6, 7, 8) OP2 Mengaplikasikan nilai-nilai murni dan sahsiah yang baik untuk melestarikan alam sekitar, kesejahteraan diri serta keluarga, masyarakat dan negara (OM 4, 6, 8)

7.0 FORMAT PENTAKSIRAN 7.1 Kertas 1 Kertas ini dikhususkan untuk menguji daya pemikiran taakulan calon. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh 1 jam. Kertas ini dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian A : Bahagian ini mengandungi 6 soalan khusus untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang diri, keluarga, masyarakat dan negara berdasarkan modul pembelajaran Pendidikan Sahsiah dan Kewarganegaraan Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 4 soalan struktur khusus untuk menguji pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran aplikasi calon tentang diri, keluarga, masyarakat dan negara berdasarkan modul pembelajaran Pendidikan Sahsiah dan Kewarganegaraan

FORMAT PENDIDIKAN SAHSIAH DAN KEWARNEGARAAN Perkara Jenis Instrumen Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Tempoh Ujian Wajaran Konstruk Cakupan Konteks Aras Kesukaran Rendah -R Sederhana - S Tinggi -T Kertas 1 (Ujian Bertulis) Objektif (Bukan OAP) dan Subjektif Bahagian A Objektif (Bukan OAP) Bahagian B Struktur Bahagian A 6 soalan Bahagian B 4 soalan Bahagian A 60 Bahagian B 20 1 jam Pengetahuan dan Kefahaman 75% Aplikasi 25% Mencakupi semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 R:S:T=5:3:2 Kertas 2 (Kerja Kursus) Kerja Kursus

Folio

20 Tingkatan 5 Mei hingga Julai Penghayatan Mencakupi semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5

CONTOH PENGHASILAN KERJA KURSUS Tema 3 : Keperluan hidup bermasyarakat Tajuk : Masalah sosial dalam kalangan remaja Perkara yang perlu ada di dalam tugasan: 1. Jenis masalah sosial -Gambar : Pembuangan bayi : Lumba haram : Penagihan dadah : Vandalisme * perlu ada caption tentang gambar 2. * 3. * * Rencana atau petikan akhbar berkaitan isu Tampalkan artikel sahaja Refleksi ( penghayatan) Nilai Penghayatan

SKEMA PERMARKAHAN UNTUK KERJA KURSUS FOLIO ( 20 markah) A. Maklumat Diri ( 7m ) i. Nama ii. No. K/P iii. Angka Giliran iv. Tingkatan v. Alamat sekolah vi Kursus vii Guru matapelajaran B. Penyediaan folio ( 7m ) i. Tajuk tugasan ii. Kekemasan iii. Ketepatan masa iv. Isi kandungan v. Bilangan muka surat(tidak kurang dari 15 halaman) vi Kepelbagaian sumber (sekurang-kurangnya 2) vii Refleksi(penghayatan) C. Kreativiti ( 4 ) i. Susunan ii. Hiasan iii. Bahan bergambar/grafik iv. Gambar foto D. Kesesuaian bahan (2m) i. Artikel/laporan/ulasan menepati tajuk ii. Gambar/foto/grafik yang sesuai

Anda mungkin juga menyukai