Anda di halaman 1dari 22

KONSEP PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN MANUSIA
AHLI KUMPULAN: DHIVAGAR A/L PR.GUNALAN RAJKUMAR A/L SUBRAMANIAM NITHYA A/P SEKAR SHARMILA A/P P.RAMAN VISALADCHI A/P MURUGASAN

TUGASAN TUTORIAL

Pelajar berbincang dan membuat banding beza antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek

JERIS

DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA


Sebarang perubahan dalam diri manusia yang

boleh dinilai atau diukur secara kuantiti.


Perubahan tersebut boleh diukur daripada satu peringkat perkembangan yang tertentu ke peringkat perkembangan yang lain yang lebih nilainya daripada yang asal. Perubahan yang berlaku dalam bentuk sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar.

DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA


Perubahan dapat diukur secara kuantitatif umpamanya perubahan yang bersifat jasmani seperti tinggi,berat badan dan pertambahan saiz badan. Proses pertumbuhan tersebut akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang individu mencapai tahap kematangan.

DEFINISI PERTUMBUHAN MANUSIA


Aspek-aspek mental dan fizikal bersama secara tidak langsung membantu pertumbuhan manusia.

Proses perubahan yang berlaku sebenarnya sudah sedia terencana dalam gen-gen (baka) seorang individu.Gen tersebut diwarisi oleh pembawaan keturunan.

CIRI-CIRI PERTUMBUHAN MANUSIA


a) Bersifat kuantitatif dan diukur melalui peredaran masa. Contoh: berat bayi selepas dilahirkan 2.7 kg,setahun kemudian bertambah menjadi 8 kg. b) Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Contoh: pertumbuhan gigi dua orang budak berlainan.

c) Anggota yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berbeza Contoh : selepas lahir,organ di bahagian kepala akan lebih dahulu tumbuh, diikuti bahagian tengah badan dan seterusnya kaki. d) Perubahan berlaku dalam berbagai-bagai sifat seperti saiz,tinggi dan struktur. Contoh : individu akan mengalami pertambahan tinggi yang mendadak bila sejak memasuki alam remaja. e) Corak pertumbuhan adalah unik antara seorang individu yang lain tetapi asasnya sama. Contoh: setiap individu pada asasnya akan mengalami pertumbuhan gigi.Tetapi masa yang dicapai berlainan antara setiap individu yang lain.

f) Pertumbuhan manusia ditentukan oleh baka. Contoh: jika kedua-dua ibu bapanya seorang berkulit cerah, maka anak-anak mereka juga sedemikian. g) Pertumbuhan bergantung kepada kematangan. Contoh: secara amnya pertumbuhan dari segi berat badan dan tinggi akan mencapai kemuncaknya ketika seseorang itu berumur sekitar 20 tahun.
h) Pertumbuhan individu akan berlaku secara pesat bila dia mancapai akil baligh. Contoh: Selepas akil baligh,pertumbuhan tinggi dan berat badan remaja akan melonjak dengan cepat.

i)Kadar pertumbuhan berbeza antara lelaki dan perempuan Contoh: Biasanya kanak-kanak perempuan akan mengalami pertumbuhan yang lebih cepat 2 tahun daripada kanakkanak yang sama unur dengannya yang belum akil baligh.

APAKAH ITU PERKEMBANGAN MANUSIA ???????????????????

DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA Perkembangan tidak dapat diukur dengan kuantitatif.

Walaupun tidak dapat diukur, perkembangan seseorang individu itu akan dapat dikesan. Perkembangan ialah satu proses perubahan yang berterusan dan kumulatif Perubahan-perubahan dalam bentuk fungsi dan proses.

DEFINISI PERKEMBANGAN MANUSIA


Atan Long (1980) Perkembangan manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif.Sifat dan perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas jika dibandingkan dengan peringkat lebih awal.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) Perkembangan ialah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,pembelajaran dann pengalaman.

Slavin (1997)
Individu yang mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal,perkembangan personaliti, perkembangan sosioemosi , dan bahasa dan lain-lain.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN MANUSIA


1 .Perkembangan merupakan satu bidang multidimensi dan pelbagai. Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada 4 dimensi utama iaitu :
PERKEMBANGAN BIOLOGI PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERKEMBANGAN EMOSI

PERKEMBANGAN SOSIAL

2.Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran dan kebolehan. Contoh: kebolehan menyesuaikan diri dengan kawan akan berkembang apabila umur seseorang itu meningkat.
3. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Contoh: seseorang boleh menambah ilmu baru sepanjang hayatnya. 4. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat perkembangan tertentu. Contoh: individu akan belajar tingkah laku yang sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang-orang yang signifikan dalam hidupnya.

5.Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Contoh: seseorang remaja berumur 25 tahun,kita menjangkakan dia akan mencari pekerjaan dan pasangan hidup.
6.Perkembangan bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Contoh: Kanak-kanak yang tidak mengenal nombor atau memahami konsep nombor,tidak boleh diajar operasi tambah dan tolak.

7. Perkembangan yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza dari individu yang lain. Contoh: ada kanak-kanak yang cepat membaca sebelum memasuki darjah satu ,ada pula yang lambat dapat membaca semasa berada dalam darjah tiga.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

PERSAMAAN

Proses ini membabitkan manusia Mempunyai corak tertentu Susunan sama bagi semua ahli Berlaku secara berterusan

PERBEZAAN
ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

Jasmani

Tinggi,saiz ,berat pertumbuhan gigi,urat daging dan saraf pancaindera

Kemahiran menggunakan anggota badan seperti merangkak,berjalan,m elompat dan berlari.

Mental

Keupayaan berfikir bertambah termasuk perkara yang subjektif.

Kemahiran menggunakan bahasa,angka dan membuat penakulan.

Emosi

Memiliki pelbagai ragam perasaan sayang,gembira,rian g,cemburu,duka,mar ah dan takut.

Memahami konsep perasaan,menguasai dan mengawal perasaan ketika marah,takut dan cemburu.

Sosial

Kenalan semakin bertambah

Keupayaan memilih kenalan.

Struktur

Mengikut pola dari kepala ke kaki dan dari tengah ke sisi.

Mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran.

SEKIAN TERIMA KASIH.