Anda di halaman 1dari 2

Hasil Pembacaan Isu:Pencemaran (Kitar Semula dikalangan masyarakat) Lambakan sampah kini menjadi isu yang amat berat

di Malaysia. Setiap hari lebih 15,000 tan sampah perlu diproses dan kebanyakan sampah tersebut ialah pembungkusan makanan iaitu plastik. Sikap buruk masyarakat yang membuang sampah merata tempat juga turut memburukkan lagi keadaan yang berlaku sekarang. Ini turut diakui oleh Dr William Barron yang berpendapat cabaran utama adalah memberi kesedaran kepada masyarakat betapa buruknya keadaan pembuangan sampah sekarang. Oleh itu pelbagai program dirancang bagi memastikan isu pencemaran ini terus diambil berat oleh semua masyarakat. Dr Reza Azmi menyatakan dalam penuliannya bahawa untuk memajukan sesebuah negara, rakyatnya perlu maju terhadap kesedaran mencintai alam dan dijadikan amalan utama dalam kehidupan. Ini juga diakui oleh Dr Mike Shanahan juga mengakui perkara ini berlaku terhadap negara maju. Semakin bertambah maju maka semakin susah mendidik masyarakat kesedaran tentang alam sekitar dan berlaku kemusnahan alam. Namun begitu isu mengenai pencemaran ini di negara Malaysia dilihat pada tahap baik berbanding negara asia yang lain. Ini diakui oleh Antony Sebastian, Pakar Pemuliharaan luar negara tetapi masyarakat Malaysia masih kurang dari segi tindakan walaupun kesedaran mereka tinggi. Kita boleh mula memupuk budaya kitar semula ini dengan membawa beg kitar semula apabila keluar membeli-belah, mengamalkan budaya guna semula dan mengitar semula, guna air hujan untuk menyiram tanaman dan mengumpulkan barangan-barangan terbuang. Selain itu, sikap ini perlu diteruskan daripada semasa ke semasa. Pelbagai aktiviti telah dibuat dan pelaksanaan amat menitiberatkan kesedaran dikalangan masyarakat. Pada 2007, Kulim telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang melancarkan program kitar semula racun. Program ini adalah kerjasama antara Kulim(CorpLife ) dan Public Health Association serta Jabatan Agrokultur.

3R adalah singkatan kepada mengurangkan, guna semula dan kitar semula. Ketigatiga kombinasi ini amat penting kerana dapat mengekalkan kelangsungan sumber alam. Kitar semula dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber yang semakin berkurangan. Sebagai contoh, botol plastik. Apabila penggunaan semakin berkurangan maka kita telah bmenyelamatkan bumi daripada himpunan berpuluhpuluh ribu botol yang memerlukan hampir 700 tahun untuk dikompos. Program kesedaran yang dilakukan di Singapura pada tahun 2001 menampakkan perubahan yang positif. National Recycling Programme (NRP) telah menyediakan tong sampah kitar semula dan beg kitar semula. Bahan-bahan ini akan dikutip setiap 2 minggu mengikut jadual tertentu. Di sini dapat dilihat apabila kerajaan memainkan peranan dalam memberi kesedaran maka masyarakat akan mula terdidik. Pengarah Jabatan Pemuliharan Sumber, Ong Seng Eng menyatakan bahawa perubahan yang positif terhadap masyarakat Singapura setelah program ini dilaksanakan . Beliau menyatakan berlaku peningkatan terhadap kesedaran kitar semula dikalangan warganya. Bagi Malaysia pula, program seumpama ini belum dilakukan tetapi mula menunjukkan kesedaran di kalangan masyarakat. Alam flora telah memainkan peranan ini dan telah menukar serta mengasingkan buangan dari rumah. Mereka juga telah menghasilkan baja hasil daripada bahan buangan ini. Namun begitu jika masyarakat sendiri yang mengasingkan bahan buangan maka tugas ini dilihat lebih mudah. Bukan semua bahan diterima sebagai bahan kitar semula. Oleh yang demikian, kita perlu memulakan tabiat ini agar bumi terus dilindungi dan tidak dibebani dengan sampah yang banyak. Ambil tahu apakah program yang dijalankan disekitar perumahan anda, jadikan amalan membawa bungkusan sendiri dari rumah. Secara keseleruhan, kita mahukan penglibatan semua agar bumi terus dilindungi. Fikir Dahulu Sebelum Buang Jadikan Kitar Semula Budaya Kita

Anda mungkin juga menyukai