Anda di halaman 1dari 40

Petang itu angin bertiup agak kencang dari kebiasaannya.

Warna langit juga kelihatan beransur-ansur gelap menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Sementara itu pula , Amar, seorang remaja yang sedang meningkat remaja sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya yang masih bertimbun tidak disiapkan lagi di dalam biliknya bertemankan lampu mejanya.Suasana di rumah teres dua tingkat itu agak sunyi dengan kehadiran manusia. Kawasan ruang tamu kelihatan suram. Hanya bunyi guruh dan deru angin bersama air hujan yang semakin lebat. Hujan semakin lebat.Dari dalam , Amar merenung ke luar tingkap. Seketika dia terpandang kain yang melayang-layang ditiup angin. ' Siapa pulak terlupa nak angkat kain baju diorang ni? Amar kemudiannya keluar mendapatkan kakaknya yang entah masih berada di dalam rumah itu atau masih berseronok bersama teman-temannya di luar. Amar terus mencari kakaknya dan tempat terakhir yang dituju adalah dapur . Kebetulan pula dia terhidu bau hangit dan kepulan asap kecil . "Kak, eh apa yang akak buat ni!?" Aamar meluru ke arah kakaknya, Amira yang kelihatan kelam kabut dan terbatuk-batuk. Belakangnya diusap perlahanlahan dan dapur gas segera ditutup. "Apa yang akak cuba buat? Macam mana kalau akak cedera? " Aamar membawa Amira ke ruang tamu . Dia kembali semula ke dapur untuk mengemas semula barang-barang dapur yang berselerak di atas meja. Periuk di atas dapur diambil, di belek beberapa kali. Aamar sendiri tidak pasti masakan apa yang kakaknya mahu masak. Dia kemudiannya mengambil lebihan nasi putih dan memasak nasi goreng untuk mereka berdua. "Nah,".Aamar meletakkan dua pinggan berisi nasi goreng di atas meja serta dua gelas milo ais. "Waah, satu pakej ni. Terima kasih." Amira sudah kelihatan tidak sabar-sabar "Hmm, nasib baik ada kata-kata keramat tu. " Aamar mengambil tempat di sisi kakaknya dan mereka makan bersama. Aamar dan kakaknya Amira sering ditinggalkan berdua oleh ibu dan bapa mereka kerana sering ke luar negara atas urusan kerja dan mencari duit untuk kesenangan keluarga. Itulah juga alasan yang diberikan setiap kali ditanya mengapa mereka sering ke luar negara. Kali ini entah berapa lama lagi mereka di rantau orang. Kadang kala Aamar dan Amira berasakan seperti mereka ini bukan anak kepada ibu dan ayah mereka melainkan cuma anak angkat. "Entah-entah kita ni cuma anak angkat , kak?" Aamar menyuarakan rasa hatinya ketika mereka sedang berbual-bual di beranda.

"Kenapa cakap macam tu?" Berkerut dahi Amira mendengar adiknya berkata begitu. "Yelah, kalau orang lain, tentu diorang dah bawa anak diorang sekali pw

Anda mungkin juga menyukai