Anda di halaman 1dari 25

PENGHARGAAN

Saya Syauqi Mardia bin Baharudin, pelajar Tingkatan 3 Amanah mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat Kajian Geografi Tempatan (KGT).

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua, dan Rosmih binti NC Jamari @Jamal (Ibu) yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Dynawaty Sadikah telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbang dengan begitu dedikasi.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, Mohd asyraf bin Yunus, Affandi bin Mohammad, Mohd Shafiq bin Abdul Abbas dan Mohd Iqbal Iqmal bin Rosmin. Meraka telah memberi maklumat yang amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang menolong saya. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.

PENDAHULUAN

Saya memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Lama, Kota Marudu, Sabah kerana Kampung Tambun terletak berdekatan dengan tempat kediaman saya.

Saya telah memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada aspek Pencemaran Alam Sekitar yang terdapat di Pekan Lama. Saya juga mengkaji pencemaran yang berlaku di sekeliling Kampung Tambun.

Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang empat minggu. Walaupun samasa membuat kajian ini, kami menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi akhirnya semua masalah telah diatasi. Saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini.

Akhirnya, saya berharap kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakan-rakan saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: a) b) c) d) Mengenal pasti jenis pencemaran di kawasan kajian. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian. Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah ini. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan Pekan Lama.

KAWASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, saya telah memilih Pekan Lama, Kota Marudu, Sabah sebagai kawasan kajian untuk mengkaji pencemaran yang berlaku di tempat tersebut.

Kampung Tambun terletak di Daerah Barat Laut Kota Marudu. Kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah pamah.

Jarak kawasan kajian dari sekolah saya ialah kira-kira 4.5 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit dengan menaiki kereta. Tambang yang dikenakan untuk ke kawasan kajian berbeza bagi pelajar dan orang biasa, iaitu RM 0.50 bagi pelajar dan RM 1.00 bagi orang biasa.

Peta Kota Marudu

SUMBER PETA: Kegiatan Tamu Di Daerah Kota Marudu Pantai Barat Sabah (Rosmih NC Jamari, 1987)

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Geografi Tempatan. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah: a) Rujukan : Saya telah membuat rujukan daripada palbagai sumber, contohnya buku teks, buku latihan, surat khabar dan internet. b) Pemerhatian: Saya telah pergi ke kawasan kajian untuk membuat pemerhatian di Pekan Lama. .

HASIL KAJIAN

Selepas membuat kajian, kami mendapati kawasan Pekan Lama menghadapi masalah pencemaran air, pencemaran sungai, pencemaran udara, dan pencemaran bunyi yang sangat serius.

KONSEP PENCEMARAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1. Pencemaran Udara Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, baubauan). Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Kebanyakan jalan-jalan utama di sekitar di Pekan Lama dicemari oleh asap-asap

kenderaan,pembakaran terbuka dan lebih membebankan lagi najis-najis binatang terutama lembu yang berselerak di tepi-tepi jalan.

2.

Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan yang dihasilkan oleh mesin, haiwan atau manusia sehingga menyakitkan telinga. Bunyi ini mengganggu aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Di Pekan Lama, kebanyakan pencemaran bunyi berpunca daripada sistem pengangkutan seperti kenderaan.

3.

Pencemaran Sungai Majoriti penduduk d Pekan Lama merupakan nelayan tetapi sungai tetap tercemar. Hal demikian kerana dari pembuangan sampah sarap, bahan toksik dan pembuangan minyak di dalam sungai yang menjejaskan pencemaran.

4.

Pencemaran Air Punca utama pencemaran air di Pekan Lama antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk di Pekan Lama terutamanya nelayan gemar membuang sisa hasil tangkapan mereka seperti kuli-kulit kupang ke dalam sungai. Ini boleh mencederakan penduduk yang ingin mandi ke sungai tersebut.

Jenis-Jenis Pencemaran Pekan Lama

15%

15% Pencemaran udara Pencemaran sungai Pencemaran air Pencemaran bunyi

25% 45%

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1. Pembakaran terbuka Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun. Asap yang dibebaskan oleh pembakaran terbuka menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar.

2.

Sampah sarap Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah meratarata.Bilangan penduduk yang semakin bertambah memburukkan lagi keadaan. Sampah dilonggokkan di tepi jalan dan kawasan lapang yang terbiar. Sampah ini pula tidak diambil oleh pihak yang berkenaan dan dibiarkan berminggu-minggu sehingga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk yang tinggal di sini.
10

3.

Kenderaan Penubuhan sekolah-sekolah dan kedai telah menyebabkan bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini semakin bertambah. Pertambahan bilangan kenderaan telah menyumbang kepada pelepasan asap yang mengandungi bahan pencemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan plumbum. Hal ini telah menyebabkan keadaan udara di kawasan ini mengalami pencemaran dan memberi kesan terhadap penduduk di kawasan ini. Selain itu, bilangan kenderaan yang semakin bertambah juga menyumbang kepada berlakunya pencemaran bunyi. Kenderaan tersebut mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu kehidupan penduduk di kawasan ini.

Penerapan Nilai Sebagai ahli masyarakat di taman ini, kita hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan sikap menyayangi dan menjaga kebersihan alam sekitar kerana alam sekitar yang bersih akan menghasilkan penduduk yang sihat.

11

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1.

Hujan asid Pencemaran udara yang berlaku di kawasan Pekan Lama telah menyebabkan berlakunya hujan asid di kawasan ini. Peningkatan bilangan kenderaan bermotor yang mengeluarkan asap dan habuk telah mencemarkan alam sekitar. Bahan-bahan tercemar yang terdapat di atmosfera ini akan bercampur dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid. Hujan asid akan menyebabkan tanih menjadi berasid dan tidak subur untuk pertanian. Hujan asid juga boleh merosakkan dinding bangunan dan menambahkan paras keasidan air larian.

2.

Suhu meningkat Pembakaran terbuka dan penggunaan kenderaan bermotor telah menyebabkan kandungan karbon monoksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida bertambah di atmosfera. Pertambahan gas rumah hijau ini telah menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan seterusnya meningkatkan suhu di kawasan ini.

3.

Bau busuk Pembuangan sampah di tepi jalan raya dan di kawasan lapang oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan bau busuk di sekitar kawasan Pekan Lama. Udara busuk ini boleh mengganggu aktiviti harian penduduk. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kedatangan lalat yang menghurungi sampah-sampah tersebut. Selain itu, terdapat juga sampah yang dibiarkan selama berminggu-minggu dan tidak diangkat oleh pihak yang berkenaan. Hal ini telah menyebabkan sampah tersebut mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan.

12

4.

Penyakit Pencemaran alam yang berlaku di kawasan ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan penduduk di kawasan ini menghidap penyakit yang berkait dengan pernafasan akibat menghidu udara yang tercemar. Antara penyakit yang sering terjadi ialah asma dan gangguan pernafasan.

Penerapan Nilai Secara umumnya, melalui penyelidikan ini saya sedar betapa perlunya saya dan penduduk Taman Puchong Utama bersatu padu untuk menjadikan Taman Puchong Utama sebagai sebuah bandar yang selesa, cantik dan bersih. Keprihatinan, semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab perlu ada agar masalah pencemaran alam dapat dikurangkan demi kesejahteraan hidup dan kebaikan kita bersama.

13

CADANGAN MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1.

Menguatkuasakan Undang-undang Undang-undang perlu dikuatkuasakan bagi mengawal kegiatan pihak yang melakukan pencemaran. Jabatan Alam Sekitar perlu menguatkuasakan undangundang yang sedia ada dengan lebih tegas bagi memastikan alam sekitar kita terjaga.

2.

Kempen Kempen ialah aktiviti mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai, mempelajari dan mengamalkan sesuatu amalan yang baik di samping meninggalkan amalan yang buruk. Kempen dijalankan untuk mengingatkan orang ramai supaya jangan mencemarkan alam sekitar, menerangkan kesan pencemaran dan menunjukkan cara-cara mengurangkan pencemaran seperti menjalankan kitar semula. Kempen boleh dilakukan melalui radio, televisyen, akhbar, poster dan laman web. Antara kempen yang boleh dijalankan ialah kempen kitar semula, Cintai Sungai Kita dan Bumi Hijau.

3.

Penggunaan Alat Catalyc Converter Penggunaan alat Catalyc Converter pada kenderaan membantu mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan karbon monoksida di udara. Alat ini bertindak sebagai penapis supaya gas dan asap yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan kurang mencemarkan alam sekitar.

14

4.

Penggunaan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

Penerapan Nilai Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah di Pekan Lama, setiap pihak perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi demi memastikan usaha ke arah meningkatkan taraf hidup masyarakat tercapai. Masyarakat harus berganding bahu ke arah negara yang bersih.

15

RUMUSAN

Kajian yang saya jalankan menunjukkan Pekan Lama adalah sebuah kawasan yang padat dan keadaan ini telah menyebabkan pencemaran berlaku kesan daripada peningkatan bilangan penduduk di kawasan ini. Antara jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Antara punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran ini ialah pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap dan bertambahnya bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini. Pencemaran yang berlaku di kawasan ini telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Antara kesan yang disebabkan oleh pencemaran di kawasan ini ialah kejadian hujan asid, serangan penyakit, peningkatan suhu dan bau busuk. Keadaan ini mestilah dibendung dengan segera supaya alam sekitar kita dapat dijaga demi generasi yang akan datang. Antara langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ialah dengan menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen,dan kenderaan di kawasan ini digalakkan menggunakan alat catalyc converter untuk menapis asap kenderaan. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sikap prihatin dan sayangkan alam sekitar perlu ditanam dalam diri masing-masing supaya masalah pencemaran yang berlaku di negara kita dapat diatasi.

16

RUJUKAN

1. Rosmih binti NC Jamari @Jamal. 1987. Kegiatan Tamu di Daerah Kota Marudu Pantai Barat Sabah, Satu Kajian Sosio- Ekonomi. Universiti Malaya (UM)

2. Wadah Syuhadah.http://www.scribd.com/doc/51290260/Kajian-Geografi-TempatanPencemaran-Alam-Sekitar.

3. Google Maps. http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl.

Lampiran 1
17

Borang Temu Bual

1. Nama:.................................................................................................................................

2. Jenis pekerjaan:.................................................................................................................

3. Masalah-masalah yang dihadapi sebagai penduduk a)____________________________________________________________________ b)____________________________________________________________________

4. Cadangan-cadangan penyelesaian masalah: a)____________________________________________________________________ b)____________________________________________________________________

Lampiran 2

18

Borang Soal Selidik Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja. Adalah diharapkan pata pesponden dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

__________________________________________________________________________ Tema Kajian: Pencemaran Alam Sekitar Arahan: Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN 1.Jantina Lelaki ( ) Perempuan ( )

2.Kaum Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( )

3.Umur 18-29 Tahun ( ) 30-55 Tahun ( ) 55 Ke Atas ( )

19

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENCEMARAN-PENCEMARAN TERHADAP PENDUDUK-PENDUDUK TEMPATAN

Sampah Sarap Pencemaran Air Pencemaran Udara Kesan Rumah Hijau Hujan Asid Perubahan Pandang Darat

Kesan Lain-lain: (Sila Nyatakan) ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... .....................................................................................

Terima kasih atas kerjasama anda.

20

Lampiran 3 Gambar-gambar pencemaran di kawasan kajian

21

Lampiran 4

22

Lampiran 5

23

Lampiran 6

24

25

Anda mungkin juga menyukai