Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Tugasan yang bertajuk Kesan Teknologi Baru Terhadap Masyarakat Malaysia ini dapat kami laksanakan dengan sempurna atas bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Tanpa bantuan daripada pihak-pihak tersebut, sudah pasti tugasan ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya mewakili kumpulan saya ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut:

Puan Hamidah Abdul Rahman yang mengajar kami format menulis tugasan ini Rakan-rakan dari seksyen lain yang membantu beberapa struktur ayat Perkhidmatan Google Translate yang tolong menterjemahkan sebahagian bahasa Inggeris yang saya kurang pasti maksudnya dalam Bahasa Melayu WiFi di Kolej Tun Ghafar Baba, Universiti Teknologi Malaysia Jalur lebar DiGi yang membekalkan sumber Internet agar dapat mengakses dengan lebih laju Mesin pencetak teman sebilik saya untuk mencetak tugasan ini Orang-orang perseorangan yang terlibat dalam tugasan ini

SINOPSIS

Tugasan ini bertujuan untuk menyenaraikan beberapa implikasi atau kesan positif serta negatif atas perkembangan teknologi moden terhadap masyarakat Malaysia. Antara kesan-kesan positif termasuklah dari segi pengangkutan, pendidikan, seni dan hiburan, telekomunikasi berangkaian, perdagangan elektronik serta pelaksanaan Infodesa. Dari segi pengangkutan, kereta api elektrik, lebuhraya seperti PLUS serta terowong SMART sangat membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya. Setelah sistem e-learning diperkenalkan, pembelajaran di universiti menjadi lebih efisyen. Penukaran bahan-bahan seni dan hiburan malah buku kepada bit-bit komputer dapat memudahkan semua pihak yang terlibat. Manakala kemudahan dalam membeli-belah atau menempah tiket melalui internet dapat menjimatkan masa dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat membeli-belah.

Bagi implikasi negatif pula, cetak rompak kini semakin luas berleluasa dalam bidang hiburan mahupun bidang lain. Penyuaraan ketidak puas hati terhadap sesetengah pemimpin juga sukar untuk dibendung sekarang gara-gara mereka mempunyai laman web tersendiri seperti blog. Jenayah siber juga semakin meningkat kerana zaman yang serba moden ini, bilangan penggodam yang tidak beretika semakin banyak dan semakin membimbangkan. Baru-baru ini kes laman web Sabah digodam oleh kumpulan penggodam bernama DragonForce kerana kerajaan menyekat laman web yang berunsur perkongsian fail.

Isi-isi utama dalam tugasan ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang implikasi-implikasi teknologi baru terhadap masyarakat Malaysia.

II

KANDUNGAN

PENGHARGAAN SINOPSIS KANDUNGAN PENGENALAN KESAN-KESAN POSITIF TEKNOLOGI TERHADAP MASYARAKAT KESAN-KESAN NEGATIF TEKNOLOGI TERHADAP MASYARAKAT PENUTUP LAMPIRAN RUJUKAN

I II III IV V X XIII XV XVI

III

PENGENALAN

Malaysia sememangnya memandang serius dalam usaha memperkukuhkan asas bagi mencapai ekonomi berasaskan teknologi-teknologi yang terdapat dalam negara ini secara strategik, dan perkara ini menjadi semakin penting dalam kalangan rakyat. Teknologi merupakan perkembangan suatu media atau alat yang dapat digunakan dengan lebih efisyen untuk digunakan serta untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk menyelesakan lagi kehiupan manusia di muka bumi ini.

. Teknologi-teknologi di Malaysia semakin berkembang maju sejajar dengan arus pemodenan yang berlaku di seluruh dunia. Antara teknologi-teknologi yang terdapat di Malaysia adalah Multimedia Super Corridor (MSC). Program ini telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, sekitar tahun 1996. Penubuhan program MSC adalah penting untuk mempercepatkan matlamat Wawasan 2020 dan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden menjelang tahun 2020, dengan melatih masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

Antara teknologi lain adalah pembinaan kereta api elektrik seperti LRT, pengenalan sistem e-learning serta perkhidmatan perdagangan elektronik. Terdapat banyak implikasi atau kesan positif yang dapat diperolehi daripada teknologi-teknologi ini. Rakyat dapat menjalani hidup dengan lebih selesa, lebih efisyen dan lebih moden dan seterusnya dapat menyumbang ekonomi Malaysia ke arah yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang kerana hampir segalanya berada di hujung jari. Namun, teknologi-teknologi juga ternyata meninggalkan kesan negatif kepada rakyat Malaysia. Ini termasuklah cetak rompak, penyalahgunaan Internet seperti menggodam komputer serta mencuri identiti pengguna lain.

IV

KESAN-KESAN POSITIF TEKNOLOGI TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA

PENGANGKUTAN Dalam era abad ke-21 ini, Malaysia amat berkembang maju dalam bidang pengangkutan. Antaranya adalah sistem kereta api elektrik seperti LRT, Komuter, ERL (Express Rail Line), dan Monorail. Pengangkutan-pengangkutan ini membawa rakyat Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi terkenal seperti KLCC, Sunway Pyramid serta Stadium Bukit Jalil. Setiap tren ada destinasi masing-masing dan kita boleh ke suatu tempat dengan menaiki bas RapidKL yang disediakan seperti ke bas berlabel U623 akan membawa kita ke Sunway Pyramid.

KL Sentral merupakan pusat segala pertukaran tren. Bandar Tasik Selatan yang juga dikenali sebagai Terminal Bandar Selatan merupakan pusat pengangkutan bas awam ke negerinegeri selatan seperti Johor dan Melaka ke Kuala Lumpur. ERL merupakan tren yang hanya berhenti di lima stesyen. KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Tujuan utama ERL ditubuhkan adalah bertujuan untuk rakyat Malaysia untuk ke lapangan terbang dengan menaiki alternatif ini. Ia lebih murah dan dapat menjimatkan masa daripada kesesakan laluan lintas. Hampir jutaan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan-pengangkutan awam ini setiap hari. Harga satu tiket kebiasaannya sekitar RM2 hingga RM3. Dengan ini, pengguna dapat menjimatkan penggunaan minyak bagi kereta mereka kerana mereka tidak lagi menggunakan kereta untuk ke kerja. Ini amat menjimatkan kos kerana jika mereka terperangkap dalam kesesakan jalan yang panjang ketika waktu puncak, kereta akan menggunakan minyak yang banyak maka mereka perlu mengisi minyak lebih kerap dan ini akan menghabiskan wang ringgit. Kad Touch n Go juga diperkenalkan dan ia bertujuan untuk memudahkan penumpang kerana mereka tidak perlu lagi beratur untuk membayar tiket malah hanya meletakkan kad mereka di mesin pengimbas dan secara automatik duit mereka di dalam kad tersebut akan ditolak. Mesin

vendor juga dapat mengurangkan bilangan beratur di kaunter kerana mereka dapat membeli tiket secara automatik. Selain itu, pembinaan terowong SMART yang dibuka pada tahun 2007 amat membantu pengguna dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di Kuala Lumpur, berhampiran Jalan Tun Razak dan juga Jalan Sultan Ismail. Namun begitu harga tiketnya agak mahal berbanding dengan tol biasa tapi dengan kelajuan yang dapat dipandu di dalam terowong kerana tiada kesesakan adalah amat berbaloi. Pembinaan Lebuhraya seperti PLUS juga sangat memudahkan perjalanan pengguna. Perjalanan yang sebelum ini lebih kurang 10 jam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru kini hanya 3 jam setengah.

PENDIDIKAN
Pendidikan jarak jauh diperkenalkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Sistem e-learning diperkenalkan hampir di seluruh universiti di Malaysia ini, malah pelajar Universiti Teknologi Malaysia juga menggunakan sistem ini. Pelajar dapat memuat turun nota yang dibekalkan oleh pensyarah secara online dan kelebihannya, mereka dapat mencetak nota-nota tersebut dan boleh mempelajari apa yang akan diajar oleh pensyarah terlebih dahulu. Dengan ini, mereka akan lebih memahami apabila pensyarah mengajar topik yang mereka telah mempelajari sebelum ini. Selain itu, pelajar juga dapat menghantar tugasan-tugasan yang diberi ke dalam laman web e-learning tersebut tanpa perlu mencetak ke atas kertas. Ini dapat mengurangkan penggunaan kertas dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan pokok-pokok di negara ini.

SENI DAN HIBURAN


Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya pengguna tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks
VI

ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau pengguna tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut. Pengguna juga tidak semestinya pergi ke panggung wayang atau muzium untuk melihat filem atau khazanah negara. Kesemua ini memberi impak terhadap perancangan guna tanah kawasan bandar. Kesan langsung daripadanya adalah pengurangan dalam isi padu lalu lintas yang disebabkan oleh aktiviti tersebut. Ini akan mengagihkan tanah bagi tujuan yang lain misalnya kawasan hijau atau taman-taman yang tidak dapat digantikan oleh teknologi maklumat.

TELEKOMUNIKASI BERANGKAIAN

Majoriti rakyat Malaysia kini menghabiskan lebih banyak masa di dunia Internet berbanding dunia sebenar. Dengan adanya laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka lebih gemar berinteraksi di hadapan komputer berbanding di dunia realiti. Namun mereka perlu juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Oleh sebab itu, sistem rangkaian mudah alih diperkenalkan.

Pengguna hanya perlu melanggan rangkaian mereka di telefon bimbit mereka dengan hanya RM1 seminggu. Dengan ini, segala perkara yang akan dikemaskini di Facebook atau Twitter akan dihantar ke telefon bimbit mereka. Maka pengguna tidak perlu melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa rangkaian sosial mereka. Perkhidmatan ini amat mudah dan bagus lebih-lebih lagi sekiranya terdapat perkara penting yang kawan mereka hantar di internet kerana ketiadaan kredit untuk hantar ke telefon bimbit.

PERDAGANGAN ELEKTRONIK DAN PERINDUSTRIAN


Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Di Malaysia, gedung-gedung seperti Parkson, Sapura, 3Comm dan Biz.st telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai. Rasionalnya adalah kadar penggunaan internet yang tinggi akan menggalakkan penawaran
VII

sedemikian. Pada tahun 1994, terdapat lebih kurang 500,000 pengguna yang berdaftar dengan Jaring dan TmNet. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Dimana mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang menjengkelkan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Satu-satunya halangan yang wujud hanya kos penghantaran yang tinggi bagi lokasi yang jauh atau kawasan luar bandar. Mudah(dot)my serta ebay(dot)my adalah contoh laman web membeli belah di Malaysia.

Selain

daripada

aktiviti

membeli-belah,

rangkaian

teknologi

maklumat

juga

membolehkan aktiviti perbankan dijalankan dengan lancar. Contoh perkhidmatan yang disediakan adalah Maybank2u dan CIMBClicks. Rakyat boleh membayar sewa rumah, bil-bil elektrik dan air, serta menjelaskan apa-apa bayaran sahaja melalui internet. Dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat dengan syaratnya iaitu mempunyai komputer bersama dengan perkhidmatan internet, maka pengguna dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga seperti kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham.

Di samping itu, pengguna juga boleh menempah tiket kapal terbang ataupun tiket wayang melalui internet. Syarikat penerbangan seperti Airasia, MAS dan Fireflyz menyediakan perkhidmatan menempah tiket secara online dan terus mencetak tiket tersebut di rumah. Dengan ini, mereka tidak perlu beratur panjang serta perjalanan dapat dirancang dengan lebih efisyen. Syarikat pawagam seperti Golden Screen Cinema (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV) juga menyediakan perkhidmatan ini malah pengguna dapat memilih tempat duduk mereka dengan lebih awal semasa menempah tiket tersebut. Ini sangat berfaedah kerana pastinya pengguna tidak mahu mendapat tempat di hadapan kerana mereka perlu mendongak untuk menonton filem yang ditayangkan.

VIII

PELAKSANAAN PROGRAM INFODESA

Dalam usaha untuk menggalakkan penghayatan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat desa ialah melalui perantaraan ICT dan memperluaskan interaksi komuniti menerusi ICT. Program Infodesa atau Medan Infodesa (MID) merupakan entiti fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT yang terletak dalam kawasan desa. Selain terus menjadi fokus pertemuan fizikal setempat, menerusi penggunaan ICT, MID juga akan menjadi pemangkin bagi merapatkan jurang digital dikawasan desa di samping berfungsi sebagai pusat latihan dan pertemuan interaksi maya dalam kalangan masyarakat desa. MID juga dipercayai mampu menjadi platform dan pemangkin kepada usahawan berasaskan ICT setempat kerana ia bukan sahaja mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk malah dalam masasama taraf sosial penduduk juga dapat ditingkatkan.

Antara objektif utama program ini ialah menjadikan MID sebagai pemangkin kepada pemilikan komputer peribadi atau Personal Computer (PC) dirumah masing-masing. Selain itu, MID juga merupakan gerbang interaksi untuk semua kegiatan penggunaan ICT, membina rangkaian pangkalan maklumat desa dan membangunkan e-komuniti di kalangan masyarakat desa. Sebagai pusat latihan ICT setempat, MID turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti latihan dan kemahiran ICT, perkhidmatan Internet dan perkhidmatan Portal Infodesa. Bagi penduduk yang tidak mempunyai komputer di rumah, mereka boleh menggunakan perkhidmatan komputerdan percetakan komputer yang disediakan. Perkhidmatan laman web, bengkel baik pulih dan peningkatan komputer serta penyediaan maklumat kampung seluruh negara turut disediakan.

Program Infodesa ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu dari segi fizikal dan maya. Untuk rekod, sehingga kini bilangan MID ialah sebanyak 237 buah seluruh negara. Laman web (portal Infodesa) turut disediakan selain latihan ICT Desa yang disediakan kepada penduduk. MID juga menjadi pusat perkembangan ilmu setempat kerana Internet sebagai digital
IX

library di dunia tanpa sempadan kini. Selain itu, semua maklumat yang diperlukan boleh dicapai terus dari Internet. Dengan adanya MID ini, perkembangan ilmu pengetahuan akan berkembang secara mendadak kerana masyarakat setempat menggunakan kelebihan ini secara optimum.

KESAN-KESAN NEGATIF TEKNOLOGI TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA

CETAK ROMPAK Dengan kebebasan aliran maklumat dalam rangkaian maklumat, aktiviti cetak rompak atau salin tanpa kebenaran menjadi semakin berleluasa. Contoh yang nyata adalah pelajar universiti atau kolej yang mempunyai akses kepada internet. Bayangkan satu senario yang melibatkan seorang pelajar yang terpaksa menghantar tugasan pada keesokan harinya. Pada pukul 4.00 pagi, pelajar tersebut mendapati dia tidak sempat menghabiskan tugasan tersebut. Namun begitu, secara kebetulan pelajar tersebut terjumpa satu esei yang sesuai dengan tema tugasannya melalui internet, tiada cetakan hakcipta dalam esei tersebut. Ini akan mendorong pelajar tersebut menyimpan esei tersebut dan kemudian membuat pengubahsuaian tertentu untuk mengubah wajahnya, kemudian dia menghantar tugasan tersebut dan menganggap itu adalah hasilnya. Cetak rompak cakera padat juga semakin berleluasa walaupun pihak polis telah menjalankan banyak operasi di kedai-kedai hiburan. Ini kerana penipu-penipu ini sangat bijak memanipulasikan bahan-bahan malah meniru cop original yang terdapat di muka hadapan bekas cakera padat. Cadangan Perundangan maklumat dan sistem pengawalan yang canggih perlu digunakan untuk mengatasi masalah cetak rompak. Contohnya, di UTM terdapat perisian untuk mengenalpasti sekiranya seseorang pelajar meniru hasil kerjanya di Internet. Perisian tersebut akan
X

membandingkan hasil tulisan kita dengan bahan yang berada di Internet ataupun milik pelajar yang lain. Jika terdapat lebih daripada 20% persamaan, maka pelajar tersebut akan ditangkap meniru.

MENYATAKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI DI INTERNET Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berasaskan kebencian berterbangan dalam rangkaian Internet. Kebiasaannya ini disuarakan oleh rakyat di dalam blog mereka. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjanakan kebencian dan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet lain yang mempercayai terus maklumat yang diperolehi. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam kehidupan negara dan mengancam keselamatan serta ketenteraman sesebuah negara. Aspek negatif ini sukar dibendung oleh sesiapa kerana internet merupakan tempat bebas bersuara. Cadangan Pihak kerajaan perlu peka terhadap isi kandungan internet supaya dapat mengambil tindakan segera bagi memaklumkan kesahihan maklumat tersebut kepada rakyat. Namun ini tidak bermakna makluman kerajaan merupakan kata putus. Rakyat harus diberi peluang untuk memberi maklum balas berkenaan isu tersebut melalui saluran yang telah dikhaskan untuk tujuan tersebut oleh kerajaan.

JENAYAH SIBER Peningkatan jenayah siber kini dikaitkan dengan kekerapan penggunaan Internet yang semakin meningkat dan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi sehingga mengakibatkan mereka terdedah kepada ancaman dan sabotaj secara maya.

XI

Menggodam komputer, mencuri kata laluan untuk perbankan Internet, penyalahgunaan kad kredit untuk pembelian di Internet dan pelbagai kegiatan jenayah era baru ini dapat dilakukan dengan mudah melalui dunia siber. Ini tidak termasuk daripada isu keruntuhan moral masyarakat kerana terdedah kepada pelbagai bahan-bahan yang tidak bermoral seperti bahan lucah, keganasan dan sebagainya akibat daripada kebebasan dalam dunia globalisasi ini. Barubaru ini laman web Sabah digodam oleh kumpulan penggodam bernama DragonForce kerana kerajaan menyekat laman web yang berunsur perkongsian fail yang membolehkan memuat turun apa-apa fail di Internet. Kecurian identiti boleh berlaku di mana-mana sahaja terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan dikafe-kafe siber. Kebiasaannya kecurian identiti ini berlaku kepada individu yang menjalankan urusan sulit seperti perbankan. Pengguna internet yang cuai sering dijadikan sebagai sasaran. Kebiasaannya individu yang tidak bertanggungjawab ini akan mencuri identiti pengguna lain menggunakan pelbagai perisian seperti Key logger tanpa disedari pengguna. Perisian ini biasanya dipasang pada komputer tanpa disedari pengguna terutamanya yang menggunakan kafe siber. Tujuan perisian ini adalah untuk merekodkan apa sahaja aksara yang ditaip menerusi papan kekunci komputer. Impaknya, data dan maklumat sulit mungkin akan dicuri tanpa disedari yang membolehkan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut menggunakan identiti atau maklumat yang dicuri tadi untuk melakukan sesuatu yang salah atau tidak diingini.

Negara juga penah dikejutkan dengan kes kecurian dan kehilangan data yang membabitkan badan kerajaan seperti pencerobohan pangkalandata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akibat daripada sistem keselamatan agensi itu yang tidak kukuh sehingga mampu dicerobohi penggodam. Akibatnya segala maklumat peminjam yang keseluruhannya adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dipadam terus daripada pangkalan data PTPTN. Kes-kes seumpama ini membuktikan bahawa jenayah siber ini mampu melemahkan sistem pentadbiran negara dan memberi impak yang besar kepada individu yang terlibat. Adalah penting bagi setiap organisasi atau individu untuk membangunkan dasar keselamatan maklumat dan disokong oleh prosedur yang bersesuaian.

Cadangan
XII

Ancaman atau aktiviti yang tidak sihat ini tidak seharunya menjadi penghalang atau batasan untuk kita menjauhkan diri daripada Internet kerana ia telah menjadi keperluan yang penting dalam kehidupan dewasa ini. Maka amatlah penting bagi setiap individu untuk mempunyai asas dan pengetahuan mengenai keselamatan dunia siber bagi menjamin keselamatan mereka dalam penggunaan komputer dan perkhidmatan Internet. Bagi pelajar IT, mereka perlulah dibekalkan dengan kemahiran sepenuhnya bagi mengelakkan daripada jenayah siber berleluasa di Malaysia.

PENUTUP

Kehadiran teknologi moden merupakan anugerah istimewa kepada rakyat Malaysia dalam membina masyarakat yang lebih berpengetahuan tinggi, efisyen serta cekap dalam melakukan kerja dan seterusnya menyumbang ke arah ekonomi negara yang lebih mantap. Tanpa teknologi, sudah tentu kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Beliau juga menambah bahawa di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini sukar didapati. Ini membuktikan pembangunan teknologi membolehkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Walaubagaimanapun, inisiatif perlu diambil bagi membendung gejala-gejala negatif yang terjadi akibat pembangunan teknologi ini. Menyedari akan kepentingan keselamatan siber dan ancamannya yang mampu membawa impak yang besar kepada masyarakat, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah pencegahan. Antaranya dengan menubuhkan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah badan koordinasi untuk inisiatif keselamatan siber kebangsaan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat ialah jaminan keselamatan dalam dunia siber. Ini dapat membendung gejala jenayah siber. Pihak polis juga perlulah lebih cekap dalam menjalankan operasi menangkap penjual cakera padat berunsur cetak rompak, dan

XIII

kerajaan mestilah mengetatkan keselamatan di laman web agar tidak mudah digodam oleh penggodam yang tidak beretika.

Berdasarkan isi-isi yang telah dihuraikan di atas, jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah untuk membuang yang keruh dan ambil yang jernih. Semua pihak perlulah menggembleng tenaga dalam menjadikan Malaysia negara yang maju serta beretika tinggi dalam teknologi moden.

LAMPIRAN

Laluan Star-LRT

XIV

Contoh resit pembayaran perkhidmatan Jalur Lebar DiGi melalui Maybank2U

XV

Pihak berkuasa merampas cakera padat yang berunsur cetak rompak

Laman web Tourism Sabah digodam

XVI

RUJUKAN
http://www.cybersecurity.my/en/index.html
http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html http://en.wikipedia.org/wiki/MSC_Malaysia Majalah Aspirasi Digital. Edisi Julai dan Ogos 2009. Keselamatan Siber.

XVII

Anda mungkin juga menyukai