Anda di halaman 1dari 21

MOHD ZAMZURI BIN ZAINAL ABIDIN MOHD SHAH BIN TUMIN ADZMAN BIN ABRAHAM

SAHSIAH GURU MUSLIM

Peranan Guru
Guru sebagai :Muallim (ilm) Mudarris (darasa) Muaddib (adib/adab) Muballigh (balagha) Murshid (roshada) Murabbi (rabb)

MUALLIM
Guru yang menjayakan proses

penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim). Lebih menumpukan kepada ilmu akal.

MUADDIB
Guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya.

MURSYID
Mursyid secara istilahnya (menurut kaum sufi), merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah.

MURABBI
Bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu.

GURU SEBAGAI PENDAKWAH


Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Memahami matlamat dan tujuan pendidikan. Pembentukan akhlak. Memperkembangkan ilmu agama.

PERIBADI SEORANG PENDAKWAH


Ikhlas kerana Allah SWT. Mempunyai matlamat yang jelas. Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah. Sentiasa menuntut dan menambah ilmu. Sedia menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.

Tidak berputus asa ketika menghadapi kesusahan. Tidak mempermudah-mudahkan hukum Allah. Tidak merasakan diri mempunyai kelebihan berbanding orang lain (tawaddu). Tidak menokok tambah apa yang telah ditetapkan oleh agama.

ADAB GURU
Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali memberi beberapa nasihat kepada para guru. Kata beliau, jika engkau seorang guru, maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini. Antara adab itu ialah :

Ihtimal yakni banyak sabar menanggung kesusahan. Lambat marah. Meninggalkan takabbur atas semua hamba Allah. Memilih tawadhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

Tidak memarahi murid yang bodoh. Tidak malu daripada berkata Aku tidak tahu (bagi masalah yang tidak diketahuinya). Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

PERSONALITI UNGGUL GURU


Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan

Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggungjawab Berakhlak mulia

Komunikasi Guru kepada Murid & Masyarakat


Jenis Komunikasi terbahagi kepada dua : A) Komunikasi Lisan B) Komunikasi Bukan Lisan

Kepentingan komunikasi berkesan


Dapat melahirkan insan dan akhlak pelajar yang baik Dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang dinamik Kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan Memberi motivasi kepada murid & masyarakat

Tanggungjawab Guru Kepada Murid


Kreatif ,Inovatif, dan mempunyai mental yang bagus Bertutur dengan baik & menjadi teladan Menjaga penampilan & penulisan Menjaga masa yang dengan adil Menimbulkan minat belajar di kalangan murid Memberi motivasi kepada murid Menjaga martabat guru dengan murid Menerapkan nilai-nilai Islam Mengguna media massa dalam P&P

Tanggungjawab Guru Kepada Masyarakat


Menjadi perantara murid dengan ibu bapa. Melibatkan dengan aktiviti masyarakat seperti gotong-royong taman. Menjadi rujukan masyarakat tanpa mengira tempat dan masa Menjadi teladan dan contoh akhlak yang baik. Menjaga imej sekolah dan profesionalisme guru.

Guru sebagai agen perubahan


Melibatkan aktiviti dalam kemasyarakatan Memberi perkhidmatan dalam bidang yang dikuasai.

Guru sebagai pakar rujuk


Mempunyai kemahiran iktisas dan menguasai ilmu pengetahuan. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik agar memudahkan proses pembelajaran murid.

Guru sebagai mentor


Bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati dan lain-lain.

Guru sebagai pengurus


Mengurus rutin bilik darjah Mengurus murid-murid supaya Mengurus aktiviti kumpulan

KESIMPULAN
Guru sebenarnya tugas yang sangat mulia. Tetapi ianya diiringi dengan tanggungjawab yang berat. Jadilah guru yang berjasa dari dunia hingga ke akhirat.