Anda di halaman 1dari 31

ABSTRAK Penulisan ini adalah untuk melihat kajian kes tentang pemerhatian dan penilaian secara holistik pendidikan

awal kanak-kanak di peringkat taska atau tadika. Dewasa ini, penubuhan tadika atau taska bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan. Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan. 1.0 PENGENALAN Pemerhatian dan penilaian adalah salah satu medan penyelidikan. Cara untuk mengumpulkan segenap maklumat berkenaan dengan subjek kajian dapat disatukan dalam bentuk rekod. Pelbagai rekod boleh digunakan untuk mencatat dapatan hasil dari pemerhatian bagi membuat penilaian. Penilaian dilaksanakan bagi mengetahui punca, sebab atau kaedah yang lebih berkesan dalam menilai perkembangan kanak-kanak. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.

1.2 TUJUAN KAJIAN Tujuan atau objektif pemerhatian dan penilaian haruslah difahami dengan jelas supya dapat memastikan bentuk penilaian yang wajar digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat pemerhatian dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita mesti mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak dahulu.Hal ini kerana dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan guru harus mengetahui bagaimana emosi kanak-kanak berkembang dan dari situlah guru akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan. 1.2.1 OBJEKTIF KAJIAN Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak. Objektif kajian tertumpu pada kemahiran mengawal emosi kanakkanak. Faktor emosi mampu mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Menurut Dr. Sharifah Nor (2007), dalam perkembangan sosio emosi adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian. 1.2.2 PERSOALAN KAJIAN Sejauhmanakah sosioemosi memainkan peranan dalam perkembangan seorang kanak-kanak. 1.3 BATASAN KAJIAN Pelbagai halangan dan cabaran yang kami telah tempuhi bagi menghasilkan yang terbaik dalam kajian kes ini yang melibatkan pemerhatian dan penilaian. Keadaan dan suasana persekitaran ketika ini membataskan kami untuk bergerak menjalankan kajian kes ini. Timbul juga percanggahan pendapat yang kami ambil sebagai masalah yang sihat untuk kami menghasilkan kajian kes. Setiap ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik dan segala masalah yang timbul dapat kami atasi dengan jayanya.
KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK Page 2

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2.0 SOROTAN Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan.Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. 2.1 KAJIAN BERKAITAN Menurut kajian Dr. Sharifah Nor (2007), dalam perkembangan sosioemosi adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam emosi positif adalah seperti rasa seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negative pula terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negative seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak boleh dikatakan mengalami kedua-dua emosi ini serentak dalam satu-satu masa. Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 3

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kajian seterusnya ialah mencerita perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Selalunya, pada peringkat awal kanakkanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. Terdapat juga kajian The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang individu adalah semula jadi. Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta supaya ibu memeluknya. Menurut Havighurst pula, emosi seseorang adalah dipengaruhi oleh alam sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008)

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2.2 TEORI BERKAITAN Teori Perkembangan Sosioemosi Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua. Pelopor bagi teori perkembangan psikososial adalah Erik Erikson. Kajian beliau terhadap beberapa orang ternama dari beberapa buah negara menunjukkan bahawa perkembangan sahsiah manusia adalah hasil daripada interaksi antara baka dan persekitaran. Menurut Erikson, hidup manusia dari mula lahir hingga kematiannya melalui lapan tahap perkembangan. Dalam semua tahap, seseorang itu perlu menghadapi krisis perkembangan. Cara seseorang itu menghadapi dan menyelesaikan krisis itulah akan memberi kesan terhadap sahsiah diri dan pandangan masyarakat terhadapnya. Cara penyelesaian yang tidak baik terhadap sesuatu krisis dalam suatu tahap perkembangan akan memberi kesan negatif dalam seluruh perkembangan hidupnya walaupun kadangkala kesalahan yang dilakukan boleh dibaiki pada tahaptahap berikutnya (Woolfork, 1993). Pada tahap pertama hingga ke empat (sejak lahir hingga 12 tahun), seseorang itu akan belajar untuk menyayangi dan mempercayai orang tertentu. Ia juga akan cuba membuat sesuatu tanpa bantuan daripada orang lain. Perkara-perkara baru akan di terokai, galakan serta pujian yang di terima akan menambahkan keyakinan untuk melakukan sesuatu kerja sebaliknya jika keinginan mereka di halang akan membuatkan mereka kurang yakin dan merasa rendah diri. Peringkat kelima (12 18 tahun) seseorang itu memasuki alam remaja di mana seseorang itu cuba membentuk identiti diri. Amalan, nilai dan sikap mereka selalunya bertentangan dengan orang dewasa dan kadangkala tidak mahu akur dengan peraturanperaturan yang ditentukan oleh pihak sekolah, guru atau ibu bapa. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru mestilah memahami keperluan remaja agar suatu sahsiah yang sihat akan terbentuk.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Dalam tahap keenam pula, seseorang itu akan memasuki alam dewasa. Mereka akan mewujudkan perhubungan yang erat dengan orang tertentu untuk mencapai kemesraan dan kerapatan dan seterusnya akan mendirikan rumahtangga. Sebaliknya 20kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan dia mengalami pengasingan dan merasa kesunyian. Dalam tahap ketujuh, seseorang itu mengalami alam pertengahan kedewasaan. Di peringkat ini, seseorang itu akan berusaha memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada generasi yang berikutnya. Tahap yang kelapan dan terakhir, seseorang dewasa akan melakukan refleksi kendiri dengan mengingati kembali kejayaan atau kegagalan yang dialaminya di peringkat awal. Seseorang yang berjaya akan merasa puas hati dan menerima dirinya sebaliknya kegagalan menyebabkan dia merasa putus asa.

3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian kes ini bertujuan untuk melihat perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kami telah menetapkan beberapa perkara untuk diperhatikan dan dinilai. Antaranya adalah kebolehan mengurus emosi sendiri, berkomunikasi dengan berkeyakinan, membina perwatakan kendiri, kebolehan mengawal diri dan membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain. Kami memilih untuk melihat perkembangan sosioemosi kerana ramai di antara kanak-kanak yang mengalami masalah dalam bidang sosioemosi. Kami telah melakukan pemerhatian selama tiga minggu dan setiap pemerhatian mengambil masa lebih kurang satu jam. Semua hasil pemerhatian dicatat. Dalam menjalankan kajian kes ini, kami telah menggunakan tiga kaedah iaitu rekod anekdot, kerja lapangan dan kaedah temubual. Rekod anekdot adalah catatan berkenaan satu peristiwa ataupun satu perubahan tingkah laku kanak-kanak. Peristiwa atau perubahan tingkah laku yang berlaku dianggap penting dan signifikan kepada kami sebagai pemerhati. Semasa menjalankan pemerhatian, kami telah membuat catatan secara ringkas terhadap tingkah laku responden yang dianggap penting dan signifikan. Catatan ini sebagai panduan kepada kami untuk menyediakan rekod anekdot. Tujuan kami menggunakan rekod anekdot adalah untuk menjawab persoalan berkenaan dengan apa yang berlaku, di mana situasi itu berlaku, bila dan siapa yang terlibat. Dalam rekod anekdot, kami juga telah mencatat apa yang diperkatakan atau diucapkan oleh kanak-kanak. Namun begitu, inferen berkenaan dengan peristiwa yang berlaku akan dilakukan kemudian iaitu selepas kami mencatat peristiwa yang signifikan. Bagi menulis rekod anekdot, kami sentiasa peka dan bersedia kerana peristiwa atau tingkah laku yang unik dan signifikan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Catatan ini dapat membantu kami memahami sampel.
KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK Page 6

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kami telah memilih rekod anekdot untuk merekod pemerhatian kami kerana bagi menyediakan rekod anekdot, kami sebagai pemerhati tidak memerlukan latihan khas. Pemerhatian untuk merekodnya juga bersifat terbuka dan tidak dibatasi oleh komponen, bidang pengalaman ataupun kemahiran. Aktiviti merekod juga boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, dalam rekod anekdot, pemerhatinya hanya merekod peristiwa atau kelakukan sampel yang dianggap istimewa atau signifikan sahaja. Oleh itu, kami merasakan bahawa rekod anekdot sangat sesuai untuk digunakan dalam kajian kes ini. Kami juga telah memilih kaedah rakaman video untuk mendapatkan maklumat mengenai sampel. Maklumat yang diperoleh melalui rakaman video adalah lebih tepat kerana melalui kaedah ini kami dapat mendengar dan melihat semula peristiwa atau tingkah laku sampel. Rakaman ini juga boleh ditonton berulang kali. Ini memudahkan tugasan kami untuk mengesan peristiwa dan perubahan yang unik pada sampel. Melalui rakaman video juga, kami boleh memerhatikan kelakuan sampel pada bila-bila masa. Hal ini boleh menjamin kami akan mendapat maklumat yang dikehendaki. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah temubual. Kami telah menemubual bapa dan guru kepada sampel untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sampel. Semua perbualan direkodkan supaya dapat membantu dalam menjalankan kajian. Melalui temubual ini, kami telah mengetahui kelakuan sampel kami sama ada di rumah mahupun di tadikanya. Semua maklumat ini dapat membantu kami mengenali sampel kami dengan lebih dekat lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih dua orang sampel iaitu sampel A dan sampel B. Kami telah memilih sampel yang sama umur dan sama jantina. Ini bertujuan supaya kami lebih mudah membuat perbandingan dalam kajian kami. Perbandingan yang dibuat berdasarkan perkembangan yang sepatutnya dicapai oleh kedua-dua sampel berpandukan tahap umurnya terutamanya perkembangan dari aspek sosioemosi sampel. Taska pilihan kami untuk menjalankan kajian kes merupakan Taman Asuhan KanakKanak (TASKA) yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 30 Oktober 2009. Pihak taska tersebut menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid ke tadika, sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama.

Perkhidmatan pengasuhan di taska berkenanaan berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Aspek-aspek ini akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus.
KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK Page 7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pihak taska turut mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh. Warga kerja sentiasa dipantau oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan, keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa kanak-kanak. Kebersihan, keselesaan, keceriaan dan keselamatan adalah menjadi keutamaan Taska tersebut. Berdasarkan rekod anekdot bertarikh 3 Januari 2012, kami dapati sampel A lebih aktif berbanding berbanding sampel B. Sampel A menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia juga mudah rapat dengan orang yang baru dikenalinya. Selain itu, sampel A juga boleh berkomunikasi dengan yakin dan mempertahankan hujahnya. Dia akan tetap dengan pendirian dan selalu beranggapan bahawa tindakanya itu betul. Mungkin itu adalah cara dia menarik perhatian kami untuk berbual dengannya. Sampel A ini lebih berminat untuk berinteraksi dengan lelaki. Keadaan ini berlawanan pula dengan tingkah laku sampel B. Sampel B merupakan seorang kanak-kanak yang pasif dan pendiam. Dia tidak berminat untuk bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakannya. Sampel B ini hanya memerhatikan tingkah laku rakan-rakannya sahaja. Kami telah cuba mengajak sampel B untuk berbual. Namun, sampel B hanya menganggung kepalanya sebagai tanda menjawab soalan yang kami ajukan. Kadang-kadang dia mendiamkan diri sahaj tanpa menjawab soalan kami. Manakala melalui rekod anekdot yang bertarikh 10 Januari 2012, kami telah mendapati bahawa sampel A mempunyai sikap pentingkan diri. Dia tidak boleh berkongsi barang mainan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia ingin memonopoli semua barang mainan. Sikapnya yang agak agresif menyebabkan rakan-rakannya takut akan dia. Sampel A ini juga suka memberontak apabila rakannya tidak mahu menuruti kemahuannya. Bagi sampel B, dia sudah mula menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia sudah mula bermain bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Sampel B dapat berkongsi barang mainan dengan rakan-rakannya. Selain itu, dia juga pandai menjaga perasaan rakan-rakannya. Dia juga telah berminat untuk berbual dengan kami. Dia mula bercerita tentang aktiviti hariannya sama ada di sekolah ataupun di rumah. Ini menunjukkan sampel B sudah mula menunjukkan keyakinan dalam berinteraksi. Kami telah mendapatkan maklumat yang secukupnya bagi melaksanakan kajian kes ini. Melalui semua maklumat ini, kami telah dapat menjawab persoalan kepada kajian kami.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 8

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN (SAMPLE A)

Nama: Umi Khaliqah Binti Ramli Alamat: Lot 567, Kg Berap, 35900, Tanjong Malim, Perak Umur: 3 Tahun Nama Panggilan: Umi Hobi: Bermain, Melihat buku Tarikh Lahir: 12 Disember 2009 Tempat Lahir: Hospital Slim River, Slim River, Perak Bilangan Adik-Beradik : 1 orang (anak tunggal) Nama Ibu: Elly Khalijah Binti Ridzwan Pekerjaan: Berniaga Nama Ayah: Ramli Bin Zainuddin Pekerjaan: Berniaga

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 9

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(SAMPLE B)

Nama: Nor Shafi Damia Binti Mohd Shahrizal Alamat: No 21, Jalan Makmur 10, Taman Sewah Makmur, 35910, Behrang Ulu, Perak Umur: 3 Tahun Nama Panggilan: Damia Hobi: Menonton Televisyen Tarikh Lahir: 21 Mac 2009 Tempat Lahir: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu Bilangan Adik-Beradik : 2 orang (anak ke-2) Nama Ibu: Rosmini Binti Kameh Pekerjaan: Kerani Nama Ayah: Mohd Shahrizal Bin Mohd Ridzuan Pekerjaan: Pembantu Penerbitan

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4.2 DAPATAN KAJIAN MELALUI PEMERHATIAN Pelbagai kaedah telah kami gunakan untuk memastikan segala maklumat dan dapatan pemerhatian dapat dikumpul dan direkod secara sistematik. Dapatan kajian telah dijalankan secara rakaman, gambar, temubual dan hasil kerja. Secara keseluruhannya dapatan ini dibuat melalui hasil tinjauan kami tentang responden yang kami pilih. Berkomunikasi dengan keyakinan Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kami dapat melihat sample A sebagai seorang kanak-kanak yang mudah mesra walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. Sample A seorang yang mudah memberi kerjasama apabila diminta menceritakan mengenai keluarganya. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Sample A juga sangat tinggi apabila dia begitu bersemangat meyakinkan kami tentang ahli keluarganya. Kepetahan Sample A menjawab setiap soalan yang dikemukakan menunjukkan Sample A adalah seorang kanak-kanak yang sangat yakin berinteraksi walaupun bukan dengan orang yang dikenalinya. Ini dibuktikan dengan hasil kajian yang kami sertakan dalam rekod anekdot (3 januari 2011). Menurut Sulaiman Masri (1997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pendengar) yang kemudiannya memberikan maklumat balas mesej tersebut. Kelansungan komunikasi menjadi sempurna apabila mesej yang mahu disampaikan diterima pendengar. Keyakinan dalam berkomunikasi ini adalah tunggak utama dalam usaha meyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain. Bagi kanakkanak, kemahiran ini belum boleh dikuasai sepenuhnya dengan baik kerana tatabahasa dan cara dalam penyampaian masih lagi terbatas. Namun ia akan lebih berkesan apabila konteks ayat mudah digunakan dalam pertuturan dengan kanak-kanak.

Mengurus emosi diri sendiri Sample A dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang dapat mengurus emosi dirinya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang mengganggunya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui permehatian melalui rekod berterusan yang menunjukkan Sample A tidak berminat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh kami. Apabila perkara seperti itu berlaku, Sample A tidak terus bergerak mengganggu rakanrakan yang lain sebaliknya dia akan mengeluarkan sebuah buku khas miliknya untuk dia menconteng dan melukis. Melalui cara ini, dapat dilihat ibu bapanya telah
Page 11

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan menggunakan cara yang disukainya. Ini dibuktikan melalui pemerhatian rekod anekdot (5 januari 2011).

Sample A dilihat dapat mengurus emosi diri sendiri melalui lukisan dan contengan yang dibuatnya. Melalui pemerhatian kami, ini mungkin disebabkan oleh cara didikan yang diberikan oleh keluarganya yang memberi pendedahan awal agar tidak menjadi kebiasanya menconteng dan meluahkan perasaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan temubual bersama ibu bapa Sample A sewaktu kunjungan kami di taska berkenaan. Berikut adalah transkripsi temubual bersama ibu sample A pada temubual 23 Disember 2011.
dia memang suka melukis. Saya ada bekalkan buku lukisan dalam beg sekolah untuk memudahkan dia membawa ke mana-mana.

Menurut Widmer (1970) menunjukkan kanak-kanak memerlukan banyak peluang untuk bertindak balas dalam persekitarannya mengikut perbezaan individu untuk membuat pilihan, bertindak dan bergerak balas dalam persekitaran yang mengambil berat mengenai mereka termasuk perkembangan minat dan keupayaan. Melalui kajian pemerhatian yang telah kami lakukan, pelbagai aspek kemahiran telah dinilai bagi memastikan kanak-kanak dapat mencapai tahap perkembangan sosioemosi yang sesuai dengan peringkat perkembangan umur mereka.

Kebolehan mengawal diri Berdasarkan pemerhatian kami, sampel kami terdapat dua sifat yang berbeza. Sample A merupakan seorang yang aktif dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, tetapi Sample A tidak mempunyai kebolehan mengawal diri dengan baik. Ini kerana semasa pemerhatian kami, Sample A tidak suka untuk berkongsi barang permainan bersama kawan-kawannya yang lain, Dia juga suka berebut mainan dengan kanak-kanak lain walaupun cikgunya menasihati supaya belajar berkongsi. Semasa bermain susunan puzzle Sample A lebih suka untuk menyusun kesemuanya tanpa membenarkan kawankawannya menolong. Sample B kami pula mempunyai kebolehan mengawal diri dengan baik kerana semasa pemerhatian kami mendapati Sample B tidak kisah untuk berkongsi permainan dengan rakan-rakan yang lain. Semasa rakannya merebut permainan, dia tidak marah atau menunjukkan sebarang reaksi negatif sebaliknya dia mencari barang permainan yang lain. Ini dapat dibuktikan dengan rekod anekdot (10 Januari 2012).
KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK Page 12

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Menurut Freud (1856-1939), personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego. Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id adalah tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas. Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup. Manakala superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego ini berkembang secara beransuransur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya. Superego juga akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id. Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangkamasa panjang.

Membina Perwatakan Kendiri Sample B seorang kanak-kanak pasif dan pendiam. Namun melalui perwatakannya dapat lihat bahawa Sample B sering berubah pendirian mengikut situasi. Perkara ini dapat ditunjuk dalam rekod anekdot bagi hari pertama bahawa Sample B kelihatan sebagai seorang kanak-kanak yang pemalu dan tidak banyak bercakap. Adakalanya, apabila Sample B diajak untuk bermain sekali bersama kanak-kanak lain Sample B langsung tidak memberi respon malah tidak menonjolkan diri seperti Sample A yang yakin dan tidak segan dengan kami, kerana Sample B malu dengan kehadiran kami. Ini dapat dibuktikan dengan rekod anekdot (3 Januari 2012).

Menurut Gordon Allport (1961) dalam teori keperibadian introvert menumpukan aspek dalaman iaitu pasif, pendiam, pemalu. Selain itu, sifat introvert juga mempunyai ciri-ciri. suka menyendiri (berseorangan) menfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo contohnya melukis dan berpuisi, sensitive, cermat, reflektif atau sentiasa berfikir dahulu sebelum menjalankan sesuatu. Mempunyai pandangan hidup yang pesimistik (mudah putus asa). Kurang bersedia untuk menanggung risiko.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Membina Kemahiran Sosial Dalam Interaksi Dengan Orang Lain

Melalui pemerhatian kami, Sample A merupakan seorang kanak-kanak yang cukup mesra dan ramah. Ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian rakaman video. Sample A yang jelas kelihatan suka dan tidak malu untuk berkomunikasi dengan kami walaupun baru bertemu dengannya. Malah, Sample A sibuk mencari perhatian kami semasa membuat rakaman. Adakalanya, Sample A bertanya banyak soalan kepada kami dan itu juga merupakan salah satu cara Sample A untuk menarik perhatian dan berinteraksi terutamanya kepada lelaki. Ini dapat dibuktikan dengan rekod anekdot (3 Januari 2012). Menurut Freud (1856-1939), perkembangan personaliti manusia terbentuk dalam lima peringkat yang berturutan. Setiap peringkat ini dihubungkan dengan bahagianbahagian tertentu pada tubuh manusia. Semasa setiap peringkat, keinginan untuk mendapatkan kepuasan menjadi konflik dengan nilai moral yang ditentukan oleh ibu bapa, kemudiannya oleh Superego. Peringkat ketiga dikenali sebagai peringkat falik (3 5 tahun). Pada peringkat ini kanak-kanak mendapat keseronokan pada organ kejantinaan. Anak lelaki dan perempuan mula tertarik kepada mereka yang berlainan jantina. Anak lelaki memasuki fasa oedipus, lebih tertarik kepada ibunya, manakala anak perempuan memasuki fasa elektra, lebih tertarik kepada bapanya. Tujuan kami menggunakan rekod anekdot adalah untuk menjawab persoalan berkenaan dengan apa yang berlaku, di mana situasi itu berlaku, bila dan siapa yang terlibat. Dalam rekod anekdot, kami juga telah mencatat apa yang diperkatakan atau diucapkan oleh kanak-kanak. Namun begitu, inferen berkenaan dengan peristiwa yang berlaku akan dilakukan kemudian iaitu selepas kami mencatat peristiwa yang signifikan. Bagi menulis rekod anekdot, kami sentiasa peka dan bersedia kerana peristiwa atau tingkah laku yang unik dan signifikan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Catatan ini dapat membantu kami memahami sampel. Kami telah memilih rekod anekdot untuk merekod pemerhatian kami kerana bagi menyediakan rekod anekdot, kami sebagai pemerhati tidak memerlukan latihan khas. Pemerhatian untuk merekodnya juga bersifat terbuka dan tidak dibatasi oleh komponen, bidang pengalaman ataupun kemahiran. Aktiviti merekod juga boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, dalam rekod anekdot, pemerhatinya hanya merekod peristiwa atau kelakukan sampel yang dianggap istimewa atau signifikan sahaja. Oleh itu, kami merasakan bahawa rekod anekdot sangat sesuai untuk digunakan dalam kajian kes ini. Kami juga telah memilih kaedah rakaman video untuk mendapatkan maklumat mengenai sampel. Maklumat yang diperoleh melalui rakaman video adalah lebih tepat kerana melalui kaedah ini kami dapat mendengar dan melihat semula peristiwa atau
KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK Page 14

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

tingkah laku sampel. Rakaman ini juga boleh ditonton berulang kali. Ini memudahkan tugasan kami untuk mengesan peristiwa dan perubahan yang unik pada sampel. Melalui rakaman video juga, kami boleh memerhatikan kelakuan sampel pada bila-bila masa. Hal ini boleh menjamin kami akan mendapat maklumat yang dikehendaki. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah temubual. Kami telah menemubual bapa dan guru kepada sampel untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sampel. Semua perbualan direkodkan supaya dapat membantu dalam menjalankan kajian. Melalui temubual ini, kami telah mengetahui kelakuan sampel kami sama ada di rumah mahupun di tadikanya. Semua maklumat ini dapat membantu kami mengenali sampel kami dengan lebih dekat lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih dua orang sampel iaitu sampel A dan sampel B. Kami telah memilih sampel yang sama umur dan sama jantina. Ini bertujuan supaya kami lebih mudah membuat perbandingan dalam kajian kami. Perbandingan yang dibuat berdasarkan perkembangan yang sepatutnya dicapai oleh kedua-dua sampel berpandukan tahap umurnya terutamanya perkembangan dari aspek sosioemosi sampel. Taska pilihan kami untuk menjalankan kajian kes merupakan Taman Asuhan KanakKanak (TASKA) yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 30 Oktober 2009. Pihak taska tersebut menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid ke tadika, sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Perkhidmatan pengasuhan di taska berkenanaan berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Aspek-aspek ini akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus. Pihak taska turut mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh. Warga kerja sentiasa dipantau oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan, keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa kanak-kanak. Kebersihan, keselesaan, keceriaan dan keselamatan adalah menjadi keutamaan Taska tersebut.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 15

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Berdasarkan rekod anekdot bertarikh 3 Januari 2012, kami dapati sampel A lebih aktif berbanding berbanding sampel B. Sampel A menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia juga mudah rapat dengan orang yang baru dikenalinya. Selain itu, sampel A juga boleh berkomunikasi dengan yakin dan mempertahankan hujahnya. Dia akan tetap dengan pendirian dan selalu beranggapan bahawa tindakanya itu betul. Mungkin itu adalah cara dia menarik perhatian kami untuk berbual dengannya. Sampel A ini lebih berminat untuk berinteraksi dengan lelaki. Ini boleh dikaitkan dengan Teori Sigmund Freud yang mengatakan bahawa anak perempuan akan lebih tertarik atau rapat dengan bapanya dan anak lelaki akan rapat dengan ibunya. Keadaan ini berlawanan pula dengan tingkah laku sampel B. Sampel B merupakan seorang kanak-kanak yang pasif dan pendiam. Dia tidak berminat untuk bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakannya. Sampel B ini hanya memerhatikan tingkah laku rakan-rakannya sahaja. Kami telah cuba mengajak sampel B untuk berbual. Namun, sampel B hanya menganggung kepalanya sebagai tanda menjawab soalan yang kami ajukan. Kadang-kadang dia mendiamkan diri sahaj tanpa menjawab soalan kami. Manakala melalui rekod anekdot yang bertarikh 10 Januari 2012, kami telah mendapati bahawa sampel A mempunyai sikap pentingkan diri. Dia tidak boleh berkongsi barang mainan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia ingin memonopoli semua barang mainan. Sikapnya yang agak agresif menyebabkan rakan-rakannya takut akan dia. Sampel A ini juga suka memberontak apabila rakannya tidak mahu menuruti kemahuannya. Bagi sampel B, dia sudah mula menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia sudah mula bermain bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Sampel B dapat berkongsi barang mainan dengan rakan-rakannya. Selain itu, dia juga pandai menjaga perasaan rakan-rakannya. Dia juga telah berminat untuk berbual dengan kami. Dia mula bercerita tentang aktiviti hariannya sama ada di sekolah ataupun di rumah. Ini menunjukkan sampel B sudah mula menunjukkan keyakinan dalam berinteraksi.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 16

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

5.0 IMPLIKASI KAJIAN Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yang bersih dan suci. Kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa haruslah mencorakkan kehidupan mereka ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga dari segi sosial mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun...." Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan oleh orang sekelilingnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana masa inilah mereka belajar memahami sesuatu perkara dengan bantuan guru-guru mereka. Mengikut kajian-kajian yang dijalankan, ramai guru melaksanakan pengajaran seperti belajar melalui bermain kepada kanak-kanak. Tidak dinafikan bermain merupakan fitrah kanak-kanak dan waktu bermain itulah mereka belajar tentang persekitarannya. Bermain merupakan sebagai satu titik yang penting bagi memperkembangkan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat meningkatkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid itu. Apa yang dapat kami nyatakan adalah ibubapa tidak seharusnya membuat tafsiran sendiri kerana mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya ibubapa perlu meminta anak-anak bercerita mengenai lukisan mereka. Dengan cara ini, ibubapa sekaligus dapat menggalakkan anak-anak untuk berfikir iaitu bermula daripada proses melukis hinggalah kepada bercerita. Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka seorang yang pendiam. Sebenarnya komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak-anak. Perkembangan sosioemosi pula ia adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Pada peringkat pertengahan ini, kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 17

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kanak-kanak akhir pula merupakan peringkat yang dikenali sebagai pra remaja. Mereka akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh badannya. Mereka bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri mereka dan keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitif terhadap tubuh badan. Kanak-kanak pada peringkat akhir pula mengalami perubahan di mana mereka sudah mula jauh dengan ibubapa. Mereka juga lebih selesa bersendirian melayan perasaan. Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya. Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita mesti mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak dahulu.Hal ini kerana dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan guru harus mengetahui bagaimana emosi kanak-kanak berkembang dan dari situlah guru akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil oleh mereka. Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya.Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi emosi mereka.Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanak-kanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan pertambahan umur mereka.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 18

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

6.0 KESIMPULAN

Bagi pemerhatian dan penilaian yang telah kami jalankan kami dapati memang terdapat perbezaan diantara kanak-kanak yang telah kami pilih. Dalam perbezaan bagi setiap sosioemosi kanak-kanak yang telah kami perhatikan memang jelas dan ketara kadar perbezaannya. Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu- individu dipersekitaran kanak- kanak. Ini bermakna, kanak-kanak ini berlaku perkembangan sosioemosi pada peringkat umurnya yang kini tiga tahun. Leavy (1989) menyatakan bahawa malu melibatkan perasaan bimbang dan tingkahlaku yang terhalang daripada bersosial dengan orang lain. Jika ada perasaan malu, emosi kanak-kanak sudah semestinya akan terganggu. Begitu juga pada salah seorang kanak-kanak yang telah kami pilih, dia mungkin berasal malu. Tapi sebaliknya pada seorang lagi, begitu lasak dan cergas. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil oleh mereka. Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya. Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi emosi mereka.Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanak-kanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan pertambahan umur mereka. enurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Tugasan ini memberikan kami banyak pengalaman dalam mengetahui setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak adalah berbeza. Kanak-kanak akan berasa dihargai jika segala keperluan mental dan fizikalnya dipenuhi.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 19

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LAMPIRAN

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 20

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKOD ANEKDOT Nama : Umi Kahliqah Binti Ramli Umur : 3 tahun Situasi : pemerhatian 1Pemerhatian 2Fokus pemerhatian : Berkomunikasi Dengan Yakin Tarikh :3/1/2011 Pemerhati :

Peristiwa Pemerhatian 1 Masa : 10.00 pagi 12.00 tgh hari Umi sedang berlari-lari di dalam kelasnya. Apabila soalan ditujukan kepadanya, yang mana warna hijau?..Dengan pantas Umi menjawab ini warna hijau, yang kat atas ni. Saya menjawab ini bukan hijau, yang ini warna kuning. Umi mempertahankan jawapannya sambil melompatlompat menunjukkan warna kuning yang dianggapnya sebagai warna hijau, yang ni la warna hijau, yang ni!!.

Komen

- yakin dengan jawapan yang dibagi -Masih tidak dapat mengenal warna -pertahankan jawapan -senang berinteraksi

Ulasan Umi menjawab dengan penuh yakin dan menganggap jawapan yang diberikan betul walaupun sudah diberitahu ianya salah. Ummi juga berkebolehan dapat menghubungkan dirinya dengan orang sekeliling.Selain itu Ummi masih tidak dapat mengecam warna dengan betul.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 21

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKOD ANEKDOT Nama : Nur Syafi Binti Mohd Syahrizal Umur : 3 tahun Situasi : pemerhatian 1Pemerhatian 2Fokus pemerhatian : Memahami dan mengurus emosi diri sendiri Tarikh : 3/1/2011 Pemerhati :

peristiwa Pemerhatian 1 Masa : 10.00 12.00 tgh hari

komen

Damia hanya melihat kawan-kawannya bermain, - kurang bermain apabila ditujukan soalan dia hanya mengangguk kepala. Semasa saya mula membaca buku cerita -kurang interaksi damia memberi sepenuh perhatiannya tetapi tumpuannya mudah terganggu -senang tumpu perhatian

Ulasan Damia hanya memerhatikan kawan-kawannya bermain, apabila ditanyakan soalan dia tidak mengeluarkan kata-kata tapi hanya menunjukkan isyarat badan dengan mengangguk, damia masih mempunyai masalah berkomunikasi dengan orang sekeliing. Damia juga senang untuk bagi tumpuan apabila dibacakan buku dia menumpukan perhatian tetapi hanya seketika sahaja

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 22

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKOD ANEKDOT Nama : Umi Kahliqah Binti Ramli Umur : 3 tahun Situasi : pemerhatian 1Pemerhatian 2Fokus pemerhatian : Berkomunikasi Dengan Yakin Tarikh :5/1/2011 Pemerhati :

Peristiwa Pemerhatian 1 Masa : 10.00 pagi 12.00 tgh hari

Komen

Semasa kami memberi tugasan kepada -tidak menganggu rakan kanak-kanak, Umi tidak menunjukkan minat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. -suka melukis Apabila perkara seperti itu berlaku, Umi tidak terus bergerak mengganggu rakan-rakan yang -melakukan dengan tertib lain sebaliknya dia telah mengeluarkan sebuah buku khas miliknya lalu dia menconteng dan melukis. Ulasan ibu bapanya telah mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan menggunakan cara yang disukainya.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKOD ANEKDOT Nama : Umi Kahliqah Binti Ramli Umur : 3 tahun Situasi : pemerhatian 1Pemerhatian 2Fokus pemerhatian : Berkomunikasi Dengan Yakin Tarikh :5/1/2011 Pemerhati :

Peristiwa Pemerhatian 1 Masa : 10.00 pagi 12.00 tgh hari

Komen

Semasa kami melakukan pemerhatian, kanak- -tidak menganggu rakan kanak yang lain sedang melakukan aktiviti bebas, Umi sedang bermain permainan -suka melukis -melakukan dengan tertib Ulasan ibu bapanya telah mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan menggunakan cara yang disukainya.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 24

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Nama murid : Umi Khaliqah binti Ramli Umur : 3 tahun Fokus pemerhatian : Komunikasi dengan rakan-rakan Tarikh : 10 Januari 2012 Masa : 10.39 am

CATATAN PEMERHATIAN

ULASAN

Kelihatan Umi sedang bermain lego dengan rakan-rakannya. Umi mengeluarkan lego - Umi tidak bercakap semasa bermain daripada dalam bekas mainan dan mencantumkannya. Umi mengambil lego - Hanya melihat rakannya bermain rakannya yang berwarna oren. Umi memerhati rakannya yang lain semasa - Tidak suka dibantu mencantumkan lego. Umi juga tidak bercakap dengan rakannya semasa mencantumkan lego tetapi Umi memerhati rakannya yang sedang mencantumkan lego.Semasa kawannya ingin membantu untuk memcantum Umi tidak membenarkan.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 25

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Nama murid : Nur Syafi Damia binti Mohd Shahrizal Tarikh : 10 Januari 2012 Umur : 3 tahun Fokus pemerhatian : cara komunikasi Masa : 10.40 am

CACATAN PEMERHATIAN

ULASAN

Damia bercakap dengan rakannya. Rakannya memberi tindak balas dengan - Perkembangan bahasa baik bercakap juga dengan Damia. Damia dan rakannya bermain permainan memadankan - Boleh berinteraksi dengan rakan-rakannya. bentuk. Damia tidak kisah bermain bersama rakannya. Semasa rakannya mengambil -Tidak kisah berkongsi barang patung yang telah dipegang Daia tidak marah atau berebut sebaliknya mengambil patung yang lain

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 26

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Nama murid : Umi Khaliqah binti Ramli Umur : 3 tahun Fokus pemerhatian : membina kemahiran sosial Tarikh : 10 Januari 2012 Masa : 10.40 am

CACATAN PEMERHATIAN Bola tak ada la cikgu, Umi bercakap dengan saya. Saya bertanya kepada Umi, ni apa ni Umi?. tadi ada kat sini, Umi mencari bola tetapi tidak jumpa. Saya menyuruh Umi untuk mencari bola di dalam kotak permainan yang dipegangnya.

ULASAN -Umi boleh berkomunikasi dengan baik. -Umi memahami dan menjawab soalan saya dengan saya.

Nama murid : Nur Shafi Damia binti Mohd Shahrizal Tarikh : 10 Januari 2012 Umur : 3 tahun Fokus pemerhatian : kemahiran mengenal bentuk Masa : 10.41 am CACATAN PEMERHATIAN Damia bermain bersama rakannya dan cuba memasukkan bentuk tersebut ke dalam bekas yang sedia ada. Damia hanya diam dan melihat rakannya yang memberitahunya untuk memasukkan ke dalam bentuk yang ada di bekas itu. ULASAN -Damia masih tidak dapat mengenal bentuk dan tidak dapat memasukkan bentuk ke dalam tempat yang sepatutnya. -Damia tidak putus asa dan terus berusaha memasukan bentuk tersebut.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 27

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Rekod Anektod Nama : Umi Kahliqah Binti Ramli Umur : 3 tahun Situasi : Pemerhatian : Fokus Kajian : Berkomunikasi dengan berkeyakinan Tarikh : 12 Januari 2012 Peristiwa Pemerhatian 1 Masa : 10.00 11.30 pagi Umi nampak gembira apabila rakan saya membawa laptop dan membawa mereka menonton sebuah cerita iaitu cerita Teletubies. Dia dengan yakinnya duduk di hadapan sekali. Semasa menonton cerita itu, Umi telah berkata kepada seorang rakannya, Una, baju dia sama warna dengan baju awak la. Warna hijau. Saya memuji Umi. Umi tersenyum gembira dan terus menonton cerita tadi. Ulasan: Umi mungkin pernah didedahkan dengan laptop, dia bersemangat apabila rakan saya mengeluarkan laptopnya. Dia juga mula mengenal warna. Umi juga sudah memahami kata-kata pujian daripada orang lain. Sudah mula mengenal warna Memahami kata-kata pujian Komen Mengenali laptop

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 28

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Rekod Anekdot Nama : Nur Syafi Damia Binti Mohd Shahrizal Umur : 3 tahun Situasi : Pemerhatian : Fokus Kajian : Membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain. Tarikh : 12 Januari 2012 Peristiwa Pemerhatian Masa : 10.00 11.30 pagi Saya bertanya kepada Damia, Beg Damia mana? Damia pun berlari ke satu sudut dan datang semula membawa begnya sambil berkata ni la beg Damia. Saya bertanya lagi, apa ada dalam beg ni Damia? Ada buku, ada pensel, pemadam pun ada kata Damia. Ulasan: Damia sudah menunjukkan minatnya untuk mengenali orang lain dan mula berinteraksi dengan baik. Dia juga mula yakin dalam pertuturannya. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada orang yang berkomunikasi dengannya. Selain itu, Damia juga sudah mengenali alat tulis. Mengenali alat tulis Komen Mula menunjukkan minat untuk berbual.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 29

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA IBU SAMPLE A Sesi temubual ini telah dijalankan di hadapan taska tersebut pada jam 9.00 pagi. Tarikh temubual ini pada 23 disember 2011. Kami telah menemubual Puan.. bagi mengenal pasti keadaan dan perkembangan sosioemosi sample A ketika berada di rumah. Wakil kumpulan kami iaitu Syuhada Redzuan telah bertanyakan beberapa soalan ringkas kepada ibu sample A. Berikut adalah transkripsi temubual yang kami dapat catatkan. Syuhada : Assalamualaikum Puan. Ibu sample A : waalaikumsalam. Syuhada : saya wakil kumpulan, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kini di semester 3 dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ingin meminta jasa baik puan member kerjasama untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai situasi dan perkembangan anak puan ketika berada di rumah. Ibu sample A : ye tiada masalah, silakan! Syuhada : Terima kasih puan, jadi kami ingin sedikit maklumat tentang apa yang anak puan suka lakukan di rumah ketika waktu lapang? Ibu sample A : Anak saya seorang yang suka melukis. Pada waktu lapang memang saya selalu temankan dia melukis. Syuhada : Oh, lukisan apa yang biasa dilukis dan bila mulanya minat dia dalam melukis mula timbul? Ibu sample A : Macam-macam dan antaranya bunga dan gambar pemandangan. Saya perasan ketika mula-mula saya hantar anak saya ke taska. Mula dari situ, dia memang minat melukis. Syuhada : Bagaimana pula emosi beliau ketika melukis dan adakah dia sering bermain bersama adik beradik lain? Ibu sample A : Sambil menyanyi kegembiraan. Dia memang tak suka kacau adik beradiknya yang lain. Dia lebih gemar melukis ketika adik beradiknya yang lain sedang main. Syuhada : Apakah cara puan untuk memupuk minat melukis dalam diri anak puan? Ibu sample A : saya ada bekalkan buku lukisan dalam beg sekolahnya untuk dia mudah membawa kemana sahaja. Apabila dia bosan, dia akan mula melukis. Syuhada : Oh, terima kasih puan atas maklumat yang disampaikan. Semoga berjumpa lagi. Ibu sample A : Ya, sama-sama.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 30

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BIBLIOGRAFI -http://www.scribd.com/doc/36215880/Definisi-Tingkah-Laku-Bermasalah blog by christine chumang http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-lakubermasalah.html dan dikeluarkan pada Ahad, 22 Februari 2009 melalui blog pendidikan khas KPLIjulai08. http://eprints.utm.my/6290/1/SaadahSumrah2008_KaedahMenanganiKanakkanakBerm asalahTingkahlaku.pdf kursus kaunseling keluarga disediakan oleh Saadah binti Sumrah, Salwan binti Sudirman, dan Roslee bin Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor -http://dmaza.blogspot.com/2010/06/maksud-definisi-tingkah-laku.html disediakan oleh institusi latihan kemahiran kesihatan Malaysia bersekutu sg. Buloh Selangor dan dikeluarkan pada tarikh Selasa 1 june 2010. http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=472.0 by zalinah ismail dan dikeluarkan pada tarikh 5 februari 2012. http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dariaspek.html melalui blog Psikologi Perkembangan Universiti Kebangsaan Bangi dan dikeluarkan pada Khamis 22 Februari 2007. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43349 melalui blog guru dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak pada tarikh 25 Julai 2008. http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d034808/kes_stud y_sem_3.pdf oleh Dr. Md Nasir Bin Masran UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

KAU 1033- PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

Page 31

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS