Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT AGUNG KE-18 PIBG SK BANDARAN SIBU NO.2 PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG, En.

Yusof bin Abdul Kadir diiringi Guru Besar SK Bandaran Sibu No.2 dan penolong-penolong kanan.

Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG, En. Yusof bin Abdul Kadir, Yang Berusaha, Guru Besar SK Bandaran Sibu No.2, En. Liong Jun Fuk, penolongpenolong Kanan, AJK PIBG Sesi 2011/2012, guru-guru, staf-staf sokongan dan para ibubapa sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Hadirin sekalian, Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Dengan ini diminta semua hadirin berdiri untuk menyanyi dan menghormati lagu Negaraku. Diminta semua hadirin duduk.

Hadirin sekalian, Saya mewakili barisan jawatankuasa pelaksana melahirkan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG.

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan

anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan juga sahsiah.

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG, EN. YUSOF BIN ABDUL KADIR Hadirin dan hadirian sekalian, Untuk tidak melengahkan masa lagi dengan ini dipersilakan Yang Dipertua PIBG sesi 2011/2012 En. Yusof bin Abdul Kadir untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung PIBG ke-18 untuk tahun ini.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR, EN. LIONG JUN FUK Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, En. Liong Jun Fuk, Guru Besar SK Bandaran Sibu No.2 untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Liong Jun Fuk atas ucapan yang telah disampaikan.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE-17 Seterusnya tibalah saat yang kita nantikan iaitu pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG ke-17.

Dengan ini majlis menyerahkannya kepada Yang Dipertua En. Yusof bin Abdul Kadir untuk mengendalikan majlis ini.

Dipersilakan.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

LAPORAN SETIAUSAHA

LAPORAN BENDAHARI

PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2011/2012

PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2012/2013 Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2012/2013. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Cikgu Hajah Maria pengerusi sementara Mesyuarat Agung untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG untuk kali ini. Dipersilakan.

HAL-HAL LAIN

UCAPAN PENANGGUHAN

PENUTUP Kalau ada jarum yang patah, Jangan di simpan di dalam peti, Kalau ada khilaf dan salah, Jangan disimpan di dalam hati.

Saya mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian menghadiri mesyuarat PIBG pada tahun ini. Sebelum kita akhiri majlis kita pada pagi diminat semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku

Majlis dengan ini menjemput Yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG _____________ diiringi Guru Besar SK Bandaran Sibu No.2 untuk menikmati juadah yang disediakan di _________________________________ .

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera yang telah disediakan di ______________________________________ .

Sekian