Anda di halaman 1dari 20

Catatan Lensa SMKTTJ2012

Pasukan Think Quest Berkolaborasi Lagi


03 Februari 2012 SMK Taman Tuanku Jaafar mula mengorak selangkah ke depan dengan penubuhan pasukan Think Quest. Setelah hampir setahun berada di persada teknologi maklumat, kali ini mereka bersedia untuk ke pertandingan antarabangsa. Jawatankuasa ThinkQuest SMK TTJ dianggotai oleh oleh Tuan Pengetua sebagai Penasihat dan Pengerusi, Encik Mohan, Cik Khalilah Kudri, Cik Norsilawati Aris, Puan Haliza Selamat, Pn. Fadzilla Mustafar Johari, Pn. Fadhilah Hashim, Pn. Pakyavarthy dan Pn. Chantakumari. Pasukan pelajar pula kini terdiri daripada 10 orang peserta bawah 18 tahun dan 8 orang peserta bawah 16 tahun. Pasukan ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 hingga tingkatan 2. Tugas pertama pasukan ini adalah melibatkan diri dalam pertandingan ThinkQuest peringkat Antarabangsa. Bagi pertandingan ini juga pasukan SMK TTJ akan bergabung dengan pasukan SMK Jelai Felda dan SMPN 13 , Bandung ,Indonesia. Pada masa kini, pasukan di dalam proses pemilihan tajuk projek dan seterusnya akan merangka isi dan rangka kerja projek. Pihak sekolah akan menghantar 4 pasukan bagi penyertaan pada kali ini Bagi menjayakan projek ini , pihak sekolah telah menjemput Encik NurHaslin Moksin, Jurulatih Utama Kebangsaan ThinkQuest yang juga merupakan guru ThinkQuest SMK Jelai Felda untuk memberi taklimat dan memantau perjalanan projek

Taklimat Program Elit

Majlis Perlancaran dan Perasmian Program Elite, KRK dan Lonjakan Saujana telah dirasmikan oleh YB Senator Dr Yeow di ruang legas sekolah dengan dihadiri oleh semua pelajar dan ibu bapa pelajar kelas UIA, UM dan UKM dari tingkatan 1,2 dan 3. Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini ialah YDP PIBG dan Encik Muhammad dari PPD Seremban serta para guru yang terlibat sebagai jawatankuasa dan mentor kepada para pelajar. Sejumlah hampir 270 pelajar yang terlibat di dalam program ini. Di samping itu, sebahagiannya juga termasuk di dalam program Lonjakan Saujana seramai 60 orang pelajar. Program Lonjakan Saujana ini terdiri daripada para pelajar dalam kategori Terbilang (sasaran mencapai semua A), Cemerlang (sasaran minimum 6 A) dan pelajar Harapan ( sasaran Lulus).

Tujuan program ini diadakan adalah : 1. Menyediakan kelompok pelajar yang akan memacu kejayaan cemerlang sekolah di dalam peperiksaan awam. 2. Mempersiapkan para pelajar dengan latihan tersusun dan pemantauan rapi sejak dari tingkatan 1 lagi. 3. Memastikan para pelajar mempunyai jumlah latihan yang mencukupi menjelang tarikh peperiksaan sebenar, 4. Memastikan pemantauan sama oleh ibu bapa di rumah di samping guru-guru di sekolah.

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Tengku Fara Dalam Kenangan ~ Al fatihah
05 Februari 2012 Petikan dari MyMetro:

Dua sepupu maut ditelan ombak


PEKAN: Kegembiraan dua sepupu bersama enam rakannya menghabiskan cuti hujung minggu sempena sambutan Maulidur Rasul berakhir dengan tragedi memilukan apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Selangor, di sini, petang semalam. Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari, mangsa, Tengku Fara Izzaty Tengku Norman Aziza, 15, dari Seremban, Negeri Sembilan, dan Nurnadirah Zainal Abidin, 17, dari Tanjung Selangor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sebelum kejadian, mangsa yang masing-masing menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, di Seremban dan Sekolah Menengah Tengku Abdullah, di sini, datang bercuti sebelum menyatakan hasrat mahu bersiar-siar di tepi pantai sebelum mandi. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, selepas setengah jam mandi, enam daripadanya naik meninggalkan kedua-dua mangsa. Menurutnya, tidak sampai lima minit kemudian abang kepada Tengku Fara, Tengku Sahzmin Najmi, 20, secara kebetulan terpandang kedua-dua mangsa melambai meminta pertolongan. Katanya, Tengku Sahzmin bergegas meminta bantuan penduduk kampung sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat dan Bilik Gerakan Balai Polis Pekan. Mayat kedua-dua mangsa terbabit ditemui 25 minit kemudian hasil bantuan penduduk kampung sebelum dibawa naik ke darat untuk diberi bantuan pernafasan. Kedua-dua sepupu terbabit disahkan meninggal dunia sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Pekan (HP), di sini, untuk bedah siasat dijalankan, katanya di sini, petang semalam. Menurutnya, polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur-unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Sementara itu, bapa kepada Nurnadirah, Zainal Abdin Awang Teh, 42, berkata, dia mendapat tahu kejadian berkenaan melalui isterinya ketika menyelesaikan urusan kerja di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum bergegas pulang ke Pekan. Arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya dan meminta membeli barang keperluan di asrama sebaik saja sesi persekolahan dibuka tidak lama lagi, katanya. Tengku Fara merupakan pelajar tingkatan 3 UMS yang bakal menduduki peperiksaan PMR menjelang bulan Oktober nanti. Salam takziah dari kami semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar dan Krew Lensa SMKTTJ buat keluarga Tengku Fara dan Nurnadirah. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali......Al-Fatihah

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Aktiviti Sabtu
11 Februari 2012
Persekolahan hari Sabtu telah bermula setelah bercuti sakan menjelang Tahun Baru Cina yang lalu. Namun, persekolahan hari Sabtu kali ini agak berbeza berbanding dengan Sabtu sebelumnya. Pelbagai aktiviti dikumpul dan dilaksanakan dalam masa 5 jam. Bermula dengan rutin seharian iaitu menanda kehadiran pelajar, semua pelajar yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Pelajar tingkatan lima telah mengikuti seminar motivasi yang dikendalikan oleh MSU. Tujuan utamanya ialah untuk membangkitkan semangat dan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksan SPM nanti. Pelajar selainnya mengikuti aktiviti gotong-royong dan keceriaan kelas menjelang pelaksanaan Program Menggapai Bintang yang bakal dilaksanakan nanti. Kelas dihias dan ditampal dengan pelbagai maklumat sama ada tentang ahlinya ataupun tentang mata pelajaran yang diambil. Sebilangan dari mereka juga berkumpul di Perpustakaan SMKTTJ untuk menerima netbook 1Malaysia. Sebahagian besar mereka ialah pelajar tingkatan 1 yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing. Bila menjengah ke Balai Konferensi, satu orientasi dan LDP khas untuk guru baru di SMKTTJ. Mereka diberi pendedahan tentang budaya kerja dan sesi soal jawab untuk menjamin mutu dan kualiti SMKTTJ semakin melonjak di mata masyarakat setempat khasnya dan Negeri Sembilan amnya. Apa kurangnya kemeriahan di kantin serta jalur informasi sekolah. Pelajar dan guru bersatu tenaga dan idea untuk menyiapkan meja maklumat kantin serta setiap petak papan kenyataan.

LDP Guru Baru

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Sekitar Seminar Motivasi Pelajar Tingkatan 5

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Keceriaan Kelas dan Sekolah

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Meja Kantin Bermaklumat

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Jalur Informasi SMKTTJ

Catatan Lensa SMKTTJ2012

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Salam Maulidur-Rasul
10 Februari 2012 (Jumaat) Berlatarkan bangunan konkrit SMK Taman Tuanku Jaafar, satu majlis memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah berlangsung dengan jayanya. Bermula dengan majlis bacaan Yaasin dan solat sunat hajat, majlis dengan rasa bangga dapat menjemput penceramah yang menjadi minat ramai iaitu Ustaz Nor Azamir bin Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Ceramah yang mengundang gelak tawa para pelajar dan semua warga SMKTTJ tamat dalam masa yang begitu pantas. Ceramah sejam itu terasa cepat berlalu kerana gaya bahasa penceramah begitu menarik perhatian pelajar yang tergolong dalam kumpulan remaja. Dalam gelak tawa, tetap diselitkan panduan dan pedoman supaya kita sebagai umat Rasulullah mematuhi dan mencontohi cara dan gaya hidup baginda.

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah
13 Februari 2012 Bertempat di Dataran cendikiawan, satu majlis untuk meraikan para pemenang dalam kejohanan Merentas Desa yang telah berlangsung di SMK Seri Sendayan. Beberapa orang wakil SMKTTJ telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mencatat kemenangan yang membanggakan

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Perarakan Maulidur-Rasul 2012
17 Februari 2012 Mengambil berkat hari Jumaat yang mulia, majlis perarakan sambutan Maulidur-Rasul telah berlangsung dengan jayanya. Umpama menyambut hari raya, pelajar mengenakan pakaian tradisional melayu iaitu baju kurung dan baju melayu lengkap. Majlis dimulakan dengan perarakan yang diketuai oleh Saudara Muhammad Husaini, Naib Juara Akademi Al-Quran 2011. Padang sekolah yang agak luas telah dikeliling dengan rasa tenang hati oleh semua warga SMKTTJ demi memeriahkan lagi majlis Maulidur-Rasul kali ini. Kemudian, warga SMKTTJ dihidangkan dengan halwa telinga oleh tiga suara iaitu Tuan Haji Zakaria, Ustaz Nizam dan Encik Rais yang berpadu suara mengalunkan marhaban. Sejurus kemudian, alunan merdu bacaan ayat-ayat suci alQuran diperdengarkan oleh Saudara Muhammad Husaini. Sayu dan menusuk kalbu mendengar kalam Allah berkumandang seluruh pelusuk SMKTTJ dan didengari jua oleh penduduk sekitar. Mudah-mudahan ianya mampu melembutkan hati-hati yang makin jauh dari mengagungkan Allah. Sebelah petangnya pula, seorang ustaz berpengalaman luas dalam bidang keagamaan dan banyak memberi ceramah dalam majlis ilmu iaitu Ustaz Mohd Qushairi bin Hamthan telah dijemput bagi mengisi rohani pelajar dan warga pendidik sesi petang bersama titisan hujan renyairenyai.

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Keriangan di Sunway lagoon
25 Februari 2012 Pasukan Bolasepak Wanita SMK Taman Tuanku Jaafar telah dibawa makan angin sambil berlibur di salah satu kawasan berlibur yang terkenal di Malaysia iaitu Sunway lagoon. Seramai 40 pemain telah dibawa untuk menikmati pelbagai kemudahan terutamanya berasaskan air. Daripada mandi manda di kolam cetek hinggakan mengelongsor pada aras ketinggian yang mampu meningkatkan degupan jantung, mereka mencuba segala kemudahan sebaik mungkin.

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Program RIMUP
27 Februari 2012 (Isnin):

Perhimpunan rasmi sekolah dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-lagu rasmi. Diikuti pula dengan pengumuman kelas tercantik dan terbersih mingguan serta hadiah buat guru yang menyambut hari lahir bulan Februari.

Sejurus kemudian, dijalankan pula Program RIMUP yang bertajuk Salahlaku & Impaknya Terhadap Pelajar Sekolah Menengah. Ceramah disampaikan oleh Penyelia Kanan HEM, PPD Seremban iaitu En. Mohd. Salim b. Puteh.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu yang sudi berkongsi ilmu dengan kami di SMK Taman Tuanku Jaafar

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012
28 Februari 2012 (Selasa): Bertempat di Dataran Cendikiawan, telah berlangsung majlis pelantikan pemimpin pelajar 2012. Majlis ini dirasmikan oleh ACP Saiful Azly bin Haji Kamaruddin, Ketua Polis Daerah Seremban. Pentauliahan kepada lebih 100 pemimpin pelajar ini bakal menambah keyakinan diri para pelajar dalam menjalankan tugas yang diamanahkan untuk sama-sama menjaga dan memastikan ketenteraman dan kesejahteraan persekitaran sekolah. Adeela Farzana telah dinobatkan sebagai ketua pemimpin pelajar untuk mengemudi dan mentadbir para pelajar dibawah pemantauan guru-guru. Tanggungjawab ini mampu menyerlahkan lagi bakat dan kewibawaan beliau untuk terus menjadi pemimpin suatu masa kelak.

Catatan Lensa SMKTTJ2012


29 Februari 2012 (Rabu):

Tahun Lompat dan Seminar Motivasi SPM

Bertempat di INTI International University College telah berlangsung Seminar Motivasi Pelajar Terbilang 2012 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa RIMUP dan dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru SMKTTJ. Program sehari ini memberi pendedahan tentang fasiliti yang terdapat di INTI Kolej serta bidang-bidang pengajian yang ditawarkan. Pelajar juga didedahkan dengan teknik-teknik belajar serta kata-kata motivasi yang mampu menjadi pendorong kepada calon SPM 2012 Tarikh 29 Februari juga bakal dicatat lagi 4 tahun dari sekarang iaitu pada 2016. Tarikh ini juga merupakan tarikh kelahiran salah seorang krew Lensa iaitu Muhammad Nur Ikhwan. Menyambut ulang tahun kelahiran ke-4 pada usia 16 tahun adalah satu keistimewaan buat beliau. Selamat Hari Lahir dan bakal menyambutnya semula tahun 2016 nanti.

Catatan Lensa SMKTTJ2012

Catatan Lensa SMKTTJ2012

Catatan Lensa SMKTTJ2012

Bicara lensa
Teknik-teknik Fotografi
Portrait Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu. Komposisi portrait Headshot dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. juga akan ada secondary area of interest. Full body portrait Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame. Environmental Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging. Portrait Berkumpulan Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third. Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran. Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas. Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan. Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.

Catatan Lensa SMKTTJ2012


Akan mencecah usia setahun mulai 01 April 2012, krew Lensa SMKTTJ telah menjalankan tanggungjawabnya demi memastikan segala peristiwa pahit dan manis sekolah diabadikan melalui corong lensa kamera. Bermula dengan hanya beberapa orang krew yang memiliki gajet sendiri iaitu kamera sama ada kamera kompak mahupun kamera DSLR, krew memulakan tugasan pertama dengan memotretkan gambar-gambar majlis pelantikan pengawas pada 11 April 2011. Permohonan guru pembimbing untuk memilik kamera DSLR atas nama sekolah telah diluluskan dan ianya telah mendorong minat segelintir pelajar untuk mencurahkan jasa sebagai jurufoto. Menjelang bulan Mei 2011, jumlah krew menjadi seramai 27 orang. Menyedari hakikat bahawa sebilangan krew agak cetek ilmu tentang bidang fotografi, maka kursus selama 21 jam telah dijalankan bagi mendedahkan semua krew kepada teknik asas fotografi serta teknik suntingan mengunakan perisian Adobe Photoshop. Kini, krew telah mula mengorak langkah dan mereka telah mempelajari teknik yang sepatutnya semasa mengambil gambar dan telah melaksanakan segala tugasan dengan jayanya. Apatah lagi, mulai Januari 2012, bermula lagi episod baru dalam sejarah Lensa SMKTTJ iaitu pihak sekolah telah meluluskan permohonan untuk memilik video kamera yang mampu merakamkan peristiwa secara langsung. Tahniah buat Encik Yazid bin Yusuf dan Puan Noor Azian yang diamanahkan menjadi pembimbing videografi sekolah. Terima kasih buat barisan pentadbiran terutama peneraju SMKTTJ iaitu Tuan Omar bin Ahmad yang memudahkan segala usaha dan kerja krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com Untuk melihat segala peristiwa semasa sekolah siala layari: http://www.lensasmkttj.blogspot.com/

Krew Lensa SMKTTJ: Apa Peranan Mereka