Anda di halaman 1dari 18

TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL DAN AUSUBELL DALAM PENGUASAAN MAKLUMAT MELALUI

PEMBELAJARAN RESEPSI DAN PENEMUAN APLIKASI TEORI AUSUBELL DALAM BILIK DARJAH.

Teori Pembelajaran Arnold Gesell


Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.

Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak, yang beliau alami hampir menyenangkan di mana hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river (Gesell, 1952)Menurut bakinsky (1983) geseii menggenakan bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan its seasons and sequences. Ini tidaklah dikatakan bahawa Gesell seorang yang besemangat romantic. Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau

menuntut disekilah perubatan pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doctor falsafah.

Dan bekerja sebagai aahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dipengarihi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka.

Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembangan dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk puast sistem saraf iiaitu otak dan gentian saraf tulang belakang.

Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh blueprint genetik penah ditentang.Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebauk sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembanga awal selepas berasalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu ,

lengan jari , batang tubuh dan kaki. Dalam kedua-dua perkembangan sebelum dan selepas kelahiran terhadap trend kepala hingga ke kaki (cephalocaudal) (gesell,

Menurut gesell (1952) lagi kesan kematangan dapat dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa kematangan diasingkan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku. Ia adalah tugas makanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya.

Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prnsip kematangan dalaman.Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.

Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak.

manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja. Soal stimulasi awal konterversi awal impaknya usaha untuk mempercepatkan perkembangan motor awal mengeluarkan kesan kecil ( Cole & Cole, 1989)

Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas dimana gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka memerima isyarat daripada cytoplasm, iaitu bahan sel di luar nukleus (gesell, 1952, rajah 2.1) oleh sebab cytoplasm) ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersamaan dengan faktor lain.Setakat ini saya secara dasarnya telah menggambarkan pertumbuhan kematangan dengan tingkah laku motor awal iaitu fokus utama kajian saintifik gesell. Walau bagaimanapun gesell percaya bahawa kematangan mengawal pertumbuhan keseluruhan personaliti. Beliau berkata, misalnya,(The childs) nervous system matures by stages and natural sequences. He sits before he stands; he babbles before he talks; he fabricates before he tell

Kajian Mengenai Bentuk Gesell (1952) mengatakan bahawa apabila kita mengkaji pertumbuhan, kita tidak hanya mengukur benda dalam bentuk kuatitatif tetapi perlu mengkaji bentuk itu. Sesuatu bentuk mungkin yang mempunyai rupa atau bentuk yang khusus, misalnya kenyitan mata. Tetapi yang paling penting dalam proses pembentukan itu dimana tingkah laku menjadi tersusun Seterusnya beliau mengatakan bahawa terdapat illustrasi yang jelas mengenai proses pembentukan dalam kes pengilihatan bayi.

Semasa kelahiran Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan ialah apabila bayi dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan pergerakan tangan mereka apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi iasanya boleh memegang sebuah alat permainan dan memerhatikannya dalam masa yang sama. This is significant growth gain. It means that eyes and hand are doing team work, coming into more effective coordination. Mental cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns (Gesell, 1952).Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata adalah tidak menyeluruh pada usia empat bilan pertama.

Untuk seketika mata terlibat terlebih dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh mengangkat sebuah kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan matanya iaitu mereka boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut yang berlainan sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan tangan mereka. Mungkin kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu dan kemudian melihat

tangan mereka seperti mereka ada cara memegang kiub itu tetapi mereka tetap tidak dapat membuat demikian.

Sistem saraf masih belum bertumbuh dengan secukupnya. Cuma sehingga enam bulan barulah bayi dapat mengangkat kiub itu dengan seluruh tapak tangannya dan sehingga sepuluh bulan barulah bayi mereka dapat mengangkat biji gual-gula itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya . oleh demikian, koordinasi tangan dengan mata berkembang dengan perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun dengan perlahan- growth cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns (Gesell, 1952).

Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata adalah tidak menyeluruh pada usia empat bilan pertama. Untuk seketika mata terlibat terlebih dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh mengangkat sebuah kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan matanya iaitu mereka boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut yang berlainan sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan tangan mereka. Mungkin kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu dan kemudian melihat tangan mereka seperti mereka ada cara memegang kiub itu tetapi mereka tetap tidak dapat membuat demikian.

Sistem saraf masih belum bertumbuh dengan secukupnya. Cuma sehingga enam bulan barulah bayi dapat mengangkat kiub itu dengan seluruh tapak tangannya dan sehingga sepuluh bulan barulah bayi mereka dapat mengangkat biji gual-gula itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Oleh demikian, koordinasi tangan dengan mata berkembang dengan

perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun dengan perlahan-lahan dan diikuti dengan pergerakan yang lebih halus.

Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua hala, fungsi tidag bersimetri dan peraturan kendiri.

Penggabungjalinan Dua Hala

Manusia terbina daripada prinsip asa berpasangan; iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai ciri-ciri dualistic; seperti apabila kita mengeliatkan badan. Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kadua-dua belah tangan memberi contoh kepada kitaTentang penggabungjalinan dua hala.

Gesell telah menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu

merangkak dan berjalan(Gesell, 1946)Gesell juga percaya bahawa penggabungjalinan dua hala akan menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah.

Jangkamasa introvert ini diikutu oleh zaman extrovert pada usia empat tahun dan keduadua keadaan ini akan bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini secara sementara pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (Gesell, 1956).

Fungsi Tidak Bersimetri Melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita. Walau bagaimanapun kita jarang mencapai keseimbangan yang tepat atau simetri, malah satu tahap keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi.

Kita selalunya menunjukkan kesan apabila kita menghadapi dunia darimsatu segi, lebih kepada menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-lain lagi.Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat dilihat pada tonic neck reflex iaitu satu tindak balas yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell mendapati bahawa bayi lebih suka

berbaring dengan mendongak kepala pada satu arah dan bila mereka berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan kedudukan badan tonic neck reflex tersebut.

Mereka akan menjulurkan lengan pada arah kepala ditudingkan (seolah-olah sedang memerhatikan tangan tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan dibengkokkan lalu diletakkan di elakang kepala. Kedudukan badan tonic neck reflex ini nampak seolah-olah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang. Kedudukan badan tonic neck reflex ini adalah dominan dalam jangkamasa tiga bulan selepas kelahiran dan kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946).

Beberapa lama kemudian, perkembangan bahasa dan peningkatan perspektif masa akan membantu kanak-kanak melambatkan rasa nikmat rasa kepuasan yang serta merta. Pada umur dua setengah tahun, kanak-kanak akan memahami perkataan sekejap lagi seta akan menunggu buat seketika untuk mendapatkan jus minumannya daripada ibu bapa. Pada umur tiga tahun, mereka akan memahami perkataan bila tiba masanya serta pada umur empat tahun pula, mereka mahu membantu menyediakan makanan dengan sendirinya. Budaya hidup ini akan memudahkan kanak-kanak di bentuk untuk mengawal diri mengikut persediaan kematangan mereka.

Gesell (1952) juga percaya bahawa penjaga yang peka dan prihatin akan dapat mencapai pengimbangan yang sewajarnya antara kuasa kematangan dengan pembentukan budaya hidup. Walau bagaimanpun, jelas di sini bahawa Gesell mahukan pembentukan budaya hidup ini untuk melakukan segala keselarasan yang diperlukan. Pembentukan budaya hidup sememangnya diperlukan tetapi matlamat pertama kita bukanlah mendorong untuk membentuk kanak-kanak menyesuaikan diri dengan alam budaya hidup. Matlamat ini hanyalah sesuai bagi pemerintah autoritarian tetapi bagi pemerinntah demokrasi pula,

mereka lebih mementingkan kualiti yang mendalami akar biologi terhadap pertumbuhan optima autonomi dan hak individu.

Pembentukan budaya hidup akan dipelajari di sekolah mahupun di rumah. Kemahiran dan perlakuan dewasa yang sewajarnya diperlukan oleh kanak-kanak dalam masyarakat akan diajar di sekolah, tetapi guru seperti ibu bapa, tidak seharusnya berfikir secara ekslusif ke arah matlamat pencapaian budaya hidup, sehinggakan terlepas pandang kelakuan pertumbuhan kanak-kanak yang sebenarnya.

Misalnya walaupun budaya kerja kita menuju kearah ketepatan kerja tetapi guru perlu kenal, yang kanak-kanak pada satu-satu umur biasanya adalah kurang tepat berbandiing dengan umur yang seterusnya. Mengikut pandangan Vogorous, kanak-kanak kurang teguh yang berumur enam tahun akan membuat banyak kesalahan, manakala kanak-kanak yang teguh yang berumur tujuh tahun pula akan bersedia menuju ke arah latih tubi dan menyiapkan kerja yang sempurna. Guru yang mengetahui sistem tumbesaran kanak-kanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang berumur enam tahun untuk mempelajari sesuatu bertentangan dengan daya semula jadinya tetapi akan mengajar latih tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak tersebut akan menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946)

Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk mengajar menggunakan teknikteknik yang sesuai mengikut setiap umur atau kelas, kerana peringkat pembesaran kanakkanak berbeza termasuklah bakat-bakat istimewa yang terpendam. Oleh itu, guru perlulah bekerja menuju ke arah keadaan persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan kebolehan mereka.

Pada ketika ini, kebanyakan sekolah tidak berbuat demikian. Mereka memberi penekanan yang lebih kepada pencapaian yang seragam seperti pemberian gred mengikut tahap bacaan

dimana mereka tidak mengendahkan pmbesaran kanak-kanak mengikut masa dan kemungkinan perkembangan keunikan tersendiri.

Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam tetapi dalam pemerintahan demokrasi, matlamat terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak mengembangkan perlakuan kanak-kanak yang sepenuhnya. Untuk berbuat demikian, guru perlu membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi panduan kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri dipandu oleh pelan asas biologi bagi pembesaran optima (Gesell, 1946)

Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.

Teori Ausubell menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang sedia ada pelajar. Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu: Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.

Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b)Penyusunan Awal Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkaraperkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara iaitu, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.

1) Resepsi ( Pembelajaran Penerimaan)

Ausubell telah mengemukakan model pengajaran ekspositori, iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik. Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersususn dan teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah. - Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian tinggi dan university kerana bilangan pelajar yang ramai. Walaupun guru memberi maklumat, idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama guru. Pembelajaran secara resepsi dapat menjimatkan masa, tenaga, dan kos institusi yang megendalikannya. Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak, cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.

Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah kurang menarik dan cepat dilupai oleh mereka.

2) Teori Pembelajaran Penemuan

Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri. Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalui proses scuba jaya, celik akal serta pemikiran intuitif kerana maklumat tidak diberikan oleh guru. Ausubell mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini menghubungkan maklumat baru dan maklumat lama yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar. Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur individu untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai. Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.

3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan menjadi struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses subsumption.Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption.

3.1. Subsumption Terbitan Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada pengetahuan sedia ada pelajar. sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar adalah bahaya. Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan bertindak secara subsumption terbitan , iaitu , Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah seekor binatang berbahaya. 3.2 Subsumption Korelatif Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses pengembangan makna dalam struktur kognitif. Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangkan lagi dalam pemikiran pelajar. Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina bertelur. Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti sekolah , dia dapat mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya. Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya. Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bagaimana proses penyu bertelur.

4) Penyusun Awal Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat perkaitan yang baik antara skema pemikiran pelajar dengan bahan pembelajaran yang baru. Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi maklumat baru menjadi lebih berkesan. Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya boleh menggunakan penyusun awal yang mudah seperti berikut : Apa itu puisi? dan membacakan satu puisi kepada pelajar. Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan sesuatu pengajaran atau sepanjang pelajaran.Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau demonstrasi.

Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal. i) Penyusun Awal Perbandingan

Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat yang wujud dalam pemikiran Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar. Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka memanggil dan mengingatinya semula. ii) Penyusun Awal Ekspositori Penyusun awal ekspositori memberikan pelajar pengetahuan baru yang mereka perlukan untuk pembelajaran topik baru. Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau dalam bentuk definisi konsep yang umum.

Anda mungkin juga menyukai