Anda di halaman 1dari 122

i

KAJIAN KEATAS PEMBAZIRAN BAHAN DI TAPAK BINA

ZAIDI BIN IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

Oktober 2004

ii

Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : ZAIDI BIN IBRAHIM :..

iii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Tandatangan

:..

Nama Penyelia: Prof. Madya Haji Wan Zulkifli Bin Wan Yusof Tarikh :..

iv

Untuk yang diingati selalu, isteri dan anak-anak kerana sabar dengan berbagai dugaan semasa Abah di alam pengajian..Terima kasih di atas segalanya.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapat saya menyiapkan tesis ini pada masa yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada penyelia projek tahun akhir ini, Prof. Madya Haji Wan Zulkifli Bin Wan Yusof di atas tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyediaan projek ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan kajian ini, Encik Azmi bin Abd. Aziz dari Unit Sumber JKR Kelantan di atas kerjasama dan maklumat yang diberikan bagi menjayakan kajian ini. Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kelemahan penulis sendiri.

Wassalam.

ZAIDI BIN IBRAHIM

vi

ABSTRAK

Dalam industri pembinaan, bahan binaan meliputi sebahagian besar kos projek dan dijangka kos bahan akan terus meningkat memandangkan pasaran yang kurang mantap dan perubahan teknologi padaa masa akan dating. Walau bagaimanapun dalam kontrak, pembaziran yang tidak memanfaatkan pihak-pihak yang terlibat dalam projek kerna kos perbelanjaan semakin tinggi. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor pembaziran, langkah-langkah pengurangan pembaziran dan kadar pembaziran bagi bahan binaan utama. Data yang diperlukan diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik, temubual dengan pihak yang terlibat dalam pembinaan dan melalui pemerhatian di tapak pembinaan. Kaedah purata indeks digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan keputusan dan kesimpulan. Keputusan yang diperolehi termasuk faktor utama yang membawa kepada pembaziran, langkah-langkah pencegahan yang sesuai untuk mengurangkan pembaziran dan kadar pembaziran untuk bahan-bahan utama masa kini.

ABSTRACT

vii

In construction industry, materials form a large part of the project cost and generally believed it will continue to rise in future because of unstable market and changing of technology. However, on many contracts material waste always results in reducing the profitability of parties that are involved as the cost become higher. Therefore a study was conducted to identify the causes of material wastage, methods of reducing and the range of waste for main materials used on site. The data is obtained using structured questionnaires, interviewing people who are involved in the project and based on some observations on site. An average index is used in the analis the data for the purpose to get the results and conclusions. Based on this study, a few conclusion have been established. A few recommendation on how to minimized material wastage have also been suggested. The results including the main factors attribute to the waste, the recommendation for appropriate solutions to control and minimize the waste and the recent wastage rate for several materials.

ISI KANDUNGAN

viii

BAB

PERKARA JUDUL PENGAKUAN PENGAKUAN PENYELIA DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL

MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii viii xiv xv

BAB 1

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pendahuluan Kenyataan Masalah Objektif Kajian Skop Kajian Kepentingan Kajian

1 1 3 4 5 6

ix BAB 11 PEMBAZIRAN BAHAN BINAAN DI TAPAK BINA 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Definisi Pembaziran Jenis-jenis Pembaziran 2.3.1 Pembaziran Bahan Yang Nyata 2.3.2 Pembaziran Yang Tidak Boleh Dielakkan 2.3.3 Pembaziran Boleh Di Elakkan 2.3.4 Pembaziran Oleh Penggantian Punca Pembaziran Bahan 2.4.1 Pembaziran Secara Lansung 2.4.2 Pembaziran Secara Tidak Lansung 2.4.2.1 2.4.2.2 2.4.2.3 2.5 Penggantian Penggunaan Semasa Pengeluaran Penggunaan Oleh 7 9 9 10 10 11 11 14 15 15 16 16 17 17 18 19 20 20 20 21 21 22 22 23 23 24 24 24 25 25 26 26 27 7

2.4

Kelalaian Faktor Pembaziran Bahan Di Tapak Bina 2.5.1 2.5.2 2.5.3 2.5.4 Organisasi Dan Perancangan Di Tapak Bina Cara Pengurusan Bahan Kawalan Kualiti Dan Pemeriksaan Bahan Binaan Tempat Penyimpanan Bahan

2.6

Binaan 2.5.5 Penjagaan Bahan Binaan 2.5.6 Pembaziran Semasa Kerja 2.5.7 Sikap Dan Kemahiran Pekerja 2.5.8 Salah Guna Bahan 2.5.9 Kecurian 2.5.10 Kerosakan Kesan Pembaziran Terhadap industri Binaan 2.6.1 Kontraktor 2.6.2 Sumber Bahan Binaan 2.6.3 Pekerja 2.6.4 Pemilik 2.6.5 Masyarakat Tanggungjawab Terhadap Pembaziran 2.7.1 Perekabentuk 2.7.2 Pembekal Dan Pengeluar

2.7

x 2.7.3 Kontraktor Pengukuran Kadar Pembaziran 2.8.1 Rekod Pengukuran Bahan Ke Tapak 2.8.2 Pengukuran Stok Bahan 2.8.3 Pengukuran Kemajuan Kerja Kesan Kepada Pembinaan 2.9.1 Kos Pembinaan Meningkat 2.9.2 Tempoh Penyiapan Yang 2.9.3 Mungkin Bertambah Pengurusan Kontraktor Yang 28 28 29 29 30 30 31 31 31 32 32 33 33 34 34 34 35 35 36 37 37 38 38 39

2.8

2.9

Tidak Cekap 2.10 Bahan Binaan Yang Utama Yang Mengalami Pembaziran 2.10.1 Konkrit 2.10.2 Batu Baur 2.10.3 Batu Bata 2.10.4 Pasir 2.10.5 Kayu Kayan 2.10.6 Mortar 2.10.7 Besi Tetulang 2.11 Langkah Pengurangan Pembaziran 2.11.1 Pemesanan Bahan Binaan 2.11.2 Pengurusan Bahn Binaan 2.11.3 Peringkat Pembinaan 2.11.4 Peringkat Perlindungan 2.11.4.1 Perlindungan 2.11.4.2 Daripada Cuaca Perlindungan Terhadap 2.11.4.3 Kemalangan Perlindungan Terhadap Kecuaian 2.11.4.4 2.11.4.5 Pekerja Perlindungan Terhadap Kerosakan Perlindungan

40

40 41 44 45 45 45 46

Terhadap Kecurian 2.11.5 Sistem Pengawalan Bahan Binaan 2.11.5.1 2.11.5.2 2.11.5.3 2.11.5.4 Pemilihan Pembekal Penilaian Kos Perancangan Bahan Pembayaran Bahan

xi

2.11.5.5 2.11.5.6 2.11.5.7 2.11.5.8 2.11.5.9 2.11.5.10

Penerimaan Bahan Penyimpanan Bahan Perlindungan Bahan Penggunaan Bahan Penyeliaan Pekerja Pembinaan Pagar Keliling

46 46 47 47 48 48

2.11.5.11 Penghantaran Bahan Binaan 2.11.5.12 Kawalan Bahan Binaan 2.11.5.13 Kawalan Keselamatan 2.11.5.14 Bekalan Lampu 2.11.5.15 Latihan Pekerja Baru BAB III METHODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 3.2 Pengenalan Pengumpulan Data 3.2.1 Data Primer 3.2.1.1 Borang Soal Selidik 3.2.1.2 Temubual 3.2.1.3 Lawatan Ke Tapak Bina 3.2.2 Data Sekunder Analisa Data 3.3.1 Kaedah Purata Indeks 3.3.2 Ukuran Kecenderungan Memusat Bagi Data Terkumpul Kesimpulan

48 49 49 49 50

51 51 51 52 52 52 53 53 53 54 54 55 56 56 56 57 58 58 59

3.3

3.4

BAB IV ANALISIS DAN KESIMPULAN 4.0 4.1 4.2 Pengenalan Maklumbalas Soal Selidik Latar Belakang Organisasi Dan Syarikat 4.2.1 Usia Penubuhan Syarikat 4.2.2 Kelulusan Akademik 4.2.3 Pengalaman Dalam Industri

xii Pembinaan Analisis Faktor Pembaziran Di Tapak Bina Keputusan Terhadap Faktor Pembaziran Analisa Langkah-langkah Pengurangan Pembaziran Keputusan Terhadap Langkah-langkah Pengurangan Pembaziran 4.7 Analisa Kadar Pembaziran Bahan Binaan Di Tapak Bina BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.2 RUJUKAN LAMPIRAN I LAMPIRAN II Pengenalan Kesimpulan Cadangan 89 89 89 93 95 97 102 81

4.3 4.4 4.5 4.6

60 64 70 74

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 2.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9

TAJUK

MUKA SURAT 13 68 78 80 83 84 85 86 87 88

Perhubungan Antara Pembaziran Faktor Pembaziran Berdasarkan Peratus Langkah Pengurangan Pembaziran Bahan Binaan Mengikut Peratus Pengkelasan Langkah-langkah Pengurangan Pembaziran Bahan Kadar Pembaziran Konkrit Kadar Pembaziran Batu Bata Kadar Pembaziran Batu Baur Kadar Pembaziran Kayu Kadar Pembaziran Besi Tetulang Perbandingan Kadar Pembaziran Setiap Bahan Binaan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 2.1 4.1 4.2

TAJUK

MUKA SURAT 43-44 57 58

Ringkasan Unsur Ancaman Dan Cara Pencegahan Perincian Responden Diterima Usia Penubuhan Syarikat

2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 Kelulusan Akademik Kontraktor Pengalaman Kerja Dalam Industri Pembinaan Jadual Faktor Pembaziran Faktor Pembaziran Mengikut Keutamaan Langkah Pengurangan Pembaziran Bahan Langkah Pengurangan Pembaziran Bahan Mengikut Keutamaan Kekerapan Kadar Pembaziran Bagi Setiap Jenis Bahan Binaan Jumlah fi xi Bagi Setiap Bahan Binaan 58 59 62 63 72 73 82 82

PENGENALAN

1.1.

Pendahuluan

Sektor pembinaan di Malaysia merupakan salah satu yang dapat membangunkan ekonomi Negara. Kewujudan sektor pembinaan telah melahirkan kontraktor yang berjaya. Adanya persefahaman serta kerjasama dalam pengurusan syarikat maka pengurusan yang baik serta terancang akan memberikan satu kepuasan dari segi kualiti kerja yang dijalankan.

Kebanyakan pengurus tapak mengabaikan pembaziran yang berlaku dan tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah pembaziran bahan. Salah satu sebab pengabaian adalah kerana pihak pengurusan tidak menyedari bagaimana pembaziran boleh terjadi. Ini disebabkan kerana tiada sebarang langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini oleh pihak-pihak yang terbabit.

Antara pihak-pihak pengurusan yang terbabit adalah seperti Akitek, Jurukur Bahan, Jurutera, Kontraktor serta ahli-ahli ikhtisas yang lain. Jurukur Bahan menyediakan senarai kuantiti bahan serta menasihati klien dari segi perbelanjaan kos pembinaan.

Dalam industri pembinaan juga, bahan binaan bukan sahaja merupakan aspek yang paling penting dari sudut pengurusan tetapi ianya juga perlu dijaga dari segi belanjawan syarikat. Ini dapat dilihat daripada peratus kos pengurusan bahan binaan yang antara 30 80% daripada jumlah perbelanjaan satu satu projek bergantung kepada jenis projek yang dijalankan (Meelhhausen, 1971)

Walau bagaimanapun kos bahan binaan ada kaitan faktor pembaziran bahan binaan. Pada tahun 1976, UK,s Building Research Establishment telah melaporkan bahawa antara 10- 20% daripada jumlah bahan binaan yang dihantar ke tapak binaan telah hilang samada melalui pembaziran atau pemindahan haram yang berlaku semasa tempoh kontrak (Skoyles and Hussey, 1974)

Sekarang terdapat bahan-bahan binaan yang baru diperkenalkan didalan industri penbinaan selaras dengan perkembangan industri pembinaan dan ini sudah tentu akan menyumbangkan kepada bertambahnya kadar pembaziran bahan binaan.

Memang sukar untuk menghapuskan masalah pembaziran dalam industri pembinaan tetapi langkah mengatasi atau sekurang kurangnya mengurangkan kadar pembaziran perlu dilaksanakan kerana pembaziran bukan sahaja merugikan pihak kontraktor dan klien tetapi juga menyebabkan kerugian kepada ekonomi Negara.

1.2.

Kenyataan Masalah

Pengurusan Bahan yang tidak terancang akan membawa kepada peningkatan kos bahan dan pembaziran bahan itu sendiri. Didalan pengurusan bahan binaan ditapak bina, masalah yang dihadapi oleh kontraktor adalah pembaziran bahan binaan dan ditapak binaan juga terdapat beberapa proses yang merangkumi beberapa perkara seperti perancangan, perjawatan dan motivasi, pengawalan dan mengarah, pengendalian dan jangkaan.

Dengan adanya proses pengurusan dalam syarikat, terdapat dua bahagian utama bagi menguruskan bahan binaan iaitu pengurusan di pejabat utama dan di tapak bina bagi mengawal peningkatan kos terhadap pembaziran bahan di tapak bina. Segala urusan dalam pemilihan bahan binaan, penjadualan serta pembayaran adalah pengurusan yang dibuat dipejabat utama. Manakala pengurusan ditapak bina pula merangkumi atau menumpukan kepada pengurusan bahan binaan yang diterima termasuklah kuantiti, kualiti dan kawalan bahan binaan.

Dalam sektor pembinaan terdapatnya peratusan pembaziran bagi bahan binaan ditapak bina. Seperti yang diketahui, pembaziran bahan binaan adalah sukar dikawal. Pembaziran bahan binaan mempunyai pelbagai maksud. Sesetengah bahan binaan di

5 tapak bina hilang atau rosak dan adakalanya pembaziran yang berlaku semasa kerja dilaksanakan.

Pembaziran bahan binaan di tapak bina telah menetapkan bahawa terdapat peratusan pembaziran bahan yang digunakan. Diantara peratusan bahan yang telah ditetapkan adalah konkrit (5%), besi tetulang (5%), kayu (5%), bata muka (2.5%) dan batu- bata (5%) (G. Foster 1981).

Penggunaan kadar pembaziran tanpa menganalisis faktor-faktor pembaziran atau kelebihan bahan binaan yang keterlaluan yang mana akan menyebabkan kerugian kepada syarikat dan pemilik dari segi peningkatan kos dalam mengurus bahan, kos tenaga boroh dan kos keseluruhan pembinaan. Pembaziran yang keterlaluan pula akan menyebabkan kekurangan bahan binaan dan keadaan yang lebih serius jika dibiarkan sahaja tanpa kesedaran dan usaha dalam mengatasi masalah ini.

Dalam memperolehi bahan yang dikehendaki, kontraktor perlu mengetahui latar belakang pembekal, kualiti bahan, kedapatan sumber serta bagaimana cara bahan dihantar ke tapak bina. Pembekal bahan yang dipilih kebiasaannya telah menepati citarasa kontraktor samada dari segi kualiti, jumlah serta kecepatan dalam penghantaran bahan ketapak bina. Pihak pembekal juga perlu mengetahui akan masalah yang dihadapi di tapak bina, kerana ini boleh mempengaruhi perjalanan kerja di tapak.

1.3.

Objektif Kajian

6 Objektif kajian adalah sebagai garis panduan keatas penyelidikan yang akan dijalankan untuk mencapai matlamat kajian iaitu Kajian Keatas Pembaziran Bahan Di Tapak Bina. Ianya bertujuan agar tidak timbulnya permasalahan dari kos pembinaan yang bertambah yang mana disebabkan oleh pembaziran bahan yang melampau. Oleh itu objektif kajian ini dapat diterangkan berikut :-

i) ii) iii)

Mengenalpasti faktor dan punca pembaziran bahan-bahan di tapak bina. Mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh syarikat pembinaan dalam mengurangkan pembaziran di tapak. Mengenalpasti tahap pembaziran bahan binaan di tapak bina

1.4.

Skop Kajian

Skop kajian ditentukan pada peringkat awalan supaya memudahkan untuk pengumpulan maklumat secara menumpu berdasarkan bidang, kawasan, aspek yang ditetapkan supaya objektif yang dirangka dapat dicapai dalam kajian.

Skop kajian adalah merangkumi :-

i) ii) iii)

Projek pembinaan bangunan sekolah di Negeri Kelantan. Kelas kontraktor yang terlibat dengan kajian adalah kontraktor kelas B ke atas. Kos projek adalah RM 3,000,000.00 keatas sahaja.

1.5.

Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu bagi menjadi garispanduan kepada kontraktor kelas B hingga kelas A dalam memberi pengawalan yang berkesan terhadap bahan binaan selepas mengenalpasti punca kejadian pembaziran bahan binaan ditapak bina.

Kos bahan binaan menyumbang peratusan dalam lingkungan 28% hingga 35% (Skoyles, 1975 ) dan sekiranya kadar pembaziran sebanyak 10% dalam satu-satu projek pembinaan bangunan sekolah, contoh kos pembinaan bernilai RM 5 juta, maka hampir RM 500 ribu akan dibazirkan. Disini didapati betapa perlunya pengawalan pembaziran dilakukan oleh kontraktor untuk mengelak dari berlakunya pembaziran. Jika masalah ini dapat dikurangkan maka kos pembinaan dan kos bahan binaan akan dapat dikurangkan pada masa akan datang.

BAB II

PEMBAZIRAN BAHAN BINAAN DI TAPAK BINA

2.1

Pengenalan

Pembaziran bahan binaan merupakan satu masalah yang biasa berlaku di tapak bina. Ianya berlaku akibat daripada proses pengurusan bahan yang tidak efektif didalam satu-satu projek pembinaan dan penglibatan pekerja yang kurang mahir. Pembaziran bahan binaan juga melibatkan pembuangan bahan, dimana ianya mencakupi bahan binaan yang telah rosak, hilang dan tidak boleh digunakan lagi.

9 Perkataan pembaziran adalah suatu perkara yang tidak dapat di elakkan. Pembaziran didalam sesebuah projek tentu akan berlaku dan ia hanya boleh dibezakan dari segi pembaziran secara besar-besaran atau secara kecil-kecilan. Keadaan ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan pihak pengurus atau kontraktor untuk menguruskannya.

Bagi setiap projek binaan, kontraktor sudah tentu mempunyai peruntukan kos untuk menampung pembaziran bahan binaan. Ini memberi ruang kepada kontraktor untuk menganggarkan sejumlah kos pembaziran yang bakal akan berlaku semasa memperhargakan bahan binaan di dalam senarai bahan pada kontrak. Peruntukan dirujukkan kepada jumlah yang biasa digunakan. Ia bukan berdasarkan maklumat atau data yang didapati daripada kajian sebenar tetapi ia biasanya sama tanpa mengambil kira jenis bangunan, bahan dan tapak bina.

Biasanya apa yang didapati di tapak bina, bahan binaan dibuang dan dibiarkan di merata-rata tempat dan kebanyakan bahan binaan itu adalah seperti kayu, besi tetulang, papan lapis dan sebagainya. Bahan binaan itu biasanya berada dalam keadaan yang sudah rosak atau baru digunakan sebahagian sahaja. Apakah yang menyebabkan perkara seperti yang dinyatakan di atas berlaku? Faktor yang menyebabkan perkara pembaziran berlaku dan di antaranya adalah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan kecuaian semasa melakukan kerja serta system pengurusan yang lemah dan tidak teratur.

Siapa yang bertanggugjawab terhadap pembaziran akan dibincangkan dalam bab ini. Secara kasar pihak kontraktor, perekabentuk, pihak pembekal atau pengeluar dan buruh akan dipertimbangkan dalam perkara perkara pembaziran yang berlaku kerana mereka yang akan terlibat dalam aktiviti yang dijalankan dalam sesebuah projek. Maka setiap pihak yang terlibat dalam projek haruslah memainkan peranan masing-masing bagi mencegah pembaziran daripada berlaku dengan berleluasa.

10

Pembaziran telahpun memberikan kesan bukan sahaja kepada pihak kontraktor tetapi secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat serta Negara. Oleh itu untuk mengelak pembaziran berlaku, pihak kontraktor memainkan peranan yang penting iaitu mangadakan suatu system pengurusan yang sistematik dan teratur bagi menjaga dan mengurangkan pembaziran berlaku bagi menambahkan keuntungan.

2.2

Definisi Pembaziran

Menurut EC Framework Directive (1995) pembaziran didefinisikan sebagai sebarang bahan dimana pemiliknya mempunyai keinginan untuk membuangnya daripada bahagian peredaran komersial atau maksud lain bahan itu akan hilang nilainya

Menurut Environmental Protection Act 1990 (1995), pembaziran dimaksudkan sebagai sebarang benda berlebihan dan tidak di ingini hasil daripada pengamalan sesuatu proses.

Menurut The Chartered Institute of Building (1980), pembaziran merupakan pembezaan antara nilai bahan yang dihantar dan diterima ditapak bina dan jumlah bahan yang digunakan berdasarkan kepada pengukuran kerja yang tepat selepas membuat penolakan ke atas penjimatan kos bahan yang diganti dan dipindah dari tapak.

2.3

Jenis jenis Pembaziran

11

Pembaziran terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu pembaziran tidak boleh dielakkan dan pembaziran yang boleh dielakkan (Kamaruddin, 1991).

2.3.1

Pembaziran Bahan Yang Nyata

Pembaziran bahan yang nyata bermaksud semua pembaziran yang dinyatakan dalam bentuk peratus tanpa menjalankan analisa terhadap punca-punca pembaziran atau menilai faktor-faktor yang menyumbangkan bagi peratusan pembaziran tersebut, kategori bahan dan jenis kerja pembaziran.

2.3.2

Pembaziran Tidak Boleh Dielakkan

Keadaan ini berlaku apabila kontraktor tidak dapat menangani perkara perkara yang diluar kawalannya, seperti pemotongan keluli tetulang dan kayu pada bahagian hujung akibat bahan yang dibekalkan oleh pengeluar atau pengedar tidak memenuhi criteria pengukuran sebagaimana kehendak rekabentuk pada pelan yang digunakan (Wyatt, 1978).

Pembaziran yang yang praktikal pula tidak dapat dielakkan kerana penerimaan pembaziran ini dalam projek pembinaan adalah penting bagi memastikan kemajuan kerja dapat berjalan lancar. Kadang kadang terdapat bahan-bahan yang dipesan tidak

12 diperolehi iaitu diluar kawalan kontraktor dan barang yang lebih mahal terpaksa digunakan sebagai gentian.

2.3.3

Pembaziran Boleh Dielakkan.

Pembaziran ini merupakan pembaziran yang dapat diatasi sekiranya pengawalan yang berkesan dilakukan pada peringkat awal lagi. Pembaziran ini mungkin akibat daripada pengurusan bahan yang tidak teratur. Antara pembaziran yang boleh dielakkan adalah seperti kecurian, salah guna, pemusnahan, kecuaian dan lebihan berpotensi.

Lebihan potensi berlaku keatas bahan-bahan ketinggalan pada peringkat akhir sesuatu projek. Lebihan pampasan yang boleh dielakkan pula berlaku apabila bahan yang dipesan bagi satu tujuan tertentu digunakan untuk tujuan yang lain akibat pengurusan bahan ditapak bina yang kurang cekap samada dari segi pemesanan dan pengawalan stok.

2.3.4

Pembaziran Oleh Penggantian

Pembaziran oleh penggantian berlaku apabila bahan binaan yang dipesan untuk tujuan atau aktiviti tertentu tetapi telah digunakan untuk tujuan yang lain.

13 Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh pihak kontraktor yang tidak bijak atau dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa menggunakan bahan binaan yang lain sebagai gantian untuk kerja tertentu. Contohnya penggunaan batu bata untuk dinding digantikan dengan bata konkrit.

Bagi sesetengah keadaan, pembaziran bahan mungkin didapati lebih tinggi dari yang sebenarnya berlaku. Pembaziran oleh penggantian bermakna penggunaan bahan binaan di tempat yang tidak dirancangkan. Keadaan ini berlaku disebabkan perancangan yang tidak sempurna oleh pihak kontraktor. Kadang-kala apabila penyemakan stok bahan dibuat, didapati jumlah penggunaan bahan telah melebihi dari apa yang dianggarkan.

Selain daripada itu berlaku penimbunan bahan binaan yang banyak pada satu lokasi yang berhampiran dengan tapak binaan . Keadaan ini akan membawa kepada kerugian kepada pihak-pihak tertentu dalam kontrak. Disamping itu juga kerja sampingan perlu dijalankan jika bahan berkualiti rendah dipakai dan menimbulkan masalah kepada struktur lain

14

Pembaziran nyata

Pembaziran yang tidak boleh dielakkan

Pembaziran bahan

Pembaziran yang boleh dielakkan

Pembaziran penggantian Pembaziran pemotongan

Pembaziran potensi

Pembaziran yang praktikal

Kesilapan Pembaziran kemalangan

Perosak

Kecurian

15

Rajah 2.1: Perhubungan di antara pembaziran Sumber: Wyatt, D.D., 1978 Material Management Part 1

2.4

Punca Pembaziran Bahan Binaan.

Masalah pembaziran adalah bermula dari peringkat penghantaran hingga peringkat pemasangan. Oleh yang demikian pembaziran bahan binaan boleh terjadi dengan berbagai cara dan sebab-sebab tertentu. Penganalisaan tentang punca pembaziran memerlukan kajian tentang tanggungjawab dan faktor utama punca pembaziran.

Kesemua anggota kumpulan pengurusan projek adalah bertanggungjawab dalam masalah ini. Dalam peringkat rekaan misalnya, arkitek atau jurutera mungkin boleh mengelakkan penggunaan bahan yang tidak diperlukan seperti pemotongan terhadap bahan binaan seperti kayu dan besi tetulang, seandainya dimension coordination yang lebih baik dapat disesuaikan dalam rekabentuk mereka. Ukuran sesetengah bahan binaan yang terdapat dalam pasaran kadangkala tidak dapat dipenuhi dan bahan ini terpaksa disesuaikan menurut kehendak rekabentuk perunding. Pihak pengururusan kontraktor juga bertanggungjawab dalam masalah ini kerana penganggaran mereka selalunya tertumpu kepada kerja awalan sahaja.

Bagi pihak pembekal pula gagal membekalkan bahan binaan yang sesuai dari segi penghantaran, seterusnya perubahan kehendak yang kerap dibuat oleh pemilik

16 semasa proses pembinaan menyebabkan pemborong terpaksa mengubah kerja yang telah siap dan ini mengakibatkan pembaziran berlaku.

Faktor dan punca pembaziran bahan terbahagi kepada dua, iaitu :-

i) ii) 2.4.1

Pembaziran Secara Langsung Pembaziran Tidak Langsung

Pembaziran Secara Langsung

Pembaziran ini bermula apabila bahan binaan dihantar ke tapak sehingga ke peringkat akhir sesuatu projek. Menurut Eng Keng (2001) ia boleh berlaku akibat daripada beberapa perkara seperti berikut:-

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi)

Cara pemasangan yang salah Cara pemotongan yang salah Penolakan keatas bahan Salah guna bahan stok lebihan Aktiviti Jenayah Sistem Pengurusan yang kurang teratur Ketidaksempurnaan alat dan jentera Pekerja yang kurang mahir Tempat penyimpanan bahan yang kurang sesuai Cara Pengangkutan dan pengedaran bahan yang salah

17 2.4.2 Pembaziran Secara Tidak Langsung

Pembaziran ini melibatkan penggunaan bahan yang mana boleh dikatakan kontraktor tidak layak untuk menuntut sebarang ganti rugi seperti yang terkandung didalam syarat-syarat kontrak. Ianya boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penggantian, penggunaan semasa pengeluaran dan penggunaan oleh kelalaian.

2.4.2.1 Penggantian

Penggantian berlaku apabila bahan-bahan digunakan bagi tujuan lain dari yang ditetapkan atau dikehendaki di dalam spesifikasi dan dokumen kontrak. Penggantian telah menjadikan nilai bahan yang digunakan itu menurun dan yang pentingnya kualiti kerja yang dihasilkan juga terjejas kerna menggunakan bahan binaan yang berlainan dari yang ditetapkan.

Pembaziran penggantian berlaku apabila kualiti kerja yang dihasilkan telah melebihi apa yang dikehendaki. Sebagai contohnya campuran konkrit yabg kuat telah digunakan di dalam kerja konkrit bagi menggantikan konkrit yang lemah. Ini berlaku adalah diakibatkan system perancangan yang kurang teratur sehingga menyebabkan bahan sebenarnya tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan bahan lain untuk menggantikannya. Selain itu kekurangan pengalaman di pihak kontraktor ke atas penggunaan bahan binaan juga menyebabkan pembaziran secara penggantian.

2.4.2.2 Penggunaan Semasa Pengeluaran

18

Pembaziran secara pengeluaran bererti penggunaan bahan yang berlebihan dari yang ditetapkan. Sebagai contohnya konkrit yang berlebihan di dalam longkang akibat daripada ketiadaan alat pengorek yang bersesuaian. Pembaziran dari segi penggunaan operasi pula adalah penggunaan bahan untuk kerja-kerja sementara .

Pihak kontraktor perlu menentukan harga kerja di dalam lampiran Senarai Kuantiti sekiranya projek ini menggunakan Senarai Kuantiti. Pihak kontraktor biasanya menghargakan kerja berdasarkan kerja berdasarkan jumlah bahan yang dinyatakan. Pembaziran berlaku jika jumlah bahan yang dinyatakan telah melebihi apa yang dinyatakan di dalam Senarai Bahan. Pembaziran berlaku apabila terdapat kesilapan semasa membuat pengukuran kuantiti di dalam Senarai Bahan. Pihak kontraktor hendaklah menanggung kos yang lebih tinggi apabila berlaku pembaziran. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku, kontraktor perlu membuat penyemakan semula dari semasa ke semasa.

2.4.2.3 Penggunaan Oleh Kelalaian

Pembaziran akibat kelalaian adalah disebabkan pihak kontraktor sendiri menggunakan bahan yang berlebihan. Selaindari pihak kontraktor, pekerja juga terlibat dalam melakukan pembaziran akibat kelalaian. Sebagai contohnya pemasangan bagi pembinaan asas yang melebihi ketebalan yang di tentukan pelan dan spesifikasi.

2.5

Faktor-Faktor Pembaziran Bahan Ditapak Bina

19

Pembaziran bahan ditapak bina boleh berlaku dalam banyak keadaan, tetapi sumber kejadian ini boleh dikaitkan dengan masalah pengurusan dan pengawalannya. Menurut Wilson (1974), pembaziran bahan binaan boleh terjadi akibat daripada perkara-perkara berikut:-

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x)

Organisasi dan Perancangan Di Tapak Bina Cara Pengurusan Bahan Binaan Kawalan Kualiti dan Pemeriksaan Bahan Binaan Tempat Penyimpanan Bahan Binaan Penjagaan Bahan Binaan Pembaziran Semasa Kerja Sikap Dan Kemahiran Pekerja Salah Guna Bahan Kecurian Perosakan

2.5.1

Organisasi Dan Perancangan Di Tapak Bina

Perancangan tapak bina meliputi penyediaan organisasi yang baik dan prosedur kerja yang tersusun. Sekiranya perancangan kerja tidak berkesan, mungkin akan berlaku pembaziran bahan yang ketara.

20 Organisasi yang lemah dan tidak berperanan akan melembabkan perjalanan sesuatu projek pembinaan dan akan mewujudkan prosedur kerja yang tidak berurutan dan seterusnya akan membawa kepada pembaziran bahan.

Sebagai contohnya pembaziran mortar boleh dilihat apabila kerja lepaan dinding dimulakan dan diselesaikan sebelum kerja pemasangan pendawaian letrik atau sistem paip air dalam bangunan. Cara pemesanan yang dilakukan dengan bergantung secara membuta tuli kepada senarai kuantiti tanpa pemeriksaan semula berpandukan kepada lukisan pembinaan atau kerja-kerja yang beroperasi di tapak bina mungkin menyebabkan masalah kekurangan atau kelebihan pesanan bahan binaan yang membawa kepada pembaziran (Wilson, 1974).

Penghantaran bahan tanpa mengikut cara kerja sebenar akan menyebabkan ianya rosak, hilang atau salah guna atau terpaksa disimpan didalam stor untuk tempoh yang lama.

2.5.2. Cara Pengurusan Bahan

Proses pengurusan bahan adalah merangkumi peringkat penghantaran, penurunan dan penggunaan bahan di tapak bina. Apabila berlaku kecuaian diperingkat ini akan berlaku pembaziran yang ketara.

Semasa penghantaran bahan dari pembekal atau kilang, sering berlaku bahan yang dihantar tidak sama dengan kuantiti yang di pesan kerana pengangkutan yang digunakan tidak bersesuaian untuk mengangkut bahan-bahan tertentu. Keadaan ini menyebabkan bahan-bahan binaan hilang semasa dalam perjalanan.

21

Cara penurunan bahan secara terus dari kenderaan. Contohnya penurunan batubata dari lori yang dilengkapi dengan hidraulik secara terus ke tanah akan menyebabkan sebahagian kecil bahan binaan yang pecah (Skoyles, 1975)

Pembaziran bahan juga berlaku semasa pengagihan ke tempat kerja dari stor. Ia berlaku akibat penggunaan alat pengangkutan yang kurang sesuai. 2.5.3 Kawalan Kualiti Dan Pemeriksaan Bahan Binaan

Kawalan Kualiti dan pemeriksaan bahan dilakukan semasa bahan binaan sampai di tapak bina. Dokumen-dokumen berkaitan tidak disediakan bagi pemeriksaan stok manakala laporan mengenai kehilangan bahan tidak dimaklumkan kepada pihak atasan bagi tindakan seterusnya.

2.5.4

Tempat Penyimpanan Bahan Binaan.

Tempat penyimpanan bahan tidak disediakan dengan sempurna walaupun bahan binaan telah sampai ke tapak bina. Ini menyebabkan bahan terpaksa disimpan di tempat yang kurang sesuai dan menyebabkan ianya rosak dan berlaku pembaziran.

2.5.5

Penjagaan Bahan Binaan

22

Pada setengah keadaan di tapak bina, bahan binaan terdedah kepada kelembapan, terkena cahaya matahari yang keterlaluan yang mana menyebabkan kecacatan kepada bahan tersebut. Kecacatan kepada bahan binaan kadang-kadang menyebabkan ianya tidak boleh digunakan kerana kos pemulihan mungkin agak tinggi. Ini menyebabkan bahan berkenaan terpaksa dilupus begitu sahaja dan ini menyebabkan pembaziran.

2.5.6

Pembaziran Semasa Kerja

Pembaziran ini berlaku terutama semasa pemotongan, pengukuran dan sebagainya. Kerja pemotongan yang dilakukan ke atas bahan seperti kayu dan besi tetulang kerana semasa buat tempahan atau penghantaran ianya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan ini akan menyebabkan bahagian pendek yang di potong di buang begitu sahaja.

2.5.7

Sikap Dan Kemahiran Pekerja

Pekerja pembinaan merupakan tenaga yang penting dalam menggerakkan projek dalam industri pembinaan. Kemahiran pekerja perlu diberi perhatian kerana ia mungkin menjadi penentuan kepada kualiti kerja dan salah satu punca kepada masalah pembaziran. Penempatan pekerja tanpa mengambil kira kebolehan mereka mungkin menyebabkan pembaziran bahan yang boleh di elakkan. Sesetengah kontraktor suka mengambil buruh yang kurang mahir dengan andaian boleh di bayar upah yang rendah.

23

Sikap sestengah buruh yang tidak suka mengikut arahan yang diberi ke atas kerja dan bertindak sendiri tanpa pengetahuan atau bimbingan pengawas juga menyumbang ke arah pembaziran bahan.

2.5.8

Salah Guna Bahan

Bahan binaan di tapak digunakan untuk tujuan lain selain daripada yang sepatutnya akibat daripada sistem pengawalan bahan yang kurang berkesan. Bahan binaan yang tidak disimpan secara sistematik mungkin akan digunakan oleh pekerja tanpa memperdulikan kegunaannya yang sebenar. Tempoh penyimpanan yang terlalu lama akan menyebabkan keadaan ini mungkin berlaku. Jenis bahan yang di pesan tidak menepati kehendak pelanggan dan mengakibatkan bahan tersebut tidak dipakai. Kesilapan yang berlaku akan menyebabkan pembaziran .

2.5.9

Kecurian

Sebab-sebab kehilangan bahan adalah berpunca daripada kecurian yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di tapak binaan itu sendiri dan penduduk-penduduk di kawasan persekitaran yang berhampiran dengan tapak projek. Kebanyakan kejadian ini berlaku pada waktu bekerja dimana pekerja akan menyorok bahan binaan secara sulit di tempat-tempat tertentu. Apabila tamat kerja pada waktu petang, bahan binaan akan di bawa keluar dari tapak. Bahan yang dicuri biasanya bersaiz kecil dan dalam kuantiti

24 yang kecil tetapi ia akan menyumbang kepada pembaziran sekiranya dilakukan dalam jangka masa yang lama.

Kecurian yang dilakukan oleh penduduk persekitaran pula adalah seperti lebihan kayu yang di potong untuk tujuan pembaikian kecil di rumah mereka.

Sikap pekerja yang suka membiarkan bahan tanpa kawalan yang berkesan akan menyebabkan kegiatan kecurian susah untuk di benteras. 2.5.10 Perosakan

Perosak dikaitkan dengan tindakan mengkhianat keatas bahan binaan. Kanakkanak juga sering berkunjung ke kawasan pembinaan untuk bermain-main. Kegiatan kanak seperti memecah cermin tingkap, merosakkan kelengkapan dalam tandas sering didapati di tapak pembinaan.Bahan seperti cat jika tidak disimpan dengan baik mungkin digunakan oleh perosak untuk menulis cogankata atau melukis gambar pada dinding dan tempat-tempat lain yang telah siap. (Johnston, 1981)

2.6

Kesan Pembaziran Terhadap Industri Binaan

Pembaziran bahan binaan boleh meninggalkan kesan keatas industri pembinaan dan pihak-pihak yang terlibat seperti berikut :-

i) ii)

Kontraktor Sumber bahan binaan

25 iii) iv) Pihak Pekerja Pihak Majikan

2.6.1

Kontraktor

Kontraktor akan menanggung kos pembaziran. Semakin tinggi pembaziran akan menyebabkan semakin tinggi peningkatan kos bahan binaan. Secara tidak langsung akan menyebabkan keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor akan berkurangan.

2.6.2. Sumber bahan binaan

Sumber-sumber bahan binaan binaan seperti pasir, batu baur dan kayu mungkin akan kehabisan pada masa akan datang. Sekiranya bahan binaan itu telah digunakan dengan kadar pembaziran tinggi, ianya akan mempengaruhi penggunaan pada masa akan datang iaitu bahan akan lebih cepat habis atau tidak dapat memenuhi keperluan. Apabila bahan binaan telah habis digunakan ditempat tertentu, kita terpaksa dapatkan dari tempat lain dan ini akan meningkatkan kos pembinaan. ( skoyles E.R.,1976)

26

2.6.3. Pekerja

Keselamatan para pekerja boleh terjejas akibat batu-bata yang berlonggok, barangan kaca yang pecah atau besi tetulang yang dipotong serta memberi keadaan bahaya pada tapak. Penyusunan dan penyimpanan bahan yang tidak sempurna menyebabkan tenaga kerja lain terpaksa digunakan untuk memperbetulkan keadaan. Pembaziran ini boleh menyebabkan kerugian kepada kontraktor.

2.6.4

Pemilik

Pihak pemilik mungkin menerima mutu kerja yang kurang baik terhadap projek yang akan dimiliki. Akibat daripada ini pemilik terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukan tertentu untuk memperbaiki mutu pembinaan.

2.6.5

Masyarakat

Kontraktor akan memperuntukkan kos tambahan untuk pembaziran bahan binaan dalam setiap projek yang dijalankan. Peruntukan ini akan menambahkan jumlah harga kontrak. Kadar peruntukan untuk setiap bahan binaan ini adalah bergantung kepada bergantung kepada pengalaman kontraktor masing-masing.

27

Kontraktor yang bijak mengawal pembaziran bahan binaan akan dapat menjimatkan kos pembinaan. Dengan penjimatan kos itu, harga bangunan juga akan lebih rendah lagi kerana kontraktor telah memperolehi keuntungan yang mencukupi kerana meletakkan kadar peruntukan pembaziran bahan binaan yang rendah. Dengan itu masyarakat dapat menikmati pembelian harga bangunan yang lebih rendah.

2.7

Tanggungjawab Terhadap Pembaziran

Lazimnya apabila pembaziran berlaku di tapak bina, kontraktor adalah adalah dipersalahkan. Ini disebabkan secara kasarnya pembaziran berlaku berpunca dari aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kontraktor. Jika dikaji dengan lebih mendalam tentang punca-punca pembaziran, keputusannya bukan kontraktor sahaja dipersalahkan kerna terdapat pembaziran yang berlaku di luar kawalan kontraktor.

Mengikut Skoyles (1986), kesilapan kontraktor, pekerja tapak bina, bahan binaan mengalami kerosakan atau kurang berkualiti tidak semestinya merupakan punca-punca pembaziran yang berlaku di tapak bina tetapi pembaziran kerap kali disebabkan oleh rekabentuk bangunan, pembekal, jentera dan spesifikasi. Ini menerangkan bahawa pembaziran bukanlah di bawah tanggungjawab kontraktor tetapi pihak-pihak lain seperti perekabentuk dan pembekal atau pengeluar juga harus bertanggungjawab.

2.7.1

Perekabentuk

28

Tugas perekabentuk adalah merekabentuk sesuatu projek supaya memuaskan hati pelanggan dan dihasilkan dalam bentuk pelan atau lukisan. Di sini perekabentuk juga terlibat secara langsung di dalam pembinaan. Tanggungjawab perekabentuk terhadap pembaziran adalah dari segi rekabentuk bangunan dan juga struktur.

Pembaziran yang berlaku akibat perekabentuk biasanya semasa penggunaan komponen atau bahan yang bersaiz seragam seperti besi tetulang, papan lapis dan penutup bumbung. Ini kerana terdapat perbezaan saiz atau bentuk komponen bahanbahan binaan dengan rekabentuk dalam pelan maka penyesuaian perlu dilakukan. Penyesuaian inilah yang menyebabkan pembaziran berlaku. Contohnya besi tetulang yang dihantar ke tapak bina adalah sepanjang 12 meter dan terpaksa dipotong mengikut panjang yang ditetapkan dalam pelan atau lukisan kejuruteraan. Bahagian yang baki dibiarkan dan tidak digunakan.

Arahan Perubahan yang dikeluarkan oleh pihak perekabentuk atas struktur bangunan yang telah siap dibina dan kontraktor terpaksa membaiki semula akan mengakibatkan pembaziran berlaku. Masalah ini boleh dikurangkan sekiranya terdapat kerjasama di antara kontraktor dengan pihak perekabentuk.

2.7.2

Pembekal Dan Pengeluar

Pembaziran yang disebabkan oleh pembekal atau pengeluar adalah melibatkan penghantaran bahan-bahan binaan ke tapak bina yang menjadi tanggungjawab pembekal dan pengeluar.

29

Kaedah penghantaran yang tidak sesuai akan mendatangkan pembaziran. Dalam penghantaran bahan-bahan binaan akan melibatkan penurunan dan pengangkutan bahan binaan. Jika ia tidak dikawal dengan baik, banyak bahanbahan binaan akan mengalami kerosakan dan seterusnya wujud pembaziran. Pembaziran juga berpunca daripada sikap pembekal atau pengeluar yang tidak memikirkan masalah pengendalian di tapak bina. Mereka lebih mengutamakan pembekalan dan keuntungan sahaja..Masalah pengendalian bahan binaan tidak diberi perhatian yang secukupnya (Norman G, 1973)

Sistem penghantaran yang baik dan teratur akan menyelesaikan pembaziran. Sebagai contohnya batu-bata dibungkuskan dalam pallet akan mengurangkan kerosakan jika dibandingkan dengan batu-bata yang dibuang terus dari lori.

2.7.3

Kontraktor

Sebagai kontraktor mereka akan menguruskan bahan binaan secara ekonomik dan mengurangkan pembaziran di tapak bina. Pembaziran hanya boleh dikurangkan sekiranya setiap orang dalam organisasi kontraktor dari peringkat Pengurus Projek sehingga pekerja binaan di tapak bina memainkan peranan masingmasing untuk menjaga bahan binaan.

2.8

Pengukuran Kadar Pembaziran

30

Menurut The Chartered Institute Of Building (1980), Satu teknik pengukuran kadar pembaziran telah diperkenalkan bagi membuat penilaian mengenai kadar pembaziran sesuatu bahan di tapak bina. Pengukuran kadar pembaziran sebenarnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori data yang diperlukan iaitu ;i) ii) iii) Rekod penghantaran bahan ke tapak Pengukuran stok bahan Pengukuran kemajuan kerja

2.8.1

Rekod Pengukuran Bahan Ke Tapak

Bahan binaan yang digunakan di tapak bina akan dipesan oleh penyelia tapak dan segala bahan-bahan binaan yang dihantar ke tapak hendaklah direkodkan ke dalam senarai bahan berdasarkan tempoh yang tertentu, biasanya satu bulan. Rekod-rekod ini akan digunakan untuk pengukuran kadar pembaziran.

Senarai bahan-bahan itu adalah terdiri daripada rekod-rekod penghantaran atau resit-resit jualan dari pembekal. Penyelarasan haruslah dibuat bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam pengiraan. Sebagai contohnya jumlah bahan-bahan binaan yang akan dibawa keluar dari tapak bina hendaklah ditolak.

2.8.2

Pengukuran Stok Bahan

31

Pada permulaannya bahan-bahan binaan yang terdapat di dalam stok hendaklah dikira dahulu bagi mengetahui jumlah bahan yang telah digunakan selama projek dijalankan. Rekod itu akan dibandingkan dengan jumlah kemajuan kerja yang dicapai bagi tempoh masa yang sama.

Selain itu rekod itu juga boleh dibandingkan dengan jumlah bahan yang dihantarkan ke tapak bina. Dengan perbandingan itu maka kita bolehlah membuat pengukuran kadar pembaziran.

2.8.3

Pengukuran Kemajuan Kerja

Pengukuran kemajuan kerja biasanya dibuat pada setiap bulan. Melalui pengukuran kemajuan kerja kita dapat mengetahui jumlah bahan binaan yang digunakan dan dapat dibandingkan dengan stok bahan binaan yang masih berbaki dalam stok.

2.9

Kesan kepada Pembinaan

Sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan perkara-perkara berikut :-

i)

Kos pembinaan yang meningkat

32 ii) iii) Tempoh penyiapan projek yang mungkin bertambah Pengurusan Kontraktor Yang Tidak Cekap.

2.9.1

Kos Pembinaan Meningkat

Dengan bertambahnya pembaziran ditapak bina, kos projek akan meningkat. Pertambahan kos adalah disebabkan pembiayaan untuk membeli bahan tambahan bagi menggantikan bahan binaan yang tidak boleh digunakan.

Selain itu juga kos bertambah dari kerja-kerja pembersihan yang mana pekerja dan pengangkutan diperlukan untuk membawa bahan-bahan yang mengalami kerosakan keluar dari kawasan tapak bina.

2.9.2

Tempoh Penyiapan yang mungkin bertambah

Oleh kerana bahan pembinaan yang mengalami kerosakan tidak boleh digunakan, kontraktor terpaksa membuat pesanan terhadap bahan yang tidak mencukupi. Tempoh pembinaan yang ditetapkan mungkin tidak akan siap sekiranya bahan binaan yang dipesan terlewat sampai, bahan kehabisan dan sebagainya.

33

2.9.3

Pengurusan kontraktor yang tidak cekap

Dengan berlakunya banyak pembaziran ditapak bina, ini menunjukkan bahawa kontraktor tidak mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan akan menjejaskan prestasi kontraktor berkenaan. 2.10 Bahan Bahan Binaan Yang Utama Yang Mengalami Pembaziran

Pembaziran bahan binaan yang dikaji adalah meliputi bahan-bahan yang utama yang digunakan dalam pembinaan projek sekolah oleh kontraktor kelas B dan ke atas . Disini pembaziran yang boleh berlaku keatas setiap bahan akan dibincangkan.

2.10.1 Konkrit

Pembaziran konkrit boleh berlaku apabila kuantiti yang dipesan ke tapak melebihi daripada kuantiti sebenar yang diperlukan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan silap perkiraan kuantiti semasa membuat pesanan. Pembaziran juga berlaku semasa penuangan dimana banyak konkrit tertumpah diluar acuan yang disediakan. Disamping itu konkrit lebihan diperlukan apabila pengorekan yang berlebihan dan keadaan subtanah yang tidak menghasilkan keratin yang sekata semasa kerja pengorekan asas, saluran dan sebagainya.

Selain daripada itu, pembaziran konkrit berlaku apabila dituangkan kedalam lubang korekan asas yang tidak disediakan acuan. Spesifikasi perekabentuk dan dimensi lukisan yang tidak sesuai dengan saiz timba pula merupakan salah satu faktor

34 pembaziran. Penggunaan alat pengedaran seperti kereta sorong pula menyebabkan pembaziran konkrit jika pekerja yang menggunakannya tidak berhati-hati.

2.10.2. Batu- baur

Pembaziran batu baur boleh dilihat pada cara penyimpanan samada diletakkan bersebelahan dengan pasir atau timbunan batu ditapak bina. Batu-baur yang sudah bercampur adalah sukar untuk di asingkan dan ini akan mengakibatkan ianya dibiarkan begitu sahaja di kawasan penyimpanan. Kadang-kadang ianya dilonggokkan didalam Lumpur yang mana ia bercampur dengan tanah.

2.10.3. Batu-bata.

Batu-bata biasanya mengalami kerosakan semasa peringkat penghantaran dan pengurusan yang salah ditapak bina. Semasa penghantaran pembaziran boleh berlaku apabila ianya dituang secara terus dari lori dan dilonggokkan dilokasi yang tidak sesuai. Batu-bata akan pecah dan hilang apabila dituangkan ditempat yang berlumpur. Pembaziran juga terjadi apabila bata dituang secara terus dari lori dan dilonggokkan di lokasi yang kurang sesuai. Sebagai contoh kawasan yang rendah dan berlumpur yang mungkin mengakibatkan bata hilang atau rosak. Bata yang tidak disalut dengan baik pula membawa kepada masalah kelembapan yang terlalu tinggi, seterusnya akan menyukarkan kerja bata dinding. Pada peringkat akhir sesuatu projek, bata yang tinggal pula dibenarkan ditanam di bawah tanah apabila kuantitinya adalah kecil bagi mengelakkan tambahan kos untuk memindahkannya ke tapak lain.

35

2.10.4. Pasir

Timbunan pasir diletakkan berhampiran dengan kawasan kerja boleh merumitkan penyukatan kerana pasir boleh mengalami proses pengembangan dan kuantiti akan berkurangan.

2.10.5 Kayu-kayan

Kebanyakan pembaziran kayu berlaku semasa proses pemotongan. Pembaziran akibat pemotongan tidak boleh dielakkan kerana saiz kayu-kayan tidak diperolehi sebagaimana penentuan. Cara penyimpanan kayu-kayan iaitu tidak disimpan ditempat yang terlindung daripada cahaya matahari akan menyebabkan perubahan bentuk seperti bengkok dan pulas. Kecacatan kayu juga berlaku akibat bendalir yang dikeluarkan oleh sesetengah kayu keras apabila ruang penyusunan antara kayu-kayan tidak disediakan (Johnston, 1981). Secara praktik, kayu-kayan yang tidak digunakan pula dibakar selepas tamat sesuatu projek memandangkan ia merupakan cara pengurusan yang paling mudah.

2.10.6. Mortar

36

Kerja melepa adalah bertujuan untuk menghasilkan kemasan pada dinding batu-bata. Semasa kerja lepaan dilakukan banyak mortar yang jatuh dan bertimbun dibawah. 2.10.7 Besi Tetulang

Tetulang keluli yang biasanya digunakan terdiri dari beberapa jenis iaitu keluli jenis tegasan tinggi, keluli lembut atau fabric biasa. Sebahagian besar pembaziran berlaku semasa pemotongan. Perhatian juga perlu diberikan semasa menempatkan tetulang fabric dan kedua-dua keluli tegasan tinggi dan lembut. Tetulang hendaklah terpisah dari subtanah dan kelembapan serta laluan jentera. Tetulang keluli yang sedikit kuantitinya boleh disimpan di tapak bina tetapi apabila kuantiti yang banyak adalah tidak dipraktikkan. Tetulang keluli yang tidak digunakan perlu dipulangkan semula ke tempat simpanan yang sesuai bagi mengelakkan berlaku kesesakan di tapak bina dan kerosakan yang mungkin berlaku.

2.11.

Langkah-Langkah Pengurangan Pembaziran Bahan

Menurut Winstanley (1973) pengawalan pembaziran bahan yang berlaku boleh dibahagikan kepada 4 peringkat yang utama iaitu perinkat pemesanan, peringkat penghantaran, peringkat pembinaan dan perlindungan terhadap bahan binaan.

37

2.11.1. Pemesanan Bahan Binaan.

Pemesanan perlu berhati-hati kerana ia penting untuk elak pembaziran. Diantara langkah langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut :-

i)

Penyediaan jadual pesanan yang teratur supaya bersesuaian dengan jadual kerja ditapak bina.

ii)

Pembekal dan pengeluar hendaklah memastikan supaya bahan yang diperlukan ada didalam stok dan masa penghantaran hendaklah tepat

iii)

Bahan-bahan binaan hendaklah berada ditapak apabila satu-satu aktiviti hendak dilakukan.

iv)

Kadar pembaziran bahan ditimbang sejak awal lagi dalam sesuatu projek. Kadar yang berpatutan didapati daripada analisis terhadap factor-faktor pembaziran sebenar yang berlaku ditapak bina (Kamaruddin, 1991)

v)

Tidak boleh berpandukan terus kepada senarai kuantiti untuk membuat pesanan. Pemeriksaan patut dijalankan berdasarkan lukisan, spesifikasi dan keadaan kerja ditapak bina (Beirne, 1978)

38

2.11.2 Pengurusan Bahan Binaan

Perancangan yang teratur perlu dilakukan apabila bahan sampai ditapak bina, dan antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-

i)

Pemeriksaan keatas bahan seperti kuantiti, kualiti dan lain-lain

ii)

Cara menurunkan bahan binaan perlu difikirkan untuk mengelak daripada berlaku kerosakan. Penggunaan jentera adalah digalakkan seperti penggunaan forklift dan kren.

iii)

Lokasi penyimpanan perlu dirancang dengan baik untuk mengelak daripada berlaku Double Handling

2.11.3. Peringkat Pembinaan

Satu amalan kerja yang baik akan memberi jaminan kepada kesempurnaan sesuatu kerja dan disamping itu menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran bahan binaan ( Winstanley, 1973).

39 i) Penggunaan semula bahan binaan untuk kerja yang berulang, sebagai contohnya acuan.

ii)

Penggunaan peralatan yang sesuai untuk memindahkan bahan binaan ketempat kerja dan semasa kerja dijalankan

iii)

Tentukan jenis penggunaan bahan yang sesuai dengan kerja yang hendak dijalankan.

2.11.4. Peringkat Perlindungan

Perlindungan terhadap bahan binaan perlu dilakukan apabila ianya sampai ke tapak bina, sebelum dipakai, semasa pemasangan dan apabila kerja siap.

Perlindungan yang dititik beratkan adalah seperti berikut :-

i) ii) iii) iv) v)

Perlindungan daripada cuaca Perlindungan terhadap kemalangan Perlindungan terhadap kecuaian pekerja Perlindungan terhadap kerosakan Perlindungan terhadap kecurian

2.11.4.1 Perlindungan daripada cuaca.

40

Cuaca yang dimasudkan adalah pengaruh daripada matahari, angin dan hujan. Berlaku pemanasan dan penyejukan secara berterusan akan menyebabkan kerosakan dalam bentuk, keretakan dan pengecutan yang berterusan. Majoriti masalah kerosakan adalah disebabkan oleh air hujan.

Bahan binaan hendaklah dijaga seperti berikut;-

i)

Bahan binaan seperti kayu perlu disimpan ditempat yang bertutup dan dibaluti dengan terpal. Pintu dan kerangka tingkap dari jenis kayu sepatutnya disimpan didalam stor yang bebas daripada kelembapan.

ii)

Hendaklah mempastikan salutan tidak berlubang dan diikat supaya tidak ditanggalkan oleh tiupan angin kencang serta menyediakan sistem saliran yang sempurna untuk mengelak daripada terkena air.

2.11.4.2 Perlindungan Terhadap Kemalangan.

Kemalangan yang menyebabkan pembaziran adalah seperti kebakaran dan cara pencegahan adalah seperti berikut:-

i)

Menyediakan alat pemadam api yang mencukupi dan disamping itu penjaga stor hendaklah memastikan didalam stor hendaklah bebas daripada bahan-bahan yang mudah terbakar seperti minyak petrol. Gas dan lain-lain.

41 ii) Tanda amaran yang bersesuaian seperti dilarang merokok hendaklah ditampalkan di kawasan stor yang menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar. 2.11.4.3 Perlindungan Terhadap Kecuaian Pekerja.

Pengawasan tapak perlu diberi keutamaan bagi mengelak daripada kesilapan yang berpunca daripada kecuaian pekerja. Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-

i)

Sekiranya seseorang pekerja tidak sesuai untuk melakukan sesuatu kerja, maka pekerja berkenaan perlu ditukar ke bahagian lain.

ii)

Pengurus Projek perlu memeriksa ditapak bina dan memberi arahan yang lengkap kepada pekerja untuk mengelak kekeliruan pekerja semasa bertugas.

2.11.4.4 Perlindungan Terhadap Kerosakan

Kerosakan terhadap bahan binaan boleh dikurangkan dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-

i)

Kebersihan tapak binaan untuk mengelakkan daripada pembaziran bahan binaan akibat daripada kerosakan oleh serangga perosak dan sebagainya (Winstanley, 1973)

42 ii) Kerja yang telah siap perlu dilindungi dari bahan bahan yang boleh menyebabkan kekotoran.

2.11.4.5 Perlindungan Terhadap Kecurian

Kedudukan tapak bina perlu diberi keutamaan dalam membincangkan perlindungan terhadap kecurian. Sekiranya kedudukan tapak bina terletak di kawasan luar bandar ianya terdedah kapada masalah kecurian. Perlindungan yang sesuai bergantung kepada jenis dan nilai bahan binaan itu sendiri. Langkah-langkah yang sesuai yang perlu dipertimbangkan untuk memberi perlindungan kepada bahan binaan adalah seperti berikut;-

i)

Memagar keseluruhan kawasan pembinaan dengan menggunakan dinding adang tidak kurang daripada 2 meter

ii)

Bahan binaan yang bernilai perlu disimpan dalam stor yang berkunci dan rondaan perlu dibuat pada setiap masa.

iii)

Sediakan lampu kawasan yang mencukupi di tapak bina supaya cahaya lampu dapat menerangi kawasan pembinaan.

iv)

Jalan masuk ke tapak bina mestilah dikawal dan laluan mestilah dihadkan kepada satu jalan sahaja kenderaan masuk dan keluar dapat dikenalpasti.

43 v) Laluan ke tapak bina perlu dihadkan kepada satu atau dua pihak sahaja

vi)

Susunatur mestilah dibuat supaya menyediakan kaunter pengeluaran yang berasingan daripada kawasan penyimpanan yang utama.

vii)

Pemeriksaan haruslah sentiasa dibuat di kawasan penyimpanan bahan bagi mengetahui bahan-bahan yang disimpan itu telah mengalami kecurian atau tidak supaya tindakan atau langkah untuk mengelakkan kecurian dapat dilaksanakan.

viii)

Kenderaan yang masuk atau keluar haruslah diperiksa muatannya.

ix)

Pengawal Keselamatan boleh diupah untuk menjaga keselamatan di tapak bina untuk mengelak pencerobohan berlaku.

x)

Penyediaan tempat letak kenderaan hendaklah tidak terlalu hampir dengan stor bahan binaan supaya dapat mengelakkan daripada kecurian berlaku.

xi)

Sisa-sisa bahan atau sampah yang dibawa keluar dari tapak bina hendaklah diperiksa supaya tiada bahan binaan tersorok didalam.

44

Jadual 2.1 : Ringkasan unsur ancaman bahan binaan dan cara pencegahan (Winstanley, 1975)

Unsur Matahari

Jenis Bahan Kayu-kayan, papan lapis, bahan bitumastik, papan plaster Semua bahan tidak tahan dari segi kelembapan Semua bahan, khasnya acuan, dinding dan kepingan bumbung Semua bahan, sistem saliran, konkrit basah, system sokongan Konkrit Soffits, dinding, dan kerja korekan Semua bahan Semua bahan khasnya lantai Semua bahan di tapak, pejabat kantin dan stor Semua bahan, khasnya bersaiz kecil

Cara Perlindungan Tutupdenganpolythene,simpandi tempat tertutup, longgok di atas skids Tutup dengan salutan kalis air, longgok di atas papan tapak, simpan di tempat tertutup Ikatan sentiasa kukuh, pemasangan dan sokongan yang baik Halangan dan perisai disediakan Sistem sokongan yang baik, pastikan tiada gangguan pada sokong Penjagaan dan perhatian setiap masa, peraturan diperketatkan Penyimpanan yang sempurna, patuh kepada cara penggunaan Pemasangan yang sempurna, pemerhatian yang segera Membuat rekod,perondaan tapak, kumpul bahan lebihan Longgokan yang sempurna, pengurusan dan pengawalan bahan yang baik, kumpul bahan lebihan guna off-cuts Sediakan Hardstandings, perlindungan yang cukup, penyimpanan yang baik Longgokan yang sempurna, arahan dan operasi pengurusan bahan yang baik Ikatan sentiasa kukuhcara penurunan yang baik, penyimpanan yang baik

Hujan

Angin Trafik

Runtuhan

Kebakaran Minyak, Asid Letupan Paip Kecurian Pembaziran yang tidak dapat dielakkan

Bahan bersaiz kecil, bahan jenis kayu

Kotoran Lumpur

Kayu-kayan, batu bata, papan plaster, simen, kapur tohor, kemasan lantai

Kerosakan

Semua bahan

Kejatuhan

Bahan rapuh

45

Masalah Buruh

Semua bahan

Arahan, pimpinan, disiplin, penyeliaan yang diberikan

Jadual 2.1 : Ringkasan unsur ancaman bahan binaan dan cara pencegahan (Winstanley, 1975) (sambungan )
Unsur Ditanam Jenis Bahan Base-plate, penyambung, bahan kecil, batu bata, agreget Cara Perlindungan Pembersihan tapak, kumpulan bahan selepas kerja, tinggikan longgokan Bersihkan bahan tinggalan, jaga kebersihan tapak, sediakan tong sampah, peraturan diadakan

Serangga

Semua bahagian kontrak

2.11.5 Sistem Pengawalan Bahan Binaan

Peranan dan tanggungjawab kawalan bahan binaan terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu diperingkat ibu pejabat dan pengurusan tapak binaan (Johnston, 1981). Didalam sistem pengawalan bahan, perkara-perkara yang penting dititikberatkan adalah seperti berikut;-

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii)

Pemilihan Pembekal Penilaian Kos Perancangan Bahan Pembayaran Bahan Penerimaan Bahan Penyimpanan Bahan Perlindungan Bahan Penggunaan Bahan

46

2.11.5.1 Pemilihan Pembekal

Di peringkat Ibu Pejabat, pemilihan pembekal perlu diambil kira dalam menentukan proses pembelian bahan-bahan binaan. Pembekal yang mempunyai simpanan bahan bahan binaan dalam kuantiti yang banyak boleh dipilih untuk membuat pesanan bahan. Disampng itu pembekal yang mempunyai modal pusingan yang nencukupi juga perlu diambil kira dalam pemilihan pembekal. Ini adalah kerana sekiranya pembekal yang tidak mempunyai modal pusingan dan bahan binaan yang mencukupi akan menyebabkan penghantaran bahan akan tergendala.

2.11.5.2 Penilaian Kos

Pengurus Projek perlu menilai setiap kos bahan binaan yang akan dipesan dan perlu membuat tinjauan yang teliti supaya kos bahan binaan binaan yang ditempah hendaklah mengikut harga pasaran semasa.

2.11.5.3 Perancangan Bahan.

Pengurus Projek hendaklah sentiasa berbincang dengan Penyelia Tapak tentang perancangan kerja sebelum pembelian bahan binaan dibuat. Sebagai contoh sekiranya sesuatu kerja akan dijalankan, maka bahan binaan untuk kerja berkenaan hendaklah dipesan sebelum kerja tersebut dibuat. Ini untuk mengelak daripada bahan binaan berada lama ditapak hingga merosakkannya atau apabila kerja akan dibuat, bahan binaan tidak berada di tapak binaan.

47

2.11.5.4 Pembayaran Bahan

Kakitangan yang bertanggongjawab mestilah mempastikan setiap bahan yang sampai di tapak dibayar kepada pembekal kerna ini akan mengelakkan daripada pembekal tidak mempercayai kepada kontraktor dan akan menjejaskan penghantaran binaan yang berikutnya.

2.11.5.5 Penerimaan Bahan

Proses penerimaan bahan berlaku di tapak bina. Ianya berlaku semasa penurunan bahan binaan samada dengan menggunakan jentera atau tenaga manusia. Setiap bahan binaan hendaklah diperiksa baik dari segi kuantiti atau kualitinya. Kuantiti hendaklah sama dengan tempahan yang dibuat oleh ibu pejabat. Nota Hantaran perlu dibuat pemeriksaan supaya kuantiti bahan yang terdapat didalam nota hantaran adalah sama dengan kuantiti bahan yang diterima.

2.11.5.6 Penyimpanan Bahan

Bahan-bahan binaan yang di terima hendaklah di simpan kedalam stor yang bersesuaian. Sebagai contohnya simen hendaklah di simpan di stor yang bebas daripada aliran air atau tempat yang lembab supaya mengelakkan daripada ia mengeras dengan cepat manakala bahan bakar seperti minyak dan gas hendaklah disimpan dengan bahan-bahan lain yang mudah terbakar dam berjauhan dari stor lain.

48

2.11.5.7 Perlindungan Bahan

Bahan-bahan yang berada di tapak bina hendaklah diberi perlindungan dari angin,hujan dan panas matahari. Ini adalah untuk mengelak daripada ianya rosak akibat daripada pengaruh cuaca.

2.11.5.8 Penggunaan Bahan

Bahan yang hendak digunakan hendaklah dibuat perancangan yang rapi untuk mengelak ianya membazir. Pengukuran yang sesuai perlu dibuat supaya ia bersesuaian dengan kuantiti yang akan digunakan.

Secara keseluruhannya pengawalan bahan akan berjaya jika pengurusan dijalankan dengan baik dan ini memerlukan seseorang yang berpengalaman, berdisiplin dan berinisiatif (Johnston, 1981).

Perlaksanaan sistem kawalan bahan dapat minimumkan masalah pengurusan bahan dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kerugian bahan di tapak bina.

49

2.11.5.9 Penyeliaan Pekerja

Pekerja perlu diberi kawalan dan penyeliaan yang berterusan di tapak bina. Seseorang pekerja haruslah mempunyai tahap kemahiran yang baik supaya mutu kerja yang dibuat boleh mencapai kehendak pelanggan. Pengurus Projek hendaklah memberi arahan yang lengkap dan spesifik tentang tugas yang akan dijalankan oleh setiap pekerja.

2.11.5.10 Pembinaan Pagar Keliling

Biasanya cara ini digunakan bagi menjamin keselamatan bahan di tapak bina. Pagar akan didirikan memgelilingi kawasan pembinaan dan boleh terdiri daripada jenis papan penutup (close boarding), chestnut dan jejaring dawai. Pembinaan pagar ini dapat menghalang pandangan orang awam ke tapak bina dan menceroboh dengan sewenang-wenangnya. Ketinggian papan mestilah sekurang-kurangnya 2 meter dan pintu pagar dilengkapi dengan kunci keselamatan.

2.11.5.11 Penghantaran Bahan Binaan

Penghantaran bahan binaan hendaklah dibuat sebagaimana yang dipesan. Semasa penghantaran bahan ke tapak dan semasa penurunan, kakitangan yang ditugaskan dikehendaki mengawasi cara-cara penurunan dan memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengelak daripada berlaku kerosakan kepada bahan. Semua rekod penghantaran bahan ke tapak bina pada tempoh yang ditetapkan perlu disimpan dengan baik dan sempurna. sebarang kekeliruan. Walaubagaimanapun perhatian perlu diambil bagi sebarang pembetulan yang dilakukan keatas rekod penghantaran untuk mengelak

50

2.11.5.12 Kawalan Bahan Binaan

Peranan dan tanggungjawab kawalan bahan binaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu pentadbiran ibu pejabat dan pengurusan tapak binaan (Johnston, 1981). Dalam system pengawalan bahan, perkara-perkara seperti pemilihan pembekal, penilaian kos, pemesanan, perancangan dan pembayaran bahan tertakluk dalam pengurusan ibu pejabat manakala pengurusan tapak binaan melibatkan kerja penerimaan, penyimpanan, perlindungan dan penggunaan bahan.

2.11.5.13 Kawalan Keselamatan

Bagi memastikan system keselamatan adalah berkesan, pemeriksaan perlu dilakukan selepas waktu pejabat. Pasukan keselamatan professional bole ditugaskan untuk membuat pemeriksaan berkala di mana kehadiran mereka dapat mencegah kerosakan dan kecurian di tapak bina.

2.11.5.14 Bekalan Lampu

Kaedah yang efektif untuk menghalang penceroboh samada dengan niat atau tidak untuk mencuri ialah dengan menerangi kawasan yang mudah dimasuki dengan cahaya lampu.

2.11.5.15 Latihan Pekerja Baru

51 Pekerja yang baru diambil bekerja perlu diberi tunjuk ajar dan pendedahan yang sesuai dengan bidang tugas yang akan dilakukan. Ini perlu untuk menambahkan kemahiran didalam sesuatu tugas yang akan dilaksanakan.

BAB III

METHODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1.

Pengenalan

Setelah kajian ilmiah yang telah dijalankan, kajian kes sebenar ke atas Pembaziran bahan ditapak bina sedang dijalankan. Didalam kajian kes, segala Aspek pembaziran dikenalpasti supaya supaya langkah pengawalan dapat Dilaksanakan dengan berkesan. Proses pengumpulan data telah dijalankan ditapak bina dan soal selidik terhadap kontraktor kelas B keatas yang terlibat dengan pembinaan bangunan sekolah di Negeri Kelantan.

3.2.

Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan dalam dua kategori iaitu :-

52

i) Data Primer ii) Data Sekunder 3.2.1 Data Primer

Data Primer merupakan yang utama dalam kajian ini dan menggunakan kaedah seperti berikut :-

i) ii) iii)

Borang Soal Selidik Temubual Lawatan ke Tapak Bina

3.2.1.1 Borang Soal Selidik

Kaedah ini digunakan supaya dapat data secara praktikal iaitu data yang sebenar hasil daripada mengisi borang yang dihantar kepada kontraktor. Soalan-soalan yang berkaitan yang berkaitan dengan penyelidikan dimasukkan kedalam borang tersebut.

3.2.1.2 Temubual

Dilakukan dengan menemubual secara terus dengan kontraktor yang terlibat. Cara ini bagi mendapatkan pandangan melalui pengalaman mereka dan Membolehkan data diperolehi.

53

3.2.1.3 Lawatan Ke Tapak Bina

Lawatan ke tapak bina dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku. Pemerhatian dibuat terhadap cara pengurusan bahan ditapak iaitu dari segi penyimpanan bahan binaan dan cara cara menguruskannya.

3.2.2. Data Sekunder

Data ini diperolehi melalui kajian literature iaitu melalui buku rujukan. Ini dapat memberi gambaran yang lebih luas dan mendalam tentang sesuatu masalah yang dikaji. Ianya diperolehi daripada sumber primer, sekunder, melalui carian komputer dan perpustakaan.

Sumber primer adalah merupakan sumber yang digunakan untuk memantapkan sesuatu pendapat yang diperolehi sebagai contohnya majalah, jurnal, abstrak, laporan dan sebagainya manakala sumber sekunder pula didapati melalui buku-buku dan ensaikelopedia yang mana ianya dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau tajuk yang akan dikaji.

3.3.

Analisis Data

54 Selepas data diperolehi ianya akan dianalisa dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Di antara kaedah-kaedah yang digunapakai adalah :-

3.3.1. Kaedah Purata Indeks (Al-Hammad, et al. 1996)

Purata Indeks

ai xi x
i

Dimana ai = Konstant yang melambangkan pemberat bagi i: xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i = 1,2,3,4,5 dan digambarkan seperti berikut: x1 = kekerapan jawapan bagi tidak utama dan sejajar dengan a1 = 1, x2 = kekerapan jawapan bagi kurang utama dan sejajar dengan a2 =2, x3 = kekerapan jawapan bagi sederhana utama dan sejajar dengan a3 = 3, x4 = kekerapan jawapan bagi utama dan sejajar dengan a4 = 4, x5 = kekerapan jawapan bagi paling utama dan sejajar dengan x5 = 5.

Lima kategori skil digunapakai bagi menggambarkan keutamaan perkaraperkara yang dikaji dengan berdasarkan lingkungan purata mata yang dikelaskan seperti berikut ;- (Ab. Majid and McCaffer,1997)

5 = Paling Utama 4 = Utama

4.50 Purata Mata < 5.00 sama dengan 90 100% 3.50 Purata Mata < 4.50 sama dengan 70 - < 90% 2.50 Purata Mata < 3.50 sama dengan 50 - < 70% 1.50 Purata Mata < 2.50 sama dengan 30 - < 50% 0.00 Purata Mata < 1.50 sama dengan 0 - < 30%

3 = Sederhana Utama 2 = Kurang Utama 1 = Tidak Utama

55

3.3.2

Ukuran Kecenderungan Memusat Bagi Data Terkumpul

Kebanyakan data diperhatikan untuk berkelompokmdi sekitar satu nilai tertentu. Oleh yang demikian satu nilai adalah diperlukan untuk meringkaskan keseluruhan data. Sukatan ini adalah suatu ukuran yang nilainya menerangkan satu kumpulan data. Dalam kajian ini. Ukuran kecenderungan min digunakan.

Rumus untuk min bagi bagi taburan kekerapan terkumpul seperti berikut dengan xi adalah titik tengah kelas ke 1, fi adalah kekerapan kelas yang sepadan dan k adalah bilangan kelas

x
=
i=l k

i i

i
i=l

3.4.

Kesimpulan

Analisis data perlu dijalankan secara terperinci supaya dapat menyelesaikan dengan sempurna. Kesimpulan boleh dibuat daripada keputusan analisis data ini dan perbandingan dibuat antara teori dengan yang sebenar isu tersebut. Cadangancadangan untuk menyelesaikan isu ini akan dikemukakan daripada kajian ini.

56

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.0

PENGENALAN

Data-data diperolehi secara temubual, lawatan ke tapak dan borang soal selidik akan ditafsirkan dengan menggunakan kaedah purata indeks dan ukuran kecenderungan memusat bagi data yang diperolehi seperti dalam bahagian 3.3 Bab III. Bab ini terbahagi kepada beberapa bahagian sebagaimana objektif-objektif yang ditetapkan iaitu faktor-faktor pembaziran bahan binaan, langkah-langkah mengurangkan kadar pembaziran dan kadar pembaziran bagi bahan binaan di tapak binaan.

4.1

MAKLUM BALAS SOAL SELIDIK

57

Kajian yang dibuat adalah melalui borang soal selidik yang dihantar kepada empat puloh orang kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor didalam kelas A dan B sahaja di Negeri Kelantan. Sebanyak dua puluh borang soal selidik kepada kontraktor kelas A manakala dua puluh bagi kontraktor kelas B. Daripada empat puluh borang soal selidik yang dihantar, hanya dua puloh sahaja borang yang diterima untuk di analisis sebagaimana didalam Jadual 4.1. Dari segi peratusan pula, lima puluh peratus sahaja borang soal selidik yang mendapat maklum balas daripada kontraktor.

Jadual 4.1 : Perincian Responden Di Terima


Kelas Pendaftaran A B Jumlah Bilangan Responden Dihantar 20 20 40 Bilangan Responden Diterima 12 8 20 Peratus Diterima 30 20 50

4.2

Latar Belakang Organisasi Dan Syarikat

Tujuan utamanya adalah untuk mengetahui latar belakang kontraktor dan organisasi serta memperolehi gambaran yang jelas serta menilai keupayaan sebenar kontraktor.

58

4.2.1

Usia Penubuhan Syarikat

Jadual 4.2 : Usia penubuhan syarikat


Usia (Tahun) Kekerapan Peratusan (%) <3 4 20 3-5 6 30 6 - 10 6 30 11 - 15 4 20 >16 0 0

Daripada Jadual 4.2, jelas menunjukkan empat buah syarikat berusia kurang dari 3 tahun, 6 syarikat berusia antara 3 hingga 5 tahun, 6 syarikat berusia 6 hingga 10 tahun, 4 syarikat berusia 11 hingga 15 tahun manakala tiada syarikat yang di soal selidik yang berusia melebihi 16 tahun. Dari segi peratusan pula 20% syarikat yang dianalisis berusia kurang dari 3 tahun, 30% syarikat berusia antara 3 hingga 5 tahun, 30% syarikat yang berusia antara 6 hingga 10 tahun dan 20% syarikat yang disoal selidik berusia antara 11 hingga 15 tahun.

4.2.2

Kelulusan Akademik

Jadual 4.3 : Kelulusan Akademik Kontraktor


Kelulusan Akademik Darjah 6 SRP SPM STPM Sijil Kemahiran Diploma Ijazah

59

Kekerapan Peratusan (%)

0 0

0 0

13 65

2 10

2 10

1 5

2 10

Jadual 4.3 menunjukkan kelulusan kontraktor dimana kontraktor yang mempunyai kelulusan SPM adalah paling ramai iaitu 13 orang dengan nilai peratusan sebanyak 65%. Kontraktor yang mempunyai kelulusan STPM, Sijil Kemahiran dan Ijazah masing-masing mempunyai 2 orang dengan nilai peratusan sebanyak 10% manakala bagi kontraktor yang memiliki diploma hanya seorang sahaja dengan peratus sebanyak 5%.

4.2.3

Pengalaman Dalam Industri Pembinaan

Jadual 4.4 Pengalaman Kerja Dalam Industri Pembinaan


Tempoh (Tahun) Kekerapan Peratusan(%) <3 1 5 3-5 5 25 6 - 10 5 25 11 - 15 8 40 >16 1 5

Jadual 4.4 menunjukkan kontraktor yang mempunyai pengalaman antara 11 hingga 15 tahun dalam industri pembinaan merupakan bilangan yang tertinggi iaitu 40%. Pengalaman 3 hingga 5 tahun dan 6 hingga 10 masing-masing mempunyai 5 orang dengan nilai peratus sebanyak 25% manakala pengalaman kurang dari 3 tahun dan melebihi 16 tahun mempunyai 1 orang dengn nilai peratusan sebanyak 5%.

60

4.3

Analisis Faktor-faktor Pembaziran Di Tapak Bina

Di dalam Bab II iaitu kajian literatur diperolehi sepuluh faktor yang menyebabkan pembaziran bahan binaan telah dikenalpasti seperti dalam Jadual 4.3. Data yang diperolehi daripada dua puluh kontraktor dengan pemberian mata antara 1 hingga 5 berdasarkan kekerapan berlaku setiap faktor pembaziran di tapak bina seperti Jadual 4.3 bagi mengira purata mata untuk setiap faktor pembaziran.

Pemberian Mata: 5 = Paling Setuju 4 = Setuju 3 = Sederhana 2 = Kurang Setuju 1 = Tidak Setuju

Purata mata yang diperolehi pula akan digunakan untuk menentukan tahap kekerapan berlaku setiap faktor pembaziran berdasarkan pengelasan seperti yang dinyatakan dalam bahagian 3.3 Bab III iaitu:

Paling Kerap Kerap Sederhana Kurang Kerap Tidak Kerap

4.50 Purata Mata< 5.00 3.50 Purata Mata< 4.50 2.50 Purata Mata< 3.50 1.50 Purata Mata< 2.50 0.00 Purata Mata< 1.50

61

Jawapan yang diperolehi daripada responden dianalisis dengan menggunakan kaedah indeks purata bagi setiap faktor pembaziran. Hasil daripada indeks purata ini dapat ditentukan keutamaan berlaku pembaziran serta status bagi setiap faktor pembaziran. Hasil daripada kajian yang dibuat melalui borang soal selidik seperti contoh borang di Lampiran 1 dengan mengambil kira faktor-faktor pembaziran sebagaimana yang terdapat didalam kajian literature dan setelah dianalisis menggunakan kaedah indeks purata maka keputusan adalah seperti yang terdapat didalam Jadual 4.3

62 Jadual 4.5 : Jadual Faktor Pembaziran


No Faktor -Faktor Pembaziran Organisasi dan Perancagan Tapak Cara Perancangan Bahan Kawalan Kualiti dan Pemeriksaan Bahan Binaan Tempat Penyimpanan Bahan Binaan Penjagaan Bahan Binaan Pemberian Mata 5 4 4 9 3 4 2 3 1 0 'Ranking' Purata Mata 3.70 Status

Kerap

3.85

Kerap

12

3.45

Sederhana

3.15

Sederhana

3.55

Kerap

Pembaziran Semasa Kerja

11

4.45

Kerap

Tahap Kemahiran Pekerja

11

3.55

Kerap

Salah Guna Bahan

2.80

Sederhana

Kecurian

10

2.50

Sederhana

10

Kerosakan

2.55

Sederhana

63 Jadual 4.6 : Faktor pembaziran Mengikut Keutamaan


Purata Mata 4.45

No.

Faktor-faktor Pembaziran

Ranking

Status

Pembaziran Semasa Kerja

Kerap

Cara Pengurusan Bahan

3.85

Kerap

Organisasi Dan Perancangan Tapak

3.70

Kerap

Penjagaan Bahan Binaan

3.55

Kerap

Tahap Kemahiran Pekerja

3.55

Kerap

Kawalan Kualiti dan Pemeriksaan Bahan Binaan

3.45

Sederhana

Tempat Penyimpanan Bahan Binaan

3.15

Sederhana

Salah Guna Bahan

2.80

Sederhana

Kerosakan

2.55

Sederhana

10

Kecurian

2.50

10

Sederhana

64 4.4 Keputusan Terhadap Faktor Pembaziran

Daripada Jadual 4.5 dan Jadual 4.6, beberapa analisis dapat dibuat bagi memberi gambaran yang jelas sebab-sebab berlaku pembaziran bahan di tapak bina.

Pembaziran semasa kerja telah menyumbangkan purata mata bernilai 4.45 dan berada dalam keutamaan yang tertinggi sekali dan kerap berlaku di tapak bina. Sebagaimana dalam Bab II, kajian literature, keadaan ini berlaku semasa pemotongan, pengukuran dan sebagainya. Kerja pemotongan dilakukan keatas bahan seperti kayu dan besi tetulang kerana semasa buat tempahan atau penghantaran ianya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan menyebabkan bahagian pendek dibuang begitu sahaja.

Semasa kerja mengikat batu-bata dijalankan, sebahagian yang sempuna pula dipecahkan bagi memenuhi ukuran dinding terutama dipenjuru. Selain daripada itu, percampuran mortar atau konkrit yang lebih daripada penggunaan sehari juga menyebabkan pembaziran.

Cara pengurusan bahan berada pada keutamaan kedua dengan purata mata yang diperolehi adalah sebanyak 3.85 dan statusnya kerap berlaku di tapak bina. Semasa penghantaran bahan dari pembekal atau kilang, sering berlaku bahan yang dihantar tidak sama dengan kuantiti yang dipesan kerana pengangkutan yang digunakan tidak sesuai untuk mengangkut bahan-bahan tertentu, ini akan menyebabkan bahan-bahan binaan hilang semasa dalam perjalanan. Sebagaimana yang disebutkan dalam Bab II, kajian literature, cara penurunan bahan secara terus dari kenderaan sebagai contohnya dari lori yang dilengkapi dengan hidraulik secara terus ke tanah akan menyebabkan sebahagian kecil bahan binaan akan pecah (Skoyles,1975)

65 Organisasi dan perancangan tapak berada pada tempat ketiga dengan purata mata 3.70 dan berstatus kerap berlaku di tapak bina. Ini berlaku kerana apabila organisasi yang lemah akan melembabkan perjalanan sesuatu projek pembinaan dan akan mewujudkan cara kerja yang tidak berurutan dan seterusnya akan membawa kepada pembaziran bahan. Organisasi yang lemah berkenaan dengan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli pasukan pada kedudukan yang ditetapkan atau penempatan ahli organisasi kepada tugasan yang kurang sempadan dengan kebolehan dirinya mungkin menyusahkan perjalanan kerja-kerja pengawalan bahan di tapak.

Penjagaan bahan binaan berada pada ranking ke empat dengan purata mata diperolehi sebanyak 3.55 dan berstatus kerap berlaku di tapak bina. Penjagaan bahan yang tidak sempurna seperti terdedah kepada kelembapan, terkena cahaya matahari yang keterlaluan akan menyebabkan kecacatan kepada bahan tersebut dan kontraktor akan menanggong kos yang tinggi untuk pemulihan bahan binaan. Ini akan menyebabkan bahan berkenaan dilupus dan akan ujud pembaziran kepada bahan binaan.

Faktor kemahiran pekerja juga memainkan peranan yang penting dalam menyebabkan pembaziran bahan di tapak bina. Hasil daripada kajian yang dibuat, ia berada pada keutamaan kelima dengan purata mata bernilai 3.55. Kemahiran pekerja perlu diberi perhatian kerana ia mungkin menjadi penentu kepada kualiti kerja dan salah satu punca kepada masalah pembaziran. Penempatan buruh tanpa mengambil kira kebolehan mereka akan menyebabkan pembaziran bahan yang boleh dielakkan. Keadaan ini berlaku terutama pada masa kemuncak pembinaan dimana sukar untuk mengekalkan buruh yang sedia ada atau mendapatkan pekerja yang berpengalaman.

Kawalan kualiti dan pemeriksaan bahan binaan pula berada pada keutamaan keenam dan berstatus sederhana. Pihak kontraktor tidak menyediakan rekod penerimaan bahan yang baik dan kehilangan bahan tidak dilaporkan. Ini akan menyebabkan pihak kontraktor terpaksa membuat tempat bahan binaan untuk kali kedua yang mana ia pasti akan melibatkan pertambahan kos kepada projek pembinaan.

66 Kebanyakan masa pemeriksaan tidak dapat diadakan secara teliti memandangkan bahan binaan sampai ke tapak dalam kuantiti yang banyak sedangkan tiada kakitangan yang mencukupi dan kesuntukan masa.

Tempat penyimpanan bahan binaan berada pada keutamaan ketujuh. Faktor ini menyumbang secara sederhana dari segi status dan kebanyakan kontraktor menyimpan bahan di tempat yang kurang sesuai lalu berlaku kerosakan kepada bahan binaan. Perkara ini sering berlaku di tapak bina sebagai contohnya simen disimpan di tempat yang lembab dan akan menyebabkan simen berkenaan tidak dapat digunakan kerana telah mengeras. Kadang kala tempat penyimpanan yang dirancang terpaksa diubah ke lokasi lain akibat keperluan pembinaan kerana keadaan kawasan tapak bina yang terhad. Ini akan berlaku penanganan bahan untuk kali kedua dan akan menyebabkan jumlah kerosakan yang lebih banyak dan meninggalkan peratusan pembaziran yang agak tinggi.

Salah guna bahan juga sering berlaku di tapak bina. Keadaan ini berlaku akibat daripada sistem pengawalan bahan yang kurang berkesan. Faktor ini berada pada keutamaan ke lapan dengan purata mata 2.80 dan berstatus sederhana. Salah guna bahan boleh dibahagikan kepada kesalahan daripada jenis kegunaan, jenis bahan dan kualiti yang dikehendaki. Bahan-bahan binaan yang tidak disimpan dengan teliti mungkin digunakan oleh pekerja tanpa memperdulikan kegunaannya yang sebenar. Kesalahan jenis dan kualiti bahan yang digunakan pula mungkin berlaku disebabkan kesilapan semasa memesan bahan akibat daripada tidak peka bahawa jenis bahan yang dikehendaki telah diubah oleh klien.

Kerosakan bahan binaan berlaku akibat daripada tindakan mengkhianat ke atas bahan. Kegiatan ini sering dilakukan oleh kanak-kanak yang selalu datang untuk bermain-main di kawasan pembinaan. Selain daripada itu pengkhianatan yang dilakukan oleh para pekerja sendiri akibat daripada rasa marah kepada majikan kerana tidak puas hati terhadap sesuatu tindakan yang diambil. Faktor ini menyumbang purata

67 mata sebanyak 2.55 dan berada pada keutamaan yang ke sembilan dan berstatus sederhana.

Kecurian bahan biasanya dilakukan oleh pekerja sendiri ataupun penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan tapak bina. Purata mata yang diperolehi oleh faktor ini adalah sebanyak 2.50 dan berstatus sederhana. Kecurian tidak banyak menyumbang kepada masalah pembaziran didalam kajian ini kerana kontraktor telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak dari awal lagi dengan mengadakan kawalan keselamatan di kawasan pembinaan serta mengadakan pagar keliling kawasan tapak bina.

Dari segi peratusan pula dianalisis untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan sebab-sebab berlaku pembaziran di tapak bina sebagaimana Rajah 4.1. Daripada rajah berkenaan dapat diketahui dalam bentuk peratus iaitu pada peratusan tertentu ia mempengaruhi status bagi setiap faktor pembaziran.

68

Rajah 4.1 : Faktor Pembaziran Berdasarkan Peratus

Kerosakan

51

Kecurian

50

10

Salah Guna Bahan

56

Tahap Kemahiran Pekerja

71

Faktor Pembaziran

Pembaziran Semasa Kerja

89

Penjagaan Bahan Binaan

71

Tempat Penyimpanan Bahan Binaan Kaw alan Kualiti dan Pemeriksaan Bahan Binaan

63

69

Cara Pengurusan Bahan

77

Organisasi Dan Perancangan Tapak 0 10 20 30 40 50 60

74

70

80

90

100

Peratus (%)

Rajah 4.1 : Faktor Pembaziran Mengikut Peratus

69 Rajah 4.1 merupakan perbandingan secara carta bar antara faktor-faktor pembaziran berdasarkan peratus dan keutamaan dimana ia memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh. Daripada carta ini juga dari segi peratusan dapat dinyatakan bahawa pembaziran semasa kerja memperolehi 89 % dan menduduki keutamaan yang pertama.

Cara pengurusan bahan menduduki keutamaan yang kedua dengan nilai peratusan sebanyak 77%. Pada keutamaan yang ketiga iaitu organisasi dan perancangan tapak memperolehi 74% manakala penjagaan bahan binaan berada pada keutamaan yang ke empat dan nilai peratusan adalah sebanyak 71% dan diikuti oleh tahap kemahiran pekerja pada keutamaan ke lima manakala nilai peratusnya adalah 71% juga.

Pada status kerap berlaku pembaziran di tapak, nilai peratusan yang diperolehi adalah antara 71% hingga 89%. Faktor-faktor ini perlu dititik beratkan dan diberi perhatian oleh kontraktor kerana ianya akan menyebabkan berlaku pembaziran samada pembaziran secara langsung atau tidak langsung dan seterusnya akan memberi kesan kewangan yang ketara kepada syarikat pembinaan.

Faktor seterusnya adalah kawalan kualiti dan pemeriksaan bahan binaan yang menyumbangkan nilai peratusan sebanyak 69% dan berada pada keutamaan yang ke enam. Tempat penyimpanan bahan binaan berada pada keutamaan yang ke tujoh dan nilai peratusnya adalah 63%.

Salah guna bahan berada pada keutamaan ke lapan manakala nilai peratus adalah 56% dan diikuti oleh kerosakan bahan pada keutamaan ke sembilan dengan nilai peratus adalah 51%.

70 Faktor kecurian memperolehi 50% dan menduduki keutamaan yang terakhir. Daripada 50% hingga 69% status bagi faktor pembaziran adalah sederhana. Tiada faktor pembaziran yang melebihi daripada 90 % yang mana menunjukkan status paling kerap berlaku di tapak bina.

Secara kesimpulannya hasil daripada kajian yang dibuat, adalah didapati kejadian jenayah di kawasan tapak bina telah berkurangan dan telah mengujudkan persekitaran yang selamat akibat daripada rakyat yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

4.5

Analisa Langkah-langkah Pengurangan Pembaziran Bahan Binaan

Terdapat 15 langkah-langkah diperolehi daripada kajian literature dalam Bab II seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.5. Purata mata untuk setiap langkah diperolehi dengan cara yang sama seperti dalam analisis faktor-faktor pembaziran bahan tetapi maksud setiap mata bertukar dari kerap ke utama seperti mana berikut:

Pemberian Mata: 5 = Paling Setuju 4 = Setuju 3 = Sederhana 2 = Kurang Setuju 1 = Tidak Setuju

71 Purata mata yang diperolehi pula akan menentukan kepentingan setiap langkah-langkah yang dicadangkan dan pengelasan akan dilakukan bagi mengetahui status mengikut kelas-kelas berikut :-

Paling Utama Utama Sederhana Kurang Utama Tidak Utama

4.50 Purata Mata< 5.00 3.50 Purata Mata< 4.50 2.50 Purata Mata< 3.50 1.50 Purata Mata< 2.50 0.00 Purata Mata< 1.50

Hasil daripada kajian yang dibuat melalui borang soal selidik seperti contoh borang di Lampiran 1 dengan mengambil kira langkah-langkah pengurangan pembaziran sebagaimana yang terdapat didalam kajian literatur dan setelah dianalisis menggunakan kaedah indeks purata maka keputusan adalah seperti yang terdapat didalam Jadual 4.5

72 Jadual 4.7 : Langkah pengurangan pembaziran bahan


No Langkah-Langkah Pengurangan Pemesanan Bahan Dibuat Dengan Teratur Penghantaran Bahan Binaan Dibuaat Dengan Baik Adakan Perlindungan Bahan Binaan Kawalan Bahan Binaan Perancangan Penyimpanan Bahan Latihan Pekerja Baru Penyeliaan Pekerja Baik Pembahagian Kerja Untuk Satu Aktiviti Kawalan Kerja Siap Bekalan Lampu Kawalan Keselamatan Pagar Keliling Kawalan Pintu Masuk Bahan Guna Semula Tanda Amaran Pemberian Mata 5 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 17 10 8 11 12 0 16 4 0 5 10 14 5 2 6 4 3 10 12 7 8 9 4 13 12 10 6 4 7 12 6 3 0 0 0 2 0 9 0 3 8 5 4 2 5 6 5 2 0 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 0 3 0 3 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 5 7 6 3 15 2 9 14 10 8 4 13 11 12 'Ranking' Purata Mata 4.85 4.50 4.40 4.45 4.60 3.35 4.80 4.05 3.60 4.00 4.30 4.60 3.70 3.80 3.75 Status Paling Utama Paling Utama Utama Utama Paling Utama Sederhana Paling Utama Utama Utama Utama Utama Paling Utama Utama Utama Utama

73 Jadual 4.8 : Langkah Pengurangan Pembaziran Mengikut Keutamaan


No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Langkah-Langkah Pengurangan Pemesanan Bahan Dibuat Dengan Teratur Penyeliaan Pekerja Baik Perancangan Penyimpanan Bahan Pagar Keliling Penghantaran Bahan Binaan Dibuat Dengan Baik Kawalan Bahan Binaan Adakan Perlindungan Bahan Binaan Kawalan Keselamatan Pembahagian Kerja Untuk Satu Aktiviti Bekalan Lampu Bahan Guna Semula Tanda Amaran Kawalan Pintu Masuk Kawalan Kerja Siap Latihan Pekerja Baru Purata Mata 4.85 4.80 4.60 4.60 4.50 4.45 4.40 4.30 4.05 4.00 3.80 3.75 3.70 3.60 3.35 'Ranking' 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Status Paling Utama Paling Utama Paling Utama Paling Utama Paling Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Utama Sederhana

74 4.6 Keputusan Terhadap Langkah-Langkah Pengurangan Pembaziran

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati keputusannya adalah seperti Jadual 4.6 dan 4.7 yang mana ianya telah jadualkan dalam bentuk menigikut keutamaan, status dan mata nilai.

Pemesanan bahan dibuat dengan teratur berada pada keutamaan yang pertama dengan purata mata 4.85 dan berstatus paling utama dimana kontraktor perlu menyediakan jadual pesanan bahan yang teratur supaya bersesuaian dengan jadual kerja di tapak. Melalui Bab II iaitu kajian literatur, kadar pembaziran bahan ditimbang sejak awal lagi dalam sesuatu projek (Kamaruddin,1991). Pemesanan bahan perlu dilakukan secara berhati-hati kerana ia penting bagi mengelak daripada pembaziran yang boleh dielakkan sebelum kerja pembinaan bermula. Kontraktor hendaklah memastikan pembekal atau pengeluar bahan perlu menepati masa penghantaran bahan ke tapak untuk mengelak daripada terputus bekalan bahan.

Penyeliaan pekerja yang dilakukan dengan baik menduduki keutamaan kedua dengan purata mata 4.80 dan berstatus paling utama. Pekerja perlu diberi penyeliaan yang sempurna untuk seseorang pekerja menjalankan kerja yang sesuai dengan kemahirannya. Disamping itu Pengurus Projek perlu memberi arahan yang lengkap kepada para pekerja untuk mengelak kekeliruan pekerja semasa bertugas.

Perancangan penyimpanan bahan menyumbang kepada keutamaan ketiga dengan purata mata 4.60 salah satu daripada yang berkedudukan paling utama. Bahan binaan yang diterima hendaklah disimpan kedalam stor yang bersesuaian untuk mengelak daripada berlaku kerosakan kepada bahan. Di peringkat awalan, kontraktor perlu membuat pertimbangan terhadap kemudahan yang perlu disediakan dan dimana tempat peralatan perlu disediakan. Kemudahan ini termasuklah pejabat tapak, tandas, tempat makan, setor, bengkel, tempat letak kereta dan setor simpanan bahan binaan.

75 Melalui kajian yang dibuat, membina pagar keliling juga berstatus paling utama dan berada pada kedudukan keempat. Ini penting untuk mengelak daripada berlaku kecurian terhadap bahan binaan. Cara memagar keseluruhan kawasan pembinaan adalah dengan menggunakan dinding adang yang tingginya tidak kurang daripada 2 meter untuk menghalang pandangan orang awam ke tapak bina dan mencerobohnya.

Penghantaran bahan binaan dibuat dengan baik juga merupakan salah satu langkah yang paling utama dimana ia menduduki keutamaan yang kelima dengan purata mata sebanyak 4.50. Cara penurunan bahan binaan perlu difikirkan untuk mengelak daripada berlaku kerosakan .

Faktor kawalan bahan binaan merupakan langkah yang berstatus utama dan mempunyai purata mata 4.45. Kawalan bahan binaan termasuk pemilihan pembekal, penilaian kos, perancangan bahan dan lain-lain perlu diambil kira dalam aspek pencegahan pembaziran bahan binaan. Kaedah pengawalan bahan adalah bergantung kepada sebab-sebab kehilangan, lokasi tapak bina, jenis bahan binaan dan nilai bahan binaan. Kawalan bahan dilakukan bagi melindungi keselamatan adalah seperti memagar kawasan tapak bina, adakan setor dan adakan lampu di kawasan tapak bina.

Perlindungan terhadap bahan binaan perlu diadakan untuk mengurang pembaziran. Ini perlu untuk mengelak bahan binaan dari terdedah kepada angin, hujan dan panas matahari. Daripada kajian didapati ia menduduki pada keutamaan ketujoh dengan purata mata 4.40 dan salah satu daripada langkah-langkah utama.

Kawalan Keselamatan berada pada keutamaan yang kelapan dengan purata mata 4.30. Ia juga merupakan salah satu daripada langkah utama untuk mengurang pembaziran kerana untuk mengelak daripada kemalangan di tapak bina seperti kebakaran dan lain-lain. Bagi memastikan sistem keselamatan adalah berkesan, pemeriksaan perlu dijalankan selepas waktu kerja. Pasukan keselamatan professional

76 boleh ditugaskan untuk membuat pemeriksaan berkala dimana kehadiran mereka dapat mencegah kerosakan dan kecurian di tapak bina.

Pembahagian Kerja untuk satu aktiviti merupakan salah satu langkah yang utama yang mana ia mempunyai purata mata 4.05 dan berstatus utama. Ini untuk mengelak daripada ramai pekerja bertumpu untuk satu jenis kerja sahaja. Pengurus Projek hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja diberi tugas yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Sekiranya seseorang pekerja itu membuat kerja yang tidak menepati dengan kemahirannya maka akan berlaku kerosakan kepada bahan dan seterusnya berlaku pembaziran.

Suasana di tapak bina hendaklah sentiasa dilengkapi dengan lampu keliling kawasan dan melalui kajian yang dibuat ianya berada pada keutamaan yang kesepuloh dengan purata mata 4.00. Bekalan lampu penting kerana untuk mengelak daripada berlaku pencerobohan daripada luar untuk mencuri bahan-bahan binaan. Kedudukannya pada keutamaan yang kesepuluh adalah munasabah kerana jika dikaitkan faktor kecurian dalam Jadual 4.3 dimana faktor kecurian berada pada keutamaan yang terakhir sekali dimana kecurian kurang berlaku.

Bahan Guna Semula juga memainkan peranan yang utama dalam mengurang pembaziran. Hasil daripada kajian ianya berada pada keutamaan yang kesebelas dengan purata mata 3.60. Bahan guna semula adalah seperti kayu yang digunakan untuk buat acuan bagi kerja-kerja struktur konkrit tetulang perlu dijaga dengan sempurna selepas digunakan untuk kali pertama supaya dapat digunakan semula untuk struktur lain pula.

Di dalam kawasan tapak bina perlu diadakan papan tanda amaran di tempattempat tertentu. Sebagai contoh tempat penyimpanan bahan-bahan yang mudah terbakar perlu diadakan papan tanda amaran yang menunjukkan kawasan yang mudah terbakar. Daripada kajian ini, faktor papan tanda juga merupakan salah satu faktor

77 utama untuk mencegah pembaziran dengan purata mata sebanyak 3.75. Kepentingan papan tanda di kawasan tapak bina adalah untuk memberitahu kepada petugas atau pelawat tentang kawasan-kawasan bahaya yang mana ia merupakan kawasan larangan untuk dikunjungi.

Kawalan pintu masuk juga tidak kurang pentingnya dan memainkan peranan yang utama kepada langkah pencegahan pembaziran. Daripada kajian, didapati kawalan pintu masuk berada pada kedudukan ketiga belas dengan purata mata bernilai 3.70. Pada sesetengah tapak bina diadakan kawalan pintu masuk. Setiap petugas yang berada di pintu masuk dikehendaki memeriksa setiap orang yang melintasi setiap pintu masuk ke tapak bina untuk mengelak daripada pekerja ataupun sesiapa sahaja membawa keluar bahan binaan. Petugas juga perlu mencatat nama sesiapa sahaja yang melintasi pintu masuk.

Kawalan Kerja Siap juga merupakan salah satu daripada langkah utama untuk mencegah pembaziran. Ia berada pada keutamaan keempat belas dengan purata mata bernilai 3.60. Kerja yang telah disiapkan perlu diberi perlindungan yang sempurna supaya ianya tidak dirosakkan oleh penceroboh atau pekerja sendiri. Sebagai contohnya pemasangan jubin untuk lantai, apabila siap ianya perlu ditutup diatasnya untuk mengelak daripada menjadi laluan diatas permukaannya.

Latihan Pekerja Baru menyumbang kepada purata mata bernilai 3.35 dan berstatus sederhana. Pekerja yang baru diambil bekerja perlu diberi pendedahan yang sempurna tentang cara-cara menjalankan tugas di tapak bina supaya tahap kemahiran bertambah dan dapat mencegah pembaziran daripada terus berlaku di tapak bina.

Untuk mendapatkan keputusan dalam bentuk peratus, Rajah 4.2 digunakan untuk menganalisis langkah pengurangan pembaziran.

78

Tanda Amaran

75

12

Bahan Guna Semula

76

11

Kaw alan Pintu Masuk

74

13

Pagar Keliling

92

Kaw alan Keselamatan

86

Bekalan Lampu

80

10

Langkah-Langkah Pencegahan

Kaw alan Kerja Siap

72

14

Pembahagian Kerja Untuk Satu Aktiviti Penyeliaan Kerja Dengan Baik

81

96

Latihan Pekerja Baru

67

15

Perancangan Penyimpanan Bahan

92

Kaw alan Kualiti Bahan

89

Adakan Perlindungan Bahan Binaan Penghantaran Bahan Binaan Dibuat Dengan Baik Pemesanan Bahan Dibuat Dengan Teratur 0 20 40 Peratus (%) 60 80

88

90

97

100

120

Rajah 4.2 : Langkah Pengurangan Pembaziran Bahan Binaan Mengikut Peratus

79 Daripada rajah diatas didapati pemesanan bahan dibuat dengan teratur memperolehi 97% dan berada pada keutamaan yang pertama. Penyeliaan kerja dengan baik pula berada pada keutamaan yang kedua dengan nilai peratusan sebanyak 96%. Bagi langkah pengurangan pembaziran iaitu perancangan penyimpanan bahan dan pagar keliling masing-masing mempunyai nilai peratusan berjumlaah 92%. Penghantaran bahan binaan dibuat dengan baik mempunyai nilai peratus sebanyak 90%. Bagi peratusan antara 90% hingga 97% adalah dikelaskan kepada langkahlangkah yang paling utama untuk pengurangan pembaziran bahan.

Langkah seterusnya ialah kawalan kualiti bahan yang mempunyai 89% dan berada pada keutamaan yang ke enam. Langkah mengadakan perlindungan bahan binaan dan kawalan keselamatan masing-masing mempunyai 88%. Pembahagian kerja untuk satu aktiviti menduduki keutamaan yang ke sembilan dengan peratus yang diperolehi sebanyak 81%.

Langkah berikutnya adalah bekalan lampu yang memperolehi peratus sebanyak 80% dan berada pada keutamaan yang ke sepuluh dan diikuti oleh bahan guna semula pada keutamaan yang ke sebelas dengan nilai peratusan bernilai 76%. Tanda amaran memperolehi nilai peratus sebanyak 75% manakala kawalan pintu masuk berada pada keutamaan yang ketiga belas dengan peratus yang bernilai 74%. Langkah kawalan kerja siap mempunyai 72% dan berada pada keutamaan yang keempat belas.

Disini dapat dikatakan bahawa bermula daripada 72% hingga 89% langkahlangkah pengurangan pembaziran berada pada status utama yang perlu diberi perhatian oleh kontraktor.

Langkah pengurangan yang terakhir adalah latihan pekerja baru yang mempunyai nilai peratusan sebanyak 67% dan berstatus sederhana. Dari segi keutamaannya pula langkah ini berada pada keutamaan yang ke lima belas.

80 Status bagi setiap langkah-langkah pengurangan pembaziran dapat dijelaskan dalam bentuk gambarajah sebagaimana Rajah 4.3.

Pemesanan Bahan Dibuat Teratur Penghantaran Bahan Dibuat Dengan Baik Paling Utama Perancangan Penyimpanan Bahan Penyeliaan Kerja Dengan Baik Pagar Keliling Adakan Perlindungan Bahan Binaan Kawalan Kualiti Bahan Pembahagian Kerja Untuk Satu Aktiviti Kawalan Kerja Siap Utama Bekalan Lampu Kawalan Keselamatan Bahan Guna Semula Tanda Amaran Kawalan Pintu Masuk Sederhana Latihan Pekerja Baru

Rajah 4.3:

Pengkelasan Langkah-Langkah Pengurangan Pembaziran Bahan

81 Daripada Rajah 4.3 dapat dibuat kesimpulan bahawa pemesanan, penghantaran, penyimpanan bahan binaan, penyeliaan kerja serta memasang pagar keliling adalah merupakan langkah-langkah yang paling utama untuk mengurangkan pembaziran di tapak bina.

Perlindungan dan kawalan kualiti bahan, pembahagian kerja untuk satu aktiviti, kawalan kerja siap, bekalan lampu, kawalan keselamatan, bahan guna semula, tanda amaran serta kawalan pintu masuk adalah merupakan langkah yang utama dalam mengurangkan pembaziran manakala latihan pekerja baru merupakan langkah yang berstatus sederhana.

4.7

Analisis Kadar Pembaziran Bahan Binaan Di Tapak Bina

Kajian ini adalah untuk menentukan kadar pembaziran yang biasa berlaku di tapak bina. Jadual 4.5 menunjukkan kekerapan kadar pembaziran yang ditentukan oleh kontraktor terhadap bahan binaan yang berlaku di tapak bina. Pengelasan kadar pembaziran dilakukan bagi memudahkan data dianalisis sebab kadar-kadar pembaziran adalah berlainan antara satu kontrak dengan yang lain.

Data yang didapati akan dianalisis dengan kaedah ukuran memusat bagi data yang terkumpul iaitu secara ukuran min. Pengiraan min melibatkan semua cerapan dalam sesuatu kumpulan data iaitu bagi mendapat satu nilai purata daripada semua cerapan data.Rumusan untuk min telah dinyatakan dalam bab III bahagian 3.3.2 dan ditunjukkan dibawah.
k

X =

x
i=l k

i i

i
i=l

82 Jadual 4.9 : Kekerapan Kadar Pembaziran bagi setiap jenis bahan binaan
Kekerapan, fi Peratus Pembaziran 1 - 3% 4 - 6% 7 - 9% 10 - 12% 13 -15% Melebihi 15% Konkrit 5 8 6 1 Batu-Bata 3 2 8 3 4 Batu-Baur 6 6 8 Kayu 5 4 6 3 2 Besi Tetulang 9 8 2 1 -

Jadual 4.10 : Jumlah fi xi bagi setiap bahan binaan


Peratus Pembaziran (%) 1-3 4-6 7-9 10 - 12 13 - 15 Melebihi 15 Titik Tengah, xi 2 5 8 11 14 Jumlah fixi Konkrit 10 40 48 11 0 0 109 Batu-Bata 6 10 64 33 54 0 167 BatuBaur 12 30 64 0 0 0 106 Kayu 10 20 48 33 28 0 139 Besi Tetulang 18 40 16 11 0 0 85

Daripada Jadual 4.10 didapati batu-bata menyumbangkan kadar pembaziran yang tertinggi sekali jika jika dibandingkan dengan bahan-bahan utama lain seperti konkrit, batu-baur, kayu dan besi tetulang. Gambar pembaziran dapat dilihat pada Lampiran II.

Jadual 4.10 juga menunjukkan hasil tambah untuk semua nilai fixi setiap bahan binaan. Nilai ini akan dipakai untuk pengiraan min kadar pembaziran bahan binaan seperti rajah-rajah berikut..

Bagi memberi gambaran yang jelas rajah berikut telah menunjukkan peratus pembaziran bahan mengikut min kadar pembaziran seperti konkrit, batu-bata, batu-baur, kayu dan besi tetulang dan kaitannya dengan kekerapan responden

83

Kadar Pembaziran Konkrit


9 8 7 6 Kekerapan 5 4 3 2 1 0 1-3% 4-6% 7-9% 10-12% 13-15% Melebihi 15%

Kadar Pembaziran

Rajah 4.4 : Kadar Pembaziran konkrit

Min,

x
i=l k

i i

X =

109 = 5.45 20

i
i=l

Rajah 4.4 menunjukkan kekerapan setiap kelas kadar pembaziran konkrit. Daripada carta ini, kadar pembaziran konkrit yang diperolehi adalah dalam lingkungan 1% hingga 12%. Min kadar pembaziran konkrit adalah sebanyak 5.45% diperolehi dengan membahagi jumlah nilai fixi iaitu 109 dengan jumlah kekerapan iaitu 20.

Pembaziran konkrit berlaku apabila kuantiti yang dipesan ke tapak melebihi dari apa yang diperlukan. Selain daripada itu pembaziran konkrit berlaku semasa penuangan kerana tidak menyediakan acuan yang sempurna.

84

Kadar Pembaziran Batu-Bata


9 8 7 6 Kekerapan 5 4 3 2 1 0 1-3% 4-6% 7-9% 10-12% 13-15% Melebihi 15%

Kadar Pembaziran (%)

Rajah 4.5 : Kadar Pembaziran batu-bata

Min, X =

x
i=l k

i i

167 = 8.35 20

i
i=l

Rajah 4.5 pula menunjukkan kekerapan bagi setiap kelas kadar pembaziran batu-bata. Kadar pembaziran tidak melebihi 15%. Min bagi kadar pembaziran batu-bata adalah sebanyak 8.35%.

Batu-bata mengalami pembaziran semasa peringkat penghantaran dan pengurusan yang salah di tapak bina. Semasa peringkat penghantaran batu-bata dituang terus dari lori dan dilonggokkan di lokasi yang kurang sesuai.

85

Kadar Pembaziran Batu-Baur


9 8 7 6 Kekerapan 5 4 3 2 1 0 1-3% 4-6% 7-9% 10-12% 13-15% Melebihi 15%

Kadar Pembaziran (%)

Rajah 4.6 : Kadar Pembaziran batu-baur

Min, X =

x
i=l k

i i

106 = 5.30 20

i
i=l

Rajah 4.5 pula menunjukkan kekerapan bagi setiap kelas kadar pembaziran batu-bata. Kadar pembaziran tidak melebihi 15%. Min bagi kadar pembaziran batubata adalah sebanyak 8.35%.

Batu-bata mengalami pembaziran semasa peringkat penghantaran dan pengurusan yang salah di tapak bina. Semasa peringkat penghantaran batu-bata dituang terus dari lori dan dilonggokkan di lokasi yang kurang sesuai.

86

Kadar Pembaziran Kayu


7

Kekerapan

0 1-3% 4-6% 7-9% 10-12% 13-15% Melebihi 15%

Kadar Pembaziran (%)

Rajah 4.7 : Kadar Pembaziran Kayu

Min, X =

x
i=l k

i i

139 = 6.95 20

i
i=l

Seterusnya carta bar 4.7 mempunyai kekerapan bagi setiap kelas kadar pembaziran bagi kayu. Kadar yang diperolehi adalah diantara 1% hingga 15%. Kekerapan pembaziran yang tertinggi terletak pada pada antara 7% hingga 9% manakala min pembaziran diperolehi adalah sebanyak 6.95%. Pembaziran kayu berlaku semasa pemotongan. Pembaziran semasa pemotongan tidak boleh dielakkan kerana kayu biasanya tidak menepati sebagaimana ukuran yang diperlukan.

87

Kadar Pembaziran Besi Tetulang


10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 1-3% 4-6% 7-9% 10-12% 13-15% Melebihi 15%

Kekerapan

Kadar Pembaziran (%)

Rajah 4.8 : Kadar Pembaziran Besi Tetulang

Min, X =

x
i=l k

i i

85 20

= 4.25

i
i=l

Rajah 4.8 pula menunjukkan kadar pembaziran besi tetulang dimana kadar pembaziran yang diperolehi adalah tidak melebihi 12% dan kekerapan pembaziran yang tertinggi adalah pada tahap 1% hingga 3%. Min pembaziran pula adalah sebanyak 4.25%

Tetulang keluli yang biasa digunakan terdiri daripada keluli tegasan tinggi, keluli lembut atau fabrik biasa. Sebahagian besar pembaziran yang berlaku adalah sama dengan kayu iaitu semasa pemotongan.

88 Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perbandingan min kadar pembaziran bagi setiap bahan, Rajah 4.9 menerangkan setiap jenis bahan yang utama berbandingkan dengan min bagi setiap jenis bahan.

Besi Tetulang

Batu Bata

Batu Baur

Batu Bata

Konkrit

10

Rajah 4.9 : Perbandingan Kadar Pembaziran Setiap Bahan Binaan

Melalui Rajah 4.9 didapati batu bata telah menyumbang min bagi kadar pembaziran yang tertinggi sekali mengikut keutamaan dan diikuti oleh kayu, konkrit, batu baur dan besi tetulang.

lxxxix

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0

Pengenalan

Dalam bab ini, kesimpulan terhadap setiap objektif yang ditetapkan pada awal kajian akan dibuat berdasarkan keputusan daripada analisis dan tafsiran data. Kesimpulan yang diperolehi boleh dibandingkan semula dengan kajian literature bagi mendapat pemahaman yang lebih efektif terhadap masalah yang dikaji iaitu Kajian Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

5.1

Kesimpulan

Kesimpulan dibuat berdasarkan tiga objektif kajian seperti berikut:

xc

Berdasarkan objektif pertama iaitu mengenalpasti faktor pembaziran bahan di tapak bina, dapat disimpulkan bahawa faktor pertama yang menyebabkan pembaziran bahan adalah pembaziran semasa kerja iaitu semasa pemotongan dan pengukuran bahan seperti kayu dan besi tetulang dimana semasa membuat tempahan atau penghantaran, ianya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Faktor kedua penting ialah cara pengurusan bahan yang tidak sesuai dari segi teknik penghantaran bahan dimana penggunaan peralatan atau jentera yang tidak sesuai akan menyebabkan pembaziran berlaku dari hingga tamat sesuatu projek binaan.

Organisasi dan perancangan tapak yang kurang berkesan iaitu perancangan terhadap kerja-kerja yang dijalankan sama ada dari segi cara kerja yang kurang baik dan pemesanan bahan yang tidak dirancang dengan sempurna akan menyebabkan berlaku pembaziran yang ketara.

Daripada faktor-faktor yang utama yang telah dikenalpasti, didapati sistem pengurusan bahan dan sistem perancangan dan organisasi yang berkesan telah memainkan peranan yang amat penting untuk setiap projek pembinaan sekolah supaya kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan pembaziran bahan dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

xci

Daripada objektif yang kedua iaitu mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh syarikat pembinaan dalam mengurangkan pembaziran dapat disimpulkan sebagaimana berikut:-

Pemesanan Bahan Dibuat Dengan Teratur adalah merupakan langkah yang paling utama perlu diambil kira dalam mengurangkan kadar pembaziran di tapak bina. Ianya perlu dibuat perancangan yang teliti dan bahan yang akan dipesan hendaklah bersesuaian dengan jenis kerja yang dilaksanakan. Dengan cara ini ianya akan mengurangkan kadar pembaziran. Penyeliaan kerja dengan baik dan teratur juga merupakan faktor penting hasil daripada analisis yang dibuat. Sekiranya penyeliaan kerja tidak sempurna berkemungkinan para pekerja akan menggunakan bahan binaan dengan sesuka hati dan berlaku pembaziran.

Langkah yang ketiga penting ialah mengadakan pagar disekeliling tapak binaan. Kecurian terhadap bahan binaan dapat dielakkan baik dari penduduk yang tinggal berhampiran ataupun dari pekerja sendiri. Dengan memagar kawasan sekeliling akan dapat mrngurangkan kadar pembaziran di tapak bina.

Hasil daripada analisis, perancangan penyimpanan bahan binaan juga penting bagi satu-satu tapak projek. Stor-stor yang bersesuaian dengan jenis bahan binaan perlu dibina di tapak bina. Sebagai contonya bahan yang mudah terbakar perlu di simpan ditempat yang di khaskan dan perlu dipasang papan tanda bahan mudah terbakar. Biasanya bahan binaan patut ditempatkan pada tapak yang kukuh, kawasan yang terlindung dan berhampiran dengan tempat kerja.

xcii

Penghantaran bahan binaan perlu dibuat dengan baik dan sempurna. Petugas di tapak bina perlu memastikan bahan yang betul sampai dan masa yang tepat. Senarai bahan dan bahan yang dihantar oleh pembekal perlu diperiksa dan pembayaran boleh dilakukan selepas bahan diterima. Sekiranya tersilap menerima bahan yang tidak dipesan dan bahan berkenaan tidak akan digunakan di tapak bina ianya akan berlaku pembaziran bahan binaan.

Langkah-langkah lain selain dari lima langkah yang penting itu masih lagi dapat menyumbangkan kearah untuk meminimumkan kadar pembaziran dan langkahlangkah yang dianalisis dapat dibuktikan ketepatannya memandangkan langkahlangkah yang perlu dijalankan bersempadan dengan faktor-faktor pembaziran yang dikaji. Melalui objektif yang ketiga iaitu mengenalpasti tahap pembaziran di tapak bina dapat di lihat sebagaimana berikut

Didapati batu- bata mempunyai kadar pembaziran yang paling tinggi iaitu 8.35%. Kadar pembaziran batu bata adalah tinggi kerana ianya mengalami kerosakan semasa penghantaran dimana ianya dituang secara terus dari lori dan dilonggokan dilokasi yang tidak sesuai

Kadar pembaziran bagi kayu adalah 6.95%. Pembaziran bagi kayu berlaku semasa proses pemotongan kerana saiz kayu yang diperolehi adalah tidak sebagaimana penentuan. Selain daripada itu berlaku kerosakan pada kayu akibat daripada tempat penyimpanan yang tidak sesuai.

xciii

Kadar Pembaziran konkrit telah menyumbangkan sebanyak 5.45% Ini adalah kerana kuantiti konkrit yang dipesan ke tapak melebihi daripada kuantiti sebenar yang diperlukan. Keadaam ini berlaku tersilap perkiraan kuantiti semasa membuat pemesanan.

Kadar pembaziran untuk batu baur adalah sebanyak 5.30%. Keadaan ini berlaku kerana cara penyimpanan samada diletakkan bersebelahan dengan pasir atau timbunan timbunana batu di tapak bina. Ini akan menyebabkan batu baur yang bercampur sukar untuk diasingkan dan mengakibatkan ianya dibiarkan begitu sahaja.

Besi tetulang telah menyumbangkan kadar pembaziran yang paling sedikit sekali iaitu sebanyak 4.25%. Pembaziran besi tetulang berlaku semasa pemotongan dan cara penyimpanan yang tidak sesuai.

Kadar pembaziran yang diperolehi untuk setiap tapak adalah tidak sama iaitu bergantung kepada keadaan tapak, sistem pengurusan tapak dan faktor-fakor lain. Walau bagaimanapun kadar pembaziran yang diperolehi ini dapat dijadikan sebagai perbandingan dalam mengesan masalah pembaziran jika kadar pembaziran bahan untuk projek yang sedang dijalankan terlampau tinggi dari nilai-nilai yang diperolehi.

5.2

Cadangan

xciv

Hasil daripada kajian adalah didapati batu-bata merupakan bahan yang mengalami pembaziran yang tinggi iaitu sebanyak 8.35%. Pembaziran batu-bata biasanya berlaku semasa peringkat penghantaran dan pengurusan yang salah di tapak bina. Semasa penghantaran pembaziran berlaku akibat daripada penuangan terus dari lori manakala di tapak pula ianya dilonggokkan di tempat yang tidak sesuai mengakibatkan ia pecah. Untuk mengelakkan daripada terjadi keadaan ini, pembekal hendaklah menggunakan Pallet yang boleh memuatkan sebanyak enam ratus biji batu-bata dan dibungkus dengan plastic.

Pembaziran kayu biasanya berlaku semasa penyediaan acuan, sokongan acuan dan kerangka bumbung. Selain daripada langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan percubaan untuk penggunaan bahan lain bagi menggantikan kayu-kayan boleh dilaksanakan. Sebagai contohnya menggunakan acuan jenis besi, penggunaan kerangka besi untuk bumbung dan sebagainya.

Selain daripada itu, penggunaan konkrit pra-tuang untuk pembinaan tiang atau rasuk boleh dipraktikkan. Dengan cara ini tiang dan rasuk dihantar ke tapak dan dipasang tanpa menggunakan acuan. Walau bagaimanapun kos untuk pembinaan adalah lebih tinggi dan masih belum digunakan untuk pembinaan sekolah di Malaysia Daripada soal selidik dan temubual yang dijalankan, beberapa maklumat tambahan telah diperolehi. Kadar pembaziran bagi setiap bahan binaan kebanyakannya diperolehi daripada pengalaman yang lepas. Sebahagiannya pula memperolehi kadar pembaziran selepas menjalankan analisis terhadap faktor-faktor yang berkemungkinan membawa kepada pembaziran.

xcv

Bagi sesetengah kontraktor, kadar pembaziran untuk setiap bahan dikira semasa membuat pemesanan bahan. Keadaan ini untuk mengelak penambahan kerja bagi pemesanan kali kedua. Terdapat juga kontraktor yang membuat pemesanan mengikut jumlah kuantiti yang dikira untuk peringkat kerja yang sama. Kuantiti yang didapati kurang akan ditambah untuk pemesanan peringkat kerja yang seterusnya. Kaedah ini lebih sesuai untuk projek yang lebih kecil kerana dapat mengelak daripada berlaku lebihan bahan binaan selepas projek siap.

Kebiasaannya pembaziran bahan dikesan dengan membandingkan bahan binaan yang telah digunakan dengan kuantiti sebenar yang diperlukan daripada pengiraan awal. Sebagai contohnya daripada pengiraan awal batu bata diperlukan untuk membina satu blok sekolah empat tingkat adalah sebanyak 80,000 biji tetapi apabila 50% siap, batu bata yang telah digunakan telah melebihi 40,000 biji. Ini bermakna pembaziran telah berlaku.

Bahan binaan yang tertinggal sekiranya dalam kuantiti yang sedikit, kontraktor akan membakarnya untuk membersihkan tapak bina manakala sekiranya dalam kuantiti yang banyak, kontraktor akan memindahkan ke tapak yang lain ataupun menjual semula bahan binaan kepada kontraktor lain yang memerlukan.

RUJUKAN

xcvi

1.

Meelhhausen, Frederick (1991). Construction Site Utilization, Layout of Material Management And Storage On Productivity And Cost : AACE, Morgan Town. Tidak Di Terbit.

2.

Skoyles And Hussey (1974). Site Managers Can Increasa Profit By Reducing Waste, Building Trade Journal.

3.

G. Foster (1995). Construction Site Studies, Administration And Personnel, 1st. Edition.

4.

Skoyles, ER(1975). Wastage of Building Materials (Part 1). Quantity Surveyor. Vol. 31. 1974-75.188-194

5.

Chartered Institute Of Building (1981). Material Control and Waste In Building.

6.

Wyatt (1978) Material Management Part 1 The Institute Of Building England, King Ride, Ascot, Barkshire

7.

Kamaruddin Md. Ali, Mohd. Mazlan Dan Hasnan Abdullah (1991) Pengurusan Bahan, Bahagian 1 Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

8.

Wilson (1974) Wastage Of Building Materials-Part 1.The Building Managers View.-Quantity Surveyor

9.

Johnston, J.E. (1981). Site Control of Materials (Handling, Storage And Protection. 1st.Edition), London, Boston.

xcvii

10. 11.

Winstanley (1973). Construction And Protection Of Building Materials, 1st. Edition Great Britain: Cement And Concrete Association. Loh Eng Keng (2001). Pengawalan Bahan Binaan Di Tapak Bina Universiti Teknologi Malaysia; Tesis PSM 12. Wilson, W.K (1975). Wastage of Building Materials (Part 2)-The

Managers view. Quantity Surveyor. Vol.31,1974-75. 209-212 13. James, W. (1975). Wastage of Building Materials (Part 2)- The

Designers View. Quantity Surveyor. Vol.31, 1974-75. 213-217 14. Kamaludin Mohd. Noor (1978). Pembaziran Bahan-Bahan

BinaanUniversiti Teknologi Malaysia; Tesis PSM. 15. Chandler, I.E. (1978). Materials Management On Building Sites1

st. Edition. England

xcviii

LAMPIRAN 1 (CONTOH BORANG SOAL SELIDIK)

xcix

Bahagian1 : Penentuan sebab-sebab pembaziran bahan di tapak bina Sila tandakan ( / ) di dalam petak di mana yang sesuai.
Paling Setuju 1. 2. Kelemahan organisasi dan perancangan di tapak bina Pengurusan Bahan yang lemah Kurang Setuju Tidak Setuju

Setuju

Sederhana

3.

Kawalan kualiti dan pemeriksaan bahan binaan yang tidak seragam Tempat penyimpanan bahan yang tidak sesuai. Penjagaan bahan binaan yang tidak ketat. Pembaziran semasa kerja

4.

5.

6.

7.

Tahap kemahiran pekerja adalah rendah Banyak berlaku salah guna Bahan Kecurian

8. 9.

10. Kerosakan

Pemberian Mata: 5 = Paling Kerap 4 = Kerap 3 = Sederhana 2 = Kurang Kerap 1 = Tidak Kerap

Bahagian 2 Untuk mengetahui kadar pembaziran bahan binaan. 1. Peratus pembaziran terhadap bahanbahan binan di tapak bina yang disenaraikan seperti di bawah:Peratus pembaziran a) b) c) d) e) f) 2. 13% 46% 79% 10 12 % 13 15 % melebihi 15 % Bagaimana kadar pembaziran diperolehi (a) Daripada rekod yang terdahulu (b) Daripada analisis terhadap penyumbang kepada pembaziran (c) Anggaran kasar konkrit batu baur batu bata kayu tetulang

ci

3.

Kadar pembaziran disediakan oleh (a) Penyelia tapak (b) Penyelenggaraan atau (c) Kedua-dua sekali

4.

Adakah cadangan yang dibuat oleh syarikat tuan dalam mengurangkan kadar pembaziran , Ya Tidak

Sekiranya Ya, sila nyatakan

Bahagian 3: Langkah-langkah untuk mengurangkan kadar pembaziran.


Paling Setuju 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pemesanan bahan di buat dengan teratur Penghantaran bahan binaan di buat dengan baik Perlu adakan perlindungan terhadap bahan binaan Kawalan kualiti perlu dititik beratkan Adakan perancangan terhadap tempat penyimpanan bahan binaan Adakan perancangan terhadap tempat penyimpanan bahan binaan Adakan program latihan untuk pekerja baru Penyelian kerja yang baik Setuju Sederhana Kurang Setuju Tidak Setuju

cii

9.

Pembahagian kerja untuk setiap aktiviti

10. Mengadakan kawalan untuk kerja yang telah siap 11. Adakan lampu dikawasan tapak bina 12. Adakan kawalan keselamatan 13. Memagar kawasan sekeliling tapak bina 14. Kawalan dipintu masuk ke tapak bina 15. Bahan di guna semula seperti acuan 16. Adakan papan tanda amaran

Pemberian Mata: 5 = Paling Penting 4 = Penting 3 = Sederhana 2 = Kurang Penting 1 = Tidak Penting

1.

Apakah kelas pendaftaran syarikat anda dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)? ( ( ) ) A B

2.

Berapakah usia penubuhan syarikat anda? ( ) < 3 tahun

ciii

( ( ( (

) ) ) )

3 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun > 16 tahun

Apakah kelulusan akademik yang anda miliki? ( ( ( ( ) ) ) ) Darjah 6 SPM Sijil Politeknik/IKM/IKBN Diploma ( ( ( ) ) ) SRP STPM Ijazah

Berapa tahun pengalaman kerja anda dalam bidang pembinaan? ( ( ( ( ) ) ) ) <3 tahun 3 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun

civ

LAMPIRAN II (GAMBAR PEMBAZIRAN BAHAN)

cv

Gambar Pembaziran Kayu Di Tapak Projek Sekolah

cvi

Gambar Pembaziran Batu Bata Di Tapak Projek Sekolah

cvii

Gambar Pembaziran Batu Baur Di Tapak Projek Sekolah

cviii

cix

Gambar Pembaziran Besi Tetulang Di Tapak Projek Sekolah

cx

Gambar Pembaziran Konkrit Di Tapak Projek Sekolah