Anda di halaman 1dari 12

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

KEDAH
ISSN : 2180 - 4796 BIL. 3/2010

BTPN & PKG NEGERI KEDAH KE ARAH MS-ISO 9001: 2008


Pelaksanaan

Sistem Pengurusan Kualiti Adalah Proses Penambahbaikan Yang Berterusan

YANG PATAH AKAN TUMBUH YANG HILANG AKAN BERGANTITerima kasih kepada kakitangan yang bertukar atau bersara dan selamat datang kepada kakitangan baru BTPN/PKG

PPP
Digital Story Tel ling.......

Penggunaan fotografi dalam pendidikan.

Out Reach Campus Astro

Peristiwa Bergambar

Dari Meja Ketua Penolong Pengarah

SIDANG PENGARANG
Tuan Haji Md Zin bin Abu Bakar Ketua Penolong Pengarah BTPN Kedah Darul Aman Puan Hajah Dina bt Harun Penolong Pengarah Unit Promosi, Inovasi, dan Media BTPN Kedah Darul Aman En. Ahmad Zaki bin Yaacob En. Zahari bin Awang En. Misnadi bin A.Khalid En. Omar bin Hassan

Penasihat

ssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua , buletin ini dapat terus diterbitkan. Tahniah dan terima kasih kepada sidang pengarang, yang memberikan komitmen yang begitu tinggi, membuat penambahbaikan sehingga berjaya memperlihatkan kemajuan dan hasil yang lebih berkualiti. Susun atur dan tema yang dibawa dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perjalanan aktiviti sepanjang tempoh penerbitan kali ini. Wahana penerbitan kali ini, telah menampakkan peranan BTPN sebagai agensi sokongan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan, terutama melalui usaha menghasilkan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar di bilik darjah. BTPN juga diperlihatkan berperanan memastikan PSS di sekolah berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan sumber maklumat yang utama dan manjadi nadi dalam sesebuah sekolah selain membantu memperkembangkan budaya ICT terutamanya dalam proses P&P di setiap sekolah. Untuk merealisasikan peranan tersebut, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan. Antaranya ialah Program Khidmat Bantu PSS, Program Pemangkin Pembestarian Pendidikan bersama Multimedia Development Corporation (MDec), menjayakan Out Reach Campus ASTRO, Karnival ICT dan Karnival Buku Peringkat Negeri , Program Digital Story Telling Video , Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Bestari, Kursus EduWebTV, penggunaan media dan fotografi dalam P&P, serta beberapa penerbitan bahan cetak, audio dan video untuk membantu sekolah-sekolah ke arah P&P yang berkesan. BTPN Kedah yang sedang mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti, MS ISO 9001:2008, berusaha menjadikan organisasi ini setaraf dengan organisasi lain yang bertaraf dunia. Dan InsyaAllah pada tahun 2011, pengurusan semua Pusat Kegiatan Guru Kedah juga akan mengamalkan standard kualiti yang sama iaitu MS ISO 9001:2008. Dengan amalan yang sedemikian, mudahan-mudahan BTPN dan PKG akan terus memberikan sumbangan yang optimum kepada sekolah-sekolah di negeri Kedah ini. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menerbitkan buletin ini. Semoga usaha murni itu menjadi ibadah di sisi Allah jua. Mulakan Tugas dengan Niat Kerana Allah Tugas Kita Adalah Amal Ibadah Kita B.E.R.S.A.M.A Teras Kejayaan Kita. Sekian , terima kasih. Haji Md.Zin bin Abu Bakar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.

Ketua Pengarang

Sidang Pengarang

Semakan dan Suntingan


Puan Rosnah bt Saad En. Omar bin Hassan

En. Omar bin Hassan dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG

Fotografi

Reka Bentuk Grafik dan


Susun Atur En. Omar bin Hassan

Penerbitan dan Pengedaran


En. Omar bin Hassan Tn Hj Izham bin Hussain En. Mhd Yusup bin Ishak En. Omar bin Hassan +604 - 731 3446 +604 - 731 3448 Faks +604 - 730 8909 Infografik No.333-F, Floor 1&2 Jalan Teluk Wanjah, P.O. Box 244 05200 Alor Setar, Kedah

Jurutaip Telefon

Dicetak Oleh

KANDUNGAN & MUKA SURAT Dari Meja KPP BTPN Kedah m.s. 2

Karnival Buku Kedah - m.s. 7

Khidmat Bantu Pusat Sumber - m.s. 7


Program Perkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Bestari - m.s. 8

MS ISO 9001:2008-m.s. 3
Aktiviti Unit Promosi, Inovasi, dan Media - m.s. 4

Jasamu Dikenang - m.s. 9


Fotografi Dalam Pendidikan - m.s. 10

Digital Story Telling Video - m.s. 5


Karnival ICT Kubang pasu - m.s. 6 Out reach Campus Astro - m.s. 6

Berita Bergambar - m.s. 11


Bahan Promosi/Berita Dari Galeri - m.s.12 Muka Surat 2

Peserta yang telah menghadiri kursus berkenaan selama tiga hari di BTPN Kedah

MS ISO 9001 : 2008


ursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 telah diadakan di Bilik Seminar Teratai pada 20-22 Julai 2010. Penceramah kursus ini ialah En. Addnan bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pengisian kursus ini ialah sesi ceramah, bengkel, dan simulasi proses audit. Tujuan kursus ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai BTPN dan PKG Negeri Kedah supaya kompeten terhadap proses audit dalaman.
Pelaksanaan

PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN SOKONGAN PKPS-01: Kawalan Dokumen PKPS-02: Kawalan Rekod PKPS-03: Audit Dalaman PKPS-04: Kawalan ke atas Perkhidmatan yang Tidak Memenuhi Keperluan yang Ditetapkan PKPS-05: Tindakan Pembetulan PKPS-06: Tindakan Pencegahan PKPS-07: Pengurusan Latihan PKPS-08: Aduan dan Maklum Balas Pelanggan PKPS-09: Pengurusan Perolehan PKPS-10: Penyenggaraan dan Baik Pulih Sebagai penambahbaikan, pelaksanaan MS ISO 9001:2008 akan diperluas ke semua Pusat Kegiatan Guru di seluruh negeri Kedah mulai tahun 2010 dan insyAllah akan dianugerahkan pensijilan kepada PKG mulai tahun 2011 nanti. Skop tambahan kepada PKG ini ialah PKP-06: Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan PKG Negeri Kedah.

telah bermula sejak 1 Mei 2007. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah dianugerahi pensijilan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. mulai 28 Disember 2007. Penambahbaikan telah dilaksanakan dari masa ke masa. BTPN Kedah telah dianugerahi Sijil Versi MS ISO 9001:2008 pada tahun 2009. Skop Pensijilan meliputi: PROSEDUR KUALITI PROSES PKP-01: Pengurusan Pemantauan Pusat Kegiatan Guru PKP-02: Pengurusan Khidmat Bantu PSS PKP-03: Pengurusan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri PKP-04: Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan BTPN Kedah PKP-05: Pengurusan Kewangan dan Akaun BTPN Kedah

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di BTPN Kedah

Sistem Pengurusan Kualiti Adalah Proses Penambahbaikan Yang Berterusan

Penyerahan Laporan Audit oleh YM Tengku Aidil Al Haj Tengku Amiruddin (SIRIM QAS Internasional Sdn Bhd) kepada Tuan Hj Md Zin bin Abu Bakar, KPP BTPN Kedah.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG dan BTPNK sedang mengikuti Kursus Audit Dalaman sebagai persediaan mendapatkan pensijilan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

Muka Surat 3

Fungsi Unit Promosi, Inovasi, dan Media


1. Melaksanakan aktiviti penghasilan bahan bantuan mengajar dalam pelbagai bentuk sama ada bahan audio, video, dan bercetak. 2. Merancang dan menerbitkan Rancangan EduWebTV yang berkualiti, menarik, dan berkesan. 3. Membimbing guru-guru membina bahan-bahan bantuan mengajar dalam pelbagai bentuk sama ada bahan audio, video, dan bercetak. 4. Memantau dan mengumpul maklumat dan data EduWebTV dan ASTRO dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberi kursus pendek Fotografi Digital di Kolej PTPL Sungai Petani oleh En Omar b. Hassan dan En Misnadi b. A.Khalid

5. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat tentang penggunaan EduWebTV dan ASTRO dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Membuat liputan berita dan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti pendidikan peringkat negeri dan kebangsaan sahaja. 7. Memperbanyak dan menyebarkan koleksi bahan media pendidikan. 8. Menyelenggara dan mengemas kini bahan untuk ruang galeri BTPN Kedah. 9. Bertindak sebagai unit sokongan di BTPNK dan membantu agensi dan institusi pendidikan yang lain dalam bidang media dan penerbitan di peringkat negeri dan kebangsaan.

En Omar b. Hassan memberikan bimbingan kepada pelajar praktikum dari UITM cara penggunaan studio lighting yang betul.

Membuat rakaman luar di bawah pengarahan En Mohammad Jafferi b. Mohd Jamel bersama pelajar praktikum sempena Majlis Persaraan

Membantu mempromosikan produk BTP di pameran ICT di SMK Ayer Hitam bersama Unit Perkhidmatan ICT BTPNK.

Pemantauan dan khidmat bantu EduWebTV dilakukan oleh En Misnadi dan En.Mhd Yusup di beberapa buah sekolah di negeri Kedah.

Bersama pelajar UITM Syah Alam (Rini dan Zura) membuat penggambaran pegun untuk Projek Koleksi Imejan.

Muka Surat 4

Chalk and Talk

Berbantukan Teknologi AUDIO GRAFIK

Sisipan Ilmu

VIDEO

TEKS Perubahan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi pendidikan.

TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

ANIMASI

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.jz-media.com

DIGITAL STORY TELLING VIDEO


Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 46 orang murid dan guru dari sekolah dalam kelompok pemangkin yang akan dinaikkan ke tahap 5 bintang dalam daerah Kuala Muda Yan telah menghadiri kursus berkenaan. Kursus tersebut dikendalikan oleh empat orang fasilitator dari Multimedia Development Corporation (MDec). Tujuan utama program ini adalah untuk menerapkan pembudayaan ICT di sekolah. Justeru, pengisian program yang disusun telah memberikan peluang kepada para peserta mendapat maklumat mengenai bahan video dan audio yang boleh digunakan untuk membantu mengoptimumkan penggunaan ICT di sekolah di samping fungsi utamanya sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sangan berkesan. 11 buah sekolah yang tersenarai dalam kelompok pemangkin yang akan dinaikkan ke Program tahap 5 bintang dalam daerah kerjasama antara Kuala MudaYan: 1. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa 2. SMK Sungai Pasir 3. SK Bakar Arang 4. SJK (C) Sin Kwang 5. SK Tasek Apong 6. SMK Sungai Layar 7. SMK Agama Yan 8. SK Guar Chempedak 9. SMK Guar Chempedak 10.SK Tunjang 11.SMK Sin Min

Kursus Digital Story Telling Video telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2010 bertempat di Bahagian

Multimedia Development Corporation (MDec) dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Muka Surat 5

Karnival ICT Kubang Pasu


arnival berkenaan telah diadakan di SMK Ayer Hitam pada 5 Ogos 2010 yang lalu. Karnival ini dianjurkan oleh Fasilitator SchoolNet Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama PPD Kubang Pasu dan SMK Ayer Hitam. Matlamat penganjuran Karnival ICT tersebut adalah bagi mendedah dan membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar.Program ini juga dapat menarik minat komuniti mendapatkan maklumat tentang perkembangan ICT terkini. Lebih daripada 10 ruang pameran disediakan oleh pihak penganjur yang mensasarkan warga pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Kubang Pasu serta daerah-daerah berhampiran, termasuk guru-guru dan komuniti setempat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pelajaran negeri Kedah. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah juga turut serta dalam program tersebut dengan mengadakan pameran yang diurusetiakan oleh Unit Promosi, Inovasi, dan Media serta Unit Pendidikan Bestari. Tuan Haji Md Zin bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendididkan Negeri Kedah telah turut sama hadir dalam karvinal berkenaan.

di negeri Kedah pada bulan Julai 2010 yang lalu. Tujuan program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan guru-guru sekolah mengenai perkhidmatan siaran yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan melalui siaran Campus ASTRO. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan para pendidik di lokasi yang dilawati seperti berikut: 25 Julai 2010 (Daerah Kota Setar) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah. 26 Julai 2010 (Daerah Pendang) di SK Hj Abdul Rahman, Tokai. 27 Julai 2010 (Daerah Kuala Muda/Yan) di SK Gurun Pusat 28 Julai 2010 (Daerah Baling/Sik) di SK Sik. Para pendidik dan pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira dan menyifatkannya sebagai satu pendedahan yang berkesan untuk meningkatkan minat mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah atau di rumah. Kejayaan program tersebut adalah atas kerjasama pegawai-pegawai dari Pusat Kegiatan Guru yang menyelaraskan kehadiran warga sekolah dalam kelompok masing-masing.

Program Out Reach Campus ASTRO telah dijalankan

Out Reach Campus ASTRO

Unit Promosi, Inovasi, dan Media serta Unit Perkhidmatan ICT bergabung tenaga menjayakan pameran berkenaan di SMK Ayer Hitam

Menggalakkan pelajar dan guru untuk menggunakan siaran yang disediakan sama ada di rumah atau di sekolah dengan cara yang lebih menarik dan berkesan.

Campus ASTRO

Muka Surat 6

KARNIVAL BUKU KEDAH 2010


arnival ini telah diadakan pada 25 Mei hingga 30 Jun 2010 di Kompleks Pekan Rabu Alor Setar. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat dan kaum pendidik mendapat bahan bacaan dan rujukan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Selain itu, karnival ini juga diharap dapat membina dan memantapkan tabiat membaca yang berterusan sebagai teras budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar.

Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah berganding bahu menganjurkan Karnival Buku berkenaan. Antara aktiviti sepanjang tempoh karnival itu berlangsung ialah pameran buku, jualan buku dengan potongan harga yang istimewa serta pertandingan mewarna untuk pelajar prasekolah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Hj. Hamdan bin Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, mewakili Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 25 Mei 2010. Seramai lebih daripada 300 orang tetamu telah menghadiri majlis perasmian tersebut.

KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan telah menjalankan
beberapa aktiviti bagi membantu sekolah mencemerlangkan pusat sumber sekolah. Pada sesi ini tiga buah sekolah telah terpilih untuk Program Khidmat Bantu. Sekolah-sekolah tersebut ialah SABK Makarimul Akhlak, Langgar, SK Seri Bayu, Baling, dan SK Seberang Nyonya, Kuala Kedah. Setiap kali program ini dilaksanakan, empat aspek utama telah diberikan perhatian iaitu: i. Kemudahan Fizikal, melibatkan susun atur dan keceriaan. ii. Pengurusan dan pengelolaan PSS. iii.Penggunaan PSS, membabitkan rekodrekod penggunaan serta aktiviti iv. Pelaksanaan Program Galakan Mem baca. Selaras dengan penarafan PSS dan NILAM secara atas talian, khidmat bantu kali ini juga memasukkan sesi taklimat tatacara pengisian data menggunakan iQ-PSS dan i-NILAM.

Muka Surat 7

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Bestari

2. Smart School Qualifications Standard (SSQS) oleh Pn. Hjh Maimunah bt. Tahir, Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM Penerangan tentang penarafan sekolah menggunakan sistem SSQS Penjelasan tentang item-item yang terdapat dalam sistem SSQS 3. Amalan Pembestarian Sekolah Bestari oleh Pn. Azizah bt. Rasol, Pengetua SMK Sultan Badlishah. Berkongsi pengalaman menguruskan Sekolah Bestari. Menceritakan program-program khas yang dijalankan di sekolah untuk dikongsi bersama seperti Program Project Based Learning, Facebook dan Formula One. 4. Pengurusan Kurikulum melalui ICT : Sistem Kod Warna oleh En. Teh Cheng Chye, Pengetua SMK Tunku Putra Pengurusan kurikulum sekolah berasaskan penjenamaan warna kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Melalui sistem ini perkembangan prestasi pelajar dan pencapaian mata pelajaran dapat dipantau.

Sebahagian daripada peserta program

rogram berkenaan telah diadakan pada 8 Julai 2010 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar Teratai BTPN Kedah. Objektifnya, untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik kepada sekolah-sekolah mentee dalam komponen berikut: Penggunaan ICT dalam P&P. Pembangunan modal insan. Penggunaan aplikasi Jaringan perkongsian pintar dengan komuniti. Briged Bestari

5. Sikap Cemerlang Sasiah Terbilang, Guru Terbilang :Penerapan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh En. Ahamad b. Daud Guru SM Teknik Kulim Kepelbagaian kaedah pengajaran dengan memuat turun bahan dari internet. Kaedah memanipulasikan bahan video, audio, dan laman web untuk dijadikan bahan p&p. 6. Penggunaan e-mel dalam Pengajaran dan Pembela jaran oleh En. Lim Poh Lee Guru SMK Chio Min Menyediakan tugasan interaktif melalui e-mel, dan pelajar dapat mengakses serta memberi respon. Tugasan pelajar dapat dipantau oleh waris.

KPP BTPN Kedah sedang membincangkan sesuatu dengan salah seorang fasilitator. Majlis Penutupan dihadiri oleh KPP BTPN Kedah dan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Bestari BTPN Kedah.

Sinopsis : 1. Konsep dan strategi peluasan pembestarian pendidikan oleh Y.Bhg. Datin Dr. Fowzia bt. Osman Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM Fasa Pembestarian Pendidikan dan Pelaksanaanya. Penarafan Bintang menggunakan instrumen SSQS 2009 serta analisa keputusan Strategi merapatkan jurang dalam pembestarian pendidikan Sekolah pemangkin dan sekolah kelompok

Ucap utama oleh Y.BhgDatin Dr Fowzia bt Osman Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM

Muka Surat 8

JASAMU TETAP DIKENANG


Osman bin Shaari mula bertugas di BTPN Kedah pada 1.6.2006, bertukar ke Sekolah Model Khas Bukit Jenun sebagai Pengetua mulai 16.7.2010 Tn. Hj Hang Tuah bin Abd Wahab mula bertugas di PKG Tokai pada 1.7.1992, bertukar ke PKG Alor Janggus mulai 24.7.2005. dan bersara mulai 29.6.2010. Mhd Yusup bin Ishak mula bertugas di PKG Padang Serai pada tahun 1995, bertukar ke BTPN Kedah mulai tahun 2000 dan mulai bersara pada 24.10.2010. Tn. Hj Abd Talib bin Hj Abdullah mula bertugas di PKG Kuala Ketil pada tahun1992,bertukar ke BTPN Kedah mulai tahun 2003 dan akan bersara mulai 7.12.2010 Tn. Hj Harun bin Salleh, mula bertugas di PKG Kuala Pegang pada 16.1.1995, bertukar ke BTPN Kedah pada 16.8.2004, bertukar ke PKG Baling mulai 1.7.2005, dan akan bersara mulai 20.10.2010. Maslinda Ahmad Mokhtar mula bertugas di BTPN pada 16.8.2009, bertukar ke IAB Jitra mulai 16.8.2010.

WARGA BARU PKG & BTPN


Ishak bin Mat Isa, Penolong Kanan HEM SK Hj Ismail, Kuala Kedah bertukar masuk ke Unit Perkhidmatan ICT mulai 1.8.2010 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32. Nurul Hidayah bt Abd Hamid dari JPN Pulau Pinang bertukar masuk ke PKG Simpang Empat mulai 26.4.2010 sebagai PT N17 Mohamad Shukri bin Baharom dari SK Hj Omar Tahir bertukar masuk ke PKG Bujang mulai 16.6 .2010 sebagai PTP DGA32 KUP

Mohamad Zamani bin Zakaria dari SK Ceras Indah Kuala Lumpur bertukar masuk ke PKG Tunjang mulai 1.5.2010 sebagai PTP DGA29 Shaharudin bin Mohd Shah dari SK Kuala Kuang bertukar masuk ke PKG Baling mulai 1.4. 2010 sebagai PTP DGA32 KUP.

Musa bin Ismail dari SK Francis Light Pulau Pinang bertukar masuk ke PKG Kulim mulai 15.3.2010. sebagai PTP DGA29

Tuan Haji Shahidan bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, bersara pada 18 Oktober 2010 ~ Terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan. Jasamu tetap dikenang!

Nik Hassan bin Mat Ali dari SK Hj Abd Rahman Tokai bertukar masuk ke PKG Tokai mulai 1.9.2010 sebagai PTP DGA29

Muka Surat 9

FOTOGRAFI DALAM PENDIDIKAN


Bagaimana memilih kamera yang sesuai Siri 1 (Pengenalan)
oleh Omar bin Hassan

Fotografi adalah salah satu cabang pendidik dalam teknologi yang hasilnya banyak digunakan oleh warga
menyediakan bahan bantuan mengajar di sekolah pada masa ini. Selain video, gambar pegun yang dihasilkan dapat dimanipulasikan dalam banyak program komputer bagi membantu memudahkan dan menarik minat guru mengajar serta murid belajar. Pelbagai jenis dan jenama kamera yang ada di pasaran sama ada dalam bentuk digital kompak dan DSLR yang ditawarkan pada harga ratusan hingga ribuan ringgit. Ini bergantung kepada minat, keperluan, dan kemampuan anda untuk membelinya. Antara jenama yang terdapat di pasaran ialah Canon, Nikon, Olympus, Sony, Pentax, Fuji, Samsung, Panasonic Lumix, Kodak, dan seumpamanya.
Penggambaran sudut luas Penggambaran Macro

Bagi jurufoto yang lebih serius, mereka boleh mendapatkan kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) dari harga RM1500 hingga puluhan ribu ringgit. Kamera ini mempunyai ciri lensa yang boleh ditanggalkan dan diganti dengan lensa lain jika perlu serta mempunyai terminal-terminal yang lain untuk alat tambah yang canggih dan mengikut keperluan. Kamera jenis ini lebih laju kerana tiada shutter lag dan gambar dapat dirakam secara spontan. Kamera ini juga mempunyai ISO yang tinggi dan dapat merakamkan objek di tempat kurang cahaya dengan noise yang rendah, mudah dikendalikan terutama bagi jurufoto professional, tahan lasak dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih panjang. Terdapat juga kamera medium format yang mempunyai sensor yang lebih besar yang selalu digunakan oleh jurufoto professional untuk iklan dan modeling seperti Mamiya dan Hasselblad yang mempunyai keupayaan sensornya sehingga 36 megapixel pada harga sehingga RM50,000. Pelbagai jenis lensa ditawarkan untuk diguna pakai bagi kamera DSLR seperti wide angle termasuk fisheye, normal lens, telefoto, super telefoto, macro, potret dan zoom. Pada masa sekarang, lensa zoom adalah sangat popular kerana dengan sebatang lensa tersebut anda akan dapat mengambil gambar dalam pelbagai keadaan seperti gambar sudut luas atau pemandangan, potret, haiwan, sukan, dan ada yang menawarkan macro pada lensa tersebut tanpa perlu menukar kepada lensa yang lain.

Kamera Kompak

Kamera DSLR

Bagi yang berminat tetapi kurang berkemampuan untuk memiliki kamera DSLR, maka disyorkan anda mendapatkan kamera kompak yang mempunyai ciriciri manual, apature priority, shutter priority dan program serta mempunyai hot shoe untuk optional flash yang harganya antara RM 1,200 hingga RM 2,800. Sebaliknya jika anda tidak berminat dengan seni fotografi, tetapi ingin menggunakan kamera sekadar untuk koleksi peribadi, anda disyorkan memilih kamera kompak yang harganya di bawah RM1,000.

Unit sensor di dalam kamera

Tombol pilihan mode penggambaran pada kamera

Antara ciri lain yang menjadi pilihan ialah jumlah megapixel yang digunakan sebagai sensor merakamkan objek (seperti filem sebelum era digital). Semakin tinggi megapixelnya maka semakin jitu gambar yang dirakamkan. Pada kegunaan biasa kamera yang mempunyai 6 hingga 10 megapixel adalah memadai. Kemudahan lensa zoom juga dapat membantu jurufoto semasa mengambil gambar, selain kemudahan macro, built in flash dan jangka hayat bateri yang panjang. Terdapat juga kamera yang boleh mengambil gambar sehingga kedalaman 6 meter di dalam air.

Kamera Medium Format

Lensa zoom yang berharga RM80,000

Bagi tujuan pendidikan artikal ini akan menerangkan ciri-ciri asas fotografi dalam bentuk manual melalui buletin keluaran yang akan datang. Oleh itu, dialu-alukan warga pendidik untuk merujuk kepada kamera yang bercirikan manual sama ada kamera kompak atau DSLR supaya dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh nanti dapat digunakan untuk menghasiklan gambar yang lebih bermutu. Jumpa lagi..

Muka Surat 10

eristiwa

ergambar

Sebahagian daripada wakil BTPN Kedah semasa Majlis Perasmian Karnival Buku di Kompleks Pekan Rabu Alor Star.

Antara kakitangan BTPN Kedah yang menjalani latihan memadam kebakaran dengan tunjuk ajar Pasukan Bomba Alor Setar

Antara kakitangan pembersihan kawasan BTPN Kedah sedang mendengar taklimat daripada KPP BTPN Kedah.

Majlis send off Encik Mohd Radzif bin Ismail yang bertukar ke BTPN Perlis sebagai Penolong Pengarah.

Encik Ching Shiuh Kang sedang mencatat minit taklimat pagi yang diadakan pada setiap hari Khamis di surau BTPN Kedah.

Pengarah JPN Kedah sedang berucap di Majlis Sambutan Kemerdekaan Warga Kompleks Pendidikan di perkarangan Dewan Al Farabi BTPN Kedah.

Sebahagian daripada kontingen perarakan kemerdekaan , warga BTPN Kedah yang diketuai oleh Tuan Hj, Md Zin bin Abu Bakar.

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Warga BTPN Kedah pada 2 September 2010 dihadiri lebih daripada 200 orang kakitangan serta ahli keluarga.

Sebahagian daripada makmum muslimah yang bersama-sama mengerjakan solat tarawih semasa Majlis Berbuka Puasa Warga BTPN Kedah.pada 2 September.

Murid -murid dari SJKT Barathy dalam Perarakan Kemerdekaan dengan pakaian yang menggambarkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Selamat Pengantin Baru, Tuan Haji Abd Talib bin Hj Abdullah, PTP BTPN Kedah bersama isterinya Puan Shafiza bt Salleh, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Muka Surat 11

Sinopsis

BAHAN PROMOSI.....

iri Bahan Bacaan Tambahan Sekolah Rendah, mengandungi 27 muka surat-Haiwan Mamalia di Zoo Taiping ditulis oleh Encik Omar bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah pada tahun 2010. Buku ini sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahap 2 sekolah rendah dan awal menengah sebagai bacaan tambahan dan rujukan mengenai habitat dan cara hidup 26 haiwan mamalia yang terdapat di Zoo Taiping. Buku berukuran 8x8 inci ini dipenuhi dengan gambar haiwan yang berwarna-warni serta teks yang padat dan mudah untuk menarik minat pelajar membacanya. Buku ini telah diedarkan ke sekolah-sekolah serta Pusat Kegiatan Guru seluruh negeri Kedah .

Sinopsis
oleksi Imejan gambar pegun ini ialah hasil jurufoto Encik Omar bin Hassan Pegawai Teknologi Pendidikan dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah sejak tahun 2005. Koleksi ini memuatkan imej mengenai Hutan Bakau, Logo Sekolah-Sekolah Negeri Kedah, Senja, Haiwan Mamalia, Buah-Buahan, Bunga-Bungaan di Malaysia, Pemandangan, Haiwan di Zoo Malaysia, Alam Semula Jadi, UlamUlaman, dan Corak Semula Jadi Alam. Semua imejan adalah dalam bentuk JPEG dengan kapasiti sehingga 6 megapixel dan sesuai digunakan oleh guru atau pelajar untuk menyediakan bahan bantu belajar atau bahan bantu mengajar di bilik darjah. Koleksi ini sesuai juga digunakan sebagai hiasan desktop komputer. Bagi sekolah atau individu yang berminat boleh mendapatkannya dengan cara membuat rakam salin di Pusat Kegiatan Guru berhampiran atau berkunjung ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.

BAHAN PROMOSI.....

Dari Galeri BTPN Kedah


Hj Mohd Ali bin Hamzah Tahun 1982 - 1995 Sivajothy Murugasu Tahun 1995 - 1996

Tujuan Penubuhan BTPN (PSPN)

BARISAN KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN KEDAH

SPN Kedah (sekarang ini dikenali sebagai BTPN atau Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri) ditubuhkan pada 1 Januari 1982 berpejabat sementara di SM Vokasional Alor Setar sebelum berpindah ke tapak sekarang mulai tahun 1983 dan beroperasi penuh pada tahun 1984. Pada 24 Jun 1986 Unit Bergerak ditubuhkan dengan projek lawatan dan bimbingan ke sekolah-sekolah yang berjauhan di setiap daerah dengan memberikan khidmat sokongan berbentuk alatan, bahan, dan kepakaran. Pada tahun 1987 pengurusan PSPN diletakkan di bawah JPN Kedah. Tujuan penubuhan PSPN adalah untuk memberi khidmat sokongan kepada guru-guru di sekolah dalam bidang teknologi pengajaran dan penerbitan bahan mengajar. Pendekatan penyelesaian masalah melalui perundingan bersama guru dan pentadbir sekolah bagi mencapai objektif.

Hj Syed Abd Wahab bin Syed Zakaria Tahun 2000 - 2007

Hj Mustafa bin Abd Hamid Tahun 2007 - 2008

En Bahrom bin Yaacob Tahun 1996 - 1998

Hj Ismail bin Mustafa Tahun 1998 - 2000

Konsep PSPN dianggap sebagai suatu tempat bagi guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar atau kakitangan sumber bersama-sama merancang, membina, dan menerbitkan bahan-bahan bantu mengajar dan belajar dengan menggunakan dapatan penyelidikan dan soal selidik untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang semakin bertambah dan mencabar.

Hj Md Zin bin Abu Bakar Tahun 2008 hingga sekarang

Muka Surat 12