Anda di halaman 1dari 4

Latihan Bahan 3D 1. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan 3D?

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

2. Senaraikan contoh yang boleh dikategorikan sebagai bahan 3D.

Realia

Diorama

Model

Topeng

Boneka

3. Realia dapat digunakan untuk membantu pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah. Senaraikan contoh-contoh realia yang boleh digunakan dalam bilik darjah. 1. Realia Asli Merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain. Contoh:

2. Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga. Contoh:

3. Specimen

Merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

4. Nyatakan kelebihan menggunakan bahan 3D dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.

Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana muri dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.

Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik

Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.

Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.

5. Nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada boneka berikut

Boneka Sarung Tangan Boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Boneka Lidi
Diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Boneka Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin
potong keluar.

putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Tali

Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti

papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.