Anda di halaman 1dari 2

DIALOG

Tempat: Kantin Sekolah Masa: Waktu Rehat Pelaku 1: Ali Pelaku 2: Abu Pada waktu rehat, Ali dan Abu bertemu di kedai minuman. Mereka baru sahaja selesai menghadiri ceramah tentang kesihatan dan mula berbincang tentang punca utama kenaikkan badan di kalangan remaja. Ali: Hei, Abu! Sudah lama kita belum berjumpa. Macam mana pelajaranmu? Abu: Ah, pelajaran saya bukannya begitu susah. Ali: Awak ini memang cerdik bukan macam saya. Adakah kamu antara yang mengahdiri ceramah tentang kesihatan itu? Abu: Ya, saya mengahadiri ceramah itu. Kenapa awak tanya? Ali: Saya perpendapat bahawa punca utama kenaikkan badan dalam golongan remaja adalah makanan segera yang sering dimakan oleh mereka. Adakah awak setuju? Abu: Saya tidak setuju. Saya rasa punca utama adalah kekurangan latihan jasmani dalam gaya hidup mereka. Mereka makan tanpa bersenam. Oleh itu, karbohidrat yang diambil oleh badan tidak digunakan sebagai sumber tenaga dan disimpan sebagai lemak di dalam badan. Ali: Tetapi makanan segera tidak mengandungi khasiat seperti karbohidrat. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak diperlu oleh badan kita. Bahan kimia itu akan ditukarkan kepada lemak dan berat badan seseorang itu akan naik. Abu: Bukan semua kimia akan ditukarkan kepada lemak. Ada yang Akan digunakan sebagai tenaga dan ada yang digunakan untuk membesar.

Ali: Ada juga kebenaran dalam apa yang kamu menyatakan itu. Tetapi makanan segera itu tidak mengandungi vitamin. Walaupun seseorang itu membesar, dia tidak akan dapat nutrien sepenuhnya yang dia sepatutnya mendapati. Di samping itu, bahan kimia akses itu akan selalu ditukarkan kepada lemak. Abu: Okay, tetapi dengan bersenam, bukankah kita dapat menghilangkan lemak-lemak itu? Ali:Betul kata awak itu. Tetapi sebagai seorang individu, kita harus mengambil inisiatif untuk bersenam walupun kita tidak makan makanan segera. Kita memang wajib bersenam. Abu: Hmmm. Okeylah, saya harus ke kelas dahulu. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat mereka telah tamat. Ali dan Abu berjalan pulang ke kelas masing-masing. Kedua-dua murid masih berpegang teguh kepada kepercayaan mereka.