Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih tuan pengerusi majlis, Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha, Puan

Junaidah Binti Tamby Hashim, Guru penolong kanan SK Seri Bintang Utara,Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norelin Aina Binti Ghani, Guru penolong kanan kokurikulum, Puan Siti Hanim Binti Ismail, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Selaku wakil murid tahun 6, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang untuk berucap pada hari ini. Guru-guru serta rakan-rakan sekalian, Seperti mana yang kita ketahui, hari ini akan diadakan Majlis Perpisahan bagi murid-murid kelas 6 Cemerlang di mana saya dan rakan-rakan kelas 6 Cemerlang dan begitu juga kelas yang lain akan meninggalkan sekolah ini. Walaupin kami akan meninggalkan sekolah ini, Saya selaku wakil murid amat berbangga akan jasa warga sekolah yang telah diberikan kepada kami, Kenangan yang telah dilalui sama ada suka dan duka tidak boleh saya lupakan sehingga hari ini tetapi hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan kami untuk meninggalkan sekolah ini. Sikap guru-guru yang sanggup mengajar kami walaupun segelintir murid yang selalu membuat guru marah kepada semua orang. Selain itu, guru-guru mendidik kami tanpa jemu serta mempunyai sifat positif untuk mengajar murid yang degil dan tidak mendengar arahan. Suka untuk saya katakan jasa guru-guru tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Hadirin sekalian, Saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas kesalahan atau kesilapan yang telah kami lakukan kepada guru-guru. Nasihat-nasihat guru akan kami ingat sehingga akhir hayat. Kami akan melawat cikgu bila berpelapangan masa kami pasti akan menziarahi cikgu yang telah mengajar kami ataupun tidak di sini. Harapan saya dan rakan-rakan akan memegang janji kami di mana, kami akan berusaha dan belajar bersungguh sehingga mengecapi impian dan cita-cita apabila di sekolah menengah nanti. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah memberi peluang terakhir saya untuk berucap di sekolah ini. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun: Bintang Barat terbit petang Bintang Timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi Sekian terima kasih.