Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih tuan pengerusi majlis, Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha, Puan

Junaidah Binti Tamby Hashim, guru besar SKSBU, barisan pentadbir, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Pada hari ini , saya, Farah Hidayah Mohd Fadzil dari kelas 6 C ingin bertanya kepada hadirin sekalian, mengapakah SKSBU kebanggaan saya, anda malah bekas guru dan pelajar SKSBU. Apakah yang istimewa tentang sekolah ini? Pinjamkan telinga anda dan kuncikan mulut anda untuk mendengar kenapa saya bangga sebagai anak kelahiran SKSBU. Hadirin yang dihormati sekalian, Terlebih dahulu izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang sejarah SKSBU. Sekolah ini dulu dikenali dengan nama SK (P) Bukit Bintang (1) yang terletak di Jalan Bukit Bintang. Sekolah itu telah dipindahkan ke sini iaitu Taman Shamelin Perkasa dan diberi nama SKSBU. Sekolah ini telah mula beroperasi pada 2 januari 2001 dengan seramai 34 orang guru dan 3 orang staf pentadbiran. Buat pengetahuan sidang pendengar sekalian, SKSBU telah diiktirafkan sebagai SBT nombor 1 di Kuala Lumpur. SKSBU meraih status SBT pada awal tahun 2010. SKSBU menonjolkan kebitaraannya melalui program Outdoor education bagi melahirkan murid berkeupayaan untuk meneroka bidang baru selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21. Program ini dilancarkan sebaik sahaja SKSBU memegang status SBT dengan tujuan meluaskan skop pemikiran murid dalam bidang kemahiran teknologi maklumat (ICT) . Keunikan SKSBU semakin terserlah apabila gelaran SBT dikukuhkan lagi dengan kewujudan eitos sekolah. . Eitos sekolah dapat dikonotasikan sebagai kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah seperti bilik multimedia, Bintang broadcasting studio, performing Art Class, dan kiosk-kiosk interaktif. Fasiliti ini boleh dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah. Pelajar sekalian haruslah sentiasa ingat,Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah, cita-cita SKSBU tidaklah berjaya, andai ia ibarat lebuhraya tanpa kenderaan, perlabuhan tanpa kapal. Justeru, haruslah kita berganding bahu meningkatkan lagi imej SKSBU di Malaysia malah di setiap pelosok dunia kerana apa yang ada masih belum cukup untuk memastikan kecemerlangan yang konsisten. Jangan berkata TIDAK andai kita belum cuba kerana orang yang gagal sebelum mencuba ialah selemah-lemah manusia.