Anda di halaman 1dari 9

KULIAH 3 - PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Isi kuliah 1. Konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik 2. Pembentukan pluralisme dalam alam Melayu 3. Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik 4. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif pendidikan dan pembangunan ekonomi dalam konteks HET di Malaysia & luar negara

PENGERTIAN KONSEP

Pluralisme- kepelbagaian/ kemajmukan Masyarakat pluralisme merujuk kepada masyarakat majmuk/ kepelbagaian

bangsa/kaum yang mendiami sesuatu wilayah/ negara mengamalkan kepelbagaian budaya dan tradisi

PENGENALAN: KEADAAN MASYARAKAT DI TANAH MELAYU Latar belakang (sejarah awal malaysia tiada bukti yang konkrit hanya berdasarkan bahan tinggalan prasejarah) 1. Masyarakat zaman batu awal(paleolitk)-penduduk terawal tm, pada tahun 35 000 sm 2. Masyarakat zaman mesolitik menduduki tm pada tahun 11 000 sm (dikenali sebagai hoabinh) 3. Masyarakat neolitik menduduki tm pada tahun 5 000 sm Sejarah awal malaysia bermula dari zaman kerajaan melayu melaka-1400 sebagai pusat perdagangan yang berjaya,

PLURALISME DALAM ALAM MELAYU SEBELUM KEDATANGAN EROPAH

Sebagai wilayah pertemuan pelbagai tamadun / budaya utama dunia

Tiupan angin/ arus laut menghimpunkan manusia/ didorong oleh 3 matlamat agama, kekayaan, kemegahan. Sebelum 1848 (sebelum penemuan bijih timah di larut perak) hampir seluruh penduduk tm adalah orang melayu Perkembangan politik Tanah Melayu Kerajaan awal terbentuk pada kurun ke-7 di Kedah yang dikenali sebagai Langkasuka Kurun ke-9 kerajaan sri vijaya Kurun ke-13 kerajaan temasek Kurun ke-14 kerajaan melaka 1511 kerajaan melaka jatuh ke tangan Portugis 446 tahun tm dijajah oleh barat dan jepun KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU KESULTANAN MELAYU MELAKA

Proses penghijrahan berlaku secara semula jadi/ tiada paksaan Pertemuan para pedagang seluruh dunia The Venice of the East (pelabuhan sibuk) Pemerintah/ sultan berpandangan jauh/ diplomasi/ terbuka- pegawai istana pelbagai bangsa-Melayu/India Berlaku perkahwinan campur /akomodasi Cina dan India dengan penduduk tempatanmasyarakat Baba. Struktur masyarakat pada zaman Melaka (zaman tradisi) dipengaruhi agama Hindu Masyarakatnya maju (kegiatan perdagangan) terutamanya selepas Islam dijadikan asas kehidupan Masyarakat Melayunya `berbangsa-bangsa (bukan berkasta) berdasarkan darah keturunan: keturunannya berbangsa juga Mobiliti sosial ( vertikal / horizontal) boleh tapi jarang berlaku (beroleh kekayaan, menjadi pahlawan, perkahwinan) Penggunaan bahasa, gelaran, adat Saling membantu dalam semua aspek kehidupan

SISTEM SOSIAL ZAMAN PENJAJAHAN

Kemasukan orang asing ke negeri Melayu bermula sejak zaman tradisi lagi Kedatangan bertambah rancak pada zaman penjajahan Portugis, Belanda tetapi bertambah-tambah pada zaman British apabila Pulau Pinang dan Singapura diduduki British . Era 1870-1939 kemasukan beramai-ramai kerana faktor `menolak dan `menarik Sebelum penjajahan 90% penduduk Semenanjung termasuk Singapura didiami oleh Orang Melayu dan Orang Asli Perniagaan dalam negara dan antarabangsa dikawal oleh kerajaan Melayu dan peniaga-peniaga Melayu Lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu

FAKTOR MENOLAK Bencana alam seperti kemarau di India dan banjir di China Penduduk ramai, kekurangan tanah untuk pertanian dan kebuluran Kesempitan hidup / kemiskinan Keadaan huru-hara di China

FAKTOR MENARIK

INDIA Galakan daripada penjajah Inggeris untuk menjadi buruh di ladang kopi, tebu getah Sistem Kangany diperkenalkan untuk membawa buruh ke Tanah Melayu secara sistematik (1911-1931)

CINA

Pengaruh keluarga yang telah berpindah Galakan daripada penjajah Inggeris untuk mengusahakan lombong bijih timah, tanag yang luasa untuk diteroka dan Undang-undang Imigresen untuk melindungi buruh Cina Wujudnya kawasan bandar beri peluang untuk berniaga

KESAN Wujud masyarakat majmuk - Awal abad ke-19: 90% Bumiputera - 1991 45% Bumiputera Pemisahan kaum melalui petempatan - Cina : bandar (berniaga) dan kawasan lombong - India: kawasan ladang getah - Melayu luar bandar Pemisahan kaum melalui kegiatan ekonomi - Wujud dual ekonomi: pertanian padi dan ikan terbiar sementara lombong dan ekonomi eksport digalakkan - Bumiputera tidak dilibatkan dalam ekonomi moden Pemisahan melalui pendidikan - Melayu: sekolah agama, sekolah Melayu (bacaan dan kemahiran asas dan Rumi ) - Cina dan India: Kurikulum, buku dan guru dari negara asal dan melanjutkan pelajaran ke negara asal - Inggeris: Berasaskan gereja dan agama Kristian (Katolik dan Protestant) - Cara hidup ala Inggeris Pemisahan Pembangunan - Tertumpu di kawasan bandar - Luar bandar diabaikan

KEADAAN MASYARAKAT DI SABAH/SARAWAK Pekembangan di Sabah Orang Murut dan Kadazan penduduk awal datang dari tanah besar asia pada tahun 2 000 sm

tabuaran penduduk sabah-ikut muka bumi -penduduk pesisir (Brunei, Bajau dan Suluk) -penduduk lembah pantai (Kadazan) -penduduk pedalaman (Murut)

PENDUDUK SARAWAK (diperintah oleh pemerintahan Brunei dan Sulu) Penduduk sarawak wujud 40 000 sm Pelbagai kaum melayu melanau, iban, bidayuh, kenyah, kelabit, kayan, penan. Penduduk sarawak terbahagi kepada 2 bahagian: penduduk yang tinggal di kawasan persisiran a-orang melayu, asal sumatera, islam , nelayan, petani, pedagang -orang melanau, islam dan kristian, aktivi menanam sagu b-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman -iban, bidayuh, kelabit, kayan dan penan

MASYARAKAT MAJMUK SELEPAS MERDEKA & KESANNYA Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif pendidikan -Pendidikan bermula sekitar tahun 1800, dipelopori oleh sekolah vernakular Inggeris dan diikuti oleh tiga lagi aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu Vernakular Melayu, Cina dan India. Wujudnya berbagai aliran ketika itu akibat daripada visi penajajah British sendiri yang cuba memisahkan perpaduan kaum hasil daripada sistem dasar pecah dan perintah mereka. Faktor lain ialah kerana tiada satu kurikulum yang seragam selain setiap kaum mahu mengekalkan identiti bangsa dan bahasa mereka.

Sekolah Vernakular Melayu Sejarah pendidikan anak Melayu bemula sekitar tahun 1821 apabila Penang Free School dibuka, diikuti di Teluk Belanga dan Kampung Gelam di Singapura.

Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah itu terpaksa ditutup akibat kurang sambutan dari orang Melayu dan masalah kekurangan guru-guru Melayu. Ciri-ciri Sekolah Vernakular Melayu ialah :

a di peringkat rendah.

Sekolah Vernakular Cina Dasar terbuka dan tidak campur tangan British terhadap hal ehwal sosial pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina yang mana ianya mengekalkan kebudayaan, pelajaran serta identiti masyarakat Cina. Kurikulum serta struktur pelajaran diambil terus dari Negara China beserta dengan guru-guru yang juga didatangkan khas dari China.

Isi kurikulumnya menegaskan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta melukis. Pada awal tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan British tentang bahaya penubuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu, British telah menubuhkan satu undang-undang pada tahun 1920-an iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan bertujuan bagi mengelakkan sekolah itu terasing serta dapat mengawal aktiviti sekolah tersebut Ciri-ciri Sekolah Vernakular Cina :

Sukatan pelajaran, tenaga pengajar dibawa terus dari Negara China.

Tanah Melayu.

Sekolah Vernakular Tamil Wujud pada tahun 1821 selepas Penang Free School dibubarkan. Ianya didirikan di ladang-ladang getah dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri kerana pihak kerajaan tidak memberi sebarang bantuan daripada segu kewangan, pedagogi dan kurikulum.

Seperti sekokah vernakular lain, sekolah jenis Tamil ini juga mengambil kurikulum serta kemahiran yang bersumberkan dari negara India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan asas dalam kemahiran seperti 3M, ilmu alam, kebersihan diri dan sebagainya. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad pada di peringkat rendah dan sebahagian besar pelajarnya kekal di ladang-ladang dan bekerja sebagai buru kasar. Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil :

berorientasikan sistem pendidikan dari India.

mereka di ldaang sahaja Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil :

rang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu mereka di ldaang sahaja

Vernakular Inggeris Mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejajar dengan penubuhan Penang Free School. Kebanyakkan sekolah-sekolah jenis ini ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh kristian dan dibina di kawasan bandar-bandar dengan bantuan daripada Inggeris.

Kurikulumnya diambil bersumberkan daripada School Of Great Britain bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran British. Pendidikannya mempunyai 2 tahap iaitu rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907. Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College di Singapura Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907. Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College di Singapura Ciri-ciri Sekolah Vernakular Inggeris:

kerajaan dan swasta. -bandar serta murid berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pendidikan yang tidak seragam menyebabkan perpaduan semakin sukar dicapai selain jurang antara kaum yang semakin ketara. Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan bertujuan memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan Tanah Melayu supaya murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang sama. Laporan Pelajaran Antara laporan pelajaran tersebut ialah :

-Wu 1951

Selepas merdeka

Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif politik dan pembangunan ekonomi dalam konteks HET di Malaysia & luar negara Politik- kerjasama antara etnik/semua bangsa bersatu menuntut kemerdekaan -1974 Parti Perikatan (UMNO,MCA, MIC) permuafakatan politik Perlembagaan- panduan asas kontrak sosial/ persetujuan antara kaum sebagai syarat Br untuk memberi kemerdekaan kepada T. Melayu Perkara penting-soal kerakyatan orang Melayu setuju terima kehadiran bukan Melayu dan sebaliknya orang bukan Melayu setuju peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu

PENDIDIKAN Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman -kurikulum -sukatan mata pelajaran -berorientasikan tempatan -bertujuan memupuk perpaduan

EKONOMI Kerajaan mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik antaranya: Rancangan ekonomi pramerdeka-Racangan Malaya Pertama 1956-1960 Rancangan ekonomi selepas merdeka (Rancangan Malaya Kedua RM 9), DEB, Dasar-Dasar Pembangunan negara.