Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN BINA INSAN GURU 2009 (part 1) KHAS UNTUK KEKAWAN, saja masukkan laporan BIG dalam blog

ni. sebagai perkongsian ilmu bersama kekawan mahasitua yang sedang bergelut untuk mendapatkan segulung kertas yang bernama ijazah.

Laporan Kursus Bina Insan Guru 1/2009

Taklimat 1 Tarikh : 07.12.2009 Tempat : Dewan Kuliah C Hari : Isnin Masa : 12.00 petang

1. Pegawai HEP IPBA Encik Mohd Arus bin Abdul Kudus 1.1 Menerangkan tujuan dan matlamat BIG. 1.2 Pemendekan BIG dari 4 hari 3 malam ke 3 hari 2 malam. 1.3 Memaklumkan jadual BIG 1.4 Memaklumkan 13.12.2009 (Ahad)- BIG akan dijalankan di Blue Lagoon, Port Dickson. 1.5 Pengangkuatan bas ke Port Dickson akan disediakan. 1.6 Memaklumkan ada peserta yang akan menaiki kendaan sendiri. 1.7 Menyanyikan lagu Negaraku dan KBA dalam BIG. Refleksi......

Perkara pertama yang terdetik di dalam benak fikiran saya, mengapa program seumpama ini diterapkan kepada pelajar PGSR?Apakah setelah lebih 20 tahun berkhidmat membina dan melahirkan insan yang boleh dijadikan modal insan untuk Negara dan bangsa, khidmat kami sebenarnya dipandang sebelah mata oleh pihak berkenaan? Apakah pihak pihak yang menetapkan pra-syarat untuk pelajar PGSR menyertai Bina Insan Guru ini, menidakkan pengalaman saya yang telah acapkali terlibat dengan program seumpama ini di sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru?

Pertanyaan pertanyaan itulah yang muncul apabila mendapat tahu Bina Insan Guru adalah wajib bagi setiap pelajar PGSR. Sesi perjumpaan dan penerangan pertama oleh En.Mohd. Arus bin Abdul Kudus merungkai segala persoalan. Bermula dengan penerangan berkaitan tujuan dan matlamat BIG diadakan hinggalah kepada jadual aktiviti BIG, memberi sedikit jawapan kepada keraguan saya selama ini. Setiap dari kita perlu akur bahawa kita tidak semestinya betul dan sentiasa betul.Apa yang betul pada kita mungkin salah pada orang lain dan apa yang salah pada kita adalah benar bagi orang lain. Ikhlas mencari ilmu akan membuatkan kita sentiasa gembira menerima apa yang ditetapkan oleh orang lain.

Taklimat 2 Tarikh : 11.12.2009 Tempat : Dewan Kuliah C Hari : Jumaat Masa : 8.00 9.00 pagi

1. Ketua Jabatan HEP Mohd Tahir bin Kamaruzaman 1.1 Menceritakan pengalaman guru yang pernah menyertai BIG. 1.2 Berharap semua peserta memberi kerjasama semasa menjalankan aktiviti BIG. 1.3 BIG dapat membina kecergasan diri guru. 1.4 Pakaian yang sesuai pada setiap aktiviti. 1.5 Memaklumkan semua pelajar PGSR wajib mengikuti BIG. 1.6 Berharap semua peserta dapat menyelesaikan aktiviti BIG.

REFLEKSI Ini adalah perjumpaan dan taklimat kali kedua untuk Program BIG dan kali ini disampaikan oleh Ketua Jabatan HEP sendiri iaitu En. Mohd Tahir bin Kamaruzaman. Penerangan serba ringkas berkaitan perjalanan dan pengalaman lepas berkaitan Program BIG ini telah member input yang berguna sebagai persediaan mental dan fizikal bagi saya dalam menjayakan Program BIG ini.

Jadual BIG 11 Disember 2009 ( Jumaat ) 08000900 Taklimat bersama Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan semua jurulatih 12001430 Makan tengah hari dan Solat Jumaat 14301630 Ice Breaking dan LDK 1 16301730 Minum petang dan Solat Asar 17301900 Persiapan diri dan Makan Malam 19002100 Solat dengan Kuliah Maghrib dan Isyak / Kuliah Moral

12 Disember 2009 ( Sabtu ) 07300930 Malaysia Cergas dan senaman 09301000 Minum pagi 10001300 LDK 2 13001430 Makan tengah hari 14301630 Persembahan kumpulan bertema Citra Guru 16301700 Minum petang

13 Disember 2009 ( Ahad ) 07300930 Pergerakan dari IPGM KBA ke Port Dickson 09301000 Minum pagi 10001300 Aktiviti air atau kembara 13001400 Makan tengah hari 14001630 Aktiviti air atau kembara 16301700 Minum petang 17001730 Refleksi dan Penutup

11/12/2009 ( Jumaat ) 14301500 : Taklimat BIG Seramai 99 orang menghadiri. Juru acara En Mazlan Tunjuk ajar oleh Encik Mohd Arus (Kem Komandan) Semua peserta PGSR mesti bersemangat.

REFLEKSI Petang yang memberi pengalaman yang tidak menarik bagi saya.Kelemahan yang ditunjukkan oleh saya dan rakan rakan membawa kepada ketidakpuashatian Kem Komandan, En. Mohd Arus. Teguran oleh En.Mohd Arus membuatkan saya lemah semangat untuk meneruskan Program BIG ini.Bagi saya seharusnya pendekatan diplomasi perlu digunakan dalam menangani pelajar yang berusia dan telah berkhidmat lama dalam bidang pendidikan.

15001640 : Slot 1-- Ice Breaking dan LDK 1 Semua markah diberi oleh Mentor. Peserta perlu bersyukur dengan BIG. Semua peserta berkumpul kepada 10 orang sekumpulan. Aktiviti suai kenal. Buat sorakan kumpulan. Buat misi dan visi kumpulam. Tayangan Video-- Pengalaman Guru. Pembacaan cerpen. Perkongsian Pengalaman daripada En Ruslan, En Kalam, Pn Azizzah

REFLEKSI Permulaan sesuatu Program pastinya didahulukan dengan Ice Breaking.Biasanya inilah tugas saya sewaktu mengendalikan Seminar Motivasi atau Perkhemahan.Kali ini saya menjadi peserta yang menjalankan aktiviti ini. Seronok juga sekali sekala kita menjadi peserta dan orang lain yang melaksanakan tugasan fasilitator.

Tahniah kepada En. Thahir Nuruddin kerana Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai fasilitator untuk slot Ice Breaking ini.

19302100 : Slot 2 Sembahyang Maghrib Ceramah Pergi Tak Kembali oleh Ustaz Asri bin Abdul Rahman. Pesanan Jibril kepada Nabi s.a.w kepada umatnya Kasih Ibu Pentingkan Qiamullail

REFLEKSI Slot 2 merupakan slot muhasabah diri. Tahniah kepada Ustaz Asri kerana berjaya menjentik naluri seorang tua untuk menginsafi segala yang pernah dilakukan. Intonasi suara dan gerak laku penceramah amat menarik hingga masa 2 jam yang diperuntukkan seperti terlalu sekejap sahaja.

19302100 : Slot 2 Kursus Moral oleh Encik Mohd Azhar B Abdul Wahab Perkongsian sajak Jasamu dikenang 12/12/2009 ( Sabtu ) 07300930 : Malaysia Cergas /Senaman Pagi Bertempat di gelanggang tenis Diketuai oleh Syed Abdellah bin Syed Omar Aktiviti Kawad Senam robik Latihan persembahan Refleksi Aktiviti senamrobik yang dijalankan dapat diikuti dengan sempurna.Hebat juga Tuan Syed senamrobik.Begitu juga dengan Pn. Ana Taksiah yang berjaya mengendalikan aktiviti ini dengan sempurna dan cemerlang.

10301230 : LDK 2 Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar Taklimat Ustaz Zarasdi i. Memaklumkan terdapat 6 kali BIG. ii. Semua pelajar PGSR diwajibkan. iii. Berharap semua peserta dapat menjalankan setiap aktiviti nanti Majlis diserahkan kepada Pn Nooriah Che Leh untuk meneruskan aktiviti Tayangan video tentang pengajar di kawasan pedalaman Pembentangan setiap kumpulan berkenaan tajuk-tajuk berikut: i. Elemen-eleman Jati Diri Guru ii. Tanggungjawab Profesional Guru iii. Peranan dan Pengorbanan Guru iv. Persediaan Guru Untuk Mencapai Aspirasi Pendidikan Negara. Refleksi Untuk aktiviti kumpulan, setiap kumpulan telah diberikan tajuk untuk dibincang dan dibentangkan.Kumpulan saya yang terdiri daripada En. Normazlan Mad Raja sebagai ketua, Azni, Zalina, CHoo Ying Far, Won Lee Fong, Norazah, Norhayati , Mariamah dan saya sendiri, telah diberi tajuk Tanggungjawab Profesional Guru untuk dibincangkan. Banyak elemen telah berjaya dikupas oleh setiap kumpulan.Ini semua mungkin disebabkan pengalaman yang panjang dalam bidang perguruan yang dialami oleh rakan rakan. Selesai aktiviti kumpulan, klip video guru pedalaman ditayangkan.Saya sudah biasa dengan klip video yang ditayangkan.Malah saya juga telah membuat suntingan dengan memotong dan mencantum ke semua klip yang terdapat di dalam cd itu serta menambah sedikit sebanyak dengan klip suasana di sekolah saya. Tayangan klip video ini akan sentiasa dipertontonkan kepada semua ibu bapa penjaga sewaktu majlis rasmi di sekolah seperti Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari klip video yang dihasilkan oleh BTP ini.

14001640 : Persembahan Kumpulan Bertema Citra Guru Hakim : Encik Ramlan 6

Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar dan Asifah Semua persembahan mendapat pujian daripada Encik Ramlan Refleksi Persembahan kumpulan merupakan aktiviti yang dinanti oleh semua kumpulan.Di sinilah dapat dilihat kehebatan dan bakat yang ada pada setiap guru.Saya dan ahli kumpulan memilih untuk membuat persembahan spontan dengan tema citra guru. Komitmen dan persefahaman di antara rakan rakan di dalam kumpulan telah menghasilkan satu persembahan yang di luar jangka.Alhamdulillah, persembahan kumpulan kami berjaya menarik perhatian dan mendapat pujian dari rakan rakan dan para pensyarah.

13/12/2009 ( Ahad ) 07300800 Berkumpul di KBA Taklimat pengangkutan Pengundian aktiviti Bacaan doa 0800 Bertolak ke Port Dickson 0930--1000 Tiba di Port Dickson Taklimat daripada Kem Komandan tentang keselamatan, makanan dan persiapan diri. Minum pagi. Pecah kepada 2 kumpulan untuk aktiviti air dan kembara. 10001230 : Sesi 1 Aktiviti Air ( berkayak ) En Mohd Arus memberi taklimat tentang cara-cara mengendali kayak dan keselamatan. Pembahagian pasangan. Berkayak menuju ke destinasi yang ditetapkan. Membuat rafting 2 kali Taklimat mengenai bakat surut dan bakat pasang. 7

Diarah berkayak balik ke pantai. Menyusun kayak di pantai.

12301430 Balik ke khemah dan persiapan diri. Sembahyang. Makan tengah hari. 14301700 : Sesi 2 Kembara Berkumpul dan membuat persediaan untuk mengembara ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Taklimat daripada Encik Mohd Arus tentang keselamatan. Melawati rumah api. Encik Jeffrey memberi taklimat tentang sejarah dan kegunaan rumah api. Melihat puaran yang berlaku di kawasan pertembungan air. Terdapat banyak batu karang. Taklimat daripada Encik Mohd Arus mengenai cara membaca kompas. Menuju ke perigi orang kampung. Air Perigi Keramat banyak dan sihat diminum. Terdapat tapak Hang Tuah di atas batu berhampiran dengan telaga. Balik ke khemah menyusuri pantai. Melalui hutan paya bakau. 17001800 Minum petang. Mengemaskan tapak perkhemahan. Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Mohd Tahir bin Kamaruzaman 1800 Bertolak dari Port Dickson ke KBA 1900 Berhenti di Hentian Seremban untuk makan malam dan sembahyang. 1945 Meneruskan perjalanan balik.

2030 Tiba di KBA.

bersambung.......

(cepoi69@gmail.com) cepoi69 Labels: nota pgsr Post a Comment

Newer Post Older Post Home KEKAWAN YANG SINGGAH SEJAK 12hb OKT 2009
TUESDAY, DECEMBER 22, 2009 BINA INSAN GURU PGSR IPGMKPT AMBILAN 2008 PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) AMBILAN NOVEMBER 2008 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) (10 hingga 12 December 2009 )

Program Bina Insan Guru (BIG) untuk guru-guru PGSR ambilan November 2008 di IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 12 Disember 2009. Bertepatan dengan matlamat BIG untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi serta aura keguruan selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, program ini berjaya dijalankan dengan lancar. Pada 10 Disember 2009 (Khamis) jam 7.30 malam, semua guru menikmati makan malam di kantin IPT. Suasana makan dalam kesamaran seolah-olah merupakan gimik BIG. Kemudian semua peserta berkumpul di Dewan Besar IPT untuk mendengar taklimat, menerima buku program dan menjalani aktiviti ice breaking yang dikendalikan oleh penyelaras program, Pn Jumiah bt Mustaffa dibantu oleh En Khairul b Ishak. Makluman mengenai penempatan BIG di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa dan aktiviti dua hari di sana disampaikan.

Aktiviti Ice breaking bermula dengan nyanyian dan pergerakan mudah mengikut tayangan slaid: Tangan kiri ke depan ....... ke belakang Depan, belakang dan goyangkan Buatlah seperti ini dan berputarlah

Mudah menggayakan. Wooo...... Goyangkan badan (3X) Pegang lutut anda tangan digoyangkan (tukar pergerakan tangan kiri kepada tangan kanan, kaki kiri, kaki kanan)

Kemudian, peserta bersalaman dan berkenalan untuk menambah kemesraan dan kejelekitan antara satu sama lain. Perubahan tempat mengikut beberapa kriteria berjaya mencampur adukkan peserta. Ditambah pula dengan aktiviti berkumpulan iaitu bergerak berdasarkan rempit dan membuat gulungan ubat nyamuk. Aktiviti untuk malam pertama BIG diakhiri dengan nyanyian lagu dan nasyid Senyum. Sebelum bersurai jam 10.30 malam, setiap unit diberi kain putih untuk membuat logo dan moto kumpulan. Pada 11 Disember 2009 (Jumaat), jam 7.00 pagi peserta berkumpul di Dewan Besar IPT.Bermula dengan pembentangan logo dan moto kumpulan. Unit Kajian Sosial - moto Hidup Harmoni berlambangkan genggaman tangan Unit Sains - moto Ariviyalahlar lambang simbol Sains Unit Matematik - moto 1 Semua lambang simbol Matematik Unit RBT - moto REBET

Selepas itu, perlantikan penghulu dan penghuluwati dibuat. En Kamarurzaman (Unit RBT dan Pn Norhayati bt Husin (Unit Matematik) dilantik sebagai penghulu dan penghuluwati. Jam 7.45 pagi, semua peserta menaiki 3 buah bas menuju ke Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Perjalanan memakan masa hampir sejam memandangkan keadaan lalu lintas yang sibuk.Setiba di Pusat Kokurikulum kami berkumpul di dewan. Di sana kami diberi cadar dan sarung bantal. Selepas itu kami mengambil tempat di dorm.Kemudian kami menikmati sarapan pagi sebelum berkumpul di dewan semula. Jam 9.00 pagi taklimat diberi oleh En Hashim b Misron selaku Kem Komandan. Guru-guru dibahagikan kepada 2 kumpulan (Kumpulan 1: Kajian Sosial dan Sains, Kumpulan 2 : Matematik dan RBT). Pada sesi pagi, Kumpulan 1 menjalani aktiviti Kembara manakala Kumpulan 2 mengikuti aktiviti Water Confident .Kami berkumpul di astaka untuk mendapatkan tugasan berdasarkan ceckpoint. Terdapat lima chekpoint:

Checkpoint 1 : Menyanyikan lagu Guru Malaysia Petunjuk : Tempat menyeberangi sungai atau kawasan berair Jambatan

Chekpoint 2 : Tulis lirik lagu Berusaha Berbakti (Lagu IPG KP Teknik) Petunjuk : Pantun Kereta kuda

Chekpoint 3 : Bina 5 rangkap pantun bertemakan Tema Hari Guru Kebangsaan 2009 Guru Pembina Negara Bangsa

10

Petunjuk : Kawasan selamat Pondok Jaga

Checkpoint 4 : Membuat satu hantaran perkahwinan daripada bahan-bahan terbuang. Petunjuk : Tempat manusia melunaskan hajat. Tandas

Checkpoint 5 : Menulis Misi dan Visi IPG KPTeknik Misi - Melaksanakan sistem pendidikan guru yang berkualiti untuk melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dinamik dan inovatif bagi merealisasikan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Visi - Institut Latihan Perguruan Dalam Bidang Sains dan Teknikal Yang Cemerlang dan Bertaraf Dunia Petunjuk : Berhimpun di checkpoint 1 (astaka)

Di akhir aktiviti, kami telah berkumpul semula di astaka bersama unit Sains. Segala hasil tugasan diserahkan kepada En Khairul untuk dinilai.Setelah itu kami bersurai, peserta lelaki bersiap sedia untuk menunaikan Solat Jumaat. Sepanjang menjalani aktiviti Kembara bersama mentor Encik Hamid Tan, kami berasa sungguh gembira, kerana kami telah dapat memenuhi tugasan yang diberi dengan jayanya. Kerjasama dan peranan semua ahli kumpulan telah mengeratkan lagi hubungan antara kami. Semoga ikatan ini akan berterusan. Sebelum menikmati makan tengah hari, kami telah membuat persediaan untuk persembahan kebudayaan pada malamnya.Kami membuat latihan selama lebih kurang satu jam sebelum bersedia untuk aktiviti water confident. Tepat jam 3.00 petang, semua peserta telah bersedia untuk aktiviti kedua iaitu water confident. Kami berhimpun dan diberi taklimat di dewan oleh Puan Madznah bt Hassan sebagai jurulatih air sebelum bergerak ke tasik. Sesampainya di tepi tasik, doa selamat dibacakan oleh ahli kumpulan kami iaitu Encik Aznul khairi. Seterusnya kami melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum mengikuti aktiviti water confident. Penerangan cara mengapungkan diri di air diberikan sebelum melakukan amali secara berpasangan, individu dan berkumpulan. Setelah selesai, Puan Madznah meminta beberapa peserta untuk memberikan refleksi.Beliau gembira dan sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan. Aktiviti water confident ini amat bermakna dan memberi manfaat kepada kami.Di samping meningkatkan keyakinan diri, ianya dapat membina daya ketahanan mental dan fizikal.Selepas itu kami kembali ke dorm untuk bersedia bagi menunaikan solat Maghrib dan mengikuti kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ilias b Embong. Setelah menunaikan solat Isya berjemaah, kami berhimpun semula di dewan untuk persembahan kebudayaan.

11

Kehadiran Ustaz Hj Muaaz selaku Ketua Jabatan HEP dan pensyarah-pensyarah turut memeriahkan lagi Malam Kebudayaan.Persembahan dimulakan oleh Unit RBT dengan Dikir Barat, diikuti oleh Unit Matematik dengan tarian poco-poco.Unit Sains mempersembahkan Dikir Puteri dan diakhiri dengan persembahan nyanyian beramai-ramai oleh Unit Kajian Sosial. Semua persembahan dinilai oleh juri yang terdiri daripada urusetia program BIG. Keputusan diumumkan pada keesokan harinya. Suatu kejutan dilakukan oleh Puan Madznah apabila beliau mengumumkan terdapat peserta yang tidak berdisiplin dan mendapat penilaian rendah sepanjang program dijalankan.Beliau telah memanggil peserta tersebut untuk memberikan sebab mengapa peserta tersebut tidak boleh diambil tindakan.Keadaan di dewan menjadi hangat apabila peserta-peserta lain turut menunjukkan reaksi tidak setuju dengan dakwaan tersebut.Apabila Puan Madznah meminta Puan Jumiah membawa borang penilaian ke atas pentas, beliau telah membawa sebuah kotak yang rupa-rupanya berisi sebiji kek. Sebenarnya adegan tersebut hanya gimik untuk sambutan hari jadi peserta berkenaan dan beberapa peserta lain yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember. Suasana bertukar menjadi riuh rendah dan kembali gembira.Menurut urusetia, kejutan tersebut biasa dilakukan bagi mewujudkan suasana di luar jangkaan. Kami bersurai jam 11.00 malam. Keesokan harinya, 12 Disember 2009 merupakan hari terakhir Program Bina Insan Guru. Selepas Solat Subuh, peserta beragama Islam berpeluang mengikuti Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Ilias Embung. Seterusnya sebelum menikmati sarapan, peserta berkumpul di dewan untuk mengikuti senaman pagi.Senaman poco-poco dan kelenturan dikendalikan oleh Pn Jumiah.Kemudian, peserta dikehendaki menuliskan refleksi mengikuti program BIG untuk dikumpul dan dihantar kepada mentor. Upacara penutup dimulakan dengan ucapan perasmian penutup oleh Encik Hashim b Misron.Beliau memberi nasihat dan pandangan tentang bagaimana meningkatkan keprofesionalisme pendidik. Seterusnya beliau merasmikan penutupan program BIG. Pemenang mengikut kategori diumumkan: Pemenang persembahan - Unit Sains Pemenang aktiviti kembara Unit RBT Pemenang aktiviti water confident Unit Matematik Pemenang keseluruhan Unit Kajian Sosial Para pemenang menerima hamper yang ditaja oleh pihak pengurusan. Sebelum bersurai, peserta-peserta mengambil kesempatan mengabadikan kenangan indah di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur melalui sesi fotografi.Sebelum bertolak pulang, peserta diagihkan bungkusan makanan tengah hari. Jam 12.00 tengah hari, bas membawa kami pulang ke IPGMKP Teknik untuk meneruskan perjuangan sebagai peserta PGSR. Terima kasih kepada semua.

12

Anda mungkin juga menyukai