Anda di halaman 1dari 14

PRAKATA

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami Puan Zuraida binti Illias kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sehingga siapnya folio dinamika ini. Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan pada ahli keluarga yang banyak membantu dalam hal kewangan dan tenaga untuk membantu kami menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang banyak membantu dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar. Folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami, dan kami berharap pencapaian kami dalam matapelajaran ini akan bertambah baik. Semoga kerja khusus seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dinamika. Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan folio ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam folio ini.

BAB 1 : ISI TUGASAN 1.1 PENGENALAN

Semua tetamu yang hadir bagi majlis makan malam ataupun jamuan tengahari perlu mematuhi tatatertib dan sopan-santun yang diamalkan bagi menghormati majlis-majlis seperti itu. Banyak peristiwa yang tidak sewajarnya berlaku tetapi sudah menjadi semacam perkara biasa dalam majlis-majlis makan tersebut. Gaya kita makan menggambarkan peribadi kita. Makan bersama orang lain merupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa menikmati juadah.

1.2 TUJUAN KAJIAN 1. Memahami pengertian dan kepentingan adab dan tertib di meja makan. 2. Mengamalkan etiket di meja makan 3. Mempraktiskan adab dan tertib di meja makan dalam majlis rasmi, tatasajian barat, buffet dan bankuet.

1.3 KAEDAH KAJIAN RUJUKAN DI PERPUSTAKAAN INTERNET NOTA KULIAH

BAB 2 : LATAR BELAKANG TAJUK 2.1 PENGENALAN Etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ethos yang bererti karakter, watak kesusilaan atau adat kebiasaan di mana etika berhubungan erat dengan konsep individu atau kelompok sebagai alat penilai kebenaran atau evaluasi terhadap sesuatu yang telah dilakukan. Etiket adalah suatu sikap seperti sopan-santun atau aturan lainnya yang mengatur hubungan antara kelompok manusia yang beradab dalam pergaulan.

Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan peraturan menggunakan perlatan makan dengan betul. Terdapat juga tetamu yang melihat di antara satu sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk memulakan kerana bimbang tersalah ambil.Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau 2

tersalah cara, tetamu lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan dengan cara yang tidak sesuai.

Jika anda diundang ke sebuah jamuan formal, makan malam bersama pejabat misalnya, anda harus menyiapkan diri anda agar tidak kaku. Tidak ada salahnya anda mulai belajar etika di meja makan. Banyak orang yang tak menghiraukan etika dan sopan santun di meja makan, padahal jangan salah, banyak kontrak bisnes berjaya bermula dari meja makan. Jika anda mampu menunjukkan sopan santun di meja makan, sebenarnya secara tidak langsung anda menunjukkan intelektualiti anda. Oleh itu, kita mengetahui serba-sedikit mengenai etika di meja makan.

2.2 ISI 2.21 Tingkah laku di meja makan 2.22 Tatacara makan 2.23 Adab dan tertib 2.24 Kutleri

2.3 HURAIAN ISI 2.3.1 Tingkah laku di meja makan

2.3.1.1 Sebelum makan Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk anda. Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali di meja khas Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan setting) ambil napkin dan letakkan di atas riba secara perlahan (bukan dikibas). 3

Jangan mengalih, membelek-belek pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama dsb) atau menukar susunannya

Jangan lapkan pinggan/kutleri (menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak hotel) Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan

2.3.1.2 Semasa makan Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda. Minuman dihidang dari sebelah kanan. Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan. Peraturan menggunakan kutleri ialah dari luar ke dalam. Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat sekali Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.

Tulang ikan/biji buah-buahan seperti tembikai jangan diludahkan ke pinggan. Keluarkan dengan jari telunjuk dan ibu jari tanpa membuka mulut (kedua bibir dirapatkan) dan letakkan di tepi pinggan (boleh juga diluahkan secara perlahan-lahan ke atas sudu makan).

Jika hendak meninggalkan meja sebentar, pastikan hidangan di hadapan anda telah dinikmati. Dapatkan keizinan daripada tetamu semeja. Keluar ke sebelah kanan dan letakkan napkin di atas kerusi.

`Dessert dan kopi hanya dihidangkan selepas semua tetamu selesai menghadapi hidangan utama.

Jika memerlukan krim/susu dan gula untuk kopi, tuang krim/susu dahulu, kemudian gula dan kacau perlahan-lahan.

Sedapat mungkin, elakkan daripada merokok di meja makan, kecuali semasa menghadapi kopi (minta izin daripada tetamu lain dahulu).

Elakkan sendawa dan bersin di meja makan. Jika tidak dapat dikawal, tutup mulut anda dengan napkin, tunduk sebelah kiri dan bersin (atau cepat-cepat tahan nafas dengan memicit hidung).

Bercerita tentang makanan yang dinikmati selepas makan adalah tidak sesuai pada tempatnya.

Perbuatan suka mengambil souvenir dari meja makan sebaik-baiknya dihindari. Anda hanya boleh meninggalkan majlis selepas VIP meninggalkan majlis. Letakkan napkin di atas meja (di sebelah kiri) sebelum anda meninggalkan majlis.

2.3.1.3

Perkara tidak dijangka berlaku di meja makan


5

Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan terbatuk Terjumpa benda ganjil dalam makanan Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan selera anda Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan lain terjatuh ke lantai Makanan dan minuman tertumpah di atas meja atau di atas riba anda atau ke atas riba orang yang duduk dekat anda

2.3.2 Tatacara makan 2.3.2.1 Tatacara Makan (Etika ketika menyentuh hidangan utama)

Makanan utama dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu di tangan kiri, Garpu dengan posisi telungkup.

Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih tetap di tangan kiri.

Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan. Sesudah selesai makan, pisau dan garpu hendaklah letakkan sebelah- menyebelah dengan posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula mengarah ke tengah

2.3.2.2 Tatacara Minum Sebelum minum, bersihkan terlebih dahulu segala minyak dan makanan yang melekat di bibir agar tidak meninggalkan bekas makanan, lemak di tepi gelas.

Jangan sesekali menggunakan air minuman untuk berkumur-kumur, dan elakkan timbul sebarang bunyi ketika kamu minum.

Kalau boleh jangan tinggal sedikit pun bekas lipstik di tepi gelas.

2.3.2.3 Faktor lain yang perlu diambil berat Mengunyah makanan haruslah dengan mulut yang tertutup agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Jangan bercakap dengan mulut yang dipenuhi makanan. Jangan menggunakan tangan atau sebarang pencungkil gigi. Sebaiknya ia dilakukan di bilik air.

Ketika di meja makan, jangan pula kamu bersolek dan mendandan rambut. Semua ini seeloknya dilakukan di toilet.

Elakkan merokok di meja makan. Untuk wanita pula, dinasihatkan memakai beg tangan yang bersaiz kecil agar mudah diletakkan atas riba.

2.3.3 Adab dan tertib

2.3.3.1 Adab dan Tertib di meja makan


Jika makanan tersekat di tekak menyebabkan anda tersedak, batuk atau bersin, palingkan muka ke tepi dan tutup mulut dengan sapu tangan. Kemudian telan seteguk air. Ini akan membantu melegakan tekak anda. Jika keadaan tidak berubah, beredar dari meja sehingga keadaan lega, barulah kembali ke tempat duduk tanpa rasa malu atau bersalah. Sambunglah makan semula. Jika menemui barang luar biasa dalam makanan seperti lalat, rambut, kuku dan sebagainya, cuba untuk tidak membuat kecoh sehingga rakan semeja terganggu terutama kalau anda makan di rumah kawan.

Jika makan di restoran, sebaik mungkin gunakan bahasa isyarat untuk menyatakan masalah anda: sebaiknya cuba maklumkan kepada ketua pelayan(pengurus restoran).

Jika anda tersuap makanan yang terlalu pedas atau panas, cepat-cepatlah teguk sedikit air sejuk. Jangan luah makanan tersebut, tetapi cuba menelannya perlahanlahan.

Kalau sukar juga ditelan makan luahkan perlahan-lahan dan cermat tanpa disedari oleh orang di sebelah anda. Gunakan sudu untuk menadahnya dan letakkan makanan itu di bahagian tepi pinggan anda.

Jika sesuatu barang terjatuh dari meja makan, cepat-cepat minta maaf dengan berkata, Maafkan saya.

Sekiranya yang terjatuh itu garpu, sudu atau pisau, cepat-cepat ambilnya semula dan minta garpu bersih yang lain.

Sekiranya yang terjatuh itu gelas lalu pecah atau terjatuh dan mengganggu suasana jika kita cuba mengambilnya, biarkan saja. Habiskan makanan dahulu. Kalau makanan atau air tertumpah tetapi tidak banyak, biarkan dahulu.

Kalau tertumpah banyak, eloklah cuba mengemaskannya dahulu. Paling penting, lupakan kejadian itu secepat mungkin. Jangan simpan rasa bersalah sehingga menjejaskan selera. Teruskan menikmati makanan dengan selesa.

Jika dihidangkan makanan yang tidak digemari, katakan tanpa memberi alasan lain.

terima kasih sahaja

2.3.4.1 Tata cara penyusunan peralatan makan yang lazim digunakan 8

2.3.4 Garpu-g Kutleri 2.3.4.2 Susunan Meja (Barat)

A. B. C. D. E. F. G. H. I. J. K. L. M. N.

Napkin Piring utama Mangkuk sup Piring roti dan mentega dengan pisau roti Gelas air Wain putih Wain merah Garpu ikan Garpu utama Garpu salad Pisau utama Pisau ikan Senduk sup Senduk makanan pencuci mulut dan garpu kuih

2.3.4.3 Panduan Menggunakan Pisau Sudu Garpu dengan Betul Susunan Pisau Sudu Garpu di Meja Makan Cara Barat (Makan Tengah Hari atau Makan Malam) Pisau mentega (diletak di atas piring layan untuk roti) Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan atau salad) 9

Garpu makan hidangan utama. Camca sedang dessert (jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan pisau makanan pencuci mulut ini).

Garpu sedang (desert) Gelas Napkin Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)

Sudu makan hidangan utama ( di Malaysia ia digunakan untuk nasi). Pisau hidangan pertama (juga untuk salad)

garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu.

Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring, sedang sendoknya menghadap ke atas.

Serbet diletakkan dengan terlipat rapi di atas piring utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan sudah di piring seperti di restoran serbetnya diletakkan di tempat piring ,atau di sebelah paling kiri dari letak garpu.

Berbagai gelas minum ( untuk air, anggur atau champagne dan sherry ) terletak berderet di sebelah kanan atas.

10

Piring mentega atau roti, dan beberapa tempat penyedap makanan berada di sebelah atas kiri.

Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang paling luar, dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita berada: sendok sop dulu, kemudian pisau ikan dan garpu, dan barulah pisau dan garpu utama.

2.4 CONTOH-CONTOH MAJLIS YANG MENGADAKAN JAMUAN MAKAN Majlis Kenduri Kahwin Majlis Makan Malam bersama VIP Jamuan Perpisahan Sambutan Hari Perayaan (rumah terbuka)

2.5 KESAN-KESAN/FAEDAH-FAEDAH MENGAMALKAN ETIKA DI MEJA MAKAN Dipandang baik oleh masyarakat sekeliling. Mengharumkan nama ibubapa. Disenangi oleh tetamu lain di meja jamuan. Menonjolkan nilai-nilai murni yang baik. Menjadi contoh teladan kepada orang lain untuk diikuti. BAB 3 : KESIMPULAN

RUJUKAN i. INTERNET 11

http://portal.kmpp.matrik.edu.my http://organisasi.org/etiket-etika-dalam-berkomunikasi-komunikasi-pengertianetika http://citarasawan.blogspot.com/2011/03/table-manner-adab-di-meja.html ii. RUJUKAN PERPUSTAKAAN Samsudin Wahab, Panduan Protokol & Tatatertib Majlis, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd,2007. iii. NOTA KULIAH Kolej Matrikulasi Kedah(KMK).

LAMPIRAN

12

Susunan peralatan bagi jamuan makan menu barat

Susunan peralatan bagi jamuan makan menu barat

Kedudukan pisau dan garpu yang


betul apabila selesai makan.

Kedudukan pisau dan garpu yang betul apabila selesai makan.

Kedudukan pisau dan garpu yang tidak betul apabila selesai makan.

Jenis-jenis lipatan napkin

13

Jenis-jenis kutleri

14