Anda di halaman 1dari 3

TEATER MEMBACA Lakonan - Kisah NasibTiga Sahabat Di sebuah rumah yang tersergam indah di pinggir bandar, tinggallah tiga

ekor binatang peliharaan kepunyaan tuan rumah yang merupakan seorang yang sangat kaya. Di dalam sangkar yang besar dan mewah, di situlah tempat tinggal Si Burung Tiung yang pandai menyanyi, di dalam akuarium yang serba canggih pula yang seolaholah berada di dasar laut itu, disitulah tempat tinggal Si Ikan Emas yang telah tua dan Si Kucing Parsi yang bebas ke sana ke mari di dalam rumah besar itu. Setiap hari ada sahaja perbualan mereka bertiga ini. Pada suatu hari, ketika Si Burung Tiung sedang berbual dengan Si Kucing Parsi, mereka tersedar akan perubahan Si Ikan Emas yang terdiam sejak dari mula lagi. Inilah kisah mereka. Burung Tiung : Wahai sahabatku si Ikan Emas, mengapa engkau berdiam diri sahaja? Kamu tidak sihatkah? Ikan Emas Kucing Parsi Ikan Emas : Aku sedang bersedih ni. ( sambil menangis ) : Mengapa engkau bersedih, ikan? : Malam tadi, aku terdengar perbualan tuan kita dan isterinya. Mereka hendak pindahkan aku ke dalam akuarium yang kecil dan sempit itu. ( sambil menunjukkan ke arah akuarium kecil itu ) Tempat ini akan digantikan dengan Si Ikan Kelisa. Kucing Parsi : Aduhai, malangnya nasib engkau wahai ikan ! Aku rasa, akulah haiwan yang paling bertuah di sini. Setiap pagi tuan kita akan memeluk-meluk dan mengusap-usap badanku yang gebu ini. Kelihatan dirinya sangat gembira bermain bersamaku. Burung Tiung : Sombongnya engkau si kucing, tidak baik engkau berkata begitu di hadapan kawan kita yang sedang bersedih itu. Tidakkah engkau merasa kasihan dengan nasib si ikan? Ikan Emas : Tidak mengapalah Tiung. Aku sedar dan harus belajar menerima hakikat

bahawa ada masa kita disayangi dan ada masanya kita dipinggirkan. Aku akan cuba biasakan diri di tempat baru. Kucing Parsi : Maaflah ikan, tetapi engkau kena terima hakikat ini. ( masih dengan nada sombong ) Burung Tiung : Baguslah ikan, jika engkau boleh menerima keadaan ini. Memang agak sukar pada mulanya tetapi lama-kelamaan, engkau akan dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru nanti. Ikan Emas : Terima kasihlah Tiung.

Burung Tiung : Sama-samalah Ikan. Hari ini hari awak, esok lusa siapa tahu kami pula yang akan bernasib malang. Cuma berharap janganlah kita semua ditimpa musibah. Kucing Parsi : Wahai Tiung dan Ikan, aku tetap yakin bahawa aku akan sentiasa bernasib baik. Bila aku sakit, cepat-cepat tuan kita bawa aku ke klinik haiwan. Bahkan dia sanggup berbelanja beratus-ratus ringgit untuk memastikan aku kelihatan sihat dan cantik. Burung Tiung : Suka hati engkaulah kucing. Baguslah jika engkau rasa engkau sentiasa bernasib baik. Ikan Emas : Engkau memang haiwan yang bertuah kucing.

Dengan bangganya kucing mengakui hakikat tersebut setelah dipuji oleh dua sahabatnya. Namun begitu, ternyata nasib kucing sebenarnya malang kerana beberapa hari kemudian ia telah mati kerana dilanggar kereta yang dipandu oleh anak tuannya. Berlainan pula dengan nasib si Ikan Emas kerana tuannya tidak jadi untuk memindahkan ia ke akuarium yang lebih kecil dan sempit. Begitulah kisah tiga haiwan peliharaan tuan rumah di sebuah rumah mewah di pinggir bandar.

Anda mungkin juga menyukai