Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUSUN

TEKS BACAAN DOA


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012
_____________________________________________________________

SESUNGGUHNYA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012 PADA HARI INI,


BERTUJUAN MEMBINA IKATAN UKHWAH SESAMA KAMI, MEMBINA
JALINAN MUAFAKAT YANG SUCI, SERTA MEMBINA JATIDIRI, AGAR
MENJADI WARGA NEGARA YANG KENAL HATI DAN BUDI.
KURNIAKAN KAMI KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL, JAUHILAH KAMI DARI
SEBARANG BAHAYA, LINDUNGILAH KAMI SETIAP MASA, HANYA PADAMU
YA ALLAH KAMI BERSERAH.




YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI MENADAH TANGAN MEMOHON PADAMU, AMPUNILAH DOSA KAMI DAN DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI,
KASIHANILAH MEREKA SEPERTIMANA MEREKA KASIHKAN KAMI, SEJAK
KAMI KECIL SEHINGGA KINI.
KAMI BERHIMPUN PADA PAGI INI KERANA-MU YA ALLAH, UNTUK MENGISI
SELURUH RUANG HIDUP KAMI DENGAN IBADAH KEPADA-MU.
SESUNGGUHNYA SOLAT DAN IBADAH KAMI, HIDUP DAN MATI KAMI
SEMATA-MATA HANYA UNTUK-MU.


KAMI MEMOHON PADAMU, JAUHI DARI SEGALA ANGKARA
KEMURKAANMU, PELIHARALAH AKHLAK KAMI SETIAP WAKTU,
HINDARKAN KAMI DARI SIFAT LALAI YANG MEMBAZIR WAKTU,
BIMBINGLAH KAMI KE JALAN KEREDHOANMU.


BERKATILAH USAHA-USAHA KAMI, MUDAH-MUDAHAN SEKOLAH INI AKAN
MENJADI SEKOLAH YANG LEBIH CEMERLANG, TERBILANG, SEKOLAH YANG
DISEGANI DAN DIHORMATI, SEKOLAH YANG AKAN MELAHIRKAN PELAJARPELAJAR YANG GEMILANG DALAM ASPEK KURIKULUM MAHUPUN KOKURIKULUM SERTA BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.


.


.
.

SMART KREATIF SISTEMATIK DINAMIK MEREKAYASA KEGEMILANGAN