Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA, MANJUNG RAYA 32040 SERI MANJUNG , PERAK .

LAPORAN POST-MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 SUBJEK : SAINS TINGKATAN 1 LATARBELAKANG Pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang mengambil Peperiksaan Akhir Tahun Sains adalah seramai 239 orang pelajar .Semua pelajar hadir. Topik yang dinilai dalam peperiksaan akhir tahun ialah dari bab 1 hingga bab 7. ANALISA KEPUTUSAN A B C D E Lulus Gagal GPMP Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 239 239 0 3 1.26 18 7.53 39 16.32 41 17.15 138 57.74 101 42.26 138 57.74 4.23 Dari keputusan yang direkodkan diatas didapati bilangan pelajar yang tidak lulus melebihi bilangan pelajar yang lulus. Keputusan ini perlu diperbaiki supaya target kelulusan 100% subjek Sains dari segi kuantiti dapat dicapai. Target untuk mencapai 30 pelajar cemerlang Sains dari segi kualiti untuk tahun 2011 iaitu pencapaian A masih jauh dari sasaran. MASALAH YANG DIKENALPASTI 1. Pelajar -pelajar lemah masih kurang membaca untuk memahami konsep dan mengingati fakta-fakta penting dalam Sains. 2. Pelajar-pelajar sederhana masih belum cukup membuat ulangkaji dalam bentuk soalan latihan-latihan topikal . 3. Pelajar-pelajar tidak memahami kehendak soalan disebabkan aras soalan dan bahasa agak tinggi . LANGKAH-LANGKAH YANG AKAN DIAMBIL i. Memberi nota-nota ringkas kepada pelajar supaya senang dibaca dengan menggunakan teknik yang pelbagai.Contoh peta minda, melukis rajah dan melabel dengan betul, memberi penekanan istilah dan latih tubi yang lebih giat (soalan tingkatan 1 dan 2 dan menjawab soalan WAJA. ii. Memberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan yang betul berbentuk bengkel dan motivasi. iii. Menjawab soalan-soalan berkaitan sains dalam bentuk rekreasi minda. iv. Membekalkan set soalan-soalan untuk dibuat di rumah. PENUTUP Adalah diharapkan langkah-langkah yang akan diambil ini dapat dijalankan agar dapat meningkatkan keputusan dan pencapaian cemerlang Sains dan peratus lulus dalam PMR akan datang. Disediakan Oleh: Disemak oleh: (Pn Shamsidar Bt Ramli) Disahkan Oleh: .. (Pn Rusina Bt Abdullah)

........................................ ( Pn Haslina Bt. Abd Hamid)