Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Kursus ini adalah kursus pilihan kraf yang wajib diambil oleh pelajar dan pelajar harus memilih tiga sahaja studio yang mereka mahir dan minat untuk belajar. Jadi dalam kelas Kraf Logam ini mendedahkan pelajar tentang asas-asas dalam menghasilkan karya seni menggunakan logam dan juga tembaga. Hal ini demikian kerana teknik-teknik yang digunakan ini adalah teknik asas dalam melakukan kerja karya logam yang seterusnya. Jadi secara tidak langsung pelajar dapat memenuhi kehendak university dalam mempelajari kursus wajib dalam kos Pendidikan Seni ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan supaya dapat memberikan pelajar tentang pendedahan awal mengenai kraf tembaga. Kajian yang dijalankan amat berguna kepada pelajar dalam melakukan kerja amali nanti. Jadi sedikit sebanyak kajian ini membantu pelajar tersebut. Selain itu juga pelajar ini dapat mengenal pasti akan jenis-jenis teknik yang digunakan dalam kraf ini serta perlatan-perlatan yang digunakan dan pelajar dapat mengenal pasti peralatan tersebut dan membiasakan diri mereka dengan perlatan tersebut. Jadi secara tidak langsung pelajar lebih bersedia dalam memasuki alam kraf logam terutama tembaga ini dan pelajar tidaklah mempunyai zero maklumat tentang seni tradisi inni.

SEJARAH KRAF TEMBAGA


Pengenalan di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecahpecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

Ukiran Tembaga
Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi. Sekitar 4500 kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah. Campurai atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesankesan kerja pengacuan gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son, Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. Di Malaysia, artifak gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu. Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga'.

PROSES PEMBUATAN
Di samping warnanya yang lebih menarik, tembaga cair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ini menjadikan tembaga lebih mudah dibentuk. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu acuan penghapusan lilin dan goresan timbul.

Acuan Penghapusan Lilin.


Teknik ini boleh dibahagikan kepada empat langkah; 1. Pembentukan - proses membentuk kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk dan corak barang yang akan dihasilkan. 2. Membuat Acuan - Proses membuat kelonsong atau teras bentuk barang yang diingini. Acuan dicelup ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian lilin dilarik supaya seimbang dan sama rata, sesuai dengan bentuk luar barang itu. Lilin yang telah siap dilarik, ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus. 3. Lebur/Menuang - Proses mencairkan campuran logam dan memasukkannya ke dalam acuan. Tembaga dileburkan di dalam bekas khusus menggunakan api dapur yang dipanggil relau. Api relau juga digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus. Lilin cair itu dituang keluar, meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Dalam satu variasi teknik ini, lilin acuan dibalut dengan campuran tanah liat, pasir dan sekam padi. Apabila acuan dibakar , lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut itu. Cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan itu dan ditinggalkan hingga sejuk dan membeku. Kemudian, tanah liat yang dijadikan acuan itu dipecahkan untuk mendapatkan barangan tembaga yang masih kasar permukaannya. 4. Mencuci/menggilap - Proses ini melibatkan kerja-kerja pengemasan yang merangkumi mencuci, memateri,mengikis dan menggilap. Tompok-tompk hitam dan logam yang berlebihan pada barang yang dikeluarkan dari acuan, dikikis hingga bersih. Ciri-ciri yang tidak dapat dibentuk di dalam acuan, dipaterikan. Kemudian barang itu digosok dengan kertas pasir dan digilap dengan sejenis kimia yang memberikan kemasan halus dan berseri.

Goresan/ukiran timbul
Goresan/ukiran timbul satu lagi teknik kerja kraftangan tembaga ialah teknik ukiran timbul atau tooling. Dalam teknik ini, kepingan tembaga ditekan supaya alat runcing yang tumpul supaya permukaannya timbul, membentuk gambaran yang dikehendaki. Ruang yang tenggelam itu kemudian diisikan dengan sejenis gala yang mengeras dan memastikan gambaran yang terhasil tidak kemek.

Alat dan Proses Kelengkapan utama yang diperlukan untuk kerja mengukir tembaga ialah penukul kayu, gunting, set alat pengukir, penggilap dan cat gelap. Proses mengukir melibatkan langkah berikut: 1. Rekacorak yang ingin dihasilkan dilukis selengkapnya di atas kertas. Kemudian rekacorak itu dipindahkan ke kepingan tembaga samada dengan menekapnya atau dengan membuat lukisan bernisbah, mengikut saiz yang diperlukan. 2. Kepingan tembaga yang tertera dengan rekacorak, diletakkan di atas sehelai kain selimut atau beberapa helai kertas yang dibentangkan di atas permukaan rata. Alas kain atau kertas ini membolehkan permukaan tembaga yang ditekan atau diketuk tenggelam tetapi tidak mencalarkan permukaan di sebaliknya. 3. Dengan gaya memahat, penukul dengan cermat diketukkan ke kepala alat ukir, hingga permukaan keping tembaga perlahan-lahan lekuk. Kemudian bahagian yang lekuk itu diisikan dengan bahan lepa. Sekarang, biasanya simen digunakan sebagai bahan lepa, tetapi dahulu gala dempul lebih kerap digunakan. Dempul ialah campuran kapur dan minyak jarak. 4. Apabila lepa kering, cat gelap disapukan pada seluruh permukaan rekacorak. Kemudian, setelah cat kering, rekacorak itu digilap. Dalam proses ini, bahan penggilap disapukan pada bahagian-bahagian tertentu untuk menanggalkan cat dan menyerlahkan warna dan cahaya tembaga. Apabila siap, kepingan tembaga hasil kraftangan dibingkaikan. Penggunaan

KEMASAN
Semua barang yang telah siap digilap diperiksa untuk memastikan tiada kecacatan. Jika terdapat lubang halus, misalnya, lubang itu ditampal dengan timah hitam. Biasanya bahan-bahan tembaga dihiasi dengan biku-biku di kelilingnya. Motif yang popular banyak yang berbentuk geometri, awan larat dan bunga-bungaan. Untuk rekacorak yang lebih halus dan rumit, kaedah goresan timbul atau etching digunakan. Mula-mula rekacorak itu dilukis dan diambil gambarnya. Kemudian negatif gambar itu disalutkan selapis kimia khusus dan diturunkan ke atas permukaan tembaga. Biasanya hasil kraftangan ukiran tembaga ialah tulisan khat berupa ayat al-Quran yang dipamerkan di dinding-dinding dan ambang pintu masjid dan rumah. Selain itu, ukiran tembaga juga digunakan sebagai mural atau lukisan dinding untuk menghias pejabat, atau sebagai plak untuk memperingati sesuatu acara.

MOTIF DALAM KRAF TEMBAGA


Motif Flora
Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan tembaga ialah: Bunga Mentari Bunga Padi Bunga Kiambang Bunga Senduduk Bunga Teratai Bunga Dahlia Bunga Langsat Bunga Mawar Bunga Orkid Bunga Kelambu Bunga Manggis Bunga Melur Bunga Raya Bunga Baling Motif Flora

Tukang-tukang tembaga Melayu menggunakan alam tumbuhan yang dilihat dalam alam sekelilingnya sebagai sebagai asas untuk menghasilkan satu rekacorak. Tumbuhan-tumbuhan yang biasa digunakan adalah dari kumpulan yang hidup menjalar dan boleh dijadikan sayur atau ulam seperti; Daun Sembung Bidadari Pucuk Kangkung Daun Dalur Pucuk Paku Daun Sekati Lima Sulur Kacang Botol Daun Labu Sulur Kacang Panjang Daun Kundur Buah Cili Pucuk Petola

Motif Fauna
Kadang-kadang terdapat juga motif-motif rekacorak yang menggunakan bentuk-bentuk haiwan. Bagaimanapun motif-motif seperti ini tidaklah digambarkan dalam bentuk yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang yang digunakan dalam rekacorak ukiran tembaga masyarakat Melayu ialah binatang ternakan seperti ayam dan burung. Disamping motif binatang terdapat juga motif serangga dalam rekacorak pertukangan tembaga ini. Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah ; Gajah Burung Kuda Jari Lipan Ikan Belanak Rama-rama Patung-patung Kumbang Lalat/lebah

Rekaan corak ini adalah amat sinonim dengan masyarakat Melayu terdahulu yang cukup mementingkan alam sekitar dan kehidupan faunanya yang cukup pelnagai dan berwarna-warni. Sifat mencintai alam semulajadi ini telah mereka zahirkan dalam karya seni mereka dan seterusnya menjadikan salah satu motif pilihan dalam masyarakat sekarang.

CONTOH JENIS HASIL BARANGAN SENI TEMBAGA

Anda mungkin juga menyukai