Anda di halaman 1dari 22

PRAKATA

Seni itu adalah sesuatu yang indah. Ianya berkait rapat dengan naluri keinginan manusia yang mahukan sesuatu yang indah di pandangan mata. Daripada sekecil-kecil anak sehingga ke datuk nenek. Semuanya mahukan yang cantik belaka. Memandang cermin mengatakan diri cantik dan lawa usah dikata. Untuk kelihatan cantik sanggup berhabis modal ke salon kecantikan mendandan diri. Segala yang dimiliki pastinya mahukan yang indah belaka. Pakaian mahu cantik dan kemas. Busana sana, busana sini. Kereta mahu yang hebat. Kenderaan antik

digayakan sana sini. Rumah bagaikan mehligai. Luar dengan landskapnya, yang dalam dengan interiornya. Yang tidak memiliki hanya mampu berangan, kalau aku ada duti banyak akan ku bina mahligai yang lebih indah daripaa itu. Bahkan segalanya dalam kehidupan ini mahukan yang indah belaka. Untuk memenuhi keinginan inilah, manusia sanggup berkorbann wang ringgit, tenaga, masa dan segalanya. Untuk memenuhi segala keinginan ini juga mewujudkan

banyak peluang pekerjaan dan pendapatan kepada sesiapa yang memiliki kemahiran melaksanakan keinginan di bidang masing-masing. Begitulah seni, kepentingannya dalam

kehidupan tidak dapat disangkal lagi. Seni merentas kehidupan.

Di sekolah, Seni merentas kurikulum. Ini kerana Setiap mata pelajaran memerlukan seni. Sebagai satu contoh, guru meminta pelajarnya melukis peta, mengindah dan mencantikkan kelas dengan carta-carta bergambar. Guru membuat alat bantu mengajar, dan sebagainya. Ini semua memerlukan kemahiran seni. Tetapi ada juga di kalangan manusia yang tidak sedar akan hakikat ini. Di sekolah, mata pelajaran pendidikan seni visual dianggap sesuatu yang remeh. Pendidikan seni visual bagaikan mata pelajaran tempelan, kerana apa??? Kerana di peringkat awal tidak dimasukkan di dalam peperiksaan awam. Mungkin juga sijil peperiksaan awam yang

menunjukkan calon yang mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masih kurang hebat berbanding calon yang mendapat A dalam bidang sains dan matematik. Kalaulah semua orang tahu bahawa Leonardo Da Vinci, pelukis potret Monalisa yang hebat juga adalah seorang yang hebat dalam bidang ciptaan sains dan rekacipta. Bukankah ini menunjukkan bahawa seorang artis dengan pemahaman dan penghayatan seninya mampu menjadi seorang saintis dan pereka cipta. Namun, kini manusia sudah ada yang berfikiran terbuka. Mereka sudah nampak bahawa bidang seni visual ini boleh mendatangkan dan menjana pendapatan yang lumayan. Kini, anakanak sudah dihantar tusyen seni visual. Susah ada university khas intuk bidang seni visual yang tentunya pengambilannya memerlukan pelajar yang sudah ada kemahiran asas seni. Graduangraduan seni visual sudah benyak yang diperlukan seperti dalam bidang pengiklanan, penerbitan, akhbar dan majalah, seni hiasan dalaman dan landskap dan sebagainya. Ibu bapa sudah

membuka mata kepada bidang yang dulunya dianggap terpinggir ini. Diharap, pada masa akan datang, bidang seni visual ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat. Wassalam

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


PENGERTIAN SENI VISUAL

Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala. Satu lagi pentaksiran membawa tentang seni yang membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah. Indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau

pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam AlGhazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. SENI SECARA UMUMNYA Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni lakonan, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraft, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang meliputi seni lakonan, seni suara, seni tari dan sebagainya. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen , puisi skrip drama dan

sebagainya. Manakala seni visual / tampak meliputi seni kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya. Visual atau tampak secara termologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Untuk itu, yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dillihat tetapi perlu difahami

maknanya atau setidak-tidaknyateknik membuatnya, siapa yang membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsure-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri daripada harmoni, kepelbagaian, kontra, imbangan, penegasan,

pergerakan /irama dan kesatuan . Juga termasuk bahan dan alat, teknik dan gayaan, termologi tau symbol. Komunikasi ini akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai

sepenuhnya oleh individu atau meayarakat.

KONSEP SENI VISUAL Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression), pengalaman dan sensasi visual sentuh, 2-D dan 3-D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, firm, content, benda-subjek, objek, berfungsi/kegunaan, nilai estetika, cirri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan pelbagai aspek lain.

PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.

I) Pengkaryaan Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca. II) Perekaan Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan seni bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal, proses mereka bentuk
6

dalam Pendidikan Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti Pengenalpastian masalah

Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos dan pembuatan serta pelbagai sumber. Idea dan cara penyelesaian dilakukan secara lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya. Perkembangan memperincikan idea bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi lebih jelas.

Proses membuat. Proses dan teknik. Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan. Mencuba. Membuat rumusan.

Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses tersebut juga, inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat dilahirkan dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan dalam bentuk visual secara manual, pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya. Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan, analisis logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.
8

SENI SEBAGAI SATU ALAT KOMUNIKASI (Komunikasi visual) Seni sebagai satu alat komunikasi merujuk kepada komunikasi visual. Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual menjurus kepada perhubungan kepada masyarakat melalui karya seni visual itu sendiri. Komunikasi visual itu terdiri daripada dua tumpuan utama, iaitu rekabentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik merupaka proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, buliten, poster, papan tanda dan lain-lain komunikasi visual. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi yang berkesan. Istilah grafik merujuk kepada perkataan Greek iaitu Graphikos yang membawa maksud `lukisan atau catan. Grafik boleh didefinasikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2-D) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada masyarakat. Grafik merujuk kepada gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau warna warni iaitu bahan yang meringkaskan meklumat, memaklumkan fakta atau idea dengan jelas, berkesan melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar. Kesimpulannya, grafik kepelbagaian visual bukan unjuran (non projected visual), bahan bukan fotografi, bahan dua dimensi (2-D) yang direka bentuk khusus melalui kombinasi lukisan , perkataan, symbol dan gambar untuk menyampaikan mesej, idea, fakta dan maklumat. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satu bentuk seni untuk

mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual dengan menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer. Penggunaannya diperjelas dalam

pengiklanan, percetakan, penerbitan dan industri perkomputeran. Reka bentuk grafik terdiri daripada: poster, simbol, logo dan mascot, kalligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik

persekitaran, ilustrasi dan komputer grafik.


9

Manakala multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatau

persembahan.

Multimedia juga menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi. Ini merujuk kepada penggunaan internet. Multimedia juga terdiri daripada beberapa elemen iaitu: teks, grafik, animasi, audio dan video.

SENI VISUAL SEBAGAI EKSPRESI (Luahan Perasaan) Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi I) Peranan psikologi Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati) Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

10

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi Peranan seni visual dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan seni visual

11

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara. Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. Rumah rakit- Kuala Lipis Propaganda- Seni visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.Poskad kepada dunia (1990)
Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

Spiritual Seni visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

12

Pengeluaran- Hasil seni seni visual berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket Pemujukan- Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan. KEMAHIRAN Setiap hasil seni visual atau produk seni ada agen yang mewujudkannya. Agen itu dikenali sebagai pengkarya, pelukis atau pandai tukang. Tanpa agen ini tiada produk seni. Setiap pengkarya memerlukan kemahiran dan kepandaian. Berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman, pengkarya dapat menghasilkan hasil karya yang dapat memenuhi nilai estetika dan seterusnya dapat disampaikan kepada masyarakat. pembelajaran, pengamatan, latihan Kemahiran ini dapat dipupuk melalui pengalaman.

dan seterusnya dapat menghasilkan

Berdasarkan kepada pembelajaran, kemahiran dapat dibentuk dengan latihan dan penerokaan yang menjurus kepada kepelbagaian penghasilan hasil seni yang dapat membawa kepada penghasilan karya yang dapat memenuhi selera dan kehendak masyarakat.
13

ESTETIKA Seni visual juga difahami sebagai sesuatau yang mempunyai nilai estetika . Menurut Herbert Reed, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekan aspek kegunaan.

KREATIVITI Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu pelajar untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses berbanding dengan hasilan akhir. Diperingkat awal, proses ini amat penting untuk membentuk kemahiran pelajar. Segala proses hendaklah diperhalusi agar dapat membentuk pengkarya yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Pelajar dibimbing agar dapat membentuk kreativiti sendiri dengan diberi kebebasan dalam memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan minat, tahap serta gaya masing-masing dengan bimbingan tenaga pengajar agar segala ilmu dapat diperolehi bagi menyabung kesinambungan seni vsual itu sendiri disamping dapat mengasimilasikan dengan kaedah baru.

14

PERTIMBANGAN DAN KESEDARAN Pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni Daripada pengalaman langsung dan pengalaman intelektual ini pelajar dan pengkarya dapat memperoleh kesedaran tentang perlunya seni yang dikatakan sebagai `Seni Merentas Kehidupan

PEMBANGUNAN MANUSIA MATLAMAT Matlamat pembangunan seni visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

15

OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, 3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk

16

memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembanganperingkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria
17

penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

18

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KESIMPULAN Seni visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh sebahagian masyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam pembentukan diri manusia. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya mementingkan

pendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam peperiksaan awam sahaja. Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni terutamanya seni visual sangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar aspek kehidupan terbabit

dalam bidang seni. Bermula dari pembentukan lambang kanak-kanak, pra-tulisan, pembinaan tulisan cantik, melukis peta dan gambar-gambar dalam semua mata pelajaran sehingga membawa keseluruh kehidupan, manusia memerlukan kemahiran yang ada dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk memartabatkan seni lebih jauh lagi di mata masyarakat.

19

REFLEKSI
Seni adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan. Banyak perkara yang kita lakukan sehari-hari yang membabitkan bidang seni. Tentang pakaian kita, tempat tinggal kita, kenderaan dan sebagainya. Dalam pendidikan, seni memainkan peranan yang sangat besar. Dalam pada pelajar menimba ilmu, dalam pada guru memberi ilmu, banyak bidang yang

berkaitan dengan seni. Sebagai contoh, guru yang mahu mengajar pelajar sesuatu tajuk dalam salah satu mata pelajaran yang memerlukan beliau melakar, melukiskan di papan tulis untuk memberi gambaran kepada pelajar, atau murid yang diberi latihan melukis peta untuk mata pelajaran kajian tempatan dan sebagainya, sangat memerlukan kemahiran seni untuk menyiapkan tugas. Bukan sahaja sebahagian manusia, sedar ataupun tidak bahkan setiap manusia

memerlukan malah menggunakan elemen seni dalam kehidupan. Bertitik tolak daripada kefahaman yang mana setiap manusia memerlukan dan menggunakan seni dalam kehidupan, maka setiap manusia harus mempunyai ilmu tentang seni. Bermula dari zaman persekolahan lagi pelajar didedahkan dengan ilmu seni untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran lain. Pada mula saya mendapat tajuk untuk tugasan ini, saya berasa agak tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya dikehendaki oleh soalan untuk saya siapkan tugasan saya ini. Kami tidak diberikan garis panduan atau modul, begitu juga dengan pensyarah kami iaitu En. Ramlan b. Abd. Manaf. Namun berdasarkan pengalaman beliau sebagai pensyarah, maka dapatlah kami gambaran tentang kehendak soalan. En. Ramlan banyak membantu dalam saya memahamkan kehendak tugasan. Penerangan beserta contoh yang beliau
20

berikan beserta contoh serta

gambaran kehendak tugasan dapat membuka minda saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Bebanan yang begitu berat sebelum ini terasa telah dapat diringankan oleh beliau. Saya memulakan tugas pencarian bahan dengan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini di perpustakaan daerah Teluk Intan. Keahlian perpustakaan saya yang telah lama mati saya hidupkan kembali. Beberapa buah buku saya pinjam untuk saya gunakan sebagai rujukan saya. Selain itu, saya juga mengakses internet. Banyak juga bahan yang boleh saya dapati daripada internet untuk saya muatkan dalam tugasan saya ini. Namun, apa yang saya dapati dalam saya menyiapkan tugasan ini selain untuk mendapatkan bahan untuk tugasan, saya semakin mahir dalam melayari internet. Selain itu, bantuan daripada rakan-rakan seangkatan juga banyak membantu saya dalam saya menyiapkan tugasan ini. Terutamanya En. Saiful Nizam b. Sayuti yang menjadi tempat saya bertanyakan tentang laman web yang boleh saya akses dalam pencarian saya. Isteri saya juga banyak membantu saya mendapatkan bahan dengan membantu saya meminjam buku-buku daripada rakan sejawatnya di sekolah. Sekian, terima kasih.

21

RUJUKAN
1. Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali. 2004. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2. Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991. Sejarah Seni Dunia. BIROTEKS (Biro Penyediaan Teks). Institut Teknologi MARA. Shah Alam. 3. Mulyadi Mahamood. 1995. Seni Lukis Dalam Peristiwa. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. 4. Mulyadi Mahamood. 2000. Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad Ke 20. Univision Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 5. Muliyadi Mahamood. 2001. Seni Lukis Moden Malaysia. Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 6. Rahmat Salihon. 2008. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. 7. Zailani Yaacob, azimah A. Samah. 2006. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. 8. Zakaria Ali. 1989. Seni Dan Seniman. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

LAMAN WEB
1. http://nota senivisual.blogspot.com/ 2. http://esenivisual.blogspot.com/2008/08/konsep seni-visual-html 3. http://esenivisual.blogspot.com/2008_08_01_archive.html

22