Anda di halaman 1dari 4

Imbuhan kata nama bahasa Melayu Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan

sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan keAwalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar: penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi

pe(n)Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Awalan "pe(n)-" berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar: Fonem pertama Gugurk kata an? dasar /b/ mem/p/ men/c/ /d/ /j/ /sy/ Ya Tidak Tidak

Bentuk imbuhan

Contoh baris pembaris panah pemanah curi pencuri datang pendatang jahat penjahat syarah pensyarah

Huraian

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pempamer

/t/ (vokal) meng/g/ /k/ meny/s/ /l/ /m/ /n/ /ng/ /ny/ /r/ /w/ /y/ -

Ya Tidak Tidak Ya Ya

me-

Tidak

menge-

Tidak

Kecuali kata pinjaman dan tari penari sebilangan kecil kata jati Cth: pentadbir arah pengarah ganti pengganti Kecuali kata pinjaman dan karat sebilangan kecil kata jati pengarat Cth: pengkaji Kecuali sesetengah kata pinjaman sakit dan sebilangan kecil kata jati penyakit Cth: penstabil lambung pelampung makan pemakan nyanyi penyanyi rasa perasa wangi pewangi sah Untuk kata dasar satu suku kata pengesah sahaja.

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-gosok. Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja. peImbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut: perImbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-". juruAwalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contohcontohnya adalah seperti berikut: juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang juru- + akar kata: jurutera, jurumudi

Akhiran -an Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut. benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan benda kata dasar yang besar atau luas: lautan

Apitan ke--an Imbuhan apitan "ke--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan

pe(n)--an Imbuhan apitan "pe(n)--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pemeriksaan, pemilihan hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan

Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja. per--an

Imbuhan apitan "per--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pertandingan, pergeseran tempat: perumahan, perkuburan

Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.