Anda di halaman 1dari 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MENANGANI BUDAYA SONGSANG (2 MAC 2012 / 9 RABIULAKHIR 1433H)

Muslimin yang di Rahmati Allah, Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: MENANGANI BUDAYA SONGSANG. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Akhir-akhir ini kita dapati usaha-usaha terancang pihak-pihak tertentu bertujuan untuk mencabar dan menggugat kedaulatan Islam sebagai agama negara ini semakin giat dan menular dengan hebat. Ia bukan sahaja digerakkan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam negara dengan kemudahan dan sokongan media baru, malah gerakan ini juga mendapat sokongan kelompok liberal antarabangsa. Dalam kita bergelut menghadapi pelbagai permasalahan yang melanda umat Islam sama ada dari sudut kesatuan dan perpaduan, keruntuhan akhlak dan kelunturan nilai, keruntuhan iman dan kegoyahan keperibadian serta berbagai bentuk gejala sosial yang menggerunkan,
1

umat Islam juga berhadapan dengan suatu bentuk pemikiran baru yang memuja segala bentuk kebebasan secara melampau hatta dalam budaya atau orientasi seks pun mereka tidak mahu terikat dengan cara tabii manusia. Gerakan untuk mencabar keutuhan kesusilaan masyarakat timur yang berteraskan ajaran Islam yang bersifat syumul ini, dapat kita lihat dengan jelas menerusi penganjuran demonstrasi dan perhimpunan-perhimpunan yang mempromosikan budaya hidup bebas termasuk orientasi seks bebas secara melampau oleh kumpulan-kumpulan yang bertopengkan perjuangan Hak Asasi Manusia (HAM) dan perjuangan anti-diskriminasi yang dipelopori oleh NGO-NGO tertentu. Pada 17 Jun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia (HAM) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan satu resolusi berkenaan apa yang didakwa sebagai pencabulan hak asasi manusia berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender. Apa yang menjadi kebimbangan besar kita ialah kemudaratan yang akan diakibatkannya terhadap kelangsungan tamadun dan kehidupan beragama manusia. Sesungguhnya resolusi ini terhasil daripada tafsiran yang dangkal dan bertentangan sama sekali dengan fitrah seksual manusia, norma-norma kehidupan beradab serta menafikan peranan ajaran agama. Pada masa yang sama, ia menafikan pengaruh agama dalam menjamin kesejahteraan hidup manusia Muslimin Yang di Rahmati Allah, Penganjuran program-program seperti Seksualiti Merdeka yang sebenarnya sudah pun bermula sejak tahun 2008 yang bertujuan memupuk kesedaran dan memperjuangkan hak golongan yang mengamalkan orientasi seks dan memiliki identiti gender yang berbeza, iaitu lesbian, gay, biseksual, seks songsang dan beberapa kelompok seks songsang yang lain. Perjuangan atau gerakan seumpama ini pada dasarnya merupakan manifestasi ideologi humanisme sekular yang sekarang ini bergerak pantas didokong oleh arus pemikiran liberalisme atau budaya kebebasan secara melampau tanpa menghiraukan kepentingan umum. Di Negara ini kempen Seksualiti Merdeka telah mendapat bantahan secara besar-besaran dan akhirnya berjaya dihalang pelaksanaannya. -Alhamdulillah kita dapat menarik nafas lega buat seketika dengan rasa syukur tidak terhingga. Namun, larangan penganjuran program
2

tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan, peringatan, mahupun pengajaran apatah lagi kesedaran terhadap pihak penganjur. Malah mereka telah mengambil tindakan susulan dengan memajukan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dakwaan diskriminasi terhadap golongan minoriti ini, dan mengheret negara untuk memberikan penjelasan kenapa hak kelompok ini dinafikan. Amalan cara hidup sebagai lesbian, gay dan dwiseksual sebenarnya bertentangan dengan undang-undang dan normal agama dan moral di negara kita. Dalam Islam amalan tersebut adalah diharamkan sama sekali dan termasuk dalam golongan dosa-dosa besar. Firman Allah SWT di dalam surah al-Aaraf ayat 80 hingga 81:

Yang bermaksud: Dan Nabi Lut ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini {81} Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Sabda Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Ibn majah yang bermaksud: Sesungguhnya yang paling aku takuti menimpa umatku adalah perbuatan kaum Lut (Riwayat Ibn Majah). Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: Allah SWT melaknat sesiapa saja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (Riwayat Ibn Abas) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Penyertaan Malaysia dalam sesi persidangan ke19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Meneliti tindak balas serta tingkah laku kumpulan yang memperjuangkan hak-hak seks songsang, proses ini bakal dijadikan landasan bagi NGO-NGO HAM tempatan bagi mengambil kesempatan untuk terus mengelirukan dan mendatangkan kehancuran terhadap masyarakat. Hal ini khususnya melalui tekanan yang dikenakan terhadap Malaysia untuk tunduk dan mengikut apa yang kononnya dikatakan sebagai
3

international standards and laws bagi membenarkan amalan orientasi seksual dan identiti gender yang songsang serta bertentangan dengan syariah Islam, nilai tradisi masyarakat negara ini, dan semangat Perlembagaan Persekutuan. Mimbar ingin memperingatkan kepada perwakilan negara, bantahan mesti diberikan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Resolusi PBB tersebut. Manakala bagi rakyat atau masyarakat umum, mereka bertanggungjawab menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya bukan sahaja terhadap Resolusi PBB tersebut, tetapi terhadap sebarang usaha untuk mengetengahkan orientasi seks songsang ini sebagai suatu cara hidup masyarakat Malaysia. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Dalam Islam, setiap insan tidak memiliki kebebasan mutlak, bahkan setiap tindaktanduknya dibimbing oleh prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT. Hak yang digariskan dan dijamin oleh agama Islam sudah pastinya tidak sama sekali bertentangan dengan hak-hak Allah yang menjamin kepentingan dan kemaslahatan umum. Meneliti maksudnya yang terkandung dalam ajaran Islam, jelas menunjukkan bahawa sesuatu yang diperjuangkan sebagai hak mestilah sesuatu yang tidak sama sekali bertentangan dengan kebenaran, keadilan, kewajaran, dan kesesuaian dengan fitrah insan. Dengan kata lain, perjuangan menuntut hak bagi golongan yang mengamalkan orientasi seks di luar tabi`e sekali gus terbatal kerana ia mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan naluri murni manusia. Malah, ia sebaliknya mendatangkan kemudaratan, musibah, mala petaka, dan kehancuran terhadap segenap aspek dalam masyarakat. Orientasi seks luar tabi`e yang diamalkan oleh golongan ini bukan sahaja dilarang dan dikecam keras oleh agama Islam tetapi juga oleh agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Buddha, dan Sikh. Dengan mengambil kira keadaan ini, maka perjuangan golongan ini bagi mengamalkan orientasi seks menurut kecenderungan mereka pasti bertentangan pula dengan prinsip rukun negara, khususnya yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang merujuk kepada agama yang menjadi anutan rakyat negara ini. Selain itu, ia juga bertentangan dengan
4

keempat-empat prinsip rukun negara yang lain, seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Muslimin Yang di Rahmati Allah Di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa bagi menghentikan kekacauan dan kehancuran yang akan diakibatkan oleh gerakan yang memperjuangkan amalan hidup yang menjijikkan itu. Hal ini kerana salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh khususnya umat Islam bagi memastikan kedaualatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:

Yang bermaksud: Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Marilah bersama-sama kita mempertahankan kebenaran, rapatkan barisan, meneguhkan kekuatan dan persediaan, menggerakkan segala usaha dengan penuh keberanian, dan menghancurleburkan cita-cita serta perancangan jahat kelompok pejuang hak asasi songsang ini. Perjuangan bagi membantu agama dan menegakkan agama Allah merupakan perjuangan yang suci yang dijamin akan dikurniai bantuanNya. Justeru, Mimbar ini mengesa agar kumpulan-kumpulan yang sengaja mengadaadakan cerita dengan tujuan jahat bagi menjatuhkan imej negara di mata dunia ditangani secara berkesan. Hal ini termasuklah dengan mengambil tindakan undangundang secara serius sekiranya mereka bergantung pada pembiayaan pihak luar bagi mencemar nama baik dan kedaulatan negara. Begitu juga perlu disedari oleh semua pihak termasuk yang bukan Islam, bahawa kedaulatan agama Islam sebagai agama negara mesti dihormati secara jujur. Sebarang usaha mencemar dan menghina agama Islam sebagai agama negara mesti dihentikan bagi menjamin kelangsungan kehidupan harmoni rakyat negara ini
5

sebagaimana yang telah kita persetujui bersama semasa mula terbentuknya negara ini dan Perlembagaannya.