Anda di halaman 1dari 2

Jangan Beralasan anda jahil Kita terjaga setiap pagi untuk memulakan hari yang baru.

Bangun dari tidur, kita cuci mata dan bersiap-siap, dan kemungkinan besar kita akan bersegera untuk ke sesuatu tempat. Seperti juga orang lain, kita tidak mahu lewat ke kampus atau ke tempat kerja dan tanpa kita sedari kita mula sibuk dengan urusan seharian kita. Di dalam kederasan hari, sama ada di kampus atau di tempat kerja, kita berusaha untuk mempelajari sesuatu atau menyiapkan sesuatu tugasansebelum tarikh akhirnya, dan dalam sekelip mata sahaja kita dapati hari sudah pun petang. Apabila kita sampai di rumah, kita sibuk pula dengan urusan rumahtangga. Kadang-kala, untuk mengubah rutin, kita pergi menziarahi rakan-rakan, menonton wayang dan kemudiannya pulang untuk tidur. Pagi esoknya, kita mulakan kitaran hidup kita sekali lagi. Semasa melaksanakan rutin harian, ada tak kemungkinan kita bersikap tidak kisah kepada perkara-perkara yang penting dalam hidup ini? Di dalam kederasan hidup seharian kita, ada kemungkinan kita terlupa, tidak perasan atau pura-pura tidak memahami perkara yang penting? Jawapan yang patut diberi setiap orang ialah Ya. Ini adalah kerana kebenyakan manusia gagal menggunakan akal untuk berfikir atau merenung mengenai banyak butir-butir yang ada kaitan dengan kehidupan mereka. Sebagai permulaan, cuba kita fikirkan perkara yang berikut: Ketika kamu sedang membaca artikel ini di dalam bilik kamu, sedarkah kamu bahawa banyak kejadian yang mengagumkan sedang berlaku? Sebagai contoh, pernahkah kita terfikir bahawa kita sedang bergerak selaju 1,670 kilometer sejam di angkasaraya? Atau, pernahkah kamu terfikir bahawa bilik yang kamu berada didalamnya kini hanya memuatkan ruang yang tersangat kecil di alam semesta ini, laksana sebutir debu? Sudah tentu terdapat beratus-ratus soalan lain yang sedemikian kita boleh tanyakan pada diri sendiri. Tujuan disebutkan soalan-soalan ini adalah untuk menyingkap walaupun sedikit hijab yang menutupi minda manusia yang telah dikaburi tugasan harian , dan membantunya untuk mengembangkan had pengetahuannya. Tujuan kita di sini adalah untuk menunjukkan beberapa isu penting. Sekarang, cuba kita pertimbangkan perkara berikut: Apakah kepentingannya soalan-soalan ini terhadap hidup aku? Adakah perkara ini amat penting untuk difikirkan ketika aku perlu melakasanakan pelbagai tugas? Peperiksaan akhir aku! Meyuarat yang perlu dihadiri tengahari nanti! Bukankah semua urusan itu lebih penting?

Pemikiran seperti ini menggambarkan kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang. Tidak dapat dinafikan bahawa perancangan mengenai pendidikan, rumahtangga atau masa depan adalah sangat penting. Namun, terdapat isu-isu lain yang sebenarnya lebih penting. Pertama sekali, seseorang itu perlu memikirkan tentang kewujudannya di dunia ini, tentang kewujudan selepas kehidupan ini, tentang bagaimana planet hebat yang diduduki ini tercipta, dan tentang siapakah Pencipta segala yang hidup, termasuk dirinya. Jika seseorang itu terfikir dengan bersungguh-sungguh tanpa berpura-pura tidak memahami fakta-fakta yang diperolehinya, beliau akan mencapai satu kesimpulan: Di dalam alam semesta yang luas ini, berbagai jenis tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan, semua makhluk bernyawa atau tidak terutamanya manusia itu sendiri, adalah sebahagian daripada ciptaan Allah SWT yang cukup sempurna. Manusia tidak dapat melihat Penciptannya, namun, dengan memerhatikan bukti-bukti yang tidak terkira banyakknya di sekeliling beliau akan memberikan beliau kefahaman tentang kewujudan Allah dan sifat-sifat Nya. Melaui usahanya yang ikhlas, manusia akan dapat memahami perintah-perintah Penciptanya dan memperolehi jalan untuk mendapatkan kebahagiaan daripada-Nya. Allah SWT menyebut di dalam Al-quran:
Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keteranganketerangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". (Surah Al-Anam: 103-104)

Kita juga sedia maklum mengenai hakikat ini dan janganlah berpura-pura tidak mengetahui akan Kebesaran Penciptaan Allah. Nota: Bingkisan ini adalah pengenalan daripada buku tulisan Harun Yahya- Jangan Beralasan Anda Jahil. Buku yang sangat bermanfaat dan membuka minda kita tentang hakikat kehidupan di dunia ini. Tajuk-tajuk di dalam buku ini dikupas dengan mendalam dan diselit juga pelbagai gambar-gambar yang menarik. Selamat membaca ^_^