Anda di halaman 1dari 7

TEKS MAJLIS PERSARAAN GURU GPK KURIKULUM SKTU 2

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Hajah Zairiyah binti Hj Dirin diiringi tetamu kehormat masuk ke dalam dewan. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha Thn. Hj. Ibrahim Bin Ali Guru Besar SK Taman Universiti 2. Yang Berusaha Pn. Hjh. Noorhaliza Binti Ayob Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Universiti 2. Yang Berusaha Pn. Suzana Binti Hasim Khan Guru Penolong Kanan KoKurikulum SK Taman Universiti 2. Yang Dihormati Thn. Hj. Ansar Bin Sidek Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Universiti 2. Yang Dihormati Pn. Zaliha Binti Kastamam Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai, Jasamu Dikenang dan seluruh ahli jawatankuasanya. Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Bt Hj Dirin Mantan Guru GPK Kurikulum SK Taman Universiti 2,Johor Bahru. Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis Persaraan Pn. Hjh. Zairiyah Bt Hj Dirin, GPK Kurikulum SK Taman Universiti 2, Johor Bahru.

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara,

Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga Majlis bertambah seri. Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Maharuddin Bin Abdul Wahap. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin *Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Maharuddin Bin Abdul Wahap atas bacaan doa itu tadi. ..................................................................................................... Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya, Tak lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG SK Taman Universiti 2, Tn. Hj. Ansar Bin Sidek. Dipersilakan. *Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Ansar Bin Sidek atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Ibrahim Bin Ali, Guru Besar SK Taman Universiti 2 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Ibrahim Bin Ali atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan, Pn Hjh Zairiyah Bt Hj Dirin, atas ucapan itu tadi. ............................. Hadirin Hadirat yang dihormati, Anak Cina menjual lokan, Sambil sibuk kayu dikerat, Persembahan koir kami sembahkan, Untuk tatapan hadirin hadirat. Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan Koir 4Hamka yang akan mendendangkan lagu yang bertajuk Guruku Tersayang Dengan sukacitanya dipersilakan.

Demikianlah persembahan daripada kelas 4 hamka, di bawah pimpinan Pn Minarni bt Muin. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Kepimpinanmu gemilang. Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum di SK Taman Universiti 2, Johor Bahru.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, Itu adat, itu lumrah kehidupan, Begitulah rentetan perjalanan, Walau sukar untuk ditelan, Tapi kaki tetap mengorak jalan, Selagi hayat dikandung badan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Diraikan untuk duduk di atas pelamin. Dipersilakan.

*Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Hjh Zairiyah Binti Hj Dirin. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. ........................................................................... Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya, kita hayati pula persembahan Nasyid daripada koir SKTU2 dengan tajuk doa perpisahan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian watikah persaraan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Pn. Hjh. Noorhaliza Binti Ayob, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Universiti 2 untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin untuk menerima watikah persaraan daripada Tn. Hj. Ibrahim Bin Ali, Guru Besar, SK Taman Universiti 2 Johor Bahru. Dengan segala hormatnya dipersilakan. *Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Pn. Hjh Zairiyah Binti Hj Dirin. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Ibrahim Bin Ali, Guru Besar, SK Taman Universiti 2, mengiringi Yang Diraikan bagi menyempurnakan upacara menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 1 Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 2 Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 3

Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 4 Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 5 Dipersilakan wakil daripada kelas Tahun 6 Dipersilakan wakii daripada Staf Sokongan Dipersilakan daripada wakil daripada Pekerja pekerja Swasta Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Thn. Hj. Ansar Bin Sidek untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Taman Universiti 2. Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn. Zaliha Binti Kastamam untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sk. Taman Universiti 2.

*Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah binti Hj Dirin. *Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Thn. Hj. Ibrahim Bin Ali mengiringi Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin sebentar tadi. *Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah, Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan Pn. Hjh Zairiyah binti Hj Dirin, turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri. Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin untuk menyempurnakan upacara tersebut. Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati Pn. Zaliha Binti Kastaman selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Taman Universiti 2. Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Thn. Hj. Ibrahim Bin Ali selaku wakil Pentadbiran SK Taman Universiti 2. *Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. Tuai padi antara nampak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

*Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah Binti Hj Dirin akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini. *Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh.Zairiyah Binti Hj Dirin kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn. Hjh. Zairiyah bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

*Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Jasamu Dikenang ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada kekurangan dan kepincangan sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.