Anda di halaman 1dari 11

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Pengenalan

Bagi

pembelajaran yang kondusif. Iklim pembelajaran tersebut bergantung kepada jenis- jenis pembelajaran yang digunakan. Jenis-jenis pembelajaran adalah seperti yang berikut:

berketrampilan, guru perlu mewujudkan iklim

melahirkan

individu

yang

o

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

o

Pembelajaran Bersifat Individu

o

Pembelajaran Berfikrah

o

Pembelajaran Berbantukan Teknologi

Secara amnya, modul ini memuatkan definisi, cadangan prosedur pelaksanaan dan lampiran-lampiran tambahan.

2.1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Pembelajaran berpusatkan pelajar didefinisikan sebagai ….

Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang. (http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html)

Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam, pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran. Ted Panitz (http://www.newforums.com/newstudentseries.htm)

Strategi pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk:

o

mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

o

memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

o

melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

o

memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

o

mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari.oleh mereka

o

merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

35

Aktiviti: Telitikan scenario A dan B. Kemudian gunakan borang pengurusan grafik di bawah untuk membanding bezakan kedua-dua senario itu.

SENARIO A dan SENARIO B

SENARIO A

Cikgu Ahmad sedang mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan pelajar tingkatan 2. Beliau menulis tajuk karangan “Pencemaran udara di negara kita” di papan tulis. Cikgu Ahmad menulis rangka dan isi-isi utama karangan di papan tulis dan setiap kumpulan diminta berbincang tentang isu-isu yang telah diberi oleh guru. Sesudah itu, pelajar diminta menulis karangan dalam buku karangan masing-masing.

SENARIO B

Cikgu Budin sedang mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan pelajar tingkatan 2. Tema karangan yang diberi ialah berkaitan dengan pencemaran. Pelajar diarahkan membentuk 5 kumpulan dan setiap kumpulan dibenarkan memilih tajuk sendiri berkaitan dengan tema yang diberi. Dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat, pelajar membina rangka karangan. Pelajar kemudiannya mencatatkan isi-isi karangan di kertas sebak dan wakil kumpulan membentangkan isi-isi karangan masing-masing. Bagi setiap pembentangan perbincangan bersama diadakan untuk meningkatkan mutu rangka karangan.

36

Lampiran 2.1 - P2a

BORANG PENGURUSAN GRAFIK MEMBANDING DAN MEMBEZA

SENARIO A

PERSAMAAN
PERSAMAAN

SENARIO B

SENARIO A

PERBEZAAN
PERBEZAAN

SENARIO B

Cara

penentuan tajuk

Cara membina rangka karangan

Cara pengumpulan bahan-bahan

Tahap penyertaan peserta

Penilaian kendiri peserta

Kesignifikanan persamaan dan perbezaan

Rumusan

37

Lampiran 2.1 - F1

BORANG PENGURUSAN GRAFIK MEMBANDING DAN MEMBEZA

SENARIO A

PERSAMAAN
PERSAMAAN

SENARIO B

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah dengan objektif Pengajaran dan Pembelajaran yang jelas

SENARIO A

PERBEZAAN
PERBEZAAN

SENARIO B

Guru menentukan tajuk

Cara

Pelajar berbincang dan menentukan tajuk sendiri

penentuan tajuk

Guru menulis rangka

Cara membina rangka karangan

Pelajar berbincang dan membina rangka

Guru menulis isi-isi karangan di papan tulis

Cara pengumpulan bahan-bahan

Pelajar membina rangka selepas perbincangan

Rendah/sedikit

Tahap penyertaan peserta

Tinggi

Tidak dilakukan

Penilaian kendiri peserta

Dilakukan oleh peserta

Kesignifikanan persamaan dan perbezaan Kedua-dua senario menunjukkan terdapat perbezaan strategi yang digunakan oleh guru. Cikgu Ahmad lebih banyak mengamalkan ciri-ciri pembelajaran yang menggalakkan pelajar menyertai proses pembelajaran secara terus secara aktif, dan mengadakan penilaian kendiri.

Rumusan Senario B menunjukkan berlakunya pembelajaran berpusatkan pelajar

38

Soalan-soalan tambahan:

1. Senario manakah memperlihatkan pembelajaran yang menggalakkan pelajar menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif?

2. Apakah justifikasi terhadap pemilihan anda?

3. Mengapakah anda memilih senario B?

4. Apakah ciri-ciri dalam senario B yang menunjukkan penyertaan pelajar secara aktif?

5. Mengapa anda berkata demikian?

39

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN PELAJAR

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.

Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.

Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

40

Aktiviti: Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah untuk membanding-bezakan antara peranan guru dalam proses P & P tradisional dan berpusatkan pelajar.

PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERANAN GURU DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Gaya Penyampaian Penyertaan Penilaian Tempat Kadar Reflektif
Gaya
Penyampaian
Penyertaan
Penilaian
Tempat
Kadar
Reflektif

41

Lampiran 2.1 - P3b

PERANAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERANAN PELAJAR DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Penyertaan Motivasi Pemberatan
Penyertaan
Motivasi
Pemberatan

42

PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERANAN GURU DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Guru sebagai penyebar ilmu. Pelajar kurang peranan dalam proses pembelajaran

 

Guru sebagai fasilitator. Pelajar terlibat dalam proses

Gaya

Penyampaian

pengajaran dan

     

pembelajaran

 

Guru aktif

Pelajar aktif Guru sebagai fasilitator

Pelajar pasif.

Penyertaan

Ujian dan penilaian formal secara berkala

Pemantauan tidak formal secara berterusan

Penilaian

Terhad dalam bilik darjah

Tidak terhad.

Tempat

Pemikiran lebih tertumpu pada bahan pengajaran dan pembelajaran

Pengamal reflektif yang peka terhadap situasi bilik darjah

Kadar

Reflektif

43

PERANAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERANAN PELAJAR DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Pasif, terhad pada ingatan dan latihan Aktif, pembelajaran tertumpu pada teknik penemuaan Penyertaan (discovery
Pasif, terhad pada ingatan
dan latihan
Aktif, pembelajaran tertumpu
pada teknik penemuaan
Penyertaan
(discovery techniques)
Ekstrinsik, Ganjaran dan
dendaan digunakan
Motivasi
Intrinsik. Menekankan minat,
keseronokan dan
pencapaian pelajar.
Menekankan pencapaian
akademik, terhad kepada
pertandingan dan perlakuan
yang betul.
Pemberatan
Menekankan potensi
individu, sosial dan
akademik, menumpu kada
kerjasama kumpulan dan
perlakuan kreatif

BIBLIOGRAFI

Carolyn Chapman. 1993. If The Shoes Fits ….Australia. Hawker Brownlow Education.

David Lazear. 1993. Seven Ways of Teaching. Education.

Australian,: Hawker Brownlow

David Waitley. 1985. The Joy of working , New York : Dodd, Mead & Company

James Bellanca. 1993. Multiple Assessment for Multi Intelligences for Multiple Australia : Hawker Brownlow Education

Len A. Froyen. 1993. Classroom Management Dydney. Sydney : Maxwell Maemillion International Bahagian Pendidikan Guru & Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1996). Pukal Latihan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.

Laman Web Yang berkaitan

1. http://www.gsu.edu/~mstswh/courses/it7000/papers/student-2.htm

2. http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html

3. http://www.newforums.com/newstudentseries.htm