Anda di halaman 1dari 4

AKU ADALAH PEMIMPIN

Satu hari ada seorang teman berkata padaku,Ya Amir, sedarkan antum bahawa antum adalah seorang pemimpin? Aku cuma tertawa kecil. Biar betul antum,ana hanyalah seorang ahli biasa dalam PIM. Mana mungkin ana ini adalah pemimpin. Lainla antum, seorang Presiden PIM di maktab ini. Hehehe. Aiman menepuk-nepuk bahuku sambil menjawab, Antum tidak percaya?Antum fikir ana tipu antum ke? Tiba-tiba Aiman membaca sepotong ayat Al-Quran. Sungguh tenteram hati mendengar ayat yang dialunkannya. Tenang dia menyebut setiap bait-bait ayat..kemudian Aiman menterjemah maksud ayat yang dibacanya tadi. SESUNGGUHNYA SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH PEMIMPIN Aku makin tidak faham. Bagiku, pemimpin itu adalah hanya orang yang diangkat dalam kalangan kita yang mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi. Aku pemimpin?Beberapa kali aku ulang ayat keramat itu. Tetapi kepada siapa? Aiman yang memahami reaksi wajahku yang nampak seperti lantas mengajakku ke tempat yang teduh sedikit. Sesampainya ke tempat yang ditujui, dia lantas memandang tepat ke wajahku sambil berkata, Benar ayat Quran yang dijelaskan tadi. Kalau antum nak tahu, pemimpin ni bukan sekadar orang yang mengetuai organisasi-organisasi sahaja,bukan sekadar orang yang mengetuai satu syarikat atau agensi. Diri antum. Buaknkah antum adalah pemimpin kepada diri antum sendiri?Antumlah yang akan menentukan sendiri bagaimana antum akan membawa diri antum. Sama ada kepada perkara baik, atau perkara keburukan. Tetapi, Iman itulah yang akan memandu antum. Aku mendengar dengan tekun. Sambil mengangguk-angguk faham. Benar apa yang dikatakan Aiman. Memang kita yang berhak ke atas semua keputusan yang kita ambil dalam hidup kita. Dan kita jugalah yang merasa kesan atau tindakan daripada setiap daripada

tindakan kita. Jika kita memilih perkara baik, kita mendapat pahala dan manfaatnya. Dan jika kita mengambil untuk melakukan maksiat atau dosa, kesannya turut kepada kita sendiri. Tetapi, antum juga boleh menjadi pemimpin. Mengikut kepada keadaan antum. Contohnya di rumah, antum adalah seorang anak lelaki sulung.Jadi,secara tidak lansung, antum adalah pemimpin kepada adik-adik antum,bukan?Salahke kalau antum menegur atau menasihati adik-adik antum untuk perkara-perkara kebaikan? ana yakin pasti antum ada melakukan perkara ini,Cuma hanya antum sahaja tidak menyedarinya. Jadi, antum sebenarnya sudah menjalankan peranan sebagai pemimpin dalam konteks antum sendiri. Beza antara kita adalah pengikut kita. Pengikut ana adalah ahli-ahli rakan masjid. Tetapi pengikut antum adalah adik-adik antum sendiri. Jadi, itulah ketua selagi ada pengikutnya. Panjang lebar penerangan Aiman. Aku terdiam. Ya tak ya juga.Benar kata Aiman. Aiman menambah lagi. Oleh itu, Antum mestilah menggunakan segala pengaruh yang ada pada Antum untuk mempengaruhi pengikut-pengikut antum mematuhi perintah Allah. Gunakan kelebihan Antum itu dengan mempamerkan akhlak Islamiah yang terbaik dan ajaklah meraka kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Kerana orang akan mudah mengikut kata- lata kita bukan pada kepetahan kita berkata-kata. Tetapi melihat pada apa yang kita perbuat.ACTIONS WORK LOUDER THAN WORDS. Kali ini aku mengangguk tetapi masih lagi terdiam. Jauh di sudut hatiku, aku mengakui kebenaran kata-kata Aiman. Apa yang dikatakan Aiman, itulah contoh yang ditunjukkan oleh Aiman kepada kami. Akhlak beliau terlalu luhur. Disebabkan kebaikan akhlak dan peribadi beliau, orang mudah menerima kata-katanya. Ditambah lagi dengan kebijaksanaan sebagai pemimpin dan sikap toleransi sertakefleksibilitian beliau berhadapan dengan bermacammacam ragam pelajar IPG. Baik yang muslim atau Non-muslim. Semua orang menghormati beliau. Sebab itu dakwah atau kata-kata yang lahir daripada mulutnya sampai ke hati. Terkesan sungguh. Bila terserempak dengannya, ada satu perasaan segan dan malu untuk mempamerkan perangai buruk kita. Dan jarang pula untuk bercakap-cakap kosong. Setiap yang keluar daripada mulutnya seolah-olah mutiara yang berharga. Melihat kepada dia, membuatkan hati berasa begitu dekat dengan Allah. Jarang-jarang kelebihan ini ada pada daie yang lain.

Aku masih mahu penjelasan lagi. Lalu aku bertanya. Ada contoh lain lagi tak aiman berhubung kita pemimpin kepada siapa lagi? Aiman kemudian menjawab. Nadanya serius. Contoh lain pemimpin di tempat kerja atau belajar. Kemana sahaja antum ditempatkan, jika antum melihat tiada orang yang kehadapan untuk mempertahankan apa-apa yang dituntut dalam Islam, ketika itu Antum mestilah sedar peranan yang perlu diambil oleh Antum. Bukan nak perasan bagus, tapi sikap terkehadapan itu memang perlu ada pada mana-mana pemimpin. Barulah tertonjol ciri-ciri kepemimpinan itu. Ana bagi contoh di dalam kelas. Jika sekiranya Antum sebagai ketua kelas, Antum ada peranan di situ. Ketika membincangkan tentang sesuatu aktiviti kelas, Antum boleh menyelitkan unsur-unsur Islamik dalam aktiviti atau program. Tidak perlu malu,buat apa nak malu sedangkan ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Tak kiralah dalam kita berbuat apapun, acuan Islam itu tak dapat lari dari hidup kita kerana itulah islam. Bukan agama ritual sematamata. Tetapi ia melangkaui segenap aspek dalam kehidupan kita. Daripada sekecil-kecil perkara contohnya di dalam tandas kita mempunyai adab.Sehingga kepada sebesar-besar perkara iaitu dalam pentadbiran negara. Kalau orang nak mengecap antum sebagai budak masjid atau budak baik pun taka pa. Biar Ana tanya antum,gelaran mana yang antum lebih senang.KAKI MASJID ATAU KAKI KELENTONG?.Sekurang-kurangnya disitu

menunjukkan orang lain memuliakan Antum disebabkan prinsip Islam yang dibawa olah Antum. Tetapi, hati aku masih ragu-ragu. Kadangkala aku rasa malu untuk berbuat baik. Lalu aku utarakan permasalahan itu. Aiman kemudia menjawab dengan tenang sambil memegang bahuku. Amirsesungguhnya manusia yang melakukan kebaikan itu terbahagi kepada dua golongan .golongan yang pertama adalah yang melakukan sesuatu kebaikan kerana fitrah. Dan yang keduanya melakukan kebaikan kerana perintah. Mesti Auntum mahu tahu bagaimana kebaikan yang dilakukan kerana fitrah bukan?Aiman seolah mengetahui apa yang bermain difikiranku. Benar.jawabku ringkas. Kebaikan yang dilakukan kerana fitrah contohnya antum membalas kebaikan yang dilakukan ke

Kenapa perlu ada adab pada pemimpin? Nampak sepertinya adab pada pemimpin ini tidak jelas di mana kepentingannya. Tetapi, tajuk ini ditekankan kepada golongan guru pelatih/guru kerana penting bagi seseorang itu memahami mengapa penting kita mempunyai adab atau perkataan lainnya iaitu akhlak terhadap pemimpin. Firman Allah Taala dalam Surah