Anda di halaman 1dari 2

Nama : Solehah Binti Zakaria No.

K/P: 900726-02-5674 Tajuk Tutorial : Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Berdasarkan tajuk tutorial yang dibentangkan, dapatlah dihuraikan bahawa konsep pengurusan bilik darjah sememangnya membawa makna yang besar dalam sesuatu sistem pendidikan di negara kita sendiri. Hal ini demikian, walaupun seseorang guru tersebut digelar sebagai pendidik, tetapi dalam konteks yang lebih luas guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengurus. Oleh itu, tugas guru amatlah berat termasuklah menguruskan rutin bilik darjah, mengurus murid-murid, mengurus kelas, mengurus P&P dan sebagainya. Manakala, bagi takrifan bilik darjah pula, ianya membawa maksud sebagai tempat dimana proses pengajaran dan pembelajaran yang penting di sekolah. Bilik darjah juga dianggap sebagai medan perjuangan utama untuk warga-warga pendidik. Hal ini demikian, tugas sebagai guru mestilah berhadapan dengan setiap murid-muridnya. Bagi saya sekalipun, bilik darjah yang diidamkan mestilah berada dalam keadaan yang kondusif dimana menjadi tempat yang selesa untuk memulakan sesi pengajaran. Sekiranya bilik darjha tersebut berada dalma keadaan kotor atau tidak kondusif, maka masalah-masalah lain akan timbul kelak. Oleh itu, kalau kita lihat dimana-mana sekolah pun, termasuklah sekolah PBS saya sendiri iaitu di SK Tengku Mahmud aspek kebersihan diri, sekolah, persekitaran diberikan tumpuan yang sewajarnya. Sedangkan, dalam agama Islam kita sendiri menyuruh untuk menjaga kebersihan dan menegah daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Oleh itu, apa yang dapat saya huraikan disini bahawa kebersihan memaikan peranan yang penting dalam proses menuntut ilmu tidak kira ilmu apa sekalipun. Manakala, bagi persoalan mengenai kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah yang diperhatikan semasa PBS yang lalu amatlah dibanggakan. SK Tengku Mahmud merupakan sekolah cemerlang bagi kawasan luar bandar dengan pencapaian UPSR yang patut dibanggakan oleh warga-warga Besut. Seperti saya perhatikan, keadaan sekolah tersebut sudah menggambarkan bahawa baiknya

pengurusan di sekolah tersebut, cerianya kawasan sekolah mereka, betapa kondusifnya pengurusan bilik bilik darjah di sekolah itu dan seribu gambaran yang dinyatakan. Walhal, segala kenyataan tersebut tepat sekali. Bermulanya daripada

pengurusan pentadbiran yang baik, maka baiklah untuk pengurusan bilik darjah itu. Bilik darjah yang digunakan disusun dalam pelbagai bentuk mengikut tahap muridmurid tersebut. Bagi tahap-tahap yang rendah, pengurusan bilik darjah daripada segi kedudukan fizikal adalah secara berkumpulan dan lebih ceria kelasnya. Manakala, bagi tahun-tahuan atas susunan meja berkumpulan tidak lagi sesuai untuk digunakan. Hal ini demikian, ketika berada pada tahap ini murid tidak lagi suka untuk bergaul dengan semua. Kadang kalanya, seseorang itu lebih suka untuk bersendirian sahaja. Dalam situasi beginilah, guru haruslah pandai untuk menguruskan para pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai