Anda di halaman 1dari 4

1 (a) Huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan?

Pada masa kini profesion perguruan adalah salah satu kerjaya professional yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Guru adalah seorang yang bertanggungjawab untuk memberkan pendidikan kepada anak-anak negara masa kini tidak kiralah daripada aspek kerohanian atau intelektual. oleh yang demikian, bagi menjaga nama dan kreadibiliti guru-guru di Malaysia pada hari ini, pihak kementerian pendidikan telah menetapkan etika-etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh semua guru seluruh Negara. Walaupun pihak kementerian telah menetapkan piaam yang perlu dipatuhi oleh guruguru, namun pada hari ini terdapat sesetengah guru yang melanggar dan tidak mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung telah memburukkan nama institusi perguruan itu sendiri. Antara salah satu contoh perlakuan yang melanggar etika perguruan adalah penyalahgunaan dadah. Kesalahan ini pernah berlaku di salah sebuah sekolah di Betong, Sarawak awal tahun ini dimana seorang guru lelaki telah menjual dan mengedar dadah dan pil khayal kepada pelajarnya. Juga yang berlaku di Kuala Terengganu dimana seorang guru sekolah agama dutahan atas kes menagih dan memilki dadah. Guru yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pembangunan akhlak serta mendidik pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang dan menyediakan barisan pemimpin pada masa depan kini secara terangterangan telah meruntuhkan masa depan pelajarnya. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan telah mengulas berkenaan salah etika yang telah dilakukan oleh guru terbabit. Lebih meningkatkan emosi amarah ibu bapa, guru bukan sahaja terbabit dengan penagihan dadah malah lebih buruk lai mengedar dadah untuk pelajarnya sendiri. Guru dianggap sebagai penjaga atau perlindung apabila pelajar berada

di pekarangan sekolah. Ibu Bapa juga telah meletakkan harapan menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk ajar menjadai orang yang berguna. Hakikat diketahui ramai, apa sahaja kesalahan yang dikaitkan dengan dadah, ia adalah jenayah berat. Kesalahan guru yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah tidak boleh dimaafkan keranan ia jelas mencemarkan imej profesionalisme perguruan dan menjerumus masa depan dan potensi pelajar. Walaupun statistik guru yang terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah disifatkan kes terpencil, ia tetap kesalahan serius kerana dadah musuh utama negara. Menurut laporan, pada Februari lalu, seorang guru sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat, berusia 31 tahun, telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika mngulas isu itu menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan memberi keampunan kepada guru yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran dadah kerana ia menjejaskan imej profesion perguruan. Katanya, dadah adalah musuh nombor satu negara kerana bahana daripada aktiviti itu boleh melumpuhkan masa depan generasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara. Masyarakat juga boleh terus hilang kepercayaan terhadap peranan dan krebiliti jika mereka dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Kementerian Pelajaran telah menetapkan piagam yang jelas dimana penyalahgunaan dadah adalah kesalahn yang serius tidak kiralah ia melibatkan guru atau pelajar. Jika guru yang sepatutnya menjadi idola, tidak mempunyai tingkah laku dan disiplin yang bersih, bagaimana mahu mendidik pelajar untuk menjadi insan yang berguna dan cemerlang pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik, guru yang terlibat dengan kes pengedaran dadah adalah terlalu ecil serta dianggap kes terpencil jika dibandingkan dengan 360,000 guru diseluruh negara.

Bagi PIBGN, pemimpin sekolah seperti Guru Besar dan Pengetua perlu bijak menangani dan mengendalikan guru dengan memastikan mereka sentiasa berada pada lamndasan yang betul untuk terus meningkatkan martabat bidang pergruan. Pada zaman ini, peranan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah semakin mencabar dalam pelbagai aspek termasuk berdepan kebarangkalian terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah amat tinggi sekali. Dalam masa yang sama, kepakaran Guru Besar dan Pengetua perlulah dipertingkatkan dengan mengenalpasti mana-mana guru yang bermasalah untuk membanteras gejala itu pada peringkat awal lagi. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka untuk mengelak pelajar menjadi mangsa. Guru yang terbabit dengan kes dadah tidak lanyak ada disekolah. Dunia perguruan tidak memerlukan tenaga pengajar yang begini. Mereka boleh menjadi dui dalam daging kepada pelajar. Kegiatan guru ,mengedar dadah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal. Penyalahgunaan dadah adalah isu yang sangat besar dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menanganinya dengan lebih holistik. Sebenarnya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk memulakan kempen generasi benci pada dadah kerana ia dihuni oleh murid seawal usia tujuh tahun sehinggalah keperingkat menengah. Sasaran negara untuk bebas daripada dadah menjelag tahun 2015 seharusnya turut disahut oleh golonagn pendidik di negara ini. Justeru, peranan guru amat besar untuk menanam dan memupuk kesedaran terhadap bahaya bahan itu kepada sistem kehidupan manusia.

1 (b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Ummi, b x sempat siapkan, ngantuk,huhu