Anda di halaman 1dari 10

________________________________________ TUGASAN INDIVIDU: SOALAN 1: Dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sejak zaman Srivijaya, bincangka n kekuatan/kelebihan

Melaka sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya yang pentinng di rantau Melayu pada kurun ke-15 dan kuru n ke-16 ________________________________________ WAADAT Adapun Demang Lebar lautlah yang pertama punya bahasa Yang Dipertuan dan patik. Maka titah Sang Sapurba, Apa yang dikendaki oelh bapaku itu? Maka sembah Demang Lebar Daun. adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yng Dipertuan; hendaklah ia diperbaikai oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunu h, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak. Maka titah Sang Sapurba, Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. Maka sembah Demang Lebar Daun, Jadi yang mana itu, tuanku? Maka titah Sang Sapurba, Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun . Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah. Maka titah Sang Sapurba, Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu. Maka bagiinda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah janjian itu dibalikkan ALLAH bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan ALLAH subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosany a, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikala u ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan ALLAH subhanahu wataala tiada pern ah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya. (W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1989, hlm.19-20.) ________________________________________ ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. Sekapur Sirih 4 2. Pengenalan 6 3.

Latar Belakang Kerajaan Srivijaya 7 4. Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka 9 5. Kekuatan/Kelebihan Melaka Sehingga Muncul Sebagai Pusat Kegiatan Politik, Perdagangan, Dan Budaya Yang Pentinng Di Rantau Melayu Pada Kurun Ke-15 Dan Kurun Ke-16 11 6. Perdagangan 14 7. Melaka Sebagai Pusat Kebudayaan Serantau 16 8. Penutup 19 9. Bibliografi 20 Pengenalan Kota Melaka pada abad ke-15 adalah sebuah pelabuhan entrepot juga merupakan sebuah Empayar Kesultanan Melayu yang terunggul di eranya. Di asaskan sekitar akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15 oleh Parameswara dengan bantuan 32 Orang La ut menjadikan pensejarahan kesultanan ini sesuatu yang menarik untuk dikaji. Hal in i memandangkan terdapat pelbagai versi dalam pensejarahan terutama latar belakang pengasas serta tempoh masa sebenar pengasasan Kesultanan Melayu Melaka . Bertamb ah menarik, Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kepada pensejarahan Malaysia mode n. Justeru agak menarik untuk dibahaskan dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sejak zaman Srivijaya, tentang kekuatan mahu pun kelebihan Melaka sehing ga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya yang pentinng di rantau Melayu pada kurun ke-15 dan kurun ke-16. Persoalan tentang kedapatan perhubungan yang erat antara kedua-dua kerajaan Melayu walaupun berbeza era teta pi kebetulan berpusat di kawasan yang sama iaitu Selat Melaka serta faktor-faktor yang menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terunggul di rantau ini sekitar abad ke-15 dan 16 Masihi. Latar Belakang Kerajaan Srivijaya Seorang pegawai Cina menulis pada tahun 1178M, (Srivijaya) adalah bandar pelabuhan yang amat penting di jalan laut untuk pedagang-pedagang asing dari negeri Jawa di timur dan negeri-negeri Arab dan Quilon(di pantai Malabar) di barat; mereka semua melaluinya dalam pelayaran ke benua China . Pelbagai spekulasi timbul apabila mebincangkan mengenai kerajaan Srivijaya . Sehinggalah George Coeds pada tahun 1918 menerbitkan kajiannya mengenai sebuah kerajaan yang disebut dalam rekod Zaman Thang (T.M. 618-906) Shih-li-fo-shih. Diterjemahkan sebagai Srivijaya, beliau meletakkan kerajaan ini di tenggara Sumatera di tebing Sungai Musi di Palembang. Diasaskan sekitar abad ke-7 dan berakhir pada abad ke-13 dan mengikut rekod-rekod dari negara China, dikatakan14 buah kotaraja telah membayar ufti kepada Srivijaya yang terkenal sebagai raja yang tiada saingannya di Selat Melaka. Beberapa ciri penting menjadi tunggak kepada keunggulan Kerajaan Srivijaya hingg a kekal selama tujuh kurun sebagai sebuah kerajaan maritim. Antaranya mengikut pendapat Walters kebangkitan awal dan kejayaan kerajaaan ini adalah disebabkan

perhubungannya dengan Maharaja China turun-temurun di samping kedudukan Srivijay a yang strategik yang menjadi keperluan negara China kepada sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa. Selain itu kebijaksanaan para raja Srivijaya dalam memanipulasi sistem penguftian China demi kebaikan perdagangannya. Bekalan hasil tempatan yang tidak berputusan untuk pasaran dalam negeri danjuga untuk perdagangan dengan negara China seperti tikar dan nipah, kulit kura-kura, lilin lebah dan kayu jati. Pedagang juga menjadikan pelabuhan Srivijaya sebagai piliha n disebabkan mereka mendapat keadilan, etika perdagangan yang baik dan segala kemudahan perniagaan yang dikehendaki sebagai pelabuhan entrepot. Hubungan yang terjalin antara raja-raja Srivijaya dengan Orang Laut yang mendiami pantai dan tebing sungai yang menjalankan aktiviti pelanunan di perairan Srivijaya sebagai aktiviti ekonomi sampingan telah turut menarik minat para pedagang berlabuh di Srivijaya disebabkan keselamatan mereka terjamin. Kejayaan raja-raja Srivijaya membentuk satu masyarakat yang pada ukuran masa tersebut adalah berkebudayaan da n bertamadun kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada perhubungan dengan negara China. Empayar Srivijaya juga menjadi teguh disebabkan para pembesar di wilayah sekitar perairan Selat Melaka sanggup mengakui ketuana n Srivijaya yang pastinya menambahkan lagi keamanan dan kemakmuran serta perkembangan Empayar Srivijaya ke rantau Nusantara. Pengukuhan Emapayar Srivija ya turut diselitkan unsur-unsur kesaktian yang dimiliki oleh para raja Srivijaya ya ng berkonsepkan dewa-dewa Hindu sehinggakan pada tanggapan pihak luar pengiringpengiring raja Srivijaya akan membunuh diri apabila raja mereka mangkat. Setiap yang datang pasti pergi, setiap yang di atas pastikan kan ke bawah jua. Demikian sisipan kata yang sesuai bagi mengambarkan peredaran masa yang dialami oleh Empayar Srivijaya tika mengalami era kemerosotan apabila terpaksa bersaing dengan kemunculan kerajaan baru di kepulauan Jawa dan permusuhannya dengan Dinas ti Chola dari Kerajaan India Selatan bahkan daripada Kerajaan Siam di Ayudhya yang mula bertapak juga. Ketegangan yang berlaku ini turut mempengaruhi perhubungan Srivijaya dengan Kerajaan China dan akibat salah faham yang berlaku hubungan diplomatik Srivijaya-China menjadi keruh . Manakala dari sudut perdagangan pula, para pedagang pula tidak lagi mejadikan pelabuhan di Srivijaya sebagai pusat pengumpulan barang dagangan tetapi lebih cenderong untuk mendapatkannya dari kawasan-kawasan pengeluaran barangan tersebut sendiri. Hal ini telah mendorong kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah naungan Srivijaya mula berusaha membebaskan diri dari cengakaman Srivijaya yang dilihat semakin lemah. Akibatnya , pusat pentadbiran kerajaan Srivijaya dipindahkan dari Sungai Musi di Palembang k e Melayu yang terletak di Sungai Jambi. Di samping masalah kegiatan lanun yang tid ak lagi terkawal, akhirnya kerajaan Srivijaya tumbang selepas menerima serangan yan g bertubi-tubi daripada Kerajaan Jawa. Raja Srivijaya melarikan diri ke Temasik da n terdapat sejarawan yang beranggapan Parameswaralah raja tersebut yang juga adala h pengasas kepada Kesultanan Melayu Melaka kelak. Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka

Terdapat pelbagai sumber yang bercanggah antara satu sama lain dalam menamakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka tetapi sumber-sumber ini bersependapat tentang latar belakang pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah berdarah raja Palembang(Srivijaya) dan kronologi pensejarahan sehinggalah tertubuhnya Kota Melaka iaitu sekitar akhir abad ke-14M iaitu pada tahun 1394M . Terdapat pelbag ai nama raja pertama Kota Melaka adalah Raja Iskandar Syah , Raja Parameswara , Permaisura dan sumber-sumber Cina danPortugis menamakannya Palisula, Pailimisula , Parameswara dan Permicura . Kota Melaka dibina berdasarkan kronologi kisah pelarian Parameswara yang tewas mempertahankan Kerajaan Srivijaya di Palembang kepada Kerajaan Jawa Majapahit membawa diri ke Singapura. Di Singapiura, sungguhpun menerima layanan yang baik daripada Tamagi(anak menantu raja Siam) pemerintah Singapura ketika itu, setelah lapan hari, baginda membunuhnya dan menjadi pemerintah Singapura selama 5 tahun. Selepas itu, Singapura diserang ole h Kerajaan Siam dan baginda buat kali kedua gagal mempertahankan pemerintahan dan melarikan diri bersama pembesar dan 32 orang Orang Laut Selitar dan kemudian ke Muar . Tetapi di Muar, baginda berhadapan dengan masalah serangan biawak mengakibatkan baginda berpindah ke kawasan yang lain tetapi menghadapi masalah pembinaan kota . Seterusnya baginda berpindah lagi sehingga terserempak dengan kejadian seekor pelanduk putih menendang anjing perburuannya. Lantas baginda berpendapat kawasan tersebut adalah kawasan yang baik untuk mendirikan negeri da n mengambil nama pohon Melaka yang menjadi tempat teduh baginda sebagai nama neger i tersebut iaitu Melaka. Maka tertubuhlah Kerajaan Melaka dengan terbinanya Kota Melaka. Kekuatan/Kelebihan Melaka Sehingga Muncul Sebagai Pusat Kegiatan Politik, Perdagangan, Dan Budaya Yang Pentinng Di Rantau Melayu Pada Kurun Ke-15 Dan Kuru n Ke-16 Mengikut Sejarah Malaysia , terdapat beberapa ciri negeri-negeri perdagangan yan g menjadi pilihan para pedagang iaitu sikap berbaik-baik terhadap orang asing, kecekapan dalam aktiviti pemungahan barangan, terdapat hasil-hasil yang diminati untuk dibeli dan pentadbiran yang berwibawa serta sedia bekerjasama. Namun isu yang utama menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan dan budaya yang penting di rantau Melayu pada kuru n ke-15 dan kurun ke-16 dapatlah dibahagikan kepada beberapa dimensi seperti siste m politik dan pentadbiran, struktur perdagangan, dan kebudayaaan. Hukum waat atau pun dalam sumpah setia yang dipersetujui antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat jelata dengan Sang Sapurba sebagai raja dan pemerintah memperlihatkan asas sebenar sosial-politik Kesultanan Melayu Melaka. Raja memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberterusan kerajaan pemerintahannya. Di samping raja, rakyat berperanan penting dalam membantu raja bersama-sama mepertahankan dan memajukan negara sepertimana yang terkandung dala m waat tersebut di mana rakyat tidak boleh sesekali menderhakai raja walaupun raja tersebut zalim dan melampui batas . Sungguhpun demikian mengikut Muhammad Yusoff Hashim , terdapat beberapa faktor yang menentukan kejayaan pentadbiran raja Mela

ka Parameswara iaitu karisma baginda yang mewarisi daulat raja-raja Melayu-Palemban g atau Srivijaya, faktor pembesar Melayu yang telah bersama-sama beliau sejak dari Palembang dan faktor sokongan Orang Laut (Orang Selat )semenjak dari Palembang d an Singapura sehinggalah ke tahap sepanjang pendudukan awal Parameswara di Melaka. Justeru dapat dirumuskan, kesemua faktor ini menjadi faktor induk yang membantu untuk mengwujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran dan poitik tersusun kelak. Karisma Parameswara sebagi raja dan pemerintah telah sedia ada melalui pengalama n menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan penubuhan sebuah kerajaan dalam sua tu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi. Ini dapat dilihat kepada penemuan prasati di hulu Sungai Batang Hari berhampiran Jambi iaitu pusat pentadbiran yang kedua selepas Palembang telah menyenaraikan jawatan-jawatan pembesar seperti datuk-datuk, para pemungut cukai, pegawai yang bertugas mengawal perbendaharaan, para hakim, jurutulis, arkitek, para saudagar dan pegawai yang menjaga pakaian raja. Apa yang jelas, prasasti tersebut telah membuktikan bahawa telah wujud sistem pentadbiran yang kompleks pada zaman Palembang . Justeru tidak hairanlah jika Parameswara mampu mengwujudk an kejayaan yang cemerlang di era Kesultanan Melayu Melaka. Pembesar turut memainkan peranan yang penting dalam membantu Raja Melaka mentadb ir wilayah pemerintahannya. Ini dapat dilihat kepada kewujudan hierarki sistem pembesar empat lipatan yang diamalkan di Melaka yang kemudiannya menjadi panduan dan warisan oleh kebanyakkan pemerintahan kesultanan di negeri-negeri Melayu. Hierarki tersebut dapat dilihat dalam Sejarah Melayu dan sumber-sumber lain seperti Suma Oriental. Bendahara adalah menteri yang paling penting sekali kedudukannya. Beliaulah yang menjalankan urusan dengan para saudagar asing serta menjadi penimbang tara dalam pertikaian. Pada asalnya, Bendahara hanyalah terdir i daripada golongan bangsawan sahaja, tetapi disebabkan peredaran masa, hubungan Bendahara dengan kesultanan bertukar dan selalunya Bendahara adalah bapa mertua sultan akibat hubungan persemendaan antara keluarga diraja dengan keluarga Bendahara sehingga Bendahara memperoleh hak melantik dan menabalkan raja. Di bawah Bendahara pula adalah Penghulu Bendahari iaitu ketua para Syahbandar da n berkuasa memungut segala hasil negeri.beliau juga bertanggungjawab ke atas semua hamba raja dan kakitangan istana. Manakala pembesar yang ketiga pula adalah Temenggung yang kemudiannya telah melangkaui kedudukan Penghulu Bendahari dan dianggap sebagai bakal pengganti Bendahara. Temenggung berperanan menjaga keselamatan negeri Melaka dan dalam hubungan itu beliaulah orang yang berkuasa k e atas polis serta bertindak sebagai Ketua Majistret. Selepas Temenggung, pembesar keempat adalah Laksamana yang bertangggungjawab terhadap urusan ketenteraan dan perhubungan luar negeri setaraf Bendahara dan menjadi Panglima Pengawal Raja. Ap a yang pasti, sistem pembesar empat lipatan ini menujukkan bahawa Kesultanan Melay u Melaka telah pun mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun dan

sistematik. Hal ini pastinya dapat mengukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah Empayar melayu yang terunggul. Selain sistem pentadbiran yang tersusun, kedudukan politik raja-raja Melaka turu t diperkukuhkan dengan konsep daulat dan kekudusan yang menjadikan raja Melaka seolah-olah mempunyai kesaktian. Ini menjadikann rakyat takut untuk menyalahi kehendak raja bahkan secara langsung dapat pula mengerunkan musuh-musuh serta sesiapa yang ingin berlaku khianat terhadap raja Melaka. Ini disebabkan wujud konsep tulah sekiranya melanggari kehendak raja seperti kisah Sang Rajuna Tapa pembesar Raja Iskandar Syah yang menjadi batu akibat terkena tulah kerana membenarkan orang Majapahit masuk ke Singapura . Selain itu, penderhaka juga aka n mengalami penderaan fizikal daripada pihak kerajaan sendiri iaitu individu dan keluarganya akan dibelasah sehingga tidak meningglkan zuriat. Sistem pentadbiran yang tersusun warisan daripada kerajaan Srivijaya di Palemban g yang pernah menjad satu empayar berkurun lama telah banyak membantu Kesultanan Melayu Melaka dalam mengukuhkan kekuasaan dan seterusanya menjadi pusat kepolitikan serantau. Di samping faktor raja yang berwibawa serta pembesarpembesar yang berhemah serta sulaman konsep daulat dan kekudusan raja telah berjaya menjadikan Melaka sebuah Empayar Melayu yang terbilang. PERDAGANGAN Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan melayu maritim yang berjaya menguasai perairan Selat Melaka melalui penguasaanya ke atas kedua-dua kawasan pantai Selat Melaka iaitu sepanjang pantai bahagian barat Semenanjung Tanah Mela yu dan pantai timur Sumatera . Hal ini menjadikan Kesultanan Melayu Melaka satu kawasan yang strategik dalam aktiviti perdagangan antarabangsa kerana menguasai jalan laut yang menghubungkan negara di sebelah Barat seperti India dan Arab dengan negara di sebelah timur khususnya negara China. Bahkan disebabkan keduduk an inilah Melaka menjadi tarikan China yang memerlukan pelabuhan bertaraf antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perdagangan . Manakala B.W. Andaya dan L.Y. Andaya pula menjadikan faktor jalinan perhubungan luar oleh Melaka dengan kerajaan China adalah faktor utama kepada kejayaan Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15 dan abad ke-16. Ini sejajar dengan amalan pentadbiran yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya di era keemasannya sehingga dapat mengekalkan kedaulatan pemerintahan selama enam kurun di perairan Selat Melaka. Selain itu, mereka juga secara panjang lebar membicarakan tentang sebab-sebab kejayaan Melak a yang antara lain meletakkan faktor-faktor seperti pengkanunan undang-undang yang menunjukkan keadilan raja-raja yang memerintah Melaka, penyediaan kemudahankemudahan kepada para pedagang seperti kemudahan pergudangan bawah tanah. Siste m penyimpanan ini penting bagi mengelak barangan terbakar mahupun dicuri atau rosa k sementara menanti ketibaan kargo untuk mengangkut barangan ke negara asal pedagang. Ini disebabkan oleh sistem pengangkutan ketika itu yang bergerak mengikut arah tiupan angin monsun khususnya perdagangan yang melibatkan negara India dan China yang jelas berbeza masa tiupan angin monsun di perairan masingmasing. Kesultanan Melayu Melaka juga sangat mnementingkan keselamatan para pedagang ayn g melalui perairan Selat Melaka. Justeru tidak hairanlah kenapa raja-raja Melaka menjalinkan perhubungan yang erat dengan Orang Laut sebagai satu perwarisan daripada amalan kerajaan Srivijaya. Kepentingan Orang Laut memang tidak dapat dinafikan kerana mereka berpengetahuan luas dalam selok-belok kawasan perairan Selat Melaka dan sekelilingnya. Bahkan semangat dan kesetiaan mereka tidak

berbelah bahagi terhadap raja-raja Melaka sejak dari Palembang lagi. Oleh itu tidak sahaja berperanan menjaga perairan Selat Melaka daripada ancaman lanun dan keselamatan kapal-kapal dagang daripada terlanggar batu karang tetapi terdapat juga di kalangan mereka yang dilantik menjadi pasukan pengawal serta pengiring raja-raja Melaka. Satu pentadbiran baru turut diperkenalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak sebuah masyarakat yang sedang bertumbuh di Melaka. Seramai empat orang Syahband ar telah dilantik iaitu setiap orang mewakili setiap bangsa yang terdapat di pelabuhan Melaka ketika itu . Salah seorang mewakili bangsa Gujerat seramai 1000 orang pada tahun 1501, seorang mewakili kaum India dari bahagian selatan India, Benggala, Pegu (Burma) dan Pasai. Syahbandar yang ketiga pula mewakili para pedagang dari Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina. Manakala Syahbandar yang terakhir mewakili pedagang dari Champa, benua China dan Kepulaua n Ryuku. Setiap Syahbandar ini ditugaskan mengawasi setiap yang diwakilinya, menguruskan pasar dan gudang, membuat pemerikasaan ke atas alat-alat timbang suk at dan mata wang, dan juga menghakimi sebarang pertikaian yang timbul antara nakhod a kapal dengan pedangang yang berkenaan. Raja Melaka sendiri pula bertindak sebaga i penimbang tara yang muktamad dalam semua peristiwa pergaduhan antara kaum-kaum pedagang tersebut . Sistem percukaian adalah elemen yang terpenting dalam setiap aktiviti perdaganga n di setiap pelabuhan khususnya pelabuhan Melaka. Sebelum itu, setiap nakhoda kap al dagang yang yang berlabuh perlu terlebih dahulu melaporkan diri kepada Syahbanda r dan kemudiannya akan dirujuk kepada Bendahara. Syahbandar akan menyediakan beberapa ekor gajah mengikut keperluan nakhoda kapal untuk mengakut barang dagan ag ke gudang. Sebelum barang dagangan diperniagakan, cukai akan dikenakan mengikut nilai barangan dan negeri pedagang. Mereka juga perlu mengadakan persembahan kepada Raja,Bendahara dan Temenggung serta Syahbandar sendiri. Namun begitu, terdapat prosedur percukaian yang lebih mudah di mana cukai dikenakan secara puk ul rata iaitu sebanyak 6% daripada nilai dagangan dan selalunya dikenakan ke atas kapal-kapal dagang yang besar terutama dari Gujerat dan mereka tidak perlu lagi membuat persembahan kepada pihak tersebut. Sistem perdagangan yang tersusun dan sistematik yang diamalkan pastinya telah menarik ramai pedagang berdagang di pelabuhan Melaka akibat penyediaan kemudahan yang memenuhi keperluan para pedagang dan kapal dagang di samping jaminan keselamatan daripada aktiviti pelanunan. Sistem pengurusan dan percukaian yang mudah turut menjadi aset kepada kekuatan Melaka sehingga mampu menjadi pusat perdagangan yangterpenting di rantau ini sekitar kurun ke-15 dan ke-16 Masihi. Melaka Sebagai Pusat Kebudayaan Serantau Agak menarik membincangkan isu tentang Melaka dalam perspektif pusat kebudayaan serantau terutama membicarakan isu utama iaitu mengintegrasikan masyarakat di zaman awal penubuhan Kota Melaka iaitu integrasi antara kelas Melayu daripada kalangan diraja dan bangsawan dari Palembang dengan Orang Laut dan suku-sukunya telah melahirkan perpaduan masyarakat yang kukuh dan kekukuhan ini telah menjadi kekuatan kepada yuntuk meningkatakan kegiatan dan cabaran ekonomi, politik, ketenteraan dan sosial pada tahap-tahap yang berikutnya untuk mengwujudkan satu

kebudayaan serantau yang menjadi warisan sehingga sekarang. Bahkan di awal kuru n ke-15 melihat kepada satu lagi aspek cabaran dalam pengukuhan kebudayaan iaitu pengislaman Raja Melaka .Setelah pengislaman raja Melaka dengan memakai gelaran dan nama Sultan Muhammad Syah kerajaanya mula berubah corak. Bahkan Sejarah Melayu menyifatkan pengislaman itu sebagai batas pemisahan dalam sejarah Melaka, satu peristiwa yang penuh berilham yang membuktikan betapa tingginya martabat kerajaan Melaka . Taraf Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan antarabangsa telah menyebabka n kehadiran pelbagai bangsa dan suku kaum sehingga terdapat 84 jenis bahasa dipertuturkan oleh masyarakatnya .Kehadiran pebagai bangsa di pelabuhan Melaka telah menyebabkan bahasa Melayu digunakan secara meluas dan berkembang sebagai satu bahasa lingua franca untuk berhuubung antara satu sama lain. Bahkan tidak sekadar itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa kebudayaan, kesusateraan dan digunakan di dalam dan di luar istana, bahasa rasmi untuk surat menyurat dalam hubungan diplomatik Melaka dengan negeri-negeri asing. Secara jelas, melalui fungsi pusat perdagangan Melaka telah berjaya mengembangkan kebudayaan Melayu melampaui sempadan wilayah kekuasaannya hanya melalui penyampaian sistem bahasa. Perkembangan berterusan dalam kebudayaan serantau yang berpusatkan Melaka akhirn ya menyebabkan kemunculan istitusi-institusi kebudayaan dalam sistem pentadbirannya iaitu terdapat bukti yang menujukkan bahawa telah wujud golongan masyarakat yang mempunyai peranan tertentu dalam sistem kemasyarakatan dan akhirnya membawa kepa da kewujudan kelas-kelas dalam masyarakat . Pengkelasan ini merujuk kepada taraf raja-raja Melayu melalui waat antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba ke taraf dewa-dewa. Setelah kedatangan Islam, raja atau sultan yang memerintah dianggap sebagai Khalifatullah fi al-ard (khalifah Allah di dunia). Tradisi masyarakat secara turun temurun seperti ini pastinya mengwujudkan satu kelas suci yang berperanan untuk memerintah iaitu raja-raja dan para pembesar, manakala kelas lain yang iaitu rakyat semestinya untuk diperintah. Akhirnya jika dlihat secara teliti, kelas yang terbentuk ini akan menghasilkan sebuah hierarki sosial iaitu raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan berada di tangga terata s manakala rakyat merdeka berada di tengah dan hambaserta abdi berada di tangga terbawah sekali. Di kalangan rakyat merdeka dan pembesar pula wujud satu kelasa sosial yang terdiri daripada para intelektual dan alim ulama yang pakar dalam ha lehwal Islam. Sungguhpun bilangna mereka kecil, tetapi amat berfungsi. Demikian juga dalam kelas rakyat biasa yang terdiri daripada pedagang dan saudagar. Tidak sekadar itu, melalui pengelasan ini juga turut mengwujudkan pola demografi dalam sistem sosial Melaka. Kelas sosial di tangga teratas iaitu raja dan kerabatnya tinggal di atas bukit. Para pembesar di sekitar lereng bukit. Penggunaan bahasa dan peralatan juga turt berbeza dikalangan masyarakat Melaka. Raja dan kerabatnya akan bertutur menggunakan bahasa dalam yang tidak boleh dituturkan oleh rakyat kebanyakkan. Antara perkataan tersbut ialah bersiram, beradu, mangkat, santap, beta, patik, dan juga gering. Manakala terdapat peratur an pemakaian iaiatu raja dan kaum kerabatnya sahaja boleh emakai barangan daripada emas manakala rakyat biasa kecuali dianugerahkan raja tidak boleh memakainya.

Begitu juga dengan penggunaan warna kuning dan putih yang hanya dkhaskan untuk pakaian dan peralatan peraduan diraja, payung, dan sebagainya oleh golongan dira ja sahaja. Manakal peralatan nobat pula hanya boleh dimainkan diistana sahaja. Rakyat pula berpeanan sebagai tenaga kerah di kala pihak pemerintah memerlukan sama ada untuk pembinaan balai dan istana mahu pun sebagai tenaga tentera mepertahankan Melaka daripada serangan musuh. Rakyat dalam hieraraki sosiala Melaka mengamalkan gaya hidup bekerjasama antaranya konsep berderau dan bergoton g royong, beraya atau bersambatan . Selain itu dalam aktiviti ekonomi, kelas rakyat terlibnat dalam pertanian dan ekonomi sara diri. Bahkan terdapat undang-undang yang digubal bagi menyelesaikan permasalahan yang mungkin wujud dalam sektoe ekonomi ini seperti hakmilik tanah, tatacara dan undang-undang berdusun serta undang-undang jual beli tanah dan hasil tanaman serta soal buruh dalam kegiatan pertanian.dalam Hukum Kanun Melaka. Mobiliti sosial yang jarang berlaku dalam masyarakat Melaka, di samping terdapat juga golongan pengusaha dan pedagang, hamba dan abdi, serta orang asing di sampi ng asimilasi budaya yang berlaku antara kebudayaan Islam dan kebudayaan tempatan telah mengwujudkan satu konteks peradaban kebudayaan yang unik serta pelbagai dalam kebudayaan Melaka yang menjadi paksi kepada kebudayaan Melayu serantau sekitar kurun ke-15 dan ke-16M. Penutup Melaka mewarisi dan menjalankan dasar-dasar yang hampir sama dengan kerajaan Srivijaya terutama menjalin perhubungan dengan kerajaan China untuk mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada anacaman pesaing-pesaing masing. Menjadi pusat penyebaran kepada agama anutan masing-masing iaitu Budhisme di Srivijaya d an Islam di Kesultanan Melayu Melaka. Serta pegangan waat sejak pengasasan kerajaan Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka. Paling utama adalah Kesultanan Melayu Melaka menubuhkan sebuah kerajaan Melayu maritim di Selat Mela ka yang berkembang menjadi sebuah empayar ulung dan merosot apabila mendapat tentangan hebat daripada kuasa luar iaitu serangan Portugis pada 10 ogos 1511 sekan memiliki kronolgi pensejarahan yang sama dengan Kerajaan Srivijaya yang tumbang akibat serangan Kerajaan Jawa Majapahit, raja ketika itu, Sultan Mahmud berundur dan setrusnya menubuhkan sebuah kejaan Melayu baru yang berdaya saing iaitu Empayar Melayu Johor-Riau. Justeru dalam menyimpulkan kekuatan dan kelebihan Melaka sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya yang penting di rantau Melayu pa da kurun ke-15 dan kurun ke-16 dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku seja k zaman Srivijaya, jelas sekali antara Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaaan Srivijaya adalah berkesinambungan sehinggalah ke hari ini. Bibliografi W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1989. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.0 Haji Buyong Adil, Sejarah Melaka dalam Zaman Kerajaan Melayu, Kuala Lumpur: Dew an Bahasa dan Pustaka; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1973.

Andaya, L.Y, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Syarikat R & S, 1983 A.Samad Ahmad, Serangkai Warisan Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka : Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989. Tan Sri Ismail Hussien, Prof. P-B, Dr. Po, Dunia Melayu dan Dunia Indocina, Kual a Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995. Daniel Perpet, Puteri Rashidah Megat Ramli, Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998. A.Karim Haji Abdullah, Soal-Soal Kebudayaan, Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agenc y, 1971. Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-isu Pensejarahan, Pulau Pinang: Penerb it Universiti Sains Malaysia, 1995. Cheah Boon Kheng, Feudalisme Melayu: ciri-ciri dan Pensejarahannya, dalam Isuisu Pensejarahan, editor, Abu Talib Ahmad, Cheah Boon Kheng, Pulau Pinang; Peneb it Universiti Sains Malaysia, 1995