Anda di halaman 1dari 7

HADIS BERKAITAN AL-MATHURAT:

Firman Allah Taala yang bermaksud: Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran,maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. [Al-Nahl: 98] Ibnu al-Sunni meriwayatkan hadis daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berkata ketika pagi, "Aku berlindung pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang kena rejam", dia akan dijauhkan daripada syaitan hingga ke petang.

AL-FATIHAH Hadis riwayat Ubay bin Kaab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Tuhan yang memegang jiwaku, tidak diturunkan dalam Taurat atau Injil atau Zabur atau al-Furqan sepertinya iaitu al-Fatihah. Ia adalah tujuh mathani dan al-Quran al-Karim yang diberikan kepadaku. Riwayat al-Tirmizi. Katanya: Hadis ini hasan sahih.

Abu Daud dan yang lain ada meriwayatkan hadis ini dengan sanad lain, daripada Rasulullah s.a.w., sabda baginda: Setiap perkara yang dilakukan tetapi tidak dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang adalah terputus. Maksudnya kurang diberkati.

AL-BAQARAH Al-Darimi dan al-Baihaqi di dalam al-Syu ab meriwayatkan hadis daripada Ibnu Mas ud r.a. katanya: Sesiapa yang membaca sepuluh ayat surah al-Baqarah pada awal pagi, syaitan tidak akan mendekatinya hingga ke petang. Apabila di membacanya ketika petang, syaitan tidak akan mendekatinya hingga ke pagi. Dia juga tidak akan melihat perkara yang tidak disukainya pada keluarga dan hartanya. Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Hakim menyenaraikannya sebagai hadis sahih, daripada Ibnu Mas ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Orang yang membaca sepuluh ayat, empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan akhir al-Baqarah, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya hingga ke subuh.

AT-TAUBAH: AYAT 129 Diriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berkata pada setiap hari pagi dan petang, Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. Dan dibaca sebanyak tujuh kali nescaya Allah akan memudahkan segala urusan dunia dan

akhiratnya. Riwayat Ibnu al-Sunni dan Ibnu Asakir daripada Nabi s.a.w. (marfuk) dan Riwayat Abu Daud daripada Abu Darda (mauquf).

AL-ISRA' : AYAT 110-111 Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca ketika pagi dan petang, Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman hingga ke akhir surah, hatinya tidak akan mati pada hari itu dan pada malam itu. Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus.

TAHA: AYAT 111-112 Diriwayatkan daripada al-Qasim bin Abdul Rahman r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda nama Allah yang teragung ada pada tiga surah al-Quran iaitu pada al-Baqarah, Ali-Imran dan Taha. Al-Qasim berkata: Saya mencari nama ini dan saya temui dalam surah al-Baqarah ialah ayat al-Kursi, Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya , dalam surah Ali Imran Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya , dan dalam surah Taha, Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya . Hadis ini riwayat al-Hakim tetapi Imam Zahabi tidak memberi komentarnya.

AL-MUKMINUN: AYAT 115-118 Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ibrahim al-Teimi daripada bapanya katanya: Kami diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. menyertai satu pasukan tentera dan baginda memerintahkan kami supaya membaca pada pagi dan petang, Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Apabila kami membacanya, kami berjaya memperolehi harta perang dan selamat. Riwayat Ibnu al-Sunni, AbuNuaim dan Ibnu Manduh. Al-Hafiz berkata: Sanad Ibnu Manduh boleh diterima.

AR-RUM: AYAT 17-19 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca pada waktu pagi, (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi,dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur Dia akan

memperolehi apa yang ditinggalkannya pada hari itu dan apabila dia membacanya pada waktu petang dia akan memperolehi apa yang ditinggalkannya pada waktu malam. Riwayat Abu Daud.

AL-MUKMIN: AYAT 1-3 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca Haa Mim surah al-Mukmin hingga kepadaNya tempat kembali dan ayat al-Kursi ketika pagi, dia akan dipelihara oleh kedua-dua potong ayat ini hingga ke petang. Sesiapa yang membacanya ketika petang, dia akan dipelihara hingga ke petang. Riwayat al-Tirmizi, al-Darimi, Ibnu al-Sunni dan al-Mirwazi.

AL-HASYR: AYAT 22-24 Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yangmembaca akhir surah al-Hasyr pada malam atau siang, dia akan mati pada siang itu atau malam itu dengan dijanjikan syurga oleh Allah. Riwayat al-Baihaqi.

AL-ZALZALAH: AYAT 1-8 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. secara marfuk: Surah al-Zalzalah, menyamai separuh al-Quran. Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Yaman bin al-Mughirah.

AL-KAFIRUN Hadis Ibnu Abbas r.a.: Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! surah ini menyamai suku al-Quran. Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim. Menurut al-Hakim sanad hadis ini sahih.

AL-NASR Hadis Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada seorang sahabatnya: Bukankah anda telah menghafal: Apabila datang pertolongan Allah Jawabnya: Ya. Baginda bersabda: (Ia menyamai) suku al-Quran. Riwayat al-Tirmizi dan katanya hadis ini hadis hasan.

AL-IKHLAS, AL-ALAQ, AN-NAAS Diriwayatkan daripada Abdullah bin Khubaib r.a. karanya: Pada suatu malam yang hujan dan gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah s.a.w. untuk mendoakan kami dan kami berjaya menemui baginda.

Baginda bersabda: Katakanlah. Tetapi saya tidak katakan apa-apa. Baginda bersabda: Katakanlah. Tetapi saya tidak katakan apa-apa. Baginda bersabda: Katakanlah. Lalu saya berkata: Wahai Rasulullah, apakah yang perlu saya katakan? Baginda bersabda: Katakanlah Dialah Tuhan yang Maha Esa dan juga surah muawwizatain (Al-Alaq & An-Naas) ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali. Ia akan melindungimu daripada segala-galanya. Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie. Menurut al-Tirmizi hadis ini hasan sahih.

DOA PUJIAN KEPADA ALLAH Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda ketika pagi: Pada pagi ini kami dan segala kerajaan adalah milik Allah, segala puji bagi Allah,tiada sekutu bagiNya, tiada tuhan melainkan Dia dan kepadaNya akan kembali dan apabila petang baginda bersabda: Pada petang ini kami dan segala kerajaan adalah milik Allah, segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagiNya, tiada tuhan melainkan Dia dan kepadaNya akan kembali . Riwayat Ibnu al-Sunni dan al-Bazzar. Menurut alBaihaqi:Sanadnya baik.

DOA TEGUH PENDIRIAN Diriwayatkan daripada Ubay bin Kaab r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mengajar agar apabila pagi kami membaca: Pada pagi ini kami berada di atas fitrah Islam, di atas kalimah yang ikhlas dan agama nabi kami Muhammad s.a.w., atas anutan bapa kami Ibrahim yang (hanif) suci dan bukan dia di kalangan orang-orang musyrikin begitu juga ketika petang. Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad dalam bukunya, al-Zawaid.

DOA MENSYUKURI NIKMAT Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berkata: Ya Allah, Pada pagi ini saya telah menerima daripadaMu segala nikmat, kesihatan dan perlindungan maka sempurnakanlah nikmatMu, kesihatanMu dan perlindunganMu ini di dunia dan akhirat tiga kali ketika pagi dan petang, menjadi kewajipan pada Allah untuk menyempurnakan nikmatNya. Riwayat Ibnu alSunni.

PENGAKUAN NIKMAT ALLAH Diriwayatkan daripada Abdullah bin Ghannam al-Baiyadhi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca ketika pagi: Ya Allah, pada pagi ini setiap kali saya memperolehi nikmat atau berada bersama seseorang, ia adalah daripadaMu sahaja tiada sekutu bagiMu. BagiMu segala kepujian dan bagiMu segala kesyukuran dia telah bersyukur pada hari itu dan jika dia membacanya ketika

petang, dia telah bersyukur pada malamnya. Riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan Ibnu Hibban dalam bukunya, Sahih Ibnu Hibban.

PUJIAN KEPADA ALLAH Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah bersabda kepada mereka di mana ada seorang hamba Allah berkata: Wahai Tuhanku, segala pujian bagimu setaraf dengan keagungan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu Lalu dua malaikat terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana untuk menulisnya. Lalu malaikat-malaikat ini naik ke langit dan berkata: Wahai Tuhan kami, hambaMu ini telah berkata sesuatu yang kami tidak tahu bagaimana untuk menulisnya? Allah Azza wa Jallawalaupun lebih tahu tentang hambaNya, berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hambaKu itu. Malaikat-malaikat itu berkata: Tuhan, dia telah berkata: Wahai tuhanku,segala pujian bagimu setaraf dengan keagungan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu . Lantas Allah Azza wa Jalla berfirman: Tulislah sebagaimana yang dikatakan oleh hambaKu itu dan apabila dia bertemu denganKu akan Aku berikan ganjaran kepadanya kerana bacaannya itu. Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah. Periwayat hadis ini adalah dipercayai (thiqah).

IKRAR REDHA Diriwayatkan daripada Abu Salam r.a., hamba kepada Rasulullah s.a.w. secara marfuk, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca ketika pagi dan petang: Saya reda Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasul , menjadi kewajipan pada Allah untuk meredainya. Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan al-Hakim.

TASBIH KEPADA ALLAH Diriwayatkan daripada Juwairiyah, Ummu al-Mukminin r.a. bahawa suatu ketika Nabi s.a.w. semenjak awal pagi lagi telah keluar dari rumahnya dan ketika baginda sembahyang subuh Juwairiyah r.a. masih berada di tempat sembahyangnya dan apabila baginda balik ketika waktu dhuha dia masih duduk di situ, lalu baginda bersabda: Engkau masih seperti mana saya tinggalkan tadi? Ummu Mukminin menjawab: Ya. Nabi s.a.w. bersabda: Saya akan bacakan kepadamu empat potong ayat sebanyak tiga kali jika ia ditimbang dengan apa yang kamu baca hari ini nescaya ia sama: Maha suci Allah dan pujian untukNya sebanyak bilangan makhlukNya dan keredaan diriNya, seberat arasyNya, sebanyak tinta kalimahNya. Riwayat Muslim.

MENINGGIKAN ASMA', DOA HINDARI KEMUDHARATAN

Diriwayatkan daripada Uthman bin Affan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap hamba yang berkata pada setiap hari di waktu pagi dan petang: Dengan nama Allah yang dengan namaNya itu segala apa yang ada di bumi dan juga di langit tidak akan memudaratkan, dan dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui , sebanyak tiga kali tiada yang akan dapat memudaratkannya. Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, katanya: Hadis ini hadis hasan sahih.

DOA TERHINDAR DARI SYIRIK Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari r.a. katanya: Suatu hari Rasulullah s.a.w. berucap kepada kami di mana baginda bersabda: Wahai sekalian hadirin, Jauhilah syirik ini kerana ia lebih tersembunyi daripada semut. Lalu seorang sahabat bertanya: Bagaimana kami boleh menjauhinya sedangkan ia lebih tersembunyi daripada seekor semut, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Katakanlah, Ya Allah, kami mohon lindunganMu supaya kami tidak mempersekutukanMu secara kami sedari dan kami memohon keampunanMu jika kami lakukan tanpa kami sedari . Riwayat Ahmad dan al-Tabarani dengan sanad yang baik. Diriwayatkan juga oleh Abu Ya la daripada Huzaifah. Cuma dalam riwayat ini baginda bersabda: Dia berkata pada setiap hari tiga kali.

DOA BERLINDUNG DARIPADA KEJAHATAN MAKHLUK Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca ketika petang sebanyak tiga kali: Demi kalimah-kalimah Allah yang sempurna, saya mohon lindungan daripada kejahatan apa yang diciptaNya , dia tidak akan diancam sengat haiwan pada malam itu. Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih.

Diriwayatkan daripada Abu Sa id al-Khudri r.a. katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke masjid dan baginda terserempak dengan seorang lelaki Ansar yang bernama Abu Umamah, lalu baginda bersabda: Wahai Abu Umamah, kenapa saya lihat engkau duduk di masjid di luar waktu sembahyang? Abu Umamah menjawab: Masalah dan hutang yang saya hadapi, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Apakah boleh saya ajarkan engkau satu bacaan yang apabila engkau baca Allah akan menghilangkan segala kerisauan engkau dan menyelesaikan hutang engkau? Abu Umamah berkata: Saya berkata: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Katakan ketika pagi dan petang, Ya Allah, saya mohon lindunganMu daripada rasa risau dan sedih, saya mohon lindunganMu daripada rasa lemah dan malas, saya mohon lindunganMu daripada rasa takut dan kedekut, saya mohon lindunganMu daripada dicengkam hutang dan dikuasai manusia . Abu Umamah berkata: Saya pun lakukan dan Allah telah menghilangkan kerisauan saya dan telah melunaskan hutang saya. Riwayat Abu Daud.

Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah r.a. bahawa dia berkatakepada bapanya: Bapaku, saya dengar bapa membaca setiap pagi: Ya Allah,sihatkanlah tubuh badan saya. Ya Allah, sihatkanlah pendengar saya. Ya Allah,sihatkanlah penglihatan saya. (3 kali) Ya Allah saya mohon lindunganMu daripadakufur dan miskin. Ya Allah, saya mohon lindunganMu daripada azab kubur. Tiada tuhanmelainkan Engkau. Bapa mengulanginya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali padawaktu petang. Bapanya berkata: Saya dengar Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa inidan saya suka untuk mengikut sunnahnya. Riwayat Abu Daud dan yang lain.