Anda di halaman 1dari 14

jintanmanis

Web Search

E-book ini diberikan secara PERCUMA dan anda dialu-alukan menyebarkan semula e-book ini secara PERCUMA tanpa memohon kebenaran dari penulis.

Dilarang menyebarkan e-book ini secara berbayar, mengubah, menyunting, menerbitkan semula tanpa kebenaran dari pemilik blog Bukan Sekadar Masakan @ jintanmanis.com

http://www.jintanmanis.com

Kek Pisang Gebu


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 cawan gula 3 biji pisang ranum yang telak dilenyek (anggaran 1/2 cawan) 1/2 cawan minyak masak beberapa titik esen vanila 2 biji telur saiz A (atau 3 biji saiz biasa)

Cara-cara: 1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah. 2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. 3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan kacau sebati. Masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau 1 jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai.
http://www.jintanmanis.com

Rendang Ayam

Bahan-bahan: 3/4 ekor ayam (dipotong sederhana lebih kurang 7 ke 8 bahagian) 1/2 buku lengkuas saiz kecil (atau halia) 1/2 biji bawang besar 2 batang serai (1 batang dikisar, 1 batang lagi dititik) 7-10 biji cili padi (boleh ditambah untuk lagi pedas) 1 tin santan segera ( 400ml) sedikit kunyit serbuk garam 1 helai daun kunyit

Cara-cara:
1. Kisar halus cili padi, 1 batang serai, bawang besar, kunyit hidup dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali, biarkan seketika. 2. Selepas itu masukkan ayam dan 1 batang serai yang dititik, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan. Masukkan garam secukup rasa. 3. Masak sehinga ayam empuk dan kuah agak pekat serta pecah minyak, akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit. http://www.jintanmanis.com

Ayam Masak Merah Wangi


Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil) 2 sudu besar cili kisar 3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus) 1 batang serai 1 batang kulit kayu manis 2 sudu besar sos cili 1/4 biji bawang besar dihiris kasar 1/2 biji tomato 1/2 cawan kacang peas garam gula

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan kunyit, garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk halus bawang putih dan bawang besar. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing. 3. Masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili. 4. Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kacang peas dan bawang besar. Setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar http://www.jintanmanis.com

Kek Coklat Moist(Kukus)


Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil baking soda 3/4 cawan minyak masak 1 cawan gula 1 cawan air suam 1/2 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko (Contoh : jenama Van Hauten) 3 biji telur beberapa titik esen vanila *Untuk Topping dan Hiasan* 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya. Cara-cara: 1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus. 2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur. 3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik. 4. Alaskan acuan bulat atau petak berukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan. Tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan. http://www.jintanmanis.com

Daging Masak Kicap


Bahan-bahan: 400 gram daging boneless (dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil) 3 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat 1/2 biji bawang besar 2 inci halia 1 biji bawang putih 2 sudu besar lada kisar (atau hirisan cili padi pun boleh) 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 1/2 cawan air sedikit minyak untuk menumis 1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara-cara: 1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur (kalau nak hiris nipis pun boleh). 2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing. 3. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan 1 sudu kecil gula. Jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. http://www.jintanmanis.com

Popiah Goreng Inti Sedap


Bahan-bahan:
15 keping kulit popiah 150gram udang yang telah dibuang kulit (atau ayam atau daging) 200gram taugeh (satu paket) 1 biji telur 1/2 batang lobak merah 1/2 batang timun 1/2 cawan mix vegetable 2 ketul tauhu goreng lada sulah 1/4 biji bawang besar

Cara-cara: 1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan lobak merak di hiris bentuk anak mancis, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu. 2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang sama, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati. 3. Akhir sekali masukkan tauhu dan taugeh, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dengan sedikit air (seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti. 4. Letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai. http://www.jintanmanis.com

Bubur Nasi Sup Ayam

Bahan-bahan: 1 cawan beras 6 cawan air (terpulang lembik atau pejal bubur) 2 biji kentang (potong kecil2) 1 labu bwg besar (hiris) 2 ulas bwg putih (hiris) 2 inci halia (hiris) 4 ketul daging ayam sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara: 1. Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.

2. Masukkan air, biarkan mendidih.


3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar. 4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan-bahan perasa. 5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala. http://www.jintanmanis.com

Sate Ayam dan Kuah Kacang (bahagian 1)


Bahan-bahan: *Untuk Sate* 3 keping dada ayam besar 2 keping bahagian peha boneless sedikit halia (sebesar ibu jari) sedikit lengkuas (sebesar ibu jari) 2 sudu besar jintan manis sedikit gula melaka (dipotong kecil) 3 sudu besar gula sedikit garam 1/4 biji bawang besar 2 biji bawang putih 2 sudu besar madu *Untuk Kuah Kacang* 2 paket kacang tanah(goreng dan buang kulitnya) 1 batang serai 1/4 biji bawang besar 2 inci halia 1 biji bawang putih 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar cili kisar 1/2 cawan air asam jawa garam dan gula Bahan sampingan ketupat segera, timun dan hirisan bawang besar Lidi sate direndam kejap dengan air, untuk mengelakkan daripada terbakar masa panggang).

http://www.jintanmanis.com

Sate Ayam dan Kuah Kacang (bahagian 2)


Cara-cara: *Sate* 1. Potong isi ayam, saiz sederhana, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti, Blender halus, bawang besar, halia , lengkuas, jintan manis, bawang putih hingga hancur. 2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan gula melaka, gula, madu dan garam. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih. 3. Cucukkan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate. Masa ni boleh renjis sate tu dengan sedikit minyak. *Kuah Kacang* 1. Blender kacang tanah hingga hancur, nak kasar sikit pun boleh, ketepikan, kemudian blender bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai yang di belah dua ataupun serai yg telah dititik serta cili kisar, tumis hingga garing, selepas itu masukkan kacang tanah, kacau sebati. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan 1 cawan air, kacau selalu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, bila kuah agak pekat dan naik minyak baru tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam.

http://www.jintanmanis.com

Daging Masak Merah


Bahan-bahan: 400 gram daging boneless 8-10 tangkai lada kering 1 batang kulit kayu manis 1/2 biji bawang besar. bahagi dua bahagian - satu bahagian di kisar , baki dihiris kasar. 1 biji bawang putih 2 sudu besar sos cili 2 inci halia 1 sudu kecil gula

Beberapa titik pewarna merah atau sirap.

Cara-cara: 1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus. 2. Kemudian rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. (jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.

3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan 1/4 biji bawang besar saiz sederhana, kemudian tumis kulit kayu manis dan bahan kisar tadi hingga garing, masukkan sos cili, garam dan gula, masukkan sedikit air jika ingin berkuah, Selepas itu masukkan daging yang siap direbus tadi, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan apabila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
http://www.jintanmanis.com

Black Pepper Chicken Chop (bahagian 1)


*Untuk Ayam* Bahan-bahan: 2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis* 2 sudu kecil serbuk lada hitam* 2 inci halia* 1/2 biji bawang besar (saiz sederhana)* 2 ulas bawang putih* 1/2 kiub pati ayam maggi* Untuk salutan (sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti) Cara-cara: Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk-cucukkan ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, kemudian salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing. *Untuk Sos Lada Hitam* Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung kentang. Boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ada minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.

http://www.jintanmanis.com

Black Pepper Chicken Chop (bahagian 2)


*Untuk Kentang Putar* Bahan-bahan: kentang putar 4 biji kentang saiz sederhana 1 sudu besar marjerin atau butter 1/3 cawan susu segar Lada sulah Cara-cara: Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan. *Untuk Coleslaw* Bahan-bahan: 1/4 biji kobis saiz kecil 1/2 batang lobak merah 1/2 biji Bawang besar 3 sudu besar Mayonis sedikit garam dan gula Cara-cara: Kobis, lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais. Cara penyediaan:Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coleslaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan.

http://www.jintanmanis.com

Anda mungkin juga menyukai