Anda di halaman 1dari 3

Rumusan Teori pembelajaran membantu guru memilih strategi dan membantu pelajar secara optimum.

Pembelajaran merupakan satu proses yang bermula dengan penanggapan ransangan yang diterima oleh pancaindera. Ransangan ini diproses dan disimpan sebagai pengalaman. Pembentukan tingkah laku untuk mencapai matlamat mestilah diberi peneguhan yang berterusan sehingga matlamat tercapai. Setelah matlamat tercapai, peneguhan secara berkala pula diberi. individu yang bermatlamat akan menunjukkan tingkah laku positif bagi mencapai matlamatnya. Bagi pelajar yang sudah mempunyai pengetahuan berkaitan, guru menggunakan advance organizer komparatif bagi pelajar yang belum ada maklumat, beri maklumat umum dalam bentuk advance organizer. jelas kesediaan setiap pelajar menjadi penanda aras dalam titik tolak pengajaran guru. Proses pembelajaran mengikut teori humanisme berlaku mengikut tahap daripada pembelajaran mudah ke aras lebih sukar daripada umum ke tahap khusus seiring dengan perkembangan rohani dan jasmani murid. Aktiviti yang dijalankan mesti mengambil kira kesediaan fizikal dan mental kanak-kanak. Manusia dilihat sebagai individu yang membina pengetahuan sendiri berasaskan pengalaman. Pengalaman manusia adalah hasil daripada pengulangan ransangan yang diterima dan menjadi ingatan. Daripada ingatan ini, maklumat berguna akan disimpan sebagai pengalaman. Teori konstruktivisme pengetahuan melihat sendiri manusia berdasarkan sebagai individu yang membina yang pengalaman. Maklumat

disampaikan guru digabungkan dan disusun semula dalam struktur koguitif pelajar untuk membina pengetahuan baru. Dalam pendidikan, tugas guru adalah memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menyedari petunjuk yang berguna bagi mencapai sesuatu

matlamat yang hendak dicapai. Pelajar tidak menghabiskan masa dengan proses cuba jaya tetapi terus menggunakan petunjuk yang disarankan oleh guru. Guru bertindak sebagai fasilitator pembelajaran bermakna bagi membolehkan pelajar membentuk pembelajaran melalui

experiental learning. Ini amat bertepatan dengan teori kostruktivisme. Kedua-dua teori ini iaitu konstruktivisme dan humanisme mempunyai banyak persamaan di mana penekanan adalah berpusatkan murid. melalui aktiviti yang dijalankan, murid secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya melalui pelbagai kaedah seperti inkuiri. Naluri semulajadi manusia akan sentiasa meneroka sesuatu yang baru dan akan berlaku proses pengulangan dan akhirnya terus sebati sebagai pengetahuan sedia ada. Pendidikan kanak-kanak adalah untuk menyediakan mereka menghadapi dewasa. Justeru, pendidikan hendaklah sesuai dengan keperluan semasa kanak-kanak. Kedua-dua teori ini humanisme dan konstruktivisme amat menekankan gerak kerja kumpulan. Pembelajaran koperatif bertujuan mewujudkan interaksi berkualiti yang dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi. Melalui perbincangan kumpulan pelajar dapat berkongsi idea mendapat pemahaman yang lebih jelas dan boleh mengutarakan idea. Proses pembelajaran sentiasa mengambil kira keupayaan pelajar, oleh itu perancangan pengajaran guru perlu mengambil kira minat, kecenderungan dan kesediaan pelajar. Kedua-dua teori ini mengutamakan guru mempunyai kemahiran dalam menyampaikan pengajaran dan mengenal pasti isi pelajaran, mestilah sesuai dengan aras pemikiran dan laras bahasa pelajar. Pelajar berkeperluan khas memerlukan aplikasi teori humanisme yang menitik beratkan keperluan individu pelajar. Hubungan mesra guru dan murid perlu pada tahap yang baik agar proses pembelajaran lebih lancar. perasaan positif dan sikap saling menghormati antara guru dan akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. murid Matlamat

pendekatan

humanisme

adalah

untuk

menyediakan

asas

kepada

perkembangan personal supaya pembelajaran sepanjang hayat berbentuk arahan kendiri terlaksana (De Carvalho, 1991) Kesimpulannya, setiap individu murid boleh belajar, berkadar terus dengan ketetapan masa yang mencukupi dan motivasi guru itu sendiri dalam menyediakan pembelajaran yang menarik minat dan setara dengan keupayaan murid. Bertepatan dengan kata-kata, fitrah setiap anak dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorak kehidupannya sama ada menjadi Majusi atau Nasrani. Jelaslah bahawa peranan guru amat penting dalam proses pembelajaran murid.