Anda di halaman 1dari 6

Kajian Tindakan Sekolah MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI MELALUI KAEDAH

LATIH TUBI Oleh Normaria Binti Che Hussin Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,Jln Geroda,Larkin 80350 Johor Bahru Abstrak Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja KataPinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasaarab ini memang agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalampenggunaan sistem ejaan jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10orang murid pemulihan jawi dari kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muriddalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan denganmenganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis tersebut muriddidapati belum menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakanejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid dengan menggunakan kaedah latihtubi iaitu:

1.Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran lalu Saya mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Pemulihan Jawi) 3 Puteri 4. Saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru melalui buku aktiviti jawi sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasa ikemahiran mengeja sistem ejaan jawi. Keputusan ujian PKSR bulan Mac merosot dan didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Kesan daripada kelemahan mereka, saya membuat keputusan untuk cuba melakukansesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang penggunaan kata pinjaman bahasa arab tersebut, seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi. 2.Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan di dalam kelas danmarkah ujian bulan Mac yang rendah kerana a.Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan sistem ejaan jawimenyebabkan mereka sukar untuk mengeja perkataan jawi dalam prosespengajaran dan pembelajaran.

b.Murid masih tidak mengenali huruf-huruf jawi dan sukar untuk mengeja satupersatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuatlatihan dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, murid akan terus tidak memahami sistem ini lalu menyebabkan mereka akanmenghadapi masalah untuk mengeja perkataan jawi yang lebih sukar dan panjang. 3. OBJEKTIF KAJIAN i. OBJEKTIF AM Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penggunaan sistem ejaan jawidengan menggunakan persembahan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu,murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan sistem tersebut. ii.OBJEKTIF KHUSUS Objektif khusus kajian ini adalah supaya : Murid dapat memahami cara menggunakan sistem ejaan jawi. Murid dapat menjawab soalan yang diberikan. Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid. 4. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid murid Tahun 3 Puteri 4, Sekolah KebangsaanTanjung Puteri yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Jawi iaitu tidak dapatmengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi dan kurang menguasai sistemejaan jawi. 5. PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah i.Pemerhatian Saya membuat kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap penguasaan murid-muriddalam menggunakan sistem ejaan jawi. ii.Ujian Pengesanan Melalui ujian pengesanan, tahap kecekapan dan kemahiran murid dapat dinilai dalammenggunakan sistem ejaan jawi iii.Semakan Buku Latihan

Melalui kaedah semakan buku latihan, saya dapat menilai sejauh mana tahappenguasaan muridmurid dalam penggunaan sistem ejaan jawi dari masa ke semasa.Oleh yang demikian, saya dapat mengetahui adakah seseorang murid itu sudah mahir atau belum.

5.2 Analisis Tinjauan masalah. Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang di jalankan untuk meninjau masalahyang menyebakan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi. i.Analasis pemerhatian Saya telah memantau hasil kerja murid mengeja perkataan pinjaman bahasa arabmenggunakan sistem ejaan jawi. Hasil daripada pemantauan itu, saya dapati masihramai murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasaarab menggunakan sistem ejaan jawi dengan betul dan tidak dapat menjawab soalanyang berkaitan dengannya, didapati juga bahawa murid tidak boleh menceraikanperkataan kata pinjaman menjadi huruf jawi tunggal. Apabila sesuatu aktiviti dilakukan,murid masih lemah dalam mengenal dan membezakan huruf jawi sekiranya bersambungdengan huruf lain. ii.Analisis Ujian Pengesanan Berdasarkan ujian pengesanan jawi, masalah yang sama sering berlaku. Inimenyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas. iii.Analis Semakan Buku Latihan Saya telah membuat semakan buku latihan atau hasil kerja murid selepaspengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sewaktu sesi pengajaran danpembelajaran berjalan, saya akan mengajar murid cara mengenal dan mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi yang betul.Berdasarkan semakan buku latihan yang telah dibuat, saya dapati murid-muridtidak dapat membezakan huruf bersambung dengan huruf tunggal.

5.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertamayang dijalankan ialah memberi galakan kepada murid terbabit untuk meningkatkanpenguasaan penggunaan sistem ejaan jawi. Tindakan seseterusnya ialah: Memberi pengenalan huruf-huruf jawi kepada murid-murid. Membaca kata pinjaman bahasa arab yang mudah dengan menggunakan caraedaran kad atau slaid powerpoint. Memberi latihan kepada murid untuk menceraikan kata pinjaman bahasa arabmenjadi huruf-huruf tunggal.

Latih tubi.

5.4 Perlaksanaan Tindakan 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti Aktiviti meningkatkan dan memantapkan kemahiran penggunaan sistem ejaan jawi pada kata pinjaman bahasa arab dijalankan mengikut masa dan jadual didalam kelas bagi matapelajaran Jawi.Semasa aktiviti latihan bahagian penulisanberjalan, guru meminta murid untuk mengimbas kembali tentang penggunaansistem ejaan jawi dalam kata pinjaman bahasa arab dengan memilih murid secararawak dan maju ke hadapan untuk membetulkan huruf pada perkataan jawi tersebut bagi meningkatkan daya ingatan sebelum memulakan aktiviti. Aktivitidijalankan seperti berikut : Aktiviti 1 (Item 1) a.Mengeja perkataan yang mudah dan lengkap denganmenggunakan sistem ejaan jawi. b.Mengenal penggunaan huruf jawi pada perkataan tersebut. c.Menceraikan perkataan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf jawi tunggal. Pemerhatian Murid membuat aktiviti berkumpulan atau individu menceraikan kata pinjamanbahasa arab menjadi huruf jawi tunggal. Selepas itu, mereka akan mencantumsemula huruf jawi tunggal tadi menjadi satu perkataan yang lengkap. Refleksi Setelah memantau hasil kerja murid, saya dapati murid yang menjalankan aktivitisecara berkumpulan lebih mudah untuk mengenal dan menulis kata bahasaarab. Melalui aktiviti berkumpulan sikap bekerjasama dapat dipupuk. 5.5 Refleksi Kajian Penilaian Pencapaian Murid Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atasmurid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum kaedah latih tubi dilakukanpelbagai masalah timbul seperti murid-murid tidak dapat mengenal huruf-huruf jawi. Mereka juga tidak tahu untuk menceraikan katapinjaman bahasa arab dalam ejaan jawi menjadi huruf jawi tunggal.Setelah semua aktiviti dijalankan, saya dapati peningkatan dalammenguasai penggunaan kata pinjaman bahasa arab dalam sistem ejaan jawi amat memuaskan terutama untuk aktiviti 1.Kesemua aktiviti yangdirancang telah berjalan dengan lancar, keyakinan diri murid jugamenunjukkan perubahan yang positif. Walaupun dalam seiap ujianbulanan, markah yang diperolehi tidak semuanya cemerlang, tetapisekurang-kurangnya dapat membantu murid-murid yang lemah untukberusaha mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang memberi tumpuan dan tidakmemiliki kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi tampakberkurangan. Secara tidak langsung murid-murid lebih mengenali ejaan jawi. Ini melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sertamemudahkan guru menyemak hasil kerja murid.

6.CADANGAN UNTUK SETERUSNYA Saya mendapati kajian kesilapan penggunaan sistem ejaan jawi perlu diteruskan untuksemua kelas kerana dengan ini kita dapat mengajar cara menceraikan kata pinjamanbahasa arab dalam ejaan jawi dengan cara yang betul dan sistematik. Kesemua aktivitiyang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan keatas murid-muid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini denganmeningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi. Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa fleksibal ke atas amalan pengajaran danpembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti : Kad Manila - 2 Marker Pen 3 Gunting, pembaris, pensel warna,kertas A4 Set Soalan Pendidikan Islam 2

8. ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah :Kad Manila 2 x RM 0.50 = RM 1.00Marker Pen - 3 x Rm 2.00 = Rm 6.002 Set Soalan Pendidikan Islam - 2 x RM 5.00 = RM 10.00

9. CADANGAN PELAKSANAAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 AKTIVITI MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENGUMPULANDATA AWAL MENULIS PROPOSAL MERANCANG TINDAKAN-INDIVIDU MELAKSANAKAN TINDAKAN-INDIVIDU MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBULDALAM AKTIVITI 1 MELAKSANAKAN TINDAKAN AKTIVITI2 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 2 MELAKSANAKAN TINDAKAN-AKTIVITI 3 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBULDALAM AKTIVITI 3 UJIAN PENGESANAN PERUBAHAN KLIEN REFLEKSI KAJIAN MENULIS LAPORAN KAJIAN PERBENTANGAN DAPATAN KAJIAN TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU 2 HARI 1 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 1 MINGGU 1 HARI 1 HARI 1 HARI