Anda di halaman 1dari 1

Program latihan Latihan ansur laju Latihan rangsangan 1) Baring dan bangun dengan cepat apabila wisel dibunyikan

2) Badan berada pada dinding dan berlari dengan cepat kehadapan apabila wisel dibunyikan 3) Berlari menyentuh objek dengan cepat berulang-alik apabila muzik yang berlainan dibunyikan. Melalui latihan rangsangan pelari dapat mempertingkatkan daya rangsangan semasa fasa permulaan. Dalam komponen masa tindak balas, guru akan menguji sejauh manakah

tindak balas murid terhadap sesuatu rangsangan atau pun objek. Hal ini akan meningkatkan kepekaan dan kelajuan tindak balas pelari pecut terutamanya pada fasa permulaan. Hal ini amat penting untuk dikuasai oleh seseorang pelari pecut kerana pelari pecut akan bertindak balas dengan tembakan pada permulaan. Jika pelari pecut tidak dapat menguasai komponen ini maka ini amat merugikan masa pelari pecut dan akan memperngaruhi seluruh lariannya. Jika hendak dibandingkan dengan latihan untuk rangsangan yang sedia dipraktikkan bagi saya latihan saya ini dapat meningkatkan masa tindak balas dengan cepat . Ini kerana saya telah mempelbagaikan rangsangan yang diberi kepapa pelatih. Kajian telah membuktikan bahawa seseorang dapat memberikan rangsangan dengan cepat apabila bahan

rangsangan yang diberikan dipelbagaikan menggunakan muzik dan bahan-bahan yang berwarna.