Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN Apresiasi merupakan aspek yang penting dalam pengajaran PSV.

Apresiasi seni merangkumi aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Menitik beratkan aspek kritikan dan emosional. Ecker (1966) apresiasi dapat memberi penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, boleh dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi dan kesedaran emosi terhadap karya seni.

Objektif Memahami proses apresiasi di dalam seni kanak-kanak Mengenal pasti kategori-kategori penting di dalam membuat apresiasi seni Mampu melakukan apresiasi seni apabila berhadapan dengan karya seni

Definisi dan konsep Hurwitz dan Day (2001) apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut.

Tujuan aspresiasi Membina keyakinan seseorang untuk menghurai mengenai karya yang dihasilkan. Tidak menyentuh soal baik atau salah. Memahami karya yang dilihat Seabolt (2001) aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi. Apresiasi merujuk kepada aktiviti menghayati seni melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni serta diskusi seni. Membina tata bahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Dedah bahasa tampak Menghargai rasa dan perasaan seniman.

Kategori Apresiasi Seni Terdapat dua pendapat mengenai apresiasi seni: Pandangan pertama : Walter dan Clive Bell penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea.

Pandangan kedua : John Dewey dan Otto Krash - apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni. Ecker (1996) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal iaitu kaedah melihat aspek penghasilan karya seni visual.

1 Peringkat Analitikal Kenal Pasti (Identification) aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan asal-usul karya, gaya, gaya, medium yang mudah digunakan, teknik dan fungsi karya. 2 Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu: Penerangan Literary Digunakan ke atas karya karya seperti potret, lanskap, lukisan objek dan lain-lain lagi. PeneranganTeknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti pengguna teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya. Penerangan Formal Merujuk kepada stuktur fizikal karya seni iaitu perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Mejurus kepada aspek asas-asas seni reka.

Konteks dan skop: Sesuatu karya yang dihasilkan mempunyai perkaitan dengan budaya, sumbangan karya terhadap masyarakat, peranan pengkarya dll

Aspek Assiosiasi: Bergantung kepada assosiasi (persoalan atau pemahaman) seseorang apabila melihat sesebuah karya. Aspek kritikal : Merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuk kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu itu dengan lebih menyeronokkan. Aspek hubungan baik:

Lebih kepada apresiasi seni bina. Fizikal dan spiritual lebih diutamakan Berbalik kepada budaya dan kepercayaan.

Rumusan Apresiasi seni merupakan satu aktiviti yang wajib dijalankan dalam matapelajaran PSV. Tanpa apresiasi seni murid tidak dapat membuat pertimbangan yang penting apabila melihat sesuatu hasil karya. Boleh membantu seseorang daripada membuat penilaian yang salah dan tidak munasabah.

Anda mungkin juga menyukai