Anda di halaman 1dari 5

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)

KISAH NABI ADAM DI DUNIA


Assalamualaikum wbt. Terima kasih pengacara majlis, yang dihormati barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru rakan-rakan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.
Bulan bintang penyeri malam
Indah sungguh ciptaan tuhan
Kisah nabi Adam Alaihissalam
Ambil iktibar jadikan pengajaran

Iblis dan syaitan musuh durjana
Menggoda nabi Adam dan juga Hawa
Buah khuldi termakan akhirnya
Penyesalan dirasa tidak berguna

Ya kawan-kawan
Nabi Adam dan Hawa telah dilempar ke dunia kerana kesilapan mereka melanggar perintah
Allah memakan buah khuldi kerana terpedaya dengan hasutan iblis.Nabi Adam amat
menyesal dan bertaubat kepada Allah.

Firman Allah
NBC B,1,; BqoL B,1@0 f,
V B,1 Bq=V,
_N,1 @Bb
mafhumnya
23. Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika
Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami
termasuk orang-orang yang merugi.
(Surah Al Aaraf ayat 23)
Rakan-rakan,
Jauhilah diri dari godaan syaitan dengan perbanyakkan zikrullah serta hayatilah program-
program keagamaan seperti rancangan Al kuliah, forum perdana dan sebagainya.
Taubat Nabi Adam diterima oleh Allah.walaupun begitu Allah memerintahkan nabi Adam
dan Hawa meneruskan kehidupan di dunia.


BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)

1
Firman Allah
=PJBb =,; LBJ
=@1 N),


Kemudian Tuhannya memilihnya[950] Maka dia menerima taubatnya dan memberinya
petunjuk.
(surah Toha ayat 122)
Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah
kerana Allah itu maha penerima taubat.Pihak JAKIM sentiasa bersedia membantu rakyat
malaysia yang terpesong akidahnya untuk kembali ke pangkal jalan seperti golongan
maknyah yang ingin bertaubat,
Nabi Adam dan Hawa telah dipertemukan kembali di Jabal Rahmah. Hiduplah mereka di
bumi dengan menemph pelbagai dugaan, berbeza sekali dengan cara kehidupan mereka di
Syurga.
Firman Allah
XBC B@ _,@ B@,
_V_V B8, _
Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu
(pula) kamu akan dibangkitkan. (Surah Al Aaraf ayat 25)
Bermulalah kehidupan Nabi Adam dan Hawa di dunia sebagai khalifah di muka
bumi.Mereka dilimpahi dengan kebahagiaan dan kesempurnaan apabila Hawa melahirkan
dua pasang anak kembar.
Qabil berpasangan dengan Iqlima
Habil berpasangan dengan Labuda

Di bawah bimbingan ayah dan bonda tercinta. Anak-anak nabi Adan terdidik dengan
sempurna. Anak lelakinya Qabil mengusahakan pertaniaan manakala Hbil pula menguruskan
penternakan. Sementara Iqlima dan Labuda menguruskan rumahtangga.
Rakan-rakan
Para bapa adalah ketua keluarga. Sebagai ketua rumahtangga, mereka perlu membina institusi
keluarga yang bahagia.Tontonlah rancangan semanis Kurma di TV 9 bagi mencari tips
keharmonian keluarga.
BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)

2
Setelah putera dan puterinya menginjak dewasa, Nabi Adam mencadangkan agar Qabil
dikahwinkan dengan Labuda manakala Habil pula dikahwinkan dengan Iqlima. Tetapi hal ini
tidak dipersetujui oleh Qabil dengan alasan Labuda tidak secantik Iqlima.
Ahh....saya tidak setuju. Mana mungkin saya akan berkahwin dengan Labuda.
Kembarku Iqlima lagi cantik.
Kemudian Allah telah mewahyukan agar mereka berkorban.Sesiapa yang korbannya Allah,
maka dia berhak menentkan pilihannya.
Firman Allah
VVBb, @1 0P Bb
@b, CBB [f BC
B1BC
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
Sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban
(Surah Al maidah ayat 27)
Kesal kecewa bersarang di hati
Iqlima disanjung tak dapat dimiliki
Kata nasihat tidakdipeduli
Qabil beremosi menghadapi realiti

Ya rakan rakan
Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci, ianya boleh megurangkan gejala sosial seperti
seks bebas, pembuangan, pembunuhan bayi juga kelahiran bayi yang tidak sah taraf.

Berbalik kita kepada cerita tadi
Habil bersetuju mengorbankan kambing peliharaan kesayangannya. Manakala Qabil pula
bersetuju mengorbankan gandum yang sudah rosak.keesokan harinya ketika mereka sedang
menunggu korban siapa yang akan dipilh, tiba-tiba mereka ternampak cahaya putihdari langit
telah menyambar korban Habil.gembiranya habil bukan kerana ini bermaknna dia yang akan
Dikahwinkan dengan Iqlima.Hal ini menibulkan rasa marah di hati Qabil dan membunuh
Habil

Inilah korban pembunuhan pertama di muka bumi di dalam sejarah islam.Setelah Habil
dibunuh, Qabil berasa gelisah.Allah telah menunjukkan Qabil bagaimana seekor gagak
menggali lubang dengan paruhnya lalu memasukkan gagak yang telah mati ke dalam lubang
tersebut. Dengan ilham itu, Qabilpun melakukan hal tersebut ke atas mayat Habil.

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)

Sebelum kewafatan nabi Adam, baginda mengumpulkan anak-anaknya dan berpesan
agarmereka berpegang teguh dengan ajaran Allah. Baginda juga mewasiatkan agar Sith
menggantikan tempatnya. Nabi Adam wafat pada hari jumaat ketika usianya 1000 tahun dan
dikebumikan di jabal Qubais.

Rakan-rakan
Syaitan itu musuh utama
Sabar pula senjata iman
Berbuat baiklah sesama insan
Kelak hidup diberkati tuhan.

Sekian......





















BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)

Anda mungkin juga menyukai