Anda di halaman 1dari 2

Pencemaran Alam Sekitar Berpunca Daripada Sikap Manusia Sendiri"

Ayah.Ayah. Di mana rumah kita? Ayah. Ayah. Di mana jiran kita? Ayah. Ayah. Di mana adik-adik saya? Ayah Ayah Di mana ayah? Mungkin, inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat akibat pembangunan. Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan serta akhirnya melahirkan istilah pencemaran. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan irama pop yeh yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggung jawab bersama. Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan sikap manusia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Sidang pendengar yang penuh santun, kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak mematuhi peraturan atau rang undang-undang mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti kehidupan seharian. Tindakan tersebut itu dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-sama memikirkan alam sekitar kita. Idea saya yang kedua, terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar seperti membuang sampah, sisa toksik dan agen pencemar alam secara tidak mematuhi piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan alam sekitar tercabul. Tindakan buruk itu bukan sahaja

menyalahi undang-undang negara, bahkan satu perbuatan berdosa di sisi agama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusiaoh, manusia.oh, manusia! Idea saya yang ketiga, sememangnya sektor pertanian menjana pendapatan negara dan merupakan sumber pendapatan yang terpenting. Namun begitu, peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan akuatik dan juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air untuk diminum. Hal ini disebut eutrofikasi yang disebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusi dasar air akibat pengumpulan alga di atas permukaan air. Sekali lagi, hidupan akuatik diancam kepupusan akibat kemusnahan habitat. Sidang saksi yang bermisi, sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam merupakan masalah peringkat global yang turut melanda negara seluruh dunia. Mungkin sesebuah negara itu telah, sedang dan akan mengalami krisis ini. Kegagalan sesbuah negara menangani alam sekitar turut melepasi sempadan negara apabila kesannya turut dirasai di negara lain. Maka, sudah tentulah isu alam sekitar sering menjadi duri dalam daging hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini merupakan pencetus generasi akan datang. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur pencemaran sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya. Hadirin sekalin, siding penonton penuh santun, harus dikejut mana yang lena harus ditegur mana yang alpa. Sebelum manusia ditimpa bencana, sebelum alam mulai bicara. Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Konklusinya, manusia yang mengancam Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk mengejar sesuatu kemajuan. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama, Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!