Anda di halaman 1dari 9

SK PENGKALAN TENTERA KEM BATU 10, JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN, PAHANG

KERTAS CADANGAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT 2010

TARIKH: 28HB JUN 3HB JULAI 2010

TEMPAT: SK PENGKALAN TENTERA

Pendahuluan Melalui kempen ini murid diterapkan cara hidup sihat yang berterusan sepanjang tahun; bermula dari dalam kelas dan diamalkan di rumah. Ini penting bagi murid sekolah rendah kerana mereka masih muda dan penerapan cara hidup sihat diharap akan lebih berkesan untuk membina generasi sihat, gemilang dan cemerlang yang diwawarkan oleh pemimpin negara. Para pelajar didedahkan cara-cara menjaga kebersihan diri, kelas dan persekitaran sekolah. Ceramah kesihatan diri juga diharap dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara hidup sihat. Kempen ini melibatkan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Segala hasil kerja murid dipamerkan di dewan sekolah bersama poster-poster yang berkaitan cara hidup sihat dari kelab Bimbingan dan Kaunseling. Guru diminta membawa para pelajar masing-masing melawat pameran yang diadakan semasa waktu pengajaran pendidikan kesihatan. Semasa lawatan pelajar diminta mencatat maklumat penting untuk dibincangkan semasa sesi pengajaran.Aktiviti senamrobik yang dijalankan semasa awal dan akhir persekolahan juga diharap dapat melahirkan minat pelajar untuk melakukan senaman ringan supaya badan sihat dan cergas sebelum memulakan aktiviti pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan diharap dapat melahirkan pelajar yang sihat dan cergas seterusnya pelajar cerdas.

Tujuan:y y Melahirkan pelajar sihat dan cergas. Memberi pendedahan pada pelajar tentang cara-cara menjaga kesihatan diri yang betul. y y Menceriakan kawasan sekolah. Melahirkan pelajar pintar.

Nama Program: Kempen Gaya Hidup Sihat

Tema Program: Pelajar Sihat Sekolah Gemilang

MATLAMAT Melalui program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang sentiasa bersih, cergas dan seterusnya cerdas dalam pembelajaran.Persekitaran sekolah yang selamat, selesa dan indah sesuai dengan keperluan pelajar yang memerlukan persekitaran yang kondusif semasa proses pembelajaran dan pengajaran diharap membantu melahirkan pelajar berjaya seperti yang diidam-idamkan oleh sekolah. Program ini juga adalah untuk mempertingkatka kualiti diri pelajar ke arah yang lebih dinamik, efisyen dan berketrampilan serta memperkukuhkan lagi keyakinan terhadap keupayaan diri pelajar.

OBJEKTIF y y y y Melahirkan pelajar sihat dan cergas Melahirkan pelajar bersih dari segi tubuh badan dan sikap Menceriakan kawasan sekolah. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah. y Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah.

FORMAT PELAKSANAAN Isnin Perasmian oleh guru besar Ceramah kesihatan oleh penceramah khas yang dijemput Selasa Pertandingan membuat piramid makanan dan poster untuk pelajar tahap 2 Pertandingan menulis ciri-ciri pelajar bersih untuk tahun 1 Pertandingan mewarna bagi pelajar tahun 2 dan 3.

Sepanjang minggu Pertandingan kelas bersih Pertandingan zon bersih Pertandingan pelajar bersih dan segak Senamaerobik 10 minit semasa beratur sesi pagi 10 minit sebelum balik sesi petang

Jumaat Penutup Penyampaian hadiah

Penganjur: Kelab Bimbingan dan Kaunseling;SK pengkalan Tentera

Tarikh: 28hb Jun 3hb Julai 2010

Tempat

: SK Pengkalan Tentera

Kumpulan Sasaran: Pelajar tahap 1 dan 2

JAWATAN KUASA PENGELOLA KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT PENASIHAT: PENGERUSI: En.Mazlan bin Mamat (Guru Besar) Pn.Hjh Nor Hazila bt Razali (GPK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI: Pn Hjh Noraili bt Nordin (GPK HEM) En Haji Noor bin Ali (GPK Kokurikulum)

Cik Robiah bt Abdul Hamid ( GPK Petang) SETIAUSAHA : Pn Susilawati bt Hassan ( Guru Bimbingan 1)

PEN SETIAUSAHA: Pn Zakiah bt Hussain ( Guru Bimbingan 2)

AHLI JAWATAN KUASA Pamplet En Sukri b Sapari Pn Halimah bt Embong Pn Siti Hindon bt A.Halim Peralatan / LCD / Laptop En Mohd Fadzil b Daud ( pagi ) En Mohd. Hisham b Ramli ( petang ) Jurugambar: Pn Siti Aminah bt Salleh ( pagi ) Pn Roslelawati bt Arham ( petang )

Pertandingan mewarna (tahap 1) Pn Norhayati bt Mat Isa (Ketua ) Pn Norkhanisah bt Ismail Pn Indah Seri bt Ismail Pn Hayati bt Zahari Pn Hanizan bt Mohamad Pn Habibah bt Salleh Pn Azlina bt Abd Rani

Pertandingan membina piramid dan poster (tahap 2) Pn Anita bt Wahab ( Ketua ) Pn Norkhairiah bt Sulaiaman Pn Siti Munirah bt Ahmad Pn Maziana bt Mohamad Mazlan Pn Hjh Faziah bt Ibrahim Pn Melor @ Fatihah bt Hamzah Pn Rogayah bt Omar

Pertandingan kebersihan kelas Pn Hjh Wan Sabariah bt Sulaiman (Ketua) Pn Khalawiah bt Ibrahim Pn Hasnita bt Yaakop Pn Khazimah bt Mokhtar Pn Hjh Roshayati bt Mahadi

Pertandingan zon bersih Cik Nurul Norasizan bt Abdullah ( Ketua ) Cik Siti Aisyah Tasani Pn Sy. Nor Asiah bt Sy. Jaafar Pn Nur Amirul Haiza bt Kamarulzaman Cik Aini Yasmin bt Mat Saad

Pameran En.Lukman Alhakim bin Nor (Ketua) Pn Napisah bt Ahmad Pn Suhaini bt Jantan Pn Siti Zah bt Mohd Rani

Hadiah Pn Hjh Fatimah bt Sulong ( Ketua ) sesi pagi Pn Maslizah bt Md Yassin Pn Rismawati bt Mustafa ( Ketua ) sesi petang Pn Zaiton bt Saif Pn Nor Baizura bt Nordin

Pelajar bersih dan segak En Nasharulnizam b. Abd Rahman (Ketua) En Md Shazarul Ezarith b. Md Shukri Pn Intan Syafinar bt Din Pn Rohaniza Nazi bt Mat Rusok

Senamanrobik Pn Ruslina bt Awang Kechik Pn Fazilah bt Mat Zain

PROGRAM TENTATIF Perasmian (Isnin) 8.00 pagi perhimpunan di dewan sekolah 8.30 pagi ucapan aluan pengerusi majlis Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Burhanudin b Abd Aziz 9.00 pagi ucapan guru besar Perasmian oleh guru besar

Penutup (Jumaat) 8.00 pagi perhimpuna di dewan sekolah 8.30 pagi ucapan pengerusi majlis 8.45 pagi ucapan guru besar 9.00 pagi majlis penyampaian hadiah

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT

PERKARA: 1. Bayaran untuk penceramah = RM 150.00

2. Hadiah ( RM 3.00 setiap hadiah )

= RM 324.00

---------------JUMLAH RM 474.00 ---------------

Penutup Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti mana yang telah dirancang. Kejayaan yang diharapkan bukanlah hanya kepada perjalanan aktivitinya sahaja, tetapi yang lebih penting adalah agar matlamat dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai sepenuhnya. Manfaat yang diperolehi nanti sudah tentu akan memberi, impak yang positif kepada semua pelajar. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang memberi kerjasama semasa aktiviti ini dijalankan. Semoga pelajar sihat, cergas dan cerdas dapat dilahirkan selepas aktiviti ini dijalankan dan diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.

DISEDIAKAN OLEH;

DISEMAK OLEH;

---------------------------SETIAUSAHA GURU BIMBINGAN (PN SUSILAWATI BT HASSAN)

---------------------------------------PK HEM (PN HJH NORAILI BT NORDIN)

DILULUSKAN OLEH;

GURU BESAR (EN.MAZLAN BIN MAMAT)

Anda mungkin juga menyukai